October 2011
Monthly Archive
Sun 30 Oct 2011
Posted by Irfan Khairi under
Tip Perniagaan[10] Comments
Perniagaan Internet boleh bermula sebagai kerja sambilan. Tahun 2000, saya mulakan perniagaan Internet ketika saya bekerja fulltime. Bila pendapatan perniagaan Internet melebihi pendapatan perniagaan sepenuh masa, baru saya berhenti kerja sepenuh masa.
Asas untuk berjaya dalam perniagaan Internet secara sambilan adalah:
- Kongsikan banyak informasi mengenai industri anda. Tak kira apa sahaja yang anda ingin niagakan, pengguna Internet sering mencari informasi mengenai industri anda. Dengan memperbanyakkan perkongsian Informasi yang releven dan menarik, anda akan dapat menarik lebih ramai pelawat ke laman web anda.
- Perbanyakkan platform perniagaan Internet sambilan anda. Seringkali saya di tanya, “IK, yang mana lagi efektif, menjual di blog, di facebook atau di laman web?”. Jawapannya - kesemuanya sekali! Lagi banyak platform kita gunakan, lebih mudah orang ramai untuk menjumpai salah satu platform perniagaan Internet kita- dan pastikan kesemuanya mempunyai informasi yang baik (lihat 1 di atas) - mungkin lebih sedikit kerja anda, tetapi teknik ini pastinya memberi pulangan.
- Eratkan hubungan bersama pengikut platform-platform perniagaan sambilan anda. Zaman pertanian pertanian, perindustrian, informasi sudah berlalu. Kini kita di zaman komunikasi. Eratkan hubungan bersama bakal pembeli, pengikut, prospek dan juga pelanggan anda dengan platform-platform komunikasi di Internet seperti blog, email, Facebook, twitter dan lain-lain!
Oleh kerana Internet boleh didapati di mana sahaja, dari rumah dan secara mobile ianya merupakan pilihan yang baik untuk anda menjalankan kerja sambilan - perniagaan Internet!
ps: Ingin memulakan perniagaan Internet sebagai kerja sambilan? Sertai workshop Jutawan Internet di Signature Class, Mutiara Damansara. Workshop Perniagaan Internet.
Kongsikan artikel ini di Facebook anda!
Pendapat Anda? [10] Comments
Tip Satu Minit yang berkaitan:
Tukang cuci JutawanMelakukan kerja susah atau mudah?Perniagaan perniagaan… dan lagi perniagaanBelajar untuk “lepaskan” dalam perniagaan
Tue 25 Oct 2011
Posted by Irfan Khairi under
Tip Perniagaan[11] Comments

Sememangnya informasi dan teknologi banyak membantu perniagaan secara positif. Tetapi, ada juga kalanya di mana informasi dan teknologi memberi kesan negatif kepada sesuatu perniagaan. Contohnya:
- Ketika awal 2000, antara perniagaan Internet saya yang pertama adalah menjual “Peta Malaysia”. Mungkin anda ada terbaca di buku, majalah atau akhbar tentang kisah saya ni. Tetapi, dengan bertambahnya teknologi maklumat, sekitar 2006-2007, dengan adanya peta-peta online termasuk Google Maps, perniagaan “Peta Malaysia” pun turut berkurang. Tak mengapa, rezeki ada di tempat lain
- Baru-baru ni, sebuah syarikat di US “Netflix” yang menjalankan konsep sewa DVD melalui pos mengalami kesukaran. “Netflix” telah menyebabkan syarikat sewa VHS/DVD yang top di US bernama “Blockbuster” gulung tikar. Tetapi, kini, “Netflix” pula bersemuka dengan keadaan gulung tikar apabila teknologi membolehkan pelanggan download/streaming movies yang mereka ingin tonton. Awas… bila-bila masa perniagaan kita juga boleh dalam keadaan ini.
- Kita semua kenal syarikat “Kodak” bukan? Dulu-dulu zaman sebelum digital kamera, kita mencari kodak. Kalau tak cukup kodak, kena pergi kedai kodak. Kalau kodak habis, dah tak boleh ambik gambar
Hari ini, Kodak pula berhadapan dengan keadaan muflis. Nama yang GAH satu hari dulu dalam bidang fotografi, kini tinggal kenangan (macam kenangan dalam gambar kodak)
Teknologi membolehkan gambar disimpan dalam SD disk sahaja… tak perlu lagi kodak. Kalau dulu paling banyak pun 36 keping gambar boleh ambil dengan satu filem kodak. sekarang, 3,600 gambar digital pun boleh lagi!
Dalam perniagaan kita perlu ada plan B. Perniagaan boleh bertukar pada bila-bila masa sahaja. Sememangnya kita perlu fikir positif sahaja untuk perniagaan kita, tetapi, fikir juga, implikasi teknologi dan maklumat yang negatif seperti di atas.
Alhamdulillah, saya sendiri menjalankan banyak perniagaan dan mempunyai beberapa Plan B dalam perniagaan. Bila satu perniagaan kurang permintaan, insyaalah ada perniagaan lain yang dapat membantu. Renung-renungkan ya!
Kongsikan artikel ini di Facebook anda!
Pendapat Anda? [11] Comments
Tip Satu Minit yang berkaitan:
Iklankan informasi dalam perniagaanZaman teknologi… masih terkejar masaInnovative = Ubah 10% sahajaKerja sambilan melalui perniagaan Internet
Thu 20 Oct 2011
Posted by Irfan Khairi under
Tip Perniagaan[7] Comments
Dalam memulakan perniagaan, tak perlu bermegah sangat - tak perlu semuanya hebat dan besar. Memulakan perniagaan memerlukan banyak modal pusingan. Modal permulaan adalah hanya untuk permulaan.
Ada perniagaan yang bermula terus dengan membeli kereta mewah, pejabat hebat & class, banggunan boleh tahan
dan juga perbelanjan-perbelanjaan awal yang amat tinggi.
Dalam memulakan perniagaan, fikirkan modal pusingan. Ada banyak lagi modal yang perlu dikeluarkan dalam perniagaan dan kalau semuanya di salurkan pada modal permulaan, pastinya nanti akan tersangkut perniagaan di tengah jalan.
Fikirkan cara menjimat kos-kos permulaan. Fikirkan untuk meminimakan overhead. Berjimat cermat dalam memulakan perniagaan dan menjalankan perniagaan.
Bila perniagaan hebat, baru dapatkan kereta hebat & pejabat hebat! (tu pun kalau perlu)
Terlalu banyak perniagaan yang saya lihat berbelanja besar ketika permulaan, cuma sehingga tidak memikirkan running cost dan overhead. Perniagaan terpaksa ditutup. Jauhkan dari anda ok!
ps: Kini saya dalam proses memulakan perniagaan outlet F & B. Sekirannya anda ingin melihat setiap langkah yang di ambil dalam memulakannya, ikuti kisahnya di Facebook saya
Jumpa di sana ok!
Kongsikan artikel ini di Facebook anda!
Pendapat Anda? [7] Comments
Tip Satu Minit yang berkaitan:
ADA idea tetapi TIADA modalMenjalankan perniagaan Internet tanpa modalTeknik promosi sekiranya modal terhadSoHo: IK di Kosmo
Fri 14 Oct 2011
Posted by Irfan Khairi under
Tip Perniagaan[11] Comments
Baru-baru ini pastinya anda juga telah ketahui pengasas Apple, ikon usahawan Steve Jobs telah meninggal dunia. Sebagai ikon usahawan dan inspirasi kepada ramai generasi usahawan kini, Steve Jobs telah meninggalkan berbagai teknik dan strategi perniagaan. Antara 3 strategi perniagaan Steve Jobs…

- Fikir berbeza
Slogan Apple satu masa dulu adalah “Think Different”. Slogan yang begitu simple, tetapi memberi makna yang hebat.
Dalam perniagaan, kita perlu ciptakan perbezaan dalam perniagaan kita. Kita tidak boleh lakukan perkara yang sama dengan pesaing kita oleh kerana, ia tidak dapat membezakan kita dan pesaing. Untuk mendapat pasaran perniagaan yang lebih besar, cari kelainan dan ciptakan perbezaan untuk perniagaan kita. Sama ada pada harga, pada kualiti, pada kecepatan, pada perkhdmatan, pada rekabentuk dan sebagainya.
Apple berjaya mencipta kelainan daripada pesaing-pesaing oleh kerana menitik berat aspek kualiti dan rekabentuk gajet yang unik dan cantik seperti iPad, iPod, iPhone dan sebagainya!
- Komunikasi dalam perniagaan
Steve Jobs bukan sahaja pakar dalam bidang perniagaan, tetapi juga pakar dalam bidang komunikasi. Setiap kali pelancaran produk Apple, Steve Jobs akan turun padang dan memberi persembahan/talk ringkas mengenai produk terbarunya.
Steve Jobs sering mendapat pujian dari segi komunikasinya yang amat mudah dan boleh mencapai pelbagai usia dan latar belakang. Dalam perniagaan, komunikasi adalah amat penting, hinggakan kejayaan sesuatu perniagaan bergantung kepada komunikasi yang efektif.
Untuk berjaya, kita perlu tahu produk dan perkhidmatan kita secara meneyluruh dan boleh menyampaikannya kepada orang lain dengan mudah, bertenaga, dan penuh passion!
- Keep it simple
Permudahkan perniagaan kita. Steve Jobs menekankan ’simplicity’ dalam hidupnya, bukan sahaja dalam produk-produk yang dihasilkan oleh Apple yang menggunakan konsep minimalis, tetapi juga dalam hidup harian dirumahnya dilaporkan menggunakan konsep Zen dan tidak mempunyai banyak perabot!
Dari segi perniagaan, dengan memudahkan segala urusan - jual beli, rekacipta, laman web, pemasaran, dan lain-lain, ia juga memudahkan pelanggan. Dengan menggunakan konsep ’simple’, dalam perniagaan, ia dapat menarik lebih ramai pengguna dari berbagai lapisan masyarakat! Permudahkan urusan perniagaan anda dalam pelbagai aspek.
Mudah idea -idea ini dapat membantu anda dalam perniagaan anda.
Kongsikan artikel ini di Facebook anda!
Pendapat Anda? [11] Comments
Tip Satu Minit yang berkaitan:
Jadikan diri sebagai duta perniagaanPenjaga zoo popular maut- tip hari ini!Penyokong setia dalam perniagaanLihat pada kecantikan