Thu 22 May 2008
Hari ini apa kata kita berbincang pula…
Persoalan kali ini sedikit negatif, tetapi dukacita, dari sejarah sering membuktikan kebenarannya.
“Mengapa bangsa Melayu sering terjerumus dalam skim cepat kaya?”
Sejak dulu lagi yang popular, skim cepat kaya Pak Man Telo. Beratus ribu orang Melayu lebur wang. Baru-baru ini juga skim-skim pelaburan Internet haram… orang Melayu juga majoritynya tertipu. Dan berbagai-bagai lagi program cepat kaya takkan terputus-putus digembar-gemburkan.
Tujuan perbincangan ini bukan hendak memperkecilkan kewibawaan bangsa saya sendiri, tetapi, untuk berbincang secara ilmiah, mengapa bangsa Melayu yang sering terperangkap dalam skim-skim cepat kaya ini. Jarang sekali bangsa lain- baik dalam negara atau luar negara.
Apa yang membuatnya bangsa Melayu mudah tertipu? Mudahan dari perbincangan ini sedikit sebanyak dapat mencari penyelesaiannya…
Pendapat Anda?Tip Satu Minit yang berkaitan:

May 22nd, 2008 at 8:10 am
wang cepat….
Dapat duit tanpa berkerja….
Pulangan 25% setiap bulan…
Bangsa kita mudah tertipu bila istilah2 di atas muncul…Walaubagaimana pun bila dah terjurumus dengan skim-skim ini menjadikan mereka lebih berhati-hati di kemudian hari
May 22nd, 2008 at 8:31 am
Sebabnya ialah kerana ingin keluar dari kehimpitan hidup dalam masa yang singkat.
Ini berdasarkan dari laporan statistik pendapatan antara kaum yg dikeluarkan oleh kerajaan baru2 ini, bangsa Melayu diletakkan di tempat ke-3, di bawah Cina dan India.
May 22nd, 2008 at 8:42 am
askum en. irfan..kalau en irfan ingat lagi, sy salah seorg peserta kursus en irfan last month. odie@suhaidi..sy dah lama perhatikan yg org melayu kita asyik2 tertipu..1st reason yg sy sure ialah kita terlalu percaya yg utk jadi kaya,berjaya ada jalan mudah..padahal, xde benda yg mudah kat dunia ni..kan?
May 22nd, 2008 at 9:18 am
Irfan,
Sebab skim cepat kaya tak memerlukan kita berpenat lelah. Siapa tak nak, hanya goyang kaki dapat RM15,000 sebulan. Orang kerja buruh tunggang langgang setiap hari pun baru dapat RM2-3K saja. Itu kan SMART namanya
Kita masih lagi belum faham2 bahawa keuntungan hanya datang dengan usaha (=penat lelah). Orang putih kata - no pain no gain.
Sebenarnya kita perlu SMART untuk jana pendapatan tapi skim cepat kaya tak termasuk dalam kategori ini.
May 22nd, 2008 at 9:23 am
Assalamualaikum!
‘Skim Cepat Kaya’. Dengar saja perkataan kaya, pasti memikat siapa sahaja. Ya, zaman ni, mana ada orang tak nak kaya. Tuntutan kehidupan begitu mendesak dan kita semua pun turut terdesak. Lihat sajalah terkini harga beras yang telah naik. Harga minyak yang terus melambung. Dua contoh ini saja dah cukup mengheret satu dunia ke kemelut kenaikan kos taraf hidup yang tinggi.
Jadi semua orang pasti nak ‘kaya’ bukan materialistik tapi untuk memastikan diri dan keluarga terjamin. Tidak meminta-minta atau ketinggalan anak-anak dari segi pendidikan.
Berbalik pada bangsa Melayu yang mudah terpedaya dengan SCK, tidak dinafikan kebenarannya. Mengapa? Segan nak cakap, sebab kita pun Melayu. Namun hakikatnya:
1) Ramai yang terlalu memilih jalan mudah. Ingin mewah dengan usaha yang sedikit. Tak mahu keluar keringat. Harapkan letak wang dan terlalu percaya tanpa usul periksa latarbelakang pihak ketiga untuk menjayakan untungnya.
2) Tiada atau kurang pengetahuan tentang ilmu pelaburan. Tak bermakna pula kita kena kelulusan tertentu baru boleh melabur. Kita sentiasa boleh dapatkan bantuan mereka yang arif dan bertauliah. Kalau tak mampu pergi je melabur dalam dana-dana kerajaan, yang famous ASB sebagai contoh.
3) Kelicikkan mereka yang mencipta dan menggerakkan sistem ni kepada orang ramai juga diambil kira. Masa sekarang, pelbagai cara digunakan. Kekadang ia berjaya kelabukan mata orangramai dan tidak disangka ia sebenarnya SCK dan penipuanlah yang dihadapi.
Saya pernah di ‘approach’ oleh seorang pekerja salon untuk memasuki satu skim. Ia menggunakan wang pos. Perlu cari 2 orang dibawah kita dan kutiplah RM40 seorang dan ia perlu diteruskan oleh orang bawahan tu. Katanya di dah dapat RM500 dalam seminggu dan itu dikira sedikit, ada yang lebih lagi. Saya terus terfikir jika kita boleh untung begitu mudah tanpa usaha dan bermodalkan RM40, pasti ada pihak lain yang akan kerugian begitu mudah juga. Menurut katanya dia dah banyak pengaruh ’student’ kolej dan IPT. Kesian!
Cth diatas modalnya mungkin sikit. Sama saja kalau yang meminta modal besar. Pasti orang yang datang tu lebih hebat penampilannya dan mahir dalam ilmu mempengaruhi orang ramai.
Kesimpulannya: Tiada jalan mudah nak hidup senang atau mewah. Belajarlah naikkan harga kepercayaan kita supaya tak mudah terpedaya dan mulut yang terlalu manis berkata-kata mungkin terkandung racun berbisa bila kita percaya. Jangan pula mudah menilai orang dari luaran. Segak, berkereta besar tidak menjamin niatnya bersih.
Wassalam.
May 22nd, 2008 at 10:32 am
Kebanyakan yang tertipu kerana tiadanya ilmu pengetahuan tentang pelaburan dan juga internet / IT.
Saya ambil contoh skim skim besar yang memerlukan modal yang besar. Kebanyakan mereka yang join terdiri daripada golongan VETERAN yang mempunyai modal yang besar yang terdiri daripada pensioners dan golongan peniaga. Golongan ini biasanya degambar gemburkan dengan perkataan perkataan halus yang amat berkesan untuk memerangkap seperti;
“boleh jadi jutawan”
“duduk diam dapat duit”
“high risk high gain”
“orang lain berusaha, anda cari alasan”
dan macam-macam lagi. Tidaklah saya katakan ayat ayat yang di atas itu tidak betul, tapi cara penggunaannya untuk memerangkap bagi skim2 seperti ini adalah sangat banyak.
Sekarang program SEPARA skim cepat kaya pun dah banyak di pasaran. So jaga jagalah. Yang penting sebelum nak join sesuatu bende tu mesti dah ada pengetahuan, at least pada tahap basic untuk kita faham betul2 sesuatu program itu.
Jangan lepas dah join baru melenting nak ambil tindakan. Masa tu duit pun dah hilang. =)
May 22nd, 2008 at 10:45 am
ada banyak faktor antaranya pertama melayu mudah lupa,lupa bagaimana skim pak mantelo telah menjadikan ramai orang melayu miong.kedua ilmu tak cukup lalu ikut-ikut orang je.cubalah tengok pada azizi ali n irfan berapa banyak buku yang dia baca untuk berjaya. so rajin-rajin le cari ilmu.
May 22nd, 2008 at 1:19 pm
org melayu mmg suka bila nak buat duit x pyh kerja teruk2, x pyh berjaga sampai ke pagi, x pyh nk pening2 kepala, sakit otak nak pikir dsbnya.
inilah mentaliti org melayu. kalau nk kaya je, mesti nk kaya cepat, mesti nk shortcut.
pd saya, x salah nk kaya cepat dan nk kaya shortcut as long as cara tu betul dan tidak salah di sisi agama (first and foremost) dan dr segi undang2.
cuma masalahnya, yg cepat, yg shortcut dan x pyh susah payah ni, banyaknya yg menipu. ni lah yg org kita suka-mudah,cepat dan yg paling penting (pada diorang) x pyh susah2…
to me, ni lah sebabnya org melayu mmg mudah ditipu.
biasanya, kalau ikut cara yg betul,cepat mungkin boleh; tp x lah secepat seminggu ke 2 atau 3 bln utk jadi kaya.
kerja keras mesti ada beb. kalau nak goyang kaki, kemudian harapkan jadi kaya dgn skim2 yg entah hape2, ni mmmg salah.
last2 kena tipu, baru nk menyesal x sudah.
so, pada pendapat saya, melayu mudah kena tipu sebab nak jadi kaya dgn:
1. mudah,
2. cepat,
3. tak payah susah2.
ada ke org jadi kaya dgn x perlu bersusah payah??? ada ke???
sama2 lah kita pikirkan ok;)
sekian, terima kasih.
May 22nd, 2008 at 1:33 pm
Usaha tangga kejayaan,
pepatah Melayu yg kita biasa dengar tentang motivasi & kejayaan dlm hidup. Jadi kalau tak mahu berusaha bersungguh-sungguh mana nak datang kejayaan.Jadi bagi orang yg malas mereka akan cari jalan mudah untuk ‘join’ skim2 penipu macam ni dengan harapan dapat keuntungan dalam jangka masa cepat! Padahal mereka belum tahu itu adalah taktik sebenarnya untuk mengena orang ramai supaya keluar duit dan melabur dalam skim cepat kaya!
Bila dah rugi atau tertipu barulah mula menyesal & terasa diri diperbodohkan dengan skim sedemikian rupa. Yang mengaut keuntungan iaitu si penipu skim ni pun sebenarnya hendakkan kekayaan dunia yg sementara ni padahal tidak sedar bahawa duit banyak2 pun tidak akan dibawa ke alam lagi satu (Akhirat) cuma amalan/ibadah,anak yg soleh, ilmu yang berguna dan sedekah shj yg dpt membantu di alam yang lagi satu.
Bila dah tua nanti baru nak sedar kerana bila dah sakit(darah tinggi,jantung dll)
pandang wang/duit pun dah rasa tidak seronok lagi.
May 22nd, 2008 at 2:32 pm
Pada pendapat saya orang melayu banyak terjebak dengan skim2 cepat kaya adalah disebabkan oleh sifat mereka untuk mengambil jalan pintas dalam mengejar sesuatu yang dirasakan mereka tidak ada atau ketinggalan jika dibandingkan dengan orang lain.Apabila dihidangkan kan peluang2 sebegini mereka terus terjebak dengan harapan matlamat mereka akan dapat dicapai dengan pantas tanpa memikirkan risiko yang bakal mereka dihadapi
May 22nd, 2008 at 2:44 pm
Orang Melayu memang mudah lupa dan mudah tertipu. Yelah sapa tak nak kaya pastu diberitahu bboleh jadi kaya denngan cepat! Sepatutnya kita fikir kalau semua orang boleh jadi kaya dengan cepat, takdelah bermacam-macam pekerjaan kat dunia ni,dah tentu jutawan kat Malaysia ni yang nak join dulu, tapi kita tengok diaorang pun still bekerja lagi cuma mungkin tidak sesusah sebelum mereka jadi jutawann. Tapi kita ni fikir nak senang je just masuk Skim Cepat Kaya, terus kaya.Jadi “kayap” lagi ada le.Mungkin sebab ramai lagi yang kesempitan hidup, jadi mereka ni nak cepat keluar dari masalah tu tapi Ingatlah “Bukan senang nak senang, bukan susah nak susah”
May 22nd, 2008 at 2:50 pm
kenapa melayu suka skim cepat kaya, sbb kita masih kurang pendedahan ttg kewangan kerana kebanyakkan kursus atau bengkel kewangan hanya dijalankan oleh pihak swasta like u dr.irfan, so sepatutnye, pihak gomen memperbanyakkan lagi program2 kewangan bagi membuka mata org2 melayu ttg kewangan dan sistem yang sepatutnye diikuti, bukan sekadar skim cepta kaya, tp juga skim MLM juga amat popular utk org melayu mencari duit mudah, cuba kita tgk siapa tuan punya syarikat tersebut?
just memberi pandangan, hope dr leh explain lebih lanjut…
May 22nd, 2008 at 3:23 pm
1)Perbelanjaan melebihi pendapatan
2)Tak tau mana nak melabur dan nak untung cepat.
3)Banyak duit tapi tak tau nak letak kat mana.
4)Terpengaruh dengan keuntungan cepat
5)Memang kronik dengan keadaan semasa sekarang ni.
6)Malas nak belajar cara buat duit i.e berniaga, jadi jurujual etc
7)Banyak lagi la kalo nak tulis…
May 22nd, 2008 at 3:36 pm
pada pendapat saya lah, mungkin kaum melayu sedar kita di belakang dari segi ekonomi dari kaum lain.
jadi, bila dah kebelakang, secara psychologynya, kita nak ke depan
seperti perlumbaan marathon… sapa yang kat belakang mesti nak sangat ke depan kan?
jadi, bila dalam hati, nak sangat ke depan, apa kata tiba-tiba ada teksi berhenti kat tepi kita and kata:
“brader, apa susah-susah mau lari? mari naik teksi, saya hantar lu ke depan dan lu boleh potong semua olang”
so, kalau naik teksi, kira mengelat lah. tetapi, secara psikologi nak sangat menang!
kita pun naik lah teksi sebab nak kedepan.
sedar2, bila dah depan, official marathon kata. “Sorry beb, You are disqualified… sebab mengelat!”
camtu lah lebih kurangnya. saya rasa, secara psikologi, kita nak ke depan dari segi ekonomi bila berbanding kaum lain. bila dijanji boleh kaya raya dengan cara pintas, itu yang ramai terjerumus.
hendaknya jauhkan dari kita
-ik
May 22nd, 2008 at 3:51 pm
Tentu sekali sebab orang melayu malas berusaha. Harap kejayaan dalam masa singkat. Selain skim cepat kaya, orang melayu jugak suka dengan network marketing, kononnya boleh kaya cepat. Saya tak pertikaikan network marketing boleh berjaya, cuma ianya tidak pernah menjanjikan kekayaan cara mudah sebagaimana yang dianggap oleh kebanyakan orang kita.
May 22nd, 2008 at 5:00 pm
A’Salam.. IK, …Orang kita terjebat dengan skim cepat kaya sedemikian yg diterangkan diatas mungkin kerana tamak…
Orang tua saya TIDAK PERNAH mengajar saya supaya jadi ORANG KAYA atau menyertai SKIM CEPAT KAYA DUNIA..tetapi dia menasihati supaya jadi orang baik dan PENYABAR.Apa itu skim cepat kaya?
Ramai orang ingin kaya di dunia dengan berusaha bersungguh-sunggguh… Apabila tanya mereka, tak nak ker kaya di akhirat? Mereka akan jawap dengan ada wang banyak kita boleh menyumbangkan kepada islam. Sebenarnya Tidak Semudah itu nak kaya di akhirat! Kita tahu nak kaya di dunia tidak begitu mudah, begitu jugak susahnya nak kaya di akhirat, kita kena belajar segala-galanya tentang akhirat.
Wang akaun dunia tidak mudah untuk dipindahkan kepada akaun akhirat dengan Mercant Account Processing, silap hari bulan akaun di freeze. Kaya di akhirat juga kita kena banyak belajar teknik berkesan contohnya,cumunication skill berdepan malaikat penyeksa kubur, teknik bagaimana supaya tidak di dakwa oleh Al-Quran dan sebagainya.
Bijak kalau kita nak kaya di dunia dengan berusaha bersungguh-sungguh,you’re smart dude! tetapi adalah salah kalau kita nak kaya di akhirat mengambil jalan pintas, jalan pintas ini saya panggil sebagai skim cepat kaya akhirat..
Saya dapat ramal 100% , jika warren buffet dan Bill gates jika tidak berubah, mereka
akan di De-Listed di bursa saham akhirat A.K.A AKHIRAT-S-E dan muflis!
(sebenarnya kita mampu buat 2 in 1, dunia dan akhirat, memory space anugerah tuhan kepada kita sangat besar gigabyte nya)
P/s: dalam kitab fadhilat dan amal bunyinya lebih kurang… “jika kita mempunyai anak yang menghafal al-quran(al-hafiz/al-hafizah)..dapat menarik 10 orang keluarga terdekat yang masuk nereka ke syurga(Cuba bayangkan syurga dan neraka,”if ain’t worry, it ain’t there!),motif saya.. kalau ada saudara mara perempuan tu bolehlah rekemen kat saya…Saya kan orang baik …he,he.
May 22nd, 2008 at 5:40 pm
Salam!
Saya setuju ‘bangat’ dengan cerita IK tu!. Hidup ni macam perlumbaan. Macam dalam EXPLORACE tu…
Tapi ia pun ada rules and regulations yang perlu dipatuhi. Kalau tak, hampeh je.
Lagi satu, faktor saikologi tu memang betul sangat le. Saikologi lemah dan mentaliti yang mudah terpengaruh. Masuk perangkaplah jawabnya.
Mohon dilindngi Allah dari perkara sebegitu. AMIN…..
Wassalam.
May 22nd, 2008 at 6:18 pm
Satu petanda yang baik sebenarnya. Semakin banyak yang tertipu, semakin masyarakat kita berhati-hati dengan spesies-spesies skim cepat kaya yang sebegini.
Mungkin kita sekarang dalam fasa permulaan, ke arah masyarakat yang mempunyai pendidikan kewangan yang mantap.
Yang dah tertipu, masih boleh mulakan hidup baru. Jangan lagi tertipu. Ingat, skim-skim sebegini akan sentiasa ada, dan akan datang dengan wajah yang berbeza. Tapi, bencana yang dibawa, tetap sama. Hilang duit, hilang maruah, hilang pertimbangan.
Yang belum tertipu, jangan sesekali terjerumus. Minta kita semua dijauhkan dari skim-skim sebegitu. Amin…..
May 22nd, 2008 at 6:43 pm
Suka betul cerita ‘lumba & teksi tu’.
Bagi saya, orang melayu ni malas, bukanlah nak kutuk bangsa sendiri tapi mmg kenyataan.
Kalau nak ikut orang melayu ni mane ade yang nak kerja sendiri, semua nak makan gaji je(anak ank muda). Bila tak dpt kerja yang mereka nak, sanggup jadi penganggur.
Sebab tu lah mudah sgt tertipu dgn apa-apa yang boleh menjadikan mereka KAYA CEPAT.
May 22nd, 2008 at 7:44 pm
Pada pendapat saya..
No short cut untuk berjaya.
Melayu kita memang cepat teruja apabila ditawarkan peluang untuk berjaya dalam masa yang singkat. Memang kita masih lagi kurang ilmu dari segi financial…thats why, tidak sesetengah daripada kita tidak dapat membezakan sesuatu itu adakah skim cepat kaya atau tidak.
Skim cepat kaya sekarang memang banyak…tapi orang mungkin tidak sedar…sebab bertopengkan istilah-istilah baru… yang sebenarnya memang skim cepat kaya!
Bayangkan berapa tahun kita belajar untuk mendapat kerja yang gajinya around rm2k-3k,
Ini datang skim cepat kaya..terus buat, tanpa belajar langsung adakah ini betul atau tidak…
at the end of it… tetap looser..
Yang paling penting..we need to educate ourself first. then tell others…semoga semua nya terselamat dari SKIM CEPAT KAYA…
WanZ.
May 22nd, 2008 at 8:03 pm
Kenapa yea?
Secara khususnya, ade macam-macam sebab. Bergantung kepada setiap individu, situasi, dan pendedahan terhadap kehidupan - terutama kewangan.
Tapi pada pendapat saya, secara umumnya, mungkin kerana orang Melayu kurang nak siasat. Kurang berhati-hati.Orang beli, jual. Orang cakap, percaya.
Kalau siasat pun, dengan orang sama kepala - tak guna juga! Mungkin mentaliti berkelompok/’berkampung’ juga boleh main peranan.
Orang Melayu harus lebih fokus kepada pelaburan atas diri sendiri. Buku, seminar, belajar dan terus belajar. Baru segala keputusan dibuat berdasar ilmu, bukan perasaan dan hasutan.
May 22nd, 2008 at 11:14 pm
ayah saya dulu ada juga terlibat,rugi belas ribu jg.masa tu tak ada pendedahan lagi macam sekarang.
sekarang ini masuk skim cepat kaya buat pe,baik cari satu topik yang dapat sambutan kat internet,buat ebook.jual pun boleh dapat pendapatan berterusan lagi.
tak pun join adsense atau affiliate boleh dapat komisyen. dapat duit jg walaupun tak kaya.
May 22nd, 2008 at 11:56 pm
Kurang sabar dan berfikir puncanya…
May 23rd, 2008 at 12:59 am
setuju sgt dgn komen IK. orang melayu skrg berada di belakang sekali. bila tgk kekayaan yg dimiliki oleh bangsa lain, kita juga teringin+rasa cemburu…
tapi tak tau cara, tak sanggup berusaha, tak sanggup ambil risiko, malas, tak nak belajar, dll… bila ada jalan pintas, berkerumun org ikut… last2 balik tmpt yg sama…
ayuh org2 melayu! kita pecut dan potong bangsa2 lain dgn cara yang betul! kita mesti jadi tuan di bumi sendiri!
May 23rd, 2008 at 9:04 am
Assalamualaikum..
saya pun sgt2 berstuju dgn IK…contoh yang IK bagi memang sangat2 mudah untuk d fahami..
tapi tu lah, kat luar sana masih trlalu ramai percaya dgn skim2 cepat kaya ni…mana tak nya, yang tukang jual tu mesti bagi ayat..
“jangan riasu,ni bukan skim cepat kaya. skim ni sah. hah tengok sijil2 ni..semua betul”
orang melayu kita yang kurang pengetahuan sah2 lah percaya,
“ooo..ada sijil, betullah ni”
itu yang kurang pengetahuan, yang bijak panadai pun kena tipu..ape cer kan…hehehhe..
macam cerita mr.mama kat tv3 tu…bekas peguam lagi tu…cerita tu bukan just rekaan semata-mata,tapi kenyataan yang berlaku hari ini..
saya sendiri pun kadang2 bila dengar/baca ayat2 tangkap cintan diaorang boleh cair…dah lah saya ni mudah kesian..aduh!!!
tp Alhamdulillah sampai sekarang belum tergoda lagi..heheheheh
kalau lah ada mesin or something yang boleh diguna untuk mengesan skim ini sah,betul…skim ini tipu,bohong…mudahnya hidup ini kan…tapi tu lah..entahlah..
siapalah yang tak nak kaya?????????
May 23rd, 2008 at 10:16 am
Mereka menjadi mangsa pelaburan ini kerana:-
1) Tidak membaca prospectus pelaburan .
2) Tidak merujuk kepada suruhanjaya sekuriti and bank negara.
May 23rd, 2008 at 3:03 pm
sumua orang mahu kaya dengan cepat,tapi jika dengan usaha yang cepat juga,maka tak perlu skim cepat kaya..
May 23rd, 2008 at 3:32 pm
Kenapa mudah tertipu?? Pada saya mereka ingin jalan singkat.. Mana ada jalan singkat.. Usaha kena usaha…
Sebab tu banyak kedai judi dipenuhi oleh orang Melayu walaupun telah terbukti ianya haram di sisi agama.
Mana datang duit kalau tak mencarinya…
Saya sendiri dalam proses untuk mencari dan berusaha mendapatkannya…
Harap2 projek Jun akan berjalan.. AMIN>.
May 23rd, 2008 at 6:26 pm
saya suka dgn pitt, “jadi tuan dibumi sendiri”
May 23rd, 2008 at 9:06 pm
Jadi tuan dibumi sendiri. Memang betul. Orang melayu tidak malas tetapi kadang kala bertindak tanpa pengetahuan. Terlalu yakin sehingga membuat sesuatu tanpa pertimbangan. Terlalu mahu mengejar akhirnya diri sendiri yang mengah.. itu yang naik teksi tu….
Masa skim Pak Man Telo dulu mungkin IK masih bersekolah lagi kut… Labur RM300-00 dalam masa 3 bulan dapat RM5000-00, kitorang join 10 orang, so sorang bayar RM30-00 (masa tu saya masih menuntut di salah sebuah universiti di KL , seminggu makan meggi..awal tahun 80an, RM5-00 boleh cover breakfast, lunch & dinner - dengan RM5-00 jugak boleh makan KFC snack plate, siap ada belen lagi. Cukup tempoh 2 bulan, dapat pulangan. Bila dibahagi dapatlah RM500-00 kaya sekejap, bukan senang nak dapat RM500-00. Masuk pelaburan kedua rugi RM30-00 [tak dapat pulangan] tapi berbaloi kerana itulah pengajaran dan pengalaman paling berharga)
Anyway, sedikit nasihat untuk semua, (terutama yang dah berkeluarga) cari rezeki dengan cara yang halal. Tiada jalan pintas untuk meraih kekayaan dan kejayaan…seperti tips IK sebelum ini, jangan berhenti kerana mungkin itu adalah ketukan terakhir yang dapat memecahkan batu..
Selamat berusaha wahai bangsaku……Anyway dalam kehidupan ini kebahagiaan mungkin memerlukan duit tapi percayalah di satu tahap anda akan dapati bahawa duit tidak selalunya menjanjikan kebahagiaan….kerana duit tidak dapat membeli kasih sayang yang tulus dan sejati…(orang lama mesti hafal lagu SEJATI - WINGS)
May 23rd, 2008 at 10:56 pm
Semua nih berkaitan dengan sikap dan sifat orang melayu sendiri . Yang suka senang dan disuap .
Banyak hikmah disebalik kehilangan wang , mungkin amal kita teruk (ataupun tak buat amal lansung
) , duit haram ker?
Kesilapan itu adalah pelajaran yang bermakna, siapa yang berlajar dari kesilapan , insyallah tidak terjerumus lagi.
May 23rd, 2008 at 11:13 pm
Melayu,
Tamak, Nak cepat kaya kerana irihati dengan kejayaan bangsa lain tetapi malas untuk berusaha,(macam pendapat IK) melayu suka ambil jalan shortcut…
Tiada Ilmu pengetahuan, tapi malas nak belajar,
Melayu Mudah Lupa…
May 24th, 2008 at 9:38 am
sebab utamanya ialah MALAS…
MALAS MEMBACA..
MALAS BERFIKIR..
MALAS BERTANYA…
& FAKTOR YG PALING BESAR IALAH…MALAS BERUSAHA SECARA KONSISTEN (BERTINDAK)..
HASILNYA DUIT PUN MALAS JUGA DATANG BERGOLEK KAT KITA….SEBAB DUIT TU KITA LABURKAN KE JALAN YG SALAH “ONE WAY TRIP” JE…. NO RETURN.
May 24th, 2008 at 10:06 am
Assalamualaikum,
Pada pendapat saya, semua ni berpunca daripada kurangnya kekuatan iman & ilmu menyebabkan tidak dapat nak mengawal hawa nafsu mengejar kekayaan dunia. Memang tidak salah untuk mengejar kekayaan dunia tapi bukan dengan cara yang tidak halal. Apabila seseorang tu dah faham halal haram dalam kehidupan dunia dengan mencari ilmu, InsyAllah, Allah akan lindungi mereka dari penipuan.
Sekadar berkongsi pendapat.
Wassalam
www.resumeweassist.com/blog
Tips for effective career marketing
May 25th, 2008 at 2:44 pm
Pada pendapat sayalah, Zaman perniagaan seperti skim cepat kaya banyak mempengaruhi gologan bumiputra melayu di atas sebab faktor nak untung cepat kerana atas desakan ekonomi kos kehidupan zaman sekarang di malaysia ini sudah semakin kritikal atau kos kenaikan taraf kehidupan seseorang.
Bila dikaji secara teliti, Akhirnya kesan keatas perniagaan skim cepat nak kaya ni hanya mampu bertahan paling lama pun kurang dari 10 tahun. Oleh itu, saya sarankan kepada golongan seperti ini supaya cari satu peluang perniagaan yang kita sendiri yang bentuk(create) terutama dalam perniagaan internet seperti Irfankhairi.Banyak kita boleh belajar tentang ilmu perniagaan internet jika dipraktikkan dengan betul tanpa desakan dari orang luar.
So, Fikir-fikirkanlah.
Ini adalah sekadar pendapat dari pengalaman saya.
wassalam
Johari
May 26th, 2008 at 6:42 pm
Saya hairanlah… kenapa 90% daripada jutawan-jutawan internet ni kerjanya jual buku (termasuk ebook) mengenai cara nak jadi kaya. Nanti orang yang beli buku itu pun akan jual buku macam tok guru dia jugak (buku mengenai cara untuk jadi kaya) untuk jadi kaya. Akan menjadi “endless loop”.
May 26th, 2008 at 10:06 pm
Huhu..orang kita memang suka bab-bab cam gini. Tak dinafikan. Its just fast money. Not for long time.
I prefer with long time term for make money. Offline or online.
May 28th, 2008 at 12:50 pm
Kita tidak bersatu dalam semua hal dan apabila terjadi masalah menyebabkan terciptanya peluang, dan ini digunakan sepenuhnya oleh orang-orang yang sentiasa melihat setiap masalah adalah peluang…
June 4th, 2008 at 12:23 pm
“”"Adilla Says:
May 22nd, 2008 at 9:23 am
Saya pernah di ‘approach’ oleh seorang pekerja salon untuk memasuki satu skim. Ia menggunakan wang pos. Perlu cari 2 orang dibawah kita dan kutiplah RM40 seorang dan ia perlu diteruskan oleh orang bawahan tu. Katanya di dah dapat RM500 dalam seminggu dan itu dikira sedikit, ada yang lebih lagi. Saya terus terfikir jika kita boleh untung begitu mudah tanpa usaha dan bermodalkan RM40, pasti ada pihak lain yang akan kerugian begitu mudah juga. Menurut katanya dia dah banyak pengaruh ’student’ kolej dan IPT. Kesian!”"”"”
>>>>
sy mrujuk apa yg cik adilla post kat atas tu..
kawan2 sy pun ada bodek sy sruh masuk skim ni, nama apa la sy x ingat. Tp nama skim ni bukan ’skim cepat kaya’ or somethin la, nama dia kontemporari la gak..nk join kna bg rm70 dlu wang pndahuluan, pastu kena labur rm2,000 utk beli brngan dr syarikat diorang. Pastu kena cari lagi 5 org bawah kita utk buat keje srupa nih…then, income dapat la berbelas-belas ribu. Yg buat gua meleleh air liur ni bila member tu tnjuk fail, surat dr gomen, gmbar ahli2 yg berjaya berbackgroungkan kete BMW, biography pengasas, slip gaji, money cek brnilai rm20,000!! kwn2 sy dh msuk blake, tinggal tangan kiri sy je yg duk pegang tangan kanan sy dr sain borg!
help me?? ape mende nih? ape kehel nye yoep!
June 23rd, 2008 at 6:43 pm
Melayu Mudah Lupa… Hohohoho
August 4th, 2008 at 11:58 am
Saya hanya ingin berkongsi pendapat saya walaupun saya ni boleh dikata kan budak baru nk blajar>>
Pada pandangan saya orang melayu ni suka sangat mencari jalan pintas untuk menjadi kaya dan ada juga segilintir yg bersikap tamak ingin tidak langsung berfikir tntng efek nya di masa depan jika kita mlabur skim yg cam ni__ok itu sj
August 26th, 2008 at 3:24 pm
Hurmm.. bos - bos semua, kalau melabur dekat FD tue ok x? Macam mana dengan pulangan dan status halal haramnya… Thanks taiko..