Melayu suka pada skim cepat kaya?

Hari ini apa kata kita berbincang pula…

Persoalan kali ini sedikit negatif, tetapi dukacita, dari sejarah sering membuktikan kebenarannya.

“Mengapa bangsa Melayu sering terjerumus dalam skim cepat kaya?”

Sejak dulu lagi yang popular, skim cepat kaya Pak Man Telo. Beratus ribu orang Melayu lebur wang. Baru-baru ini juga skim-skim pelaburan Internet haram… orang Melayu juga majoritynya tertipu. Dan berbagai-bagai lagi program cepat kaya takkan terputus-putus digembar-gemburkan.

Tujuan perbincangan ini bukan hendak memperkecilkan kewibawaan bangsa saya sendiri, tetapi, untuk berbincang secara ilmiah, mengapa bangsa Melayu yang sering terperangkap dalam skim-skim cepat kaya ini. Jarang sekali bangsa lain- baik dalam negara atau luar negara.

Apa yang membuatnya bangsa Melayu mudah tertipu? Mudahan dari perbincangan ini sedikit sebanyak dapat mencari penyelesaiannya…

The following two tabs change content below.
Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu usahawan online berjaya. Kini, beliau menjalankan perniagaan di Dubai dan berulang alik Kuala Lumpur - Dubai menajalankan penriagaan di dua benua. Untuk daftar program bersama Irfan Khairi, lawati http://www.OpenEducation.com.my

About Irfan Khairi

Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu usahawan online berjaya. Kini, beliau menjalankan perniagaan di Dubai dan berulang alik Kuala Lumpur - Dubai menajalankan penriagaan di dua benua. Untuk daftar program bersama Irfan Khairi, lawati http://www.OpenEducation.com.my

57 thoughts on “Melayu suka pada skim cepat kaya?

  1. Melayu yang ada otak pun..pun otak udang, itu sebab 500,000 kaki tangan kerajaan boleh dikelentong oleh mastermind yang kononnya nak bagi Melayu senang. Kerja kerajaan bolehlah …kerja sikit gaji nak lebih. ini lah cerita bangsawan bodoh. kasar pedas makan cili kot??

  2. macamana melayu mau maju… dari atas sampai kat bawah asyik makan rasuah. bila orang melayu mula nak berniaga banyak yang lingkup pasal semua nak kena suap, dan susah nak masuk projek kerna penerima suap ni dah ada orang dia. tak telus langsusng. berbilion wang rasuah mengalir setiap tahun. kesihan nasib melayu…

  3. Orang melayu mahu berubah tetapi tak sanggup usaha untuk berubah. Masing masih lagi berada didalam kelompok manusia yg berada didalam comfort zon masing2. Macam mana perubahan nak berlaku didalam hidup seseorang sekiranya dia tidak mula berubah. Hentikanlah mengharap bantuan dan usahalah untuk rezeki yang lebih. Selagi bangsa melayu tak mengubah mindset dan mengambil risiko untuk berjaya selagi itulah kaum melayu akan ditindas dan lemah berbanding kaum lain….inilah dia istilah merempat didalam negara sendiri…sedih. Salahkan diri sendiri dan bukan org lain

  4. Sebabnya Senang:

    Bukan Orang Melayu Bodoh, sebab Kenyakkan kita tak memahami ilmu kewangan. Saya rasa Orang melayu ni cerdik dan benar2 cerdik dalam banyak perkara. Cuma, Tak faham Aliran wang keluar masuk. Hanya bodoh dalam ilmu kewangan (financial Intelligent). Tak faham macam mana nak menggandakan pendapatan dengan betul. Konsep Asasnya nak kaya dah betul duit digandakan dan bekerja untuk anda (Leveraging Cencept). Tanpa konsep ini anda memerlukan mungkin 1,000 tahun untuk jadi kaya raya dengan bekerja kerana kos hidup semakin meningkat. Tujuan Asalya masuk Skim cepat kaya sebab Nak jadi Kayalah dan nak bebas dari segi kewangan. Orang-orang yang jual konsep ni pula bijak memanipulasikan faktor peluang kaya rasa dan bebas kewangan supaya banyak mangsa masuk. Mangsa masuk dengan tujuan hidup mereka boleh berubah dan bebas dari sudut kewangan.Saya tak rasa mangsa terlalu bodoh untuk ditipu berkali2. bukan sikit pelaburanya. Mereka ni macam butakan hati dan mata mereka, sebab peluang jadi kaya, dan bebas kewanga. Kadang2 mereka sendiri bercerita. “Ni sekejap je, orang baru masuk okeyla sebelum tutup”. Masuk dalam Skim Cepat kaya adalah bukti orang melayu sangat suka berniaga. Maklumla bangsa baru nak naik.

    Konsep Asas ialah duit bekerja untuk anda dan digandakan. Tu konsep asas untuk Kaya, bukan bekerja. Untuk jadi Kaya, anda harus melengkapkan diri dengan beberapa perkara dahulu. iaitu ilmu. Ilmu berkaitan, kewangan dan Pemasaran.. mungkin undang2. Guna konsep asas ini, dengan pilih bidang yang sesuai. contohnya hartanah. Pelaburan utama yg anda harus tahu pasal hartanah adalah ilmu berkaitan hartanah. Perbezaan jutawan hartanah dengan orang yang terlibat dalam pasaran hartanah tapi induvidu tersebut tak kaya raya sebab jutawan tersebut mempunyai ilmu yang luas mengenai ilmu hartanah dan kewangan. Ada orang mecapai pendapatan ratusan ribu setahun ada juga jutaan, dengan menggunakan modal ilmu hartanah dan ilmu kewangan dalam minda mereka. Mereka tahun bagaimana wang bekerja.

    Ramai yang nak jadi kaya tapi tak mempunyai ilmu berkaitan kewangan, cara memasarkan, dan displin diri. Contoh lain dalam menggandakan pendapatan adalah francais, dealership, licensing, bermain saham, dan perniagaan yang mempunyai unsur2
    ‘leveraging’. Tanpa unsur2 leveraging dalam unsur bisnes anda tidak boleh jadi kaya raya kecuali anda mewarisinya atau mengahwininya.

    -Firdaus Salleh
    CEO
    Allsbon Korea Sdn Bhd

    Penyelesaian: IK boleh mengadakan kursus atau Majlis ILMU berkaitan Kuasa kewangan @ mentaliti jutawan@ Gandaan Pendapatan @ duit buat duit @ Leverage your time and income

  5. saya rasa,
    oang melayu ni terlalu selesa…
    naksenang mesti selesa,nak invest nak selesa,nak kaya nak selesa..
    orang lain susah payah..
    (org cina dtg ke tanah melayu macam org jatuh bot, susah dan tiada pekerjaan ,jadi mereka bersatu..mereka bangkit..mereka berkorporate..orang kita jgn haraplah…kadang kadang adik beradik bergaduh
    ..org politik lg lah teruk..

  6. penyakit ini sebenarnya lambat nak di ubati tapi kena ubati sebelum kiamat,sebab bangsa kita tak pernah membuat kejayaan yg besar lagi..sebelum ini .
    tak tahulah kenapa orang kita jadi begini..
    otak kita sama besar saja dgn bangsa lain..
    org kita selesa dalam susah,orang lain selesa bila dah senang
    itulah penyakit org kita SELESA

  7. bagi saya melayu suka skim cepat kaya buakn sebab tak tahu pengurusan duit tapi pemalas nak belajar..reti nak menjual je..kalau buka bisness betul2 banyak aspek kena tahu..tapi kalau melayu rajin menjual kenapa sales staff company besar2 ramai orang cina yang mendapat komisen lebih dari gaji ceo..

Leave a Reply

Your email address will not be published.