January 2012


Perniagaan apa yang menguntungkan? Semestinya kita tahu 9/10 rezeki datangnya dalam perniagaan. Tapi, tak semestinya perniagaan yang kita lakukan akan berjaya dan dapat untung. Banyak juga perniagaan di luar sana yang mengalami kegagalan.

Jadi, persoalannya, sekrianya ingin memulakan perniagaan, perniagaan apa yang boleh memberi keuntungan kepada kita?

Soalnya, bukan pada perniagaan apa yang menguntungkan, tetapi perlu memenuhi dua elemen ini, iaitu, MINAT dan PERMINTAAN

profit11.jpg

MINAT

Sebaiknya, dalam perniagaan, kita mulakan perniagaan yang kita minat. Tanya pada diri kita sendiri, apakah latar belakang kita, industri apa yang kita lakukan, apakah hobi kita, kekuatan atau kebolehan yang kita miliki atau sesuatu sememangnya menjadi minat kita.

Langkah pertama dalam memulakan perniagaan yang menguntungkan adalah melihat dalam diri kita sendiri terlebih dahulu, iaitu MINAT. Minat akan menjadikan kita lebih bermotivasi dan terus mempunyai momentum untuk berjaya dalam bidang yang kita minati.

Dengan hanya melihat keuntungan TANPA melihat pada minat, adalah salah satu sebab utama perniagaan mengalami kegagalan.

PERMINTAAN

MINAT sahaja tidak mencukupi. Pastinya kalau kita minat sesuatu, tetapi tiada permintaan untuk perniagaan tersebut, maka, pastinya perniagaan tidak akan dapat keuntungan.

Pastikan pula, langkah kedua adalah melakukan penyelidikian atau reseach atas pasaran anda. Sekiranya anda memulakan perniagaan tersebut, bagaimana pula dengan permintaannya?

Penyelidikan asas adalah dengan banyak bertanya, sama ada secara online, di forum, blog atau Facebook, ataupun tanya pada kenalan, keluarga dan rakan pejabat. Dengan hanya bertanya, berbagai-bagai maklumat pasaran kita boleh dapati mengenai perniagaan yang kita ingin jalankan.

Oleh itu, equationnya adalah;

MINAT + PERMINTAAN = PERNIAGAAN YANG MENGUNTUNGKAN

Pastikan anda memiliki kedua-duanya!

Pendapat Anda? [12] Comments

Tip Satu Minit yang berkaitan:
  • Jutawan murah… jutawan mahal
  • Iklan yang pasti menarik pelanggan
  • Workshop Jutawan Internet International, why not!?
  • Menjadikan perniagaan sebagai tabiat

  • Mungkin anda pernia terlihat strategi pemasaran perniagaan menggunakan QR code atau kod QR yang merupakan kod empat segi berpetak2 seperti di bawah ;)

    ikqr.jpg
    Dapakan QR reader di smartphone anda dan imbas kod QR di atas ;)

    Kod QR (Quick Response) wujud pada asalnya dalam industri automotif untuk menyampaikan maklumat/data dengan pantas. Bayangkan seperti barcode di produk pasar raya, kod QR adalah adik beradiknya. Cuma, melalui kod QR, lebih banyak data boleh di simpan (bukan sekadar nombor sahaja seperti barcode barangan di pasaraya)

    Kod QR kini digunakan secara meluas oleh kerana boleh diimbas menggunakan handphone/smartphone. Anda hanya perlu muatturun APPS QR kod percuma seperti QR Droid (dan banyak lagi).

    Hari ini QR kod digunakan juga untuk pemasaran perniagaan. Sekiranya anda memiliki perniagaan, tidak sukar untuk anda hasilkan kod QR pemasaran anda sendiri- seperti di atas.

    Untuk menghasilkan QR kod anda sendiri, anda boleh menggunakan http://www.qrstuff.com/ dan menghasilkan kod QR untuk tujuan strategi pemasaran perniagaan anda.

    Mudah bukan? Kongsikan artikel ini bersama kenalan anda!

    Pendapat Anda? [4] Comments

    Tip Satu Minit yang berkaitan:
  • Pentingnya pemasaran perniagaan
  • Menggunakan Youtube & Facebook dalam pemasaran Internet
  • Mulut ke mulut ke mulut…
  • Irfan Khairi ‘Live’: “Revolusi Perniagaan Internet” poster

  • Jumaat lepas, di Radio24, saya kongsikan kesilapan-kesilapan yang sering dilakukan dalam perniagaan Internet. Jangan lupa ikuti saya setiap Jumaat jam 5.30 petang di Radio24 93.9 fm atau ikuti secara streaming di http://www.radio24.com.my

    mistake.jpg

    Berikut adalah antara kesilapan perniagaan Internet yang dilakukan oleh usahawan Internet. Mudahan kita tidak melakukannya…

    1. TIDAK MELAKUKAN PROMOSI. 96% perniagaan akan gagal. Punca utamanya adalah tidak melakukan promosi. Ada pepatah mat salleh berbunyi “Build it and they will come” merujuk kepada zama dulu, kalau dibina sebuah kota, nanti orang ramai akan datang menghuni kota tersebut.

      Tetapi, pepatah ini tidak boleh digunakan di Internet. Sekiranya anda bina laman web, orang tidak akan datang melawat laman web anda oleh kerana tiada siapa tahu kewujudannya! Promosi perniagaan Internet perlu dilakukan secara berterusan. Lakarkan perancangan setiap hari, setiap minggu teknik-teknik promosi yang anda perlu lakukan untuk mengumumkan laman web anda kepada semua.

      Apabila orang tahu kewujudan laman anda, baru lah mereka akan datang! ;)

    2. TIDAK MEMBERI MAKLUMAT YANG MENCUKUPI DI LAMAN WEB. Orang ramai inginkan informasi yang lengkap sebelum membuat keputusan belian. Informasi, bukan sahaja tentang produk yang di jual, tetapi juga tentang syarikat, kaedah belian, pemilik, cara hubungi yang lengkap.

      Di Internet, kepercayaan adalah penyebab utama sama ada seseorang itu beli daripada anda ataupun tidak. Maklumat yang tidak lengkap hanya akan menimbulkan rasa ragu-ragu prospek anda dan mereka pun tidak akan ragu-ragu untuk beredar dan tidak membeli!

    3. TIDAK KEMAS KINI BLOG. Bagi anda yang memiliki blog, blog yang tidak aktif tidak akan dapat mengundang pelawat. Di Internet, pelawat perlu melawati sesuatu laman web berkali-kali sebelum terbinanya kepercayaan dan keyakinan. Blog adalah satu cara memberi sebab untuk pelawat datang berulang kali untuk mendapat maklumat-maklumat terbaru.

      Namun, blog yang tidak di kemas kini (sebaiknya seminggu sekurang-kurangnya sekali), tidak akan mendapat pelawat berulang. Kalau miliki blog, pastikan anda mengemaskini blog anda! ;)

    4. HANYA FOKUS KEPADA SATU CARA PROMOSI. Terdapat berbagai-bagai kaedah promosi perniagaan Internet. Sama ada melalui email, blog, facebook, enjin pencari, pengiklanan dan sebagainya.

      Ada juga usahawan Internet yang hanya fokus kepada satu kaedah sahaja, contohnya, hanya fokus kepada jualan di Facebook sahaja. Walaupun cara ini tidak salah, namun, ianya merupakan peluang mendapat pelanggan yang lebih ramai terlepas oleh kerana tidak menggunakan kaedah yang lain.

      Sekiranya hanya promosi menggunakan Facebook, tetapi pesaing anda promosi menggunakan Facebook, Blog, Email, dan Enjin pencari, agaknya, siapa yang akan mendapat pelanggan dan keuntungan yang lebih? Pastinya pesaing anda!

    5. MELAKUKAN SPAMMING. Spamming bererti, melakukan promosi di tempat-tempat yang tidak sepatutnya tanpa kebenaran. Sebagai contoh, promosi perniagaan di Facebook milik orang lain, iklankan perniagaan kita di blog orang lain, melakukan posting jualan di forum-forum ataupun menghantar email promosi membuta kepada orang ramai yang tidak meminta maklumat dari kita.

      Spamming adalah kesalahan perniagaan Internet dari segi etika internet. Bukan sahaja ianya tidak efektif, tetapi, sekiranya dilakukan, ianya hanya menjatuh kredibiliti si spammer. Dan di Internet, amat susah untuk meningkatkan balik kredibiliti yang telah jatuh!

    Sekiranya anda ingin mempelajari lebih mendalam cara terbaik menjalankan perniagaan Internet, dijemput untuk hadiri Workshop Jutawan Internet yang saya kendalikan di Signature Class, Mutiara Damansara. Klik di sini untuk maklumat lanjut.

    Pendapat Anda? [9] Comments

    Tip Satu Minit yang berkaitan:
  • Jangan pandang rendah pesaing
  • Tidak terlalu banyak warna
  • Hits - kesilapan dalam mengira pelawat
  • Perniagaan Internet dan Strategi Laman Mini

  • Salah satu cara membina keyakinan dan kepercayaan kepada sesebuah perniagaan adalah dengan mendapatkan seorang duta/jurucakap yang dikenali ramai mewakili sesuatu perniagaan itu.

    Duta perniagaan juga befungsi sebagai “muka” kepada perniagaan atau produk tersebut dan memberi personaliti untuk mencipta hubungan antara perniagaan (sesuatu yang tidak hidup) dan juga pelanggan.

    Selain daripada tarikan peminat atau followers, duta/jurucakap perniagaan boleh berfungsi dalam membina keyakinanan untuk sesebuah jenama apabila kaitan antara perniagaan dan duta produk tersebut adalah tepat- dan ini akan berjaya menarik sasaran pasaran dengan lebih sempurna dan amat cepat.

    skhan.jpg
    Shahrukh Khan, Duta Colgate dan banyak lagi!

    Sebagai contoh, Shahrukh Khan merupakan duta kepada Colgate- pastinya membina lagi jenama Colgate di pasaran. Sasaran pasaran juga adalah amat tepat mungkin di kalangan peminat-peminat filem hindi yang merupakan golongan ibu-ibu yang mementingkan penjagaan gigi anak ;)

    becks.jpg
    David Beckham, Duta Gilette dan banyak lagi!

    David Beckham pula merupakan duta kepada syarikat Gilette. Di mana pasaran peminat bola sepak majoriti besarnya adalah lelaki, maka, ikon bola sepak terkenal David Beckham digunakan untuk memasarkan pisau cukur jenama Gilette.

    Di Malaysia juga kita boleh melihat artist dan ikon tempatan sebagai duta perniagaan, seperti Dato Lee Chong Wei (Duta Anti Virus Kepersky), Dr Fazley (Duta kamus elektronik Besta), Fahrin Ahmad (Duta jenama pakaian UNIQLO), Lisa Surihani (Duta Garnier), dan ramai lagi ikon dan personaliti tempatan menjdi duta produk-produk kesihatan.

    profilepicture.jpg

    Saya juga telah menjadi duta kepada beberapa perniagaan sejak 2008 termasuk uMobile Impiana, MIBO, dan terkini Litness (Minuman Sarang Burung) dan juga program Executive Diploma in Internet and Social Media, Asia eUniversity.

    Sekiranya anda memiliki perniagaan dan ingin melonjakkan jenama perniagaan anda dengan lebih cepat, mungkin caranya adalah untuk anda mendapatkan duta/jurucakap yang paling sesuai dengan perniagaan anda!

    ps: Ada yang tanya, bagaimana hendak mendapatkan IK sebagai duta produk- Bagi perniagaan yang ingin mendapatkan saya sebagai Duta atau Jurucakap perniagaan mereka untuk menaikkan jenama perniagaan, boleh hubungi 03-77292277 untuk berbincang dengan En Syukri atau email syukri@iksbmail.com.

    Pendapat Anda? [2] Comments

    Tip Satu Minit yang berkaitan:
  • Jenama… jenama… dan lagi jenama! (3x)
  • Jadikan diri sebagai duta perniagaan
  • Tycoon pengiklanan & penjenamaan: Spencer Wing
  • Pengumuman Irfan Khairi sebagai duta…

  • Apa yang kita makan akan menjadi sebahagian dari diri kita sendiri. Pemakanan yang seimbang dan sihat bukan sahaja akan menjaga kesihatan kita, malah, menjaga kesihatan juga menjadikan kita lebih bersemangat, bermotivasi di samping menjimatkan kewangan kita.

    1. Menjaga berat badan yang sihat - bergantung kepada jantina, umur, dan ketinggian, manusia mempunyai berat badan yang ideal. Berat badan yang berlebihan akan menambahkan peluang mendapat penyakit seperti darah tinggi, sakit jantung, dan diabetes. Terkurang berat badan pula juga terdedah kepada osteoporosis, haid tidak teratur bagi wanita, dan masalah penyakit lain. Klik di sini untuk mengira berat badan ideal anda.
    2. Makan dalam sukatan yang kecil - dengan memakan dalam sukatan yang lebih kecil, ianya lebih mudah untuk kita memakan makanan yang kita mahu, disamping menjaga kesihatan. Pernah saya menemubual pakar kesihatan, Kevin Zahri mekenani sukatan nasi terbaik untuk kita, jawapannya adalah, sekali makan, jumlah nasi terbaik adalah sebesar sebelah tangan kita yang digenggam (bukan dua belah!) ;)
    3. Tambahkan gandum, buah-buahan dan juga sayur-sayuran dalam diet anda - kumpulan makanan ini adalah kategori makanan yang sihat. Sekiranya diet harian anda tidak mengandungi kumpulan ini, pastikan anda menukarkannya.

    Menjaga pemakanan adalah menjaga kesihatan, dan menjaga kesihatan adalah menjaga kewangan dan menambahkan semangat kita. Sekiranya kita rasa diri kita tidak bermotivasi dan sentiasa penat tidak bersemangat- lihat kembali menu pemakanan harian kita. Mungkin masalahnya di situ!

    Litness Plus Collegen

    litt.jpg

    Amalkan juga mengambil produk kesihatan seperti sarang burung, madu lebah dan kurma. Saya juga merupakan duta kepada produk keusahawanan bumiputera Litness- minuman sarang burung (bercampur madu dan kurma merah) yang berfungsi untuk menjaga kesihatan dan kecergasan tubuh. AG Hazira kini mencari pengedar dan juga stokis untuk produk sarang burung “Litness”. Litness adalah produk sarang burung bumiputera yang kini mempunyai permintaan yang amat tinggi di pasaran. Untuk maklumat lanjut menjadi agen atau pengedar (modal serendah RM500), hubungi 019-3012877 / 019-2232877

    Pendapat Anda? [5] Comments

    Tip Satu Minit yang berkaitan:
  • Kekayaan vs Kesihatan
  • Jaga kesihatan diri - ada duit, tapi badan tak sihat!
  • Wang & Anda - Jejak Jutawan
  • Masuk Rancangan Masakan pula!

  • Selamat tahun baru 2012. Tahun baru azam baru. masuk tahun ni dah genap enam tahun saya menulis blog ini. Berterima kasih kepada anda yang sentiasa menyokong saya selama ini dan tak putus-putus melayari blog ini dan juga facebook saya.
    Tahun 2012 ini bermacam-macam lagi aktiviti saya akan jalan kan dan insyaallah lebih hebat lagi dari tahun lepas.

    Bak kata, jadikan tahun ini lebih baik dari tahun lepas.

    Sering kali kita ingin kan kejayaan tetapi ianya tak bermakna sekiranya Kita enggan berusaha. Kita enggan meletakkan matlamat. dan kita enggan keluar dari keadaan zon selesa kita.

    Setiap tahun saya akan membuat azam baru dan matlamat tahunan baru, sesuatu yang lebih hebat dari azam dan matlamat tahun lepas.

    Bila adanya matlamat, di situ lah kita akan lebih berusaha untuk memperbaiki diri Kita sendiri.

    Sejak tahun 2006 saya menulis blog ini dan menjalankan pelbagai seminar dan workshop perniagaan Internet.
    Tahun 2012 kini dilihat modul perniagaan Internet saya di terima oleh universiti antarabangsa, Asia eUniversity melalui program diploma eksekutif pemasaran Internet dan media sosial.

    Matlamat saya tahun ini adalah untuk membawa diploma eksekutif ini untuk ke tahap Asia melalui asia eUniversity!

    Sekiranya anda ingin menyambung belajar sambil bekerja atau menjalankan perniagaan, saya amat mengalu-alukan anda untuk mengetahui lebih lanjut program eksekutif diploma ini melalui laman web rasmi http://www.aeu.com.my
    atau anda juga boleh buat temu janji di pejabat saya di mutiara damansara dengan menghubungi talian 03 77292277

    Langkah seterusnya, apakah pula matlamat anda?

    Pendapat Anda? [3] Comments

    Tip Satu Minit yang berkaitan:
  • Executive Diploma in Internet & Social Media Marketing, Asia eUniversity
  • Pesanan tahun baru 2007!
  • Air Asia vs Firefly
  • Bersihkan pendapatan perniagaan Internet

  •