Pengangguran & perniagaan- apa pendapat anda?

Pagi tadi saya mendapat surat jemputan sebagai panel program TV anjuran Kementerian Belia dan Sukan “Generasi Y” yang akan disiarkan pada Ahad ini RTM1, 12pm (secara langsung). Tajuk perbualan talk show kali ini adalah “Pengangguran: Budaya atau Krisis”

Apabila terima sahaja surat jemputan, yang pertama keluar di fikiran saya adalah:

Sekiranya graduan-graduan yang menganggur membuka fikiran dan memulakan perniagaan, serta tidak bergantung kepada mencari kerja makan gaji sahaja… maka, kuranglah masalah pengangguran di Malaysia 🙂

Topik kali ini lain sikit kerana saya ingin meminta pendapat anda berkenaan dengan pengangguran.

Apa yang pertama sekali keluar di fikiran anda? salah siapa mereka menganggur? Salah diri sendiri yang memilih? Kurang kualiti dan kepakaran? Salah majikan yang dikriminasi? majikan yang tidak mahu beri peluang? atau apa sahaja…

Kali ini saya ingin dengar pendapat anda.

ps: In fact, ketika saya bersetuju menjadi duta MIBO, saya memikirkan jumlah pengangguran graduan-graduan kita yang menyedihkanlah, saya bersetuju untuk menjadi jurucakap MIBO supaya lebih ramai terbuka minda menjadi usahwan-usahawan ICT. Di bawah saya sertakan maklumat MIBO (klik more). Tetapi, sebelum baca tu, minta pendapat anda mengenai pengangguran terlebih dahulu 😉

================== 

Apa itu MIBO?

MIBO bermaksud “Malaysian Independent Business Ownership” atau “Program Keusahawanan Berdikari Malaysia”

Dengan menyertai MIBO, anda akan menjadi PEMILIK PERNIAGAAN dan anda boleh menjalankan perniagaan tersebut secara kecil-kecilan dari rumah anda atau dari sebuah kedai- pilihannya ditangan anda.

Apakah perniagaan MIBO?

Perniagaan MIBO membolehkan anda menjual semula produk-produk ICT dan kewangan berjenama hebat di Malaysia,buat masa ini termasuk:

  • ASTRO
  • STREAMYX
  • MAXIS
  • IZZI 4G
  • TM SMART CALL
  • J & C PACIFIC VOIP
  • MBF CREDIT CARD

Bagaimana MIBO berbeza dengan program keusahawan ICT yang lain?

Kekuatan MIBO terletak pada ssstem komisyen dimana ia membayar komisyen PENUH kepada pemilik perniagaan- iaitu ANDA. Tidak seperti agen-agen produk dan perkhidmatan ICT secara konvensional di mana komisyen dipotong untuk bayaran pengedar dan agen.

Contoh: secara konvensional, agen Streamyx menerima 150% komisyen. Tetapi, pemilik perniagaan MIBO menerima 240% komisyen. (100% komisyen
diberi terus kepada anda tanpa dibahagikan kepada orang tengah lain).

Apakah manfaat kepada saya?

  • Produk dan perkhidmatan di bawah MIBO adalah berjenama hebat di Malaysia dan sedia mempunyai permintaan yang tinggi. Menjual sesuatu yang sedia dikenali adalah jauh lebih mudah berbanding dengan menjual sesuatu yang tidak popular.
  • Tidak seperti program keusahawanan ICT lain, sistem komisyen penuh akan memberi komisyen yang tertinggi kepada pemilik perniagaan MIBO. Ini membolehkan anda memaksimakan keuntungan perniagaan anda.
  • Dengan MIBO, perniagaan anda mempunyai bukan satu sahaja, tetapi berbagai-bagai produk dan perkhidmatan jenama utama Malaysia. Ini memberi anda aliran pendapatan berganda. (Multiple streams of income)
  • Antara produk dan perkhidmatan MIBO memberi pulangan berulang. Pulangan berulang memberi anda keuntungan setiap bulan dengan hanya melakukan kerja satu kali sahaja. (Residual income)
  • Untuk mendapat hak reseller secara individu kesemua produk dan perkhidmatan di atas, modal yang diperlukan adalah beratus ribu ringgit. Melalui MIBO, anda boleh memulakan perniagaan ICT dengan modal yang amat rendah.

Saya ingin mengetahui lebih lanjut, bagaimana?

Ada banyak lagi manfaat yang anda akan terima melalui MIBO, tetapi, tak muat ditulis disini. Sekiranya anda ingin tahu maklumat lanjut, taklimat MIBO PERCUMA akan diadakan di:

Tempat: Hilton, KL Sentral
Tarikh: Selasa 29hb April, 2008
Waktu: 8.00pm-10.00pm
Penyampai: Mr Allen, Dato Dr Azman Ching (mewakili Persatuan Usahawan-Usahawan Muda Malaysia) & IK

*MIBO juga bukan untuk penganggur sahaja! kalau bukan penganggur tetapi ingin memulakan perniagaan pun boleh turut serta 😉

==================

*ingat ya, topik ni bukan berkenaan dengan MIBO. Soalan MIBO tidak akan dijawab di sini… (perlu hadir taklimat, dan tanyalah apa sahaja!) topik ini berkenaan dengan pendapat anda mengenai pengangguran 🙂

Sila beri pendapat… 

The following two tabs change content below.
Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu usahawan online berjaya. Kini, beliau menjalankan perniagaan di Dubai dan berulang alik Kuala Lumpur - Dubai menajalankan penriagaan di dua benua. Untuk daftar program bersama Irfan Khairi, lawati http://www.OpenEducation.com.my

About Irfan Khairi

Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu usahawan online berjaya. Kini, beliau menjalankan perniagaan di Dubai dan berulang alik Kuala Lumpur - Dubai menajalankan penriagaan di dua benua. Untuk daftar program bersama Irfan Khairi, lawati http://www.OpenEducation.com.my

77 thoughts on “Pengangguran & perniagaan- apa pendapat anda?

  1. Pada pendapat saya pengangguran disebabkan oleh sikap penganggur itu sendiri, terdapat banyak peluang pekerjaan yang ada…tapi kene buang mindset makan gaji sebagai contoh boleh menjadi perunding unit amanah,wakil insuran atau takaful,terlibat dengan MLM,kesemua pekerjaan tersebut tidak memerlukan modal yg banyak dan mampu membuahkan hasil yg lumayan, buanglah sikap memilih kerja kepada penggangur yg membaca warkah ku ini…..TQ babai

  2. Pengangguran berlaku apabila,
    1.Kualaiti diri tidak seiring dengan pasaran kerja.Kurang elemen yang menyokong seperti kebolehan komunikasi, personal, pengurusan dsb. Walau pun beliau adalah pemegang ijazah.
    2.Persekitaran dan mentaliti masyarakat yang masih terkebelakang, budaya kuli(bekerja dengan orang)masih kuat mempengaruhi pemikiran masyarakat dan seterusnya graduan.
    3.Lalai dengan arus pemodenan yang menjadi penyebab graduan tidak kreatif dan inovatf. Contoh, Komputer hanya sekadar menjadi pengguna yang terbaik(Bijak bermain games) bukan cuba untuk menggerakkan minda dan tenaga untuk mencipta sesuatu yang mendatangkan kekayaan.Telefon hanya sekadar pelengkap kehidupan
    4.Mata ikan kering…..tak nampak(peluang) walaupun matanya celik. (Fahamkan)

    Drp:
    MBO……
    Sekiranya Irfan atau pembaca inginkan bantuan untuk menyediakan pelan rumah, kabinet dapur dan wardrobe hubungi
    012-6177023

  3. Pada pendapat saya orang yang tak dapat kerja ni terlalu memilih kerja.Di Malaysia ni banyak sangat kerja yang boleh dibuat.Janganlah asyik nak tengok kepada income sahaja.Daripada duduk di rumah tak buat apa-apa, lebih baik bekerja biarpun jadi cleaner! Atau paling tidak pun berniaga di internet. Jangan bagi alasan susah dapat kerja kerana peluang semakin sempit.

    Ramai juga graduan dalam bidang yang lain bekerja di ladang menjadi petani moden, usahawan dsb.So, jangan cari alasan untuk tidak bekerja… “nak atau tidak je sebenarnya…”

  4. Pendapat saya: Salah satu sebab ialah “title”. Seperti Engineer. Para graduan masih lagi memikirkan “title” apabila keluar dari IPS atau IPT. Titlle saperti “Engineer” atau “Executive” begitu seronok di sebut bila orang bertanyakan tentang kerja. Masyarakat pada umumnya juga begitu seronok bila mendengar “title” Engineer atau Executive.

  5. Pengangguran boleh dikurangkan dengan menceburi bidang perniagaan. Walaupun begitu, mereka yg menceburi bidang perniagaan ini tahu risikonya.

    Budaya kita mungkin cuba mencari sesuatu yang “selamat” seperti makan gaji kerana tak sanggup menghadapi risiko naik turun perniagaan.

  6. betul tu… x boleh memilih sgt kalau nak keje… keje lah apa2 pun… yg penting pengalaman…

    tapi mnceburi bidang perniagaan bukanlah semudah yang disangka. kena ada kekuatan mental & fizikal! kena byk motivasi

  7. bagaimana pula dengan pendapat anda berkenaan “kualiti” graduan kita? dari segi soft skill seperti komunikasi dan kebolehan berbahasa inggeris? adakah mencukupi untuk mencari kerja pada zaman ini yang sedia kompetetif?

    -IK

  8. salam..

    antara faktor pengangguran:

    1) salah memilih kursus semasa di IPT
    (meaning kursus yg dipilih bukanlah yg betul2 diminati)thats why susah nak dpt kerja
    2) lokasi; tempat kerja tersebut tak convenient bagi yg tidak mempunyai kenderaan
    3) penguasaan bahasa inggeris
    4) penampilan (tidak kira wanita/lelaki)
    penampilan haruslah ada “clean look”
    utk wanita: elakkan pakai baju kurung yg bermotivkan bunga2an.n please have some make up (at least facepowder n lipsiick)
    utk lelaki: elakkan bau rokok(sekiranya anda merokok)and always pakai seluar berwarna gelap, baju warna terang
    5) sewaktu interview; posture badan kena jaga, dont slouch!

    semoga tips2 diatas dpt membantu
    tenkiu ; )

  9. Salam..pendapat saya, ramai anak-amak muda menganggur kerana mereka ni terlalu memilih kerja.. nak berniaga malu,tak sanggup nak ambil risiko,nak untung cepat dan mindset bahawa kerja makan gaji lebih terjamin.Pendek kata tidak mahu bersusah-payah. Orang Melayu sekarang sepatutnya mengubah tanggapan sedemikian dan saya berpendapat sudah tiba masanya kita orang-orang Melayu melancarkan kempen “satu keluarga satu perniagaan” barulah bangsa kita akan berjaya. tak kiralah perniagaan besar/kecil/online/offline ker. Mengenai kualiti graduan dan softskill (komunikasi) saya rasa sepanjang tempoh mereka berada di IPTA/S mereka ini telah didedahkan dengan bermacam ilmu dan sepatutnya mereka inilah belia2 yang berkualiti sekiranya mereka mempraktikkannya. Jika kita lihat orang-orang yang berjaya ada juga yang tidak berpelajaran tinggi tetapi mereka ini mempunyai keinginan yang kuat serta sanggup belajar mendalami sesuatu bidang ilmu. Selain daripada itu, pengalaman sebenarnya memberi ilmu yang amat berguna. Belajarlah melalui pengalaman dengan berbekalkan kekuatan jasmani dan rohani yang diberikan oleh Allah s.w.t. InsyaAllah.

  10. Saya setuju benar dengan respons p pembaca2…. pengangguran disebabkan oleh diri kita sendiri… bukan salah org lain… salah diri kita sendiri… mengapa perlu menunggu kerja yg sesuai dgn kita? Kerjalah apa2 saje dulu terutama slps grad U… sy sendiri pernah bekerja sbg cashier di salah sebuah pasaraya terkemuka di m’sia sejurus slps tamat pengajian di U.. kemudian bekerja di bbrp sykt swasta (kontrak) dan skrg alhamdulillah bekerja sbg executive di salah sbuah unit trust co di kl…..

    Menjawab soalan IK berkenaan “kualiti” graduan kita, sy rasa, IPTA terutamanya perlu menitikberatkan praktikal berbanding teori…. selain itu, pelajar perlu diberi pendedahan/latihan berkomunikasi di dalam kelas/tutorial.. adakan sekurang2nya 1 subjek komunikasi (baik dlm bhs melayu ataupun bhs inggeris) utk semua kursus di IPTA terutamanya….

    Ini kerana kelemahan bahasa dan komunikasi boleh diatasi dengan cara ini… Ini adalah pendapat saya…. pasti ada lg pendapat2 yg lebih bernas p pembaca2 blog irfan ini….

  11. Institusi pendidikan kita byk focus pada kejayaan dlm exam,lebih byk score A maka diiktiraflah sbgai pandai.X bleh salahkan graduan 100% sbb.acuan pendidikan kita mmg lebihkan teori (exam) praktikal.Real life challenges x didedahkan.Sedangkan realitinya,zmn skrg ni kita kena lebih master soft skill;komunikasi berkesan,cemana nk negotiate,cemana nk handle pressure,cemana nk lebih kreatif & advance(kuasai ilmu selain scope pelajaran masa kat Univ),leadership,byk lg laaa yg x bleh dpt dlm buku.zmn dah berubah->dh jd sgt kompetitif,tp lumrahnya people resist to change,ambil masa nk berubah.Tp dgn adanya IK (saya kira sbgai “agen perubahan”) & mereka yg seangkatan dgn IK, maka perubahan boleh dicepatkan.

    ** IK..masa sy lepas grad dulu,dpt 1st job,saya rasa mcm tiba2 terjatuh dlm gaung besar slps melalui jlnraya yg lurus & tenang.Saya gagal handle pressure (x sangka dunia kerja sgt kompetitif).As a result, i hop from job to job.pendapat saya->pengangguran disbbkan expectation gap.sangkaan meleset.

  12. Salam Ik dan Semua,
    ..zaman dah berubah kita semua kena terima kenyataan. berubahnya zaman seiring dgn perubahan IT, suka tak suka kita harus pertingkatkan diri. sy tahu ada tak pentingkan BI tapi anda lupa anda tak boleh bergerak jauh. kalau BM lebeh fokus di nusantara. sekarang dah cara globally anda dpt exposure luas macam IK. betul anda boleh kaya dgn BM itu saja anda dpt. graduan tak graduan ke zaman bukan lagi kerja kekal selamanya silap silap anda kena tukar kerja berbagai line. begitu berniaga pun bertukar tukar. …zaman dah berubah terima lah kenyataan. BI penting kerna bahasa perantaraan sedunia suka tak suka kalau tak upgrade memang lah anda akan ketinggalan. Ini fact fikirkan lah generasi akan dtg tentu sangat memerlukan kerna perlu hidup luar negeri. Sorry terlebeh pulak. Salam Semua Selamat Maju Jaya.

  13. pada pandangan saya penganggur-penganggur ni sebenarnya TAK KENAL DIRI, andai kata kenal diri tidak ada istilah pengangguran. Cuba pandang dari mata allah ianya jadi satu rahmat, pandang dari mata penganggur jadi satu bencana, penganggur kena pandang dari mata allah, disebalik tidak berkerja itu sebenarnya ada kerja yang perlu dilakukan, iaitu cari yang di dalam diri bukan yang diluar diri, apakah bakat2 unik aku? dan dengan bakat2 unik ini aku dapat cara terbaik untuk berbakti demi umat manusia?, IQ BAGUS, EQ DAN SQ TAK DE, LIHAT DENGAN MATA HATI BUKAN DENGAN MATA KEPALA, LIHAT DARI MATA BURUNG BUKAN LIHAT DARI MATA TEMPURUNG. FIKIR2KAN….!!!

  14. pengangguran bagi saya berlaku di sebabnya oleh graduan itu sendiri…itu sebab utama!!!

    1.Tiada tanggungjawab terhadap agama,bangsa, diri,keluarga,
    Kalau graduan itu waras…mesti dia tau tanggujawabnya dan sentiasa berusaha untuk mendapat pekerjaan untuk menampung hidup…

    2.Sesetengah graduan yang menganggur mungkin di sebab kan sedang berada di zon selesa kerana duduk dengan family(semua di tanggung oleh mak bapak-dari seluar dalam sampailah ke dua minyak moto/keta)

    3.Berkawan dengan pemalas….kalau kawan-kawan mereka semua dapat kerja…mesti graduan itu rasa malu dan tercabar(ini jenis graduan yang waras lah..)

    4.Perwatakan yang tak meyakinkan …..ermmm…ermm..malulah..i ni tak reti speaking….i miskin….i takde seluar slack hitam….i ade selipar je..

    sekian saja pandangan dari saya..

  15. assalamualaikum semua..

    posting IK hari ni mcm betul² kena dgn sy. smlm sy baru tamat paper terakhir utk tahun pengajian terakhir sy. skrg proses penyiapan tesis pulak. lebih kurang seminggu akan dtg, sy akan bergelar penganggur tp sy hrp cuma sekejap.

    pendapat sy, mslh graduan yg x dpt keje ni satunya terlalu pegang pd title mcm #4 komen. contohnya sy dlm bidang electrical engineering. kwn2 sy yg grad tahun lps semuanya nak kejar title engineer. tp alhamdulillah ramai yg dh jd engineer, tp msh ada yg belum dpt keje. terlalu kecilkan skop kerja, itu jd mslhnya. dan lg 1, mereka tak sempat join program finishing school di bwh Kementerian Pengajian Tinggi yg byk terapkan psl soft skills. sy baru join bulan lps tp cuma dpt dtg 1 sesi je.

    oh ye. kebanyakan company skrg tgk pd soft skills, bukan 4.0 CGPA. sumber p Mia Consultant 🙂

  16. salam, tumpang lalu. lagi berita kehilangan anak.sila click link saya utk info.dan tolong sebar2kan.

    Oh ya, tentang pengangguran. Saya rasa, mungkin oleh sebab terlalu ramai yang berkelulusan tinggi. Oleh itu, majikan ada banyak pilihan utk memilih graduan. Jadi sebagai graduan, kita kena lengkapkan diri dgn soft skills which has nothing to do with the course taken. Graduan kena bersedia utk meningkatkan market value mereka sendiri. Mereka kena siapkan diri dengan pengetahuan seperti kepimpinan, pengurusan, komunikasi, ICT, kemahiran bahasa dan sebagainya. Ini kerana kalau sekadar mengharap pada sehelai kertas ijazah/diploma sahaja tidak cukup. Melambak-lambak lagi graduan lain kat pasaran yang ada mungkin sama atau lebih baik lagi taraf kelulusannya.

    Selain itu, mereka juga perlu berfikiran lebih kritis dan mesti ada keyakinan tinggi. Ini macam mana kalau nak suruh presentation kat depan pun tergagap-gagap. Ini adalah antara sebab banyak pengangguran berlaku. Not because the demand for job is low, but the quality of available stock is low. Kerja selalu banyak, jika ingin gaji yang tinggi, pastikan apa yang dibayar setimpal dengan apa yang kita boleh bagi.

  17. Pada pendapat saya, graduan pada masa ini agak kurang qualiti dari segi kebolehan berbahasa Inggeris, tetapi itu bergantung dengan institusi mana graduan tersebut itu menuntut dan sejauh mana keinginan graduan tersebut memahirkan diri dalam bahasa kedua itu. MAnakala aspek pengangguran, saya kurang faham mengapa ada yang sanggup menganggur sedangkan peluang perniagaan di Malaysia ini terbuka luas, Lebih-lebih lagi dengan bantuan kerajaan dalam bidang pertanian. Atuk kat Sik Kedah yang bela lintah dengan pendapatan RM 3000 sebulan hanya bekerja seorang diri tu pun boleh dilihat sebagai peluang yg menarik.Seekor lintah RM1.50 – RM3.00 seekor. Lintah senang nak jaga bukan macam ayam…. Penganggur ni tau ke cacing tanah yang dibela 1kg berharga RM 700 dan pasaran international adalah luas? Fikir2kanlah

  18. tentang kaitan antara pengangguran dan perniagaan ialah, kebanyakan graduan hanya harapkan makan gaji dan kurang entrepreneurship spirit. Jika adapun, environment sekeliling seperti sokongan kewangan, keluarga dan institusi kewangan selalu jadi antara halangan utama.

    Dan kerana kebanyakan dah set dalam fikiran lepas grad gaji mesti RM2k ke atas. Jika berniaga mereka tak yakin boleh dapat, sudahnya tidak berani nak mulakan business dan pengangguran meningkat. Dan juga status quo rakyat malaysia, orang yang berniaga sendiri kadang2 dianggap lebih rendah tarafnya berbanding mereka yang bekerja. Lainlah kalau perniagaan tu start2 je dah boleh sewa ofis mewah dan sebagainya, barulah dipandang tinggi.

    Sekian lah sahaja komen utk kali ini.hehe

  19. Kalau anda menganggur, salahkan diri sendiri. Terutama sekali mahasiswa-mahasiswa yang kononnya berpelajaran tinggi.

    Anda ada ijazah universiti, tapi belum cukup untuk lulus ujian realiti, di dunia nyata. Kalau pun “tersalah” memilih kursus dulu, jangan pula anda terus-menerus menghukum diri dengan kesalahan itu.

    Anda pandang rendah pada MAT REMPIT, tapi mereka kadang-kadang lebih baik dari anda. Tinggalkan mereka yang buat kerja-kerja haram, tapi lihat pada yang ada kerja walaupun sebagai despatch sekalipun.

    Tengok pula budak-budak kat kampung, mereka tak pernah masuk U, tapi mereka tetap ada kerja. Jadi penoreh getah, jual burger tak pun berniaga kat pasar malam.

    Mahasiswa? Malulah, takde class la konon nak buat semua ni. Tak ke kita tersa malu dengan mak ayah, menghabiskan beras mereka. Pinjaman PTPTN tu pula, siapa yang nak bayar.

    Kita ni, pelajar yang bangga dengan ijazah sekeping, mana kehebatan yang selalu dibangga-banggakan selama ini. Dapat konvo di universiti, tapi kita masih merangkak sebenarnya kat dunia nyata.

  20. salam ik & semua,
    Bg pendapat sya,pengalaman saya sendri dalam mencari kerja sememangnya amat sukar..bukannya memilih tetapi majikan yg tidak mahu mengambil kami yg ada diploma @ijazah. Alasan mereka,kenapa pilih kerja ini sedangkan anda mempunyai diploma @ijazah mintalah kerja yg bersesuaian dengan anda?ataupun alasan seperti:anda mempunyai diploma tp kami terpaksa memberi gaji mengikut kelayakan spm,kebanyakkan rakan- rakan saya bekerja di luar daripada bidang yg mereka pelajari.kalau nak diharapkan dengan diploma @ijazah mengikut bidang yg dipelajari jawabnya sampai bila pun tak dapat kerja,ada yg terpaksa melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih daripada itu semata2 bimbang bila habis belajar pasti akan menganggur,jadi lebih baik belajar lg…Bagi graduan yg mahu memohon jawatan di jabatan kerajaan kebanyakkan menggunakan kelulusan spm alasannya,jawatan utk diploma @ ijazah yg kosong 1 tp yg memohon beribu2…lebih baik guna kelulusan spm senang dapat kerja…dengan kos hidup di kota yg mahal,ada yg terpaksa bekerja lebih dari 1 pekerjaan dalam masa sehari cthnya pagi bekerja di sektor swasta dari 8.30pg-5.00 ptg,kemudian kerja di fast food restoran misalnya dari 6.00ptg hingga 10.00mlm…tujuannya untuk menambahkan pendapatan yang sememangnya tidak mencukupi bagi mereka yg tidak memilih pekerjaan semata-mata.
    Saya berharap rakan-rakan di luar sana bersabar,siapa yang nak hidup susah semuanya nak hidup senang….samada anda berani atau tidak mengharungi apa jua cabaran yg akan mendatang…….

  21. Saya sokong pendapat dari Rahmah tu. Dasar pendidikan di negara kita sebenarnya lebih kepada ‘spoon feed’.Untuk lulus periksa, baca buku & buat latihan.Banyak teori dari praktikal dan kalo praktikal pun dapat arahan baru buat. Itulah majoriti graduan yang dilahirkan sekarang iaitu melakukan kerja mengikut arahan.
    Pada pendapat saya, penganggur tidak boleh disalahkan 100% ini kerana kita semua dilahirkan seperti kain putih tapi corak yg kita terima tu yg menentukan kita di mana.. umo 4-6 tahun di tadika kita diajar kemahiran 3M(membaca,mengira,menulis),7-12 pun 3M lagi, 13-17 diberi peluang untuk memilih samada aliran sains atau sastera dan skali lagi mereka dilatih ke arah itu untuk mendapat tpt di peringkat yg lebih tinggi. Penganggur tidak di asuh dengan kemahiran hidup yang betul, stakat subjek kemahiran hidup pandai memasak,menjahit & bertukang sahaja tidak mencukupi. Keadaan persekitaran juga memainkan peranan penting dalam mencorakkan kehidupan.
    Untuk melibatkan diri dlm dunia perniagaan pula tidak semudah yang disangkakan. Mengikut kajian 80% perniagaan lingkup dlm usia kurang dari 5 tahun dan 80% dari baki 20% yang tinggal tu lingkup dlm usia 10 tahun (SBA Digest,oct 2002).
    Selain dari itu, kematangan seseorang tersebut yang menentukan samada dia masih menganggur atau bekerja. Baru grad, usia 21-23 tahun tidak ramai yang matang dalam membuat keputusan untuk kehidupan mereka selain ingat nak enjoy.Akan tetapi ramai juga yang telah matang diusia sebegini sbg contohnya IK sendiri di mana telah menetapkan matlamat utk menjd jutawan sebelum usia 30thn.

    Itu sahaja pendapat saya. Minta maaf jika terkasar bahasa.

  22. IK,

    Saya pernah bekerja dalam bidang ‘pencarian kerja’. Melalui pengalaman dan ‘insider information’, kualiti graduan memang di bawah tahap ‘average’.

    Hinggakan ‘interviewer’ mempunyai sistem ‘screening’ sendiri berdasarkan universiti pemohon kerja. Sebagai contoh, pemohon universiti A, boleh dipertimbang. Pemohon daripada universiti B, reject terus! (walaupun belum membaca resume! ). Keputusan hanya dibuat berdasarkan universiti pemohon sahaja.

    Harap maklum, screening ini adalah antara IPTA dan IPTS terkemuka. Tidak termasuk kolej2 persendirian.

    Menurut pendapat mereka, hanya beberapa universiti sahaja di Malaysia yang mampu menghasilkan graduan berkualiti. Selebihnya, amat mengecewakan.

  23. pendapat saya: terdapat banyak sebab berlakunya pengangguran..
    1. sikap penganggur itu sendiri..belajar untuk mendapat kerjaya yang bagus & bukannya kerana ilmu..terlalu mengharapkan untuk makan gaji.
    2. kualiti seseorang..walaupun begitu masing2 ada kelebihannya yang tersendiri..yang penting berusaha.
    3. mungkin juga pandangan sesetengah masyarakat yang masih lagi sempit terhadap beberapa kerjaya.
    sekian. ringkas ja:-).

  24. Assalamualaikum…

    Rasa-rasanya skill communication graduan sekarang ini amat jauh kebawah dibandingkan dengan graduan 20 tahun lalu..mungkinkah kerana terlalu banyak IPTA & IPTS di seluruh negara sehinggakan pelajar-pelajar yang tidak “benar-benar” bagus pun dapat menjadi graduan??…

    Memang ramai graduan yang tidak dapat berkomunasi dengan baik bukan saja dalam BI tapi nak beri pendapat dalam BM pun takut-takut. Ada yang tergagap-gagap dan seolah-olah takut untuk menjawap soalan (masa interview dan kalau yang dah berkerja tu masa meeting.) Kalau nak dikatakan environment, graduan dulu pun ramai yang datang dari kampung, tak ada exposure dan dari keluarga yang tidak pernah menggunakan BI pun dalam perbualan sehari-hari. Tapi mereka semua confident..dan boleh bertutur dengan baik.Kenapa? Mungkinkah graduan sekarang kurang membaca??..(Jawapannya ya..)

    So, anak-anak muda sekarang, lengkapkan diri dengan “ILMU” yang berbagai. Guru dan pensyarah hanya bagi 40% sahaja dan perlu cari yang 60% lagi tu..kekuatan dan keyakinan akan diperolehi bila banyak membaca.

    Sistem pendidikan kita dari dulu pun memang exam oriented, bukan baru sekarang. Kalau dulu, SRP tak dapat A tak dapat masuk Form 4. SPM tak dapat pangkat 1, tak dapat masuk matrikulasi. STPM tak dapat full cert,(sekurang-kurangnya 3principal A) tak dapat masuk Universiti.. tapi sekarang??? Mungkinkah sistem pendidikan perlu diubah seperti dulu supaya ada persaingan kerana seperti dalam perniagaan juga, bila ada persaingan barulah kita cuba menjadi yang terbaik dan oleh kerana ramai yang menganggur, mereka tidak segan lagi kerana “Alah mak, relaxlah bukan saya sorang je yang tak keja, anak makcik Limah pun belum keje. Keje sekarang susah nak dapatlah mak…”

    Jangan beri alasan tapi cari kelemahan diri dan tingkatkan prestasi…

  25. Berdasarkan pengalaman saya menjadi panel bagi sesi temuduga untuk penjawatan, memang masih banyak kelemahan pada Graduan kita terutamanya dalam berkomunikasi dan pengetahuan am.

    Sistem pendidikan sedia ada tidak boleh disalahkan 100%, tetapi sikap Graduan kita dalam mempersiapkan diri untuk terjun dalam alam pekerjaan mesti diperbaiki.

    Sebagai contoh, graduan kita boleh melatih kemahiran berkomunikasi dan keyakinan diri dengan menjadi penjual sambilan atau mewakili badan kebajikan untuk meminta sumbangan. Tapi yang pentingnya, sikap malu perlu dihapuskan.

    Ingat! Perniagaan juga adalah satu pekerjaan.

  26. ramai yang sebut tentang salahkan penganggur, salahkan sistem pendidikan kita…

    tetapi bagaimana pula dengan MAJIKAN itu sendiri yang tak mahu mengambil graduan2? dalam erti kata lain, tempat kekosongan kerja. ada juga saya dengar cerita inginkan yang boleh berbahasa mandarin. begitu juga inginkan yang fasih 100% in English… serta ada juga majikan yang ambil pekerja berdasarkan ‘cable’ atau dalam erti kata lain graduan yang tidak hebat, dapat kerja hebat kerana orang dalam.

    -IK

    ps: jangan lupa menonton “Generasi Y” hari Ahad ini di RTM1 12.00pm! Saya pun tak pasti siapakah panel selain saya…

  27. salam..

    i supposed thats discrimination… : (

    p/s utk majikan:
    always state clearly requirements yg di mahukan, supaya pemohon boleh buat checklist sebelum dtg temuduga ; )

  28. Yela..betul tu. tak boleh salahkan graduan 100%..Kadang-kadang memang betul lah graduan ni ada sesetengah dari diorang ada yang macam `Kepala angin` sikit..

    hmmm…saya dulu cuti sem saya minta kerja bahagian pengurusan akaun.tak sangka pula dapat.saya cakap nak belajar juga dunia kerja ni waktu cuti.bos saya cakap ..“takpe saya bagi awak peluang.kalau ikut orang lain susah nak bagi pelajar-pelajar atau graduan contohnya untuk kerja coz nak kena ade pengalaman dulu…“

    hmmm…walaupun saya dalam proses nak habis belajar,oleh sebab saya jumpa dengan orang yang boleh bagi peluang,so saya pun dapatlah job.

    kadang-kadang ade jugak yang dapat kerja melalui cable mcm ckp tu.nak-nak pulak kalau comp tu mcm uncle dia yg punyer,mak cik dia yg punyerk,atuk atau nenek dia ke..best friend mak tiri dia ke yg punyerk..senang nak dapat…

    tapi kalau majikan yg berfikiran lebih luas dan saksama dia takkan fikir soal darah daging atau hubungan..itu jatuh no.2 yg penting kualiti untuk jangka masa panjang.

    tapi kan bagi saya hendak seribu daya..kalau kita betul2 hendak cari je dan banyakkan doa.ade rezeki kita dah tertulis maka memang job tu untuk kita.tapi USAHA tu yang penting.

    betul tak kawan-kawan? 🙂

    tumpang lalu……
    http://www.batikofmalaysia.com

  29. Topik yg dibangkitkan memang menarik. Pengangguran! Penilaian ‘salah siapa’ tidak akan menyelesaikan masalah. Jari kita akan terus menuding kepada seseorang dan selepas itu seseorang yang lain, sehingga mungkin menyalahkan polisi sesebuah negara. Hakikatnya ini isu bersama. Namun ia bermula dari seseorang individu itu sendiri.

    Pendapat saya, matalamat jelas dalam hidup amat penting. Bermula dari alam pelajar tanamkan NIAT apa yg ingin diusahakan pada masa hadapan dan dapat mendatangkan kebaikan pada diri, keluarga dan ummah keseluruhan. Jiwai apa yang diniatkan dan usahakan sedaya upaya. Tawakkal hanya pada Allah.

    Selain itu penting untuk kita tentukan apa yang kita usahakan adalah sesuatu yg kita suka dan minat. Ini untuk menjamin keberterusan usaha kita. Contohnya, memilih kursus atau yg bukan pilihan kita mungkin melikukan perjalanan kerjaya dimasa depan. Namun ada situasi di mana kita lebih berjaya dengan sesuatu yg tidak pernah terlintas dalam fikiran untuk kita lakukan. Ini kekuasaan Allah. Kita merancang, Allah jua merancang dan tentunya perancangan Allah yg terbaik!Kita terima dan syukur.

    Akhirnya tidak dinafikan faktor seperti majikan memainkan peranan penting. Terdapat majikan yg secara tidak jelas melakukan diskriminasi dalam pemilihan pekerja. Meletakkan syarat seperti boleh berbahasa Mandarin dsbnya jelas membataskan permohonan yg diterima. Ini tidak dapat dibendung. Berhenti merasa terpukul dgn majikan yg sebegini. Bumi Allah luas dan rezeki telah ditentukan untuk setiap hambanya. Kita cuma dalam usaha untuk mendapatkan apa yg telah ditentukan untuk kita. Tertutup satu pintu, masih banyak pintu lain yg masih terbuka.

  30. Semua komen di atas bagus2 belaka.

    Berdasarkan pengalaman saya, pengangguran bukanlah budaya, tetapi lebih kepada krisis yang meruncing kalau tidak ditangani segera.
    Ada faktor luaran dan dalaman yang perlu diberi perhatian.

    a) Faktor luaran

    Yang ini bergantung kepada majikan dan keadaan ekonomi negara (spt kata IK di atas). Yang ini semuanya out of our control. Kita cari sajalah kerja yang sesuai dgn kita.

    b) Faktor dalaman

    Yang ini perlu diteliti. Perbaikilah diri sendiri. Kenali diri sendiri.

    1. qualification – result dari univ tu mestilah bagus. Bila nak exam tu, target A++, bukan target untuk cukup makan je.

    2. attitude – must be positive thinking, sanggup berubah, sanggup mencuba, sanggup terima cabaran.

    3. ilmu “soft skills” – openmindedness, improve communication skill, friendly, courtesy, boleh public speaking, negotiation skill, emotional stability, tak berlagak dan lain-lain lagi.

    Jadi yang paling penting, kenali keupayaan diri sendiri dalam ketiga-tiga perkara ini. Dari pengalaman saya sebagai majikan, budak-budak kita ni biasanya masalah yang paling besar ialah tak boleh berkomunikasi dlm Bahasa Inggeris dgn baik (menulis dan bercakap). Jadi perlu tingkatkan penggunaan BI setiap hari.

    Itu saja untuk topik hari ni.

  31. salam…

    semua komen menjurus ke arah kesalahan penganggur…sy x leh nk kata apa dh kt sini, cuma kpd yg dah ada kerja bersyukurlah dgn pemberian rezeki Allah kpd kalian….

    ps : IK, mesti tonton “Generasi Y”, ada rahsia nk dikongsi ker kt program tu..? hehe 🙂

  32. Hi IK dan Semua, jumpa lagi IK cakap pasal MAJIKAN kita kalah punya they set the rules. ada dua kategori atau banyak cara mereka menilai dan mengambil sesaorang pekerja. Depend how open minded can they be. Kalau hendak company maju tak usah cerewet sangat skill yg patut diutamakan dan peluang harus diberikan. Tentu IK tahu sebenar nya syarikat selalu maju terletak pada EQ bukan IQ walaupun kedua sama penting. kalau ada SQ lagi bagus lain2 Q nanti dtg sendiri. Pasal cabel2 ni dah puas dengar dan belum tahu dia ambil you kalau you pandai mandarin ni kes tak nak terus terang, kesian pemohon dtg jauh2 tak dijelaskan dgn betul. BI dah kata tak ada jalan lain kena upgrade and if you’re good + experiences they hire you punya don’t worry. Btw itulah sebab nya ada perniagaan sendiri bagus kan kan kan.

  33. IK,

    Isu graduan dan bisnes harus ditangani dengan hati-hati apabila mendefinisikan semua orang berbakat menjadi peniaga.

    Kita juga berhati-hati apabila memberi jalan keluar kepada semua graduan untuk berniaga.

    Saya berpandangan, perniagaan datang dengan bakat dan dengan pengetahuan. Ramai melihat perniagaan seperti mesin, sangat teknikal, prosedur tetapi tidak dapat melihat perniagaan juga adalah seni.

    Kerana itu orang yang gagal dalam bisnes dikatakan silap itu dan ini kerana yang menilai menggunakan kacamata teknikal, bukan kaca mata seni.

    Ahli falsafah dan pemikir dahulu mengungkap dengan baik bakat dan teknik, cuma dalam zaman sekarang, teknik dilebih-lebihkan sebagai jalan kepada semua penyelesaian.

    Ini sama halnya apabila pekerja yang baik dinaikkan jadi ketua jabatan.

    Pekerja yang baik tidak semestinya pemimpin yang baik, berulang-ulang kali perkara ini berlaku dalamm mana-mana organisasi. Isu ini saya tekankan kepada kepimpinan organisasi ya, bukan dalam segala hal.

    Ada peringkat demi peringkat dirangka bagi memastikan pekerja yang baik benar-benar dapat memimpin dan dinaikkan.

    Ini relevan dengan satu ayat (secara peribadi dan seingat saya adalah hadis), jika sesuatu diserahkan kepada bukan ahlinya, maka tunggulah kemusnahannya

    Satu kajian mesti dijalankan bagaimana pengurusan bakat individu dapat diterapkan agar adanya organisasi yang dapat menerima.

    Kajian ini tidak berlaku di Malaysia. Pembinaan organisasi berasaskan bakat. Kita masih terkongkong dengan sistem lama kerana takutkan perubahan.

    Saya tidak bercerita kepada perubahan 100% tetapi sistem lama dan baru mesti diintergrasikan bersama.

    Kedua, sistem bekerja tempatan ini perlukan R&D berterusan.

    Sebagai contoh, di Amerika sudah ada organisasi memperkenalkan sistem bekerja 3+2 iaitu 3 hari di rumah dan 2 hari di pejabat sebagai konsep bekerja SOHO.

    Kenapa? Organisasi memerlukan bakat pekerja tersebut tetapi pada sama mengambil kira keperluan gaya bekerja, personaliti dan tanggungjawab keluarga.

    Adakah graduan semata-mata mesti persalahkan.

    Islam mengajar, individu yang soleh adanya mualim yang mendidik, biah (persekitaran) yang baik dan ta’lim (ajaran) yang betul.

    Kita aplikasi dalam pengurusan graduan, siapakah mentor mereka sebagai pendidik cara hidup streetsmart selepas keluar U? Apakah bentuk persekitaran yang menjadi stimulasi kepada bakat dan kemahiran yang diterapkan sebagai teknik? Apakah bentuk falsafah hidup yang kita letak dalam jiwa graduan. Menjadi mesin atau insan selepas keluar Universiti?

    Inilah perkara yang perlu difikirkan.

    ini semua adalah kesimpulan kepada buku saya yang terbaru Mempengaruhi Bos Cara Streetsmart yang bakal diterbitkan. Jadi kira kitar semula idea ini.

    Jadi saya serahkan kesimpulan ini untuk dianyam idea itu menjadi isi-isi untuk Tuan sidangpleno bersama panelis lain Ahad ini.

    Salam hormat dan insya Allah, saya akan tonton rancangan itu.

    ZAMRI MOHAMAD
    Penulis Buku Sepenuh Masa
    http://www.zamrimohamad.com

  34. Pada pendapat saya, masalah pengangguran ini berpunca daripada sikap individu yang terlalu memilih kerja kononnya ingin menjaga imej dan ego.

    Walaupun begitu, pihak majikan juga perlu dipersalahkan kerana terlalu memilih pekerja mereka.

    Ianya seperti the “chicken and egg” proverb.
    Majikan nak pekerja yang berpengalaman, tapi macam mana nak dapat pengalaman kalau belum pernah kerja?

    So sebab tu, para penggangur kena tukar mindset.Cuba mulakan perniagaan sendiri dulu, then bila dah berjsya dan ber”pengalaman”, mintaklah mana2 tempat, sure orang nak punya.

    Salah satu peluang perniagaan adalah melalui internet.

    Internet ni dah buka banyak peluang untuk orang ramai menjana pendapatan…so gunakan semaksimum mungkin!!

    Salam.
    http://www.iklansesamainsan.com

  35. saya sangat setuju semua pandangan diatas tapi bukan semua pengengguran berpunca pelajar tu sendiri.
    kadang2 mereka telah banyak mencuba macam2 interview atau kerja tapi still masih menganggur.so kita harus mengkaji semua sudut supaya masalah ni diatasi segera..jika mengikut data,bangsa melayu paling ramai menganggur berbanding bangsa yg lain…

    kenapa terjadi begini? puncanya
    1) keluarga yg terlalu mengharapkan kerja yg sesuai setaraf dengan kelayakan anaknya.

    2) sikap pelajar tu sendiri..tidak mahu keluar “comfort zone”

    3)budaya persekitaran…perasaan iklas membantu bangsa sendiri amat kurang dikalangan mansyarakat melayu..

    4) budaya masyarakat yang memandang tinggi jika berkedudukan tinggi dalam company..

    5)kurang bermotivasi melakukan sesuatu perkara..

    dan banyak lagi sebab2…Jadi saya sebagai bangsa melayu dan anda semua membantu pengganggur2 ini mendapatkan pekerjaan…tak kisah lah guna apa cara skali pn asalkn niat kita untuk membantu bangsa MELAYU tercapai..

    salam…
    http://www.jutawanautomatik.com/recommends/YahooDapatDuit

  36. kalau kerja 8-5 baru nampak ada kerja. melilau sana-sini orang kata kita menganggur.. biarpun kadangkala pendapatan lebih daripada org kerja 8-5. he..he

  37. Mimpi kdg2 memberi pengertian tentang realiti.. Saya pekerja tetap berpendapatan RM2k sebulan. Baru-baru ini saya bermimpi menjadi penganggur, minta kerja sini sana tapi tak dapat.. Duit poket dan modal habis digunakan utk mendapatkan pekerjaan atau memulakan perniagaan.. Sudahlah berada di perantauan, tempat tinggal tak ketahuan, tiada saudara mara atau kenalan, akhir sekali… Tiba2 saya terjaga dari tidur kerana penyudah mimpi itu seolah2 saya nyaris mel***rkan diri.. Astaghfirullahil ‘azim.. Lahaulawala Quwwata Illa Billah.. Saya jadi kesian yang amat sangat kpd penganggur esp yg berkualiti tinggi spt lepasan IPT..

  38. rasanya apa yang saya nak katakan seperti yang telah tertulis oleh komentar sebelumnya. cuma penambahan kepada majikan yang betul-betul menekan kepada pekerja menyebabkan ramai yang menganggur!

    bermula dari itu mereka susah untuk mendapat kerja semula oleh kerana ramai majikan yang mencari pekerja yang boleh menjalankan tanggungjawab seperti mereka (majikan) kehendaki.

    kualiti bukan persoalan tapi lebih kepada pendedahan mengenai peluang yang ada sekarang. mungkin mereka tidak tahu mahu mulai dari mana.

  39. Maaf jika tersilap kata atau bahasa,

    ini hanya pendapat saya sebagai remaja yang berumur 20 tahun.

    masalah pengangguran di Malaysia pada pendapat saya adalah disebabkan oleh graduan atau penganggur itu sendiri. Antara sebab-sebab banyak pengangguran kalau nak dikatakan hasil dari saya melihat sendiri dan mengenali ramai penganggur yang kebanyakannya umur dari 18-28 tahun, malahan yang berumur 36 juga saya pernah kenal sebagai penganggur.

    pertama, untuk lepasan sekolah, kebanyakkannya yang menganggur adalah disebabkan oleh keadaan semasa di mana mereka masih nak enjoi. Lagipun, untuk mereka ini sudah biasa menadah tangan meminta wang, oleh itu, tidak hairanlah terlalu malas untuk bekerja dan lebih rela tidur dan mendongak televisi di rumah.

    untuk lepasan u mahupun kolej, memang tidak dinafikan banyak yang menganggur. Saya pernah kenal beberapa orang yang menganggur selama 1 tahun sejurus selepas habis belajar! Bayangkan, ketika itu ada yang sudah berumur 26 tahun, masih tidak bekerja. Ini pada pendapat saya kerana ketika belajar lagi mereka tidak mahu cuba untuk cari wang sendiri. Di sini, saya ada kenalan yang bernama Abu Zaid pada umur 24 tahun sebagai pelajar sudah memiliki sebuah kereta BMW 3 series. Dan juga di Sarawak sini, ada pelajar lepasan UiTM miliki sebuah kereta Skyline GTR yang bernilai RM 315,000 ketika umurnya 24 tahun. Percayalah, kedua-dua mereka ini tidak bekerja makan gaji, hanya berNIAGA!

    Ya, memang tidak dinafikan, ramai yang terlalu memilih di luar sana!

    Peluang perniagaan terlalu banyak disediakan, Internet Marketing? Network Marketing? Huh…beruntung sekali kita kerana kerajaan menyokong, lihat sajalah kempen ‘Gerak Usahawan’.

    Untuk penganggur, hari ini mungkin masih boleh goyang kaki kerana masih ada orang tua yang menanggung makan minum, andai kata esok hari mereka pejam mata dan tidak buka lagi, kita tentu akan goyah kerana tiada apa persediaan untuk keadaan itu.

    Sekian, mohon maaf jika silap kata, apa yang baik datang dari Allah, apa yang buruk datang dari diri saya sendiri.

  40. Saya rasa krisis pengangguran ni byk % org melayu due to kurangnya peluang keje yg org melayu cipta.Most employer nak applicant bleh ckp mandarin/kantonis sbb most employer adalah chinese & rakan2 niaga diorang pun chinese juga.jadi kebanyakan bahasa komunikasi mereka dlm urusniaga adalah mandarin/kantonis.kita melayu kena pandang sudut +ve,keje keras wujudkan platform utk bg peluang keje kt org2 melayu.belum ramai usahawan melayu wujud compared to chinese kan?amacam?

  41. Minta maaf sekiranya pendapat saya ini terlalu kurang sopan. Baiklah salahkan siapa jika jumlah penganggur di negara ini terlalu banyak.? Jangan salahkan penganggur sepenuhnya sekiranya mereka terus menganggur. Di mata kita sudah jelas , sektor awam terlalu berpihak kepada bumiputera ( saya juga bumiputera ), maka tak hairanlah jika sektor satu lagi memihak kepada bukan bumiputera. Kadang-kadang sektor awam hanya menjalankan prosedur biasa dalam pengambilan kakitangan tetapi calon yang menjawat jawatan itu sdh pun ditentukan awal2 lagi. “Orang Dalam” kat jabatan tertentu tau akan perkara ini. Begitu juga dengan perjalanan temuduga yang mana tak ada panduan lengkap untuk menentukan sama ada calon itu mampu atau pun sebaliknya. Sekadar temuduga selama 10 minit tidak menentukan sama ada calon itu layak atau tidak. Ujian fizikal yang dijalankan terhadap pemohon jawatan beruniform memang wajar, kenapa ujian bertulis untuk jawatan seperti kerani sekurang2 nya tak dijalankan. Kita sana sini sdh biasa dengan uji bakat realiti TV , kenapa “uji” untuk pengambilan kakitangan tak dijalankan pula? Mungkin ada tetapi masih terlalu kurang. Seterusnya sektor swasta pula mahukan calon yang mampu berbahasa inggeris dengan baik , itu boleh diterima, sektor swasta mahukan calon yang mampu berbahasa mandarin , mungkin mereka ada sasaran untuk kelompok prospek. Calon wajib mempunyai lesen memandu , pun boleh diterima.., yer lar dah jawatan seorang “driver” mestilah mempunyai lesen memandu. Calon mestilah mempunyai pengalaman bekerja . Tak boleh diterima. Itu cuma memberi kelebihan kepada pekerja2 yang dah bosan kepada pekerjaan asal maka dengan pengalaman yg ada , mereka diterima menjawat jawatan baru. Pemohon yang tak ada pengalaman ? ” Nanti kami akan hubungi Encik ” jawapan yang biasa kita dengar dari staff kat office tpt kita memohon pekerjaan tu. Kepada IPTA / IPTS , latih bakal2 graduan dengan suasana pekerjaan yang sebenar. Cth yang terdekat latihan praktikal . Tak hairan sijil kejuruteraan Politeknik mampu bersaing dengan Diploma kejuruteraan institusi lain ketika di alam pekerjaan. Berkerja sendiri ? Opsyen terbaik sekiranya dah tak ada sektor yang yang sudi nak ambik bekerja. Nasib manusia berbeza , ada dilahirkan di kalangan keluarga berada , ambil peluang tersebut utk berniaga. Ada pula yg dilahirkan di kalangan keluarga yang miskin , gunakan anugerah terbaik dari tuhan iaitu akal fikiran untuk mencari nafkah. Kesimpulan yang saya boleh buat , semua pihak bertanggungjawab terhadap masalah pengangguran ini. Maaf sekali lagi . Sekian.

  42. Salam Irfan,

    Isu pengangguran mmg sudah lama diperkatakan. Yg membicarakan soal ini dari tukang lepak di kedai kopi sehinggalah di dlm mesyuarat kabinet. Dan ramai yg menyalahkan penganggur dan tidak kurang juga yg menuding jari kepada syarikat. Ada juga yg meletakkan kesalahan ini kepada pihak kerajaan. Walaupun kepada siapa pun kesalahan ini diletakkan, isu pengangguran ini akan terus berakar umbi kalau masing2 tidak menunaikan peranan masing2.

    Sebagai penganggur; walaupun tidak dpt belajar hingga ke menara gading tp minda perlu ‘berisi’ utk bersaing dan berusaha mendapatkan pekerjaan. Yg berjaya ke universiti, perlu menjadi graduan berkualiti. Kalau memilih pekerjaan pun, ada hadnya. Jgn terlalu demand. Jgn cepat putus asa kerna rezki itu datangnya dari Allah swt.

    Sebagai majikan; jgn hanya memandang seseorang calon secara ‘tangkap muat’ dan berat sebelah. Buka peluang. Uji kemampuan calon secara rasional. Perlu peka kepada tanggungjawab sosial.

    Sebagai kerajaan; perlu lebih banyak sediakan ruang utk melatih modal insan. Mungkin ada yg tak mampu belajar tinggi, oleh itu mohon ada platform yg dpt memberi peluang kepada mereka menuntut ilmu.

    Sekadar pendapat peribadi. Wallahu’alam! 🙂

  43. Tertarik dan sedikit lucu bila bila Kota Bharu katakan kerja 8-5, baru nampak seperti ada kerja, sebaliknya melilau ke sana ke sini dicop sbg penganggur walaupun ada yg berpendapatan lebih yg bekerja di pejabat. Namun ini memang ada kebenarannya.

    Ini juga merupakan faktor terselindung menyumbang kpd pengangguran. Ini berkait rapat dgn budaya pemikiran seseorang dan lebih itu boleh diwariskan. Tidak dinafikan jika dilihat zaman sebelum kita terdapat ibu-bapa yg begitu cenderung menekankan anak-anak mereka utk menjawat jawatan di jabatan-jabatan kerajaaan dgn kata-kata ia lebih selamat, ada pencen dsbnya. Tidak percaya pd sektor swasta. Namun ternyata sekarang persepsi ini telah jauh berkurangan. Kita juga sedar bhw sama ada sektor swasta atau kerajaaan masing-masing ada kelebihan tersendiri. Ambil iktibar melalui perkara ini supaya kelak tidaklah ada yg membeza-bezakan sesuatu pekerjaan dan hanya ingin memilih menurut kesukaan dan kehendak diri kita lantas bulat-bulat menolak peluang-peluang lain yg terbentang dan terbuka di hadapan kita. Ini mungkin akan kita wariskan secara tidak sedar pd generasi akan dtg. Sebaliknya bersamalah mendidik anak-anak kita supaya tidak memilih pekerjaan. Pilih pekerjaan yg halal, tidak takut pd persaingan dan percaya dgn konsep rezeki. Selagi berusaha, Insyaallah akan berhasil. Lambat atau cepat itu ketentuan Ilahi.

    Menganggur juga adalah satu yg begitu tidak digalakkan dlm agama Islam. Ini berkait rapat dgn matalamt insan itu dijadikan. Bagi seorang muslim apa sahaja yg dilakukan jika dikerjakan bermula dgn niat yg baik kerana ingin mendapat redha tuhan, menigkatkan mertabat diri dan keluarga juga membantu ummah, rasanya dia tidak dlm pengangguran. Lebih itu ia adalah ibadat. Gaji atau wang ringgit itu cuma natijahnya sahaja. Memang ia penting untuk kelangsungan hidup kerana ia akan lebih memudahkan urusan kehidupan. Tanpa wang, sejadah pun tidakkan terbeli. Tidak salah juga jika saya katakan surirumah juga satu kerjaya kerana dia juga bekerja keras demi memudahkan suami dan anak-anak dalam kelancaran aktiviti harian mereka. Itulah ibu-ibu kita dahulu. Mereka tiada bergaji, namun mereka juga bukan penganggur. Sebaliknya menyumbang kepada peningkatan kerjaya suami dan jika kena gayanya, pendidik awal kepada generasi yg bakal mencorak masa depan negara. Pejabat ibu-ibu kita itulah RUMAH KITA.

    Namun saya bukanlah menggalakkan wanita untuk tidak produktif. Bukan tujuan saya. Cuma melihat perspektif sedikit berbeza.
    Masa kini, terdapat ramai yg berniaga rumah dan kekadang berpenghasilan melebihi mereka yg dipejabat. Cuma hasilnya mungkin bergantung pd permintaan terhadap produk yg dijual. Kemudahan internet rasanya dapat membantu pemasaran. Pastinya jaminan bhw 9/10 rezeki dtg perniagaan menjadi penguat dan semangat meneruskan usaha. Sejarah Nabi kita tercinta juga tidak lekang dunia ‘bisnes’. Lebih itu ada yg pernah mengembala kambing utk mendapat rezeki. Pokok pangkalnya pengangguran harus dikekang.

  44. Assalamualaikum semua,

    Setelah saya baca semua comment yg diberikan,saya tertarik untuk memberi pandangan saya disini tentang usaha saya untuk menolong graduan lebih berjaya mendapat pekerjaan.

    Alhamduliah, salah satu usaha saya untuk menolong graduan untuk mencari kerja ialah melalui effective Career Marketing System (CMS). Selalunya, kita dah biasa dengar macam-macam jenis marketing system (internet business, offline business etc) tapi pernahkah anda dengar tentang CMS?

    Sebenarnya CMS ialah satu rangkaian marketing process untuk sesiapa sahaja yg sedang mencari kerja. CMS akan bermula dari pemilihan pekerjaan, resume writing, interview, follow up, benefit negotiation and akhirnya decision untuk menerima or menolak tawaran pekerjaan.

    Daripada pengalaman saya, ramai graduan yg menjadi penganggur sepenuh masa kerana tidak faham process untuk memasarkan kemahiran dan pengalaman yang mereka ada. Saya tidak salahkan graduan kerana pengetahuan tentang CMS memang kurang di Malaysia. InsyAllah, sebulan dua lagi saya akan lancarkan satu blog tentang CMS dimana objective utama saya ialah untuk memberi panduan dan InsyAllah pertolongan kepada graduan untuk memasarkan kemahiran yang mereka ada dengan cara yg lebih systematik dan InsyAllah mereka akan lebih berjaya untuk mendapat pekerjaan.

    Kalau sesiapa yg berminat untuk mengetahui lebih mengenai CMS, boleh hubungi saya melalui e-mail : mohamed_yusoff@hotmail.com.

    Diharap usaha saya ni diberkati Allah dan mendapat sokongan, InsyAllah.

    Terima kasih kepada IK kerana telah membuka minda kita semua untuk berfikir mengenai masalah pengangguran yg kita hadapi di Malaysia sekarang ni.

  45. Salam, merujuk kepada comment yang diberikan oleh Puan Rahmah,

    sebenarnya sekarang, kita tidak perlu pertikaikan masalah mampu berbahasa mandarin/kantonis, mahupun menunggu peluang pekerjaan yang diberikan oleh bumiputra atau bukan bumiputra. Orang Melayu bukan % tinggi dlm menganggur, namun mereka mahu MALAS.

    jgn salah faham dengan apa yang saya katakan Melayu Malas. MALAS maksudnya disini mereka mahu WORK-SMART, bukan WORK-HARD. Sebagai contoh, internet adalah salah satu LEVERAGE pada NEW ERA, memetik kata-kata J. Abraham, antara business consultant terbaik “To succeed, we need LEVERAGE and INNOVATION”. Bayangkan, kerja keras, menyangkul pun kerja keras, cabut rumput pun kerja keras, jual kuih rumah ke rumah pun kerja keras, namun, sampai bila nak bekerja begini? Maka mereka mencari LEVERAGE utk HIDUP mereka. Anda mesti tahu dengan formula MASA X TENAGA=HASIL. Itulah yang mereka carikan. Bukannya MALAS bermaksud MALAS, tetapi lebih cenderung untuk RAJIN BERFIKIR atau erti kata lain, BERKERJA DENGAN OTAK, bukan mengerah TENAGA yang BANYAK. Kerana, carta UMUR NAIK, tetapi carta TENAGA TURUN.

    Dan,

    saya tidak bersetuju dengan kata2 Rahmah bahawa Melayu KURANG USAHAWAN.

    Lihat syarikat GERGASI MLM MALAYSIA, CNI ENT SDN BHD, berapa ramai JUTAWAN MELAYU? BANYAK! ENCIK MURAD BASIR saja pendapatan SEBULAN mencecah lebih RM150,000. Dan dibawah beliau, lebih dari 20 orang JUTAWAN MELAYU.

    Siapa tidak kenal Tuan punya BLOG ini, IRFAN KHAIRI, juga JUTAWAN.

    Kenal Tuan AZIZI ALI, juga JUTAWAN.

    Kenal ROSLAN ABDULLAH yang memandu PORSCHE CARERRA bernilai 1.2 juta? Juga JUTAWAN!

    Kenal NORMAN KRU,artis berfikiran BUSINESSMAN? Juga JUTAWAN.

    Sudah pasti anda kenal SITI NURHALIZA, juga JUTAWAN. Belum campur sekali dengan kehebatan suaminya, DATUK K.

    Bagaimana dengan CHEF WAN? Juga JUTAWAN.

    Ramai lagi sebenarnya, beli buku-buku Personaliti Malaysia dimana mereka ini ramai yang JUTAWAN. Ini belum kira sekali dengan JUTAWAN SENYAP MELAYU yang lebih suka low profil.

    jadi,

    jangan pandang rendah atau suka meninggikan lagi ‘orang lain’. Sungguhpun saya darah campur, tetapi saya bangga dengan MELAYU kerana mereka ini TIDAK LOKEK ILMU, suka BANTU mereka yang SUSAH, ‘mereka tidak BERI ikan, tetapi mereka AJAR kita MEMANCING’. Mereka senang untuk dijadikan rakan-kongsi.

    Ingat, manusia suka lihat the black side, apa kata Puan Rahmah lihat the White side?

    Semoga organisasi seperti CMS/Career Marketing System dan lain2 lagi dapat membantu kita. Tidak perlu berpaut pada orang lain. Tidak perlu tunggu orang lain nak sorongkan bantal. Kita sendiri yang perlu bangun dan bertindak.

    Orang dalam kah bukan orang dalam, itu mereka punya cerita, yang pasti, kejayaan dalam hidup perlu diusahakan, bukan menunggu orang dalam atau apa saja. Kalau ada pun orang dalam, itu bermaksud POLITIC ENVIRONMENT nya bersesuaian.

    Maaf sekali lagi jika terlanjur bahasa dan kata2.

    Terima Kasih Irfan Khairi, saya semakin berfikir dengan Topik yang kita semua sedang bincangkan.

    admin-http://www.jeniriamir.com

  46. Assalamualaikum…
    Pendapat sy:

    1- Semua kelayakan yang diperlukan dah ada kecuali bahasa mandarin. So camner nak dpt kerja tu? Ini selalu berlaku kpd sy sendiri.

    2- Pengalaman diperlukan. Bagi fresh graduate camner nak ada pengalaman? So melepas lagi la peluang keje tu. Banyak terjadi macam ni, bukan sikit.

    3- Pengaruh orang dalam. Ini memang berlaku. Sy pernah kena mcm ni. Kita orang semua pegi interview individually spt biasa, tup2 ada sorang mamat ni ditemani oleh orang dalam sampai ke dpn penemuduga. Calun tu diberi perhatian istimewa dan tak perlu interview mcm we all cuma kenalkan diri saja, keje tu dah dpt kat dia. So apa jadi pd kami semua yg xde org dlm ni? Senang je sgt sukar nak dpt atau xdpt langsung keje… Ini memang kenyataan yg selalu berlaku.

    4- Berniaga memanglah solution kpd masalah mencari keje ni tapi bg golongan yg benar2 xde duit menjadi masalah juga walaupun modalnya kecil saja. Makan pun mak bapak sediakn ala kadar aje mana nak cari duit?

    5- Ramai graduan kita yg lemah dalam bahasa inggeris. Susahla mcm ni. Bila org suruh belajar bahasa inggeris, mcm2 alasan diberikan spt bahasa melambangkan bangsa la, ckp BI digelar mata birula, bau belacan la, bau budula dan lain2. xde semangat langsung nak belajar BI..

    6- Soft skill para graduan kita sgt lemah. Perlu atasi ini dgn baik supaya dpt melahirkan graduan yg bkan hanya pandai belajar tapi pandai bekerja & tahu handle pekerjaannya. Seperti kata rinn no 24, generasi muda skrg sgt kurang membaca. Ada yg ckp 1 tahun, 1 buku pun susah nak habiskan, alasannya, xde masa…

  47. semoga pintu hati penganggur tegar dapat dibuka…supaya “bermula lagi sekali” didalam mencari kejayaan (dunia & akhirat) serta dapat meningkatkan kualiti dlm kehidupan.

    jikalau menyalahi sistem pendidikan…rasenye boleh tegur2 dah sekarang ni….utk memperbaiki sistem

    jikalau menyalahi parents…. anytime boleh tegur..

    jikalau menyalahi diri sendiri… make sure ada insan yg lebih baik utk menegur kita kearah yang baik….

    kiranya masing2 ada peranan pada setiap peringkat….

    fasa pertama untuk semua peringkat = tukar cara berfikir (mindset)… itu je pandangan saya buat masa ini.

    jikalau ada yg tersilap..mohon tegur2 lah saya 🙂

  48. Hi IK dan Semua,
    Wah! nampak nya panjang sunggoh perbincangan ini. IK mana diam saja masuk ler beri ler idea sikit beri kita soalan lagi. Sebenar-benar kita semua ini in the process of learning. Dengan komen di atas banyak yg kita dpt pelajari. terpulang pd masing2 bagaimana kita hendak menangani nya.
    sebenarnya di mana anda pergi di mana pelusuk dunia pun. perhatikan lah siapa menguasai dunia peniagaaan dia lah boss, tak kira bangsa apa anda sekali pun. jadi untuk bantu sesuatu kaum dan menolong suatu kaum anda perlu ke depan atasi kaum yg lain. kalau anda betul ikhlas, sayang, sifat menolong terpancar dari diri anda, masaalah nya sayang tak, kita dgn kaum kita sendiri. bergaduh tetap bergaduh tapi demi membantu kaum, semua masaalah di ketepikan dulu. saya beri contoh ada suatu bangunan mempunyai 8 kedai emas, kalau hendak ikut akal macam mana tu mereka berniaga. pelanggan ikut selera mereka pergi kedai mana mereka suka. tapi demi sefahaman lagi menolong bangsa sendiri mereka menolong jika sesuatu kedai tak cukup supply lain membantu walaupun pun mereka dalam emosi geng tak geng (maksudnya bergaduh) kuatnya mereka demi melihat bangsa maju. anda tentu tahu apa maksud saya. budaya, adat resam, kemahiran harus kita pertingkatkan. apa yg diterangkan diatas yg kita nampak kaya yg ada sebenarnya hanya sedikit gap masih terlalu jauh. kadang2 saya berangan agak nya kalau lah ada 10 atau 20 IK + + + + yg sedia ada jutawan mereka semua ini ada suatu good combination bantu mereka yg bawah ini sama2 naik kan bagus. maksud saya ini mendalam, tu lah kalau hendak cakap pasal agama nanti ada tak suka. ada dah warning IK jangan cakap yg berat2. padahal Islam dah ajar dah complete sekali. tak caya buat lah research anda akan ketemui. you know IK sebenarnya everything is about learning we are all in the process of learning. sengaja di adakan all masaalah supaya kita think, berfikir.
    jadi move on, ya bergerak lah anda pasti berjaya. terima kasih IK.

  49. antara punca pengangguran

    1. memilih kerja, contohnya jika sudah ada certificate, diploma, degree mereka hanya nak berkerja dengan pekerjaan yang berkaitan sahaja dengan kelulusan.Pekerjaan yang tidak sama level dengan kelulusan tidak mahu dicuba
    2.Memilih gaji, kalau gaji rendah xmahu
    3.tidak mahu mencuba melakukan pekerjaan sendiri seperti berniaga.
    4.Berkawan dengan orang yang tidak mempunyai cita-cita

  50. topik ni bagus sekali. saya nak bincagkan tentang rakan saya yang sekolah tak berapa pandai. lepasan spm je. boleh cakap bahasa ing sikit2. sekaran ni dah digelar jutawan. wpun tak digembargemburkan dalam media. sedangkan saya lepasan U – 1st class. saya dapat kerja jadi pegawai krj. gaji pun dah mencecah RM5k. ok lah tu.
    Persolannya . . . pandai belajar tak semestinya dia berjaya (dapat duit banyak)berjaya dalam kehidupan. kawan saya ni cuma ada kekuatan semangat dan pengalaman. jatuh bangun dalam semua pekerjaan yg diceburi. pernah jadi jaga, kerani, pernah jual air tebu di tepi jalan. jual goreng pisang. makan harian pun tak menentu.
    Keadaan dirinya menjadikan dia lebih tabah, berani dan tidak putus asa. dia tahu Allah akan tolong jika kita usaha. Sekarang dia dah senang. buat macam2 kerja, jual macam2 barang – dah ada byk pekerja. Dia pun tak guna politik… tak harap orang dalam…
    Kesimpulannya –
    1. belajar – guna untuk dpt ilmu
    2. ilmu – untuk mendatangkan faedah bagi diri sendiri dan orang lain
    3. tiru – belajar dari kejayaan orang lain dan cuba buat sendiri dengan ilmu yang ada.
    4. kreatif – perkembangkan minda dan buat lebih baik dari orang lain yang telah berjaya
    5. cekal – jgn putus asa. biar dapat untung sikit, simpan dan besarkan perniagaan.
    6. tawakal – sabar dan redha dengan apa yang telah ditentukan oleh Allah.

    Morale:
    Usaha mengatasi segala2nya.

Leave a Reply

Your email address will not be published.