Bincang-bincang


Hari ini di WW “Wanita & Wang” Astro Awani saya menjemput Abang Abu (ikon Mentor Jutawan) untuk membincangkan mengenai “kos/perbelanjaan membesarkan anak” bersama pengacara, Dangsuria, Linawati & Zul (baru!)- kini WW sudah berformat baru, bukan lagi one-on-one interview, tetapi perbincangan 360 darjah- which is great!. Episod kali ini, keseluruhannya membincangkan topik berkenaan.

 

all.jpg
Set baru & konsep baru WW, “Wanita & Wang”, Astro Awani

 

Quite an interesting topik, dan saya nak bawa perbincangan ke sini kerana saya rasa amat bermanfaat topik ini diperbincangkan- especially untuk yang sudah mempunyai cahaya mata, terutamanya dalam keadaan harga-harga yang naik.

  • Adakah mahal perbelanjaan membesarkan anak? Apakah antaranya perbelanjaannya?
  • Perbelanjaan membesarkan anak paling tinggi adalah dalam “pendidikan”. Apakah langkah-langkah anda?
  • Apakah tips-tips dalam mengurangkan beban dalam perbelanjaan membesarkan anak?

 

ik.jpg
IK suka dengan konsep baru!

 

aa.jpg
Abang Abu, ikon Mentor Jutawan

Saya & Abang Abu memberi pendapat yang sama iaitu untuk menanam sikap mendidik anak-anak mengenai wang pada usia muda. Kerana pada usia muda, anak-anak lagi mudah tangkap isu mengenai wang kalau ianya diperbincangkan. Cuma, masalahnya, ibubapa kurang bincangkan wang dengan anak-anak mereka… so, daripada persoalan di atas, macam mana nak menangani ini juga?

Mari bincang!… oh ya, tip-tip dan pendapat dari abang2 & kakak2 yang dah senior (anak2 dah besar) pun highly appreciated! :)

Pendapat Anda? [36] Comments

Tip Satu Minit yang berkaitan:
  • Bersihkan pendapatan perniagaan Internet
  • Parkinson’s Law dalam kewangan
  • Untung perniagaan tidak berganjak
  • Erti financially free… kewangan mandiri

  • Thank you for all the birthday wish! Cinta Strawberry pun dah balik ke rumah… so, it’s back to work everybody! :)

    Sebut tentang “kerja”, ada beberapa perkara yang kita selalu dengar:

    1. Buat kerja yang kita suka (passionate), so, ia tidak menjadi satu kerja…
    2. Mulakan perniagaan kerana minat… bukan kerana duit. Duit akan datang kemudian…
    3. Kalau takde / tak tahu minat dalam apa-apa bidang macam mana nak mulakan perniagaan?

    How true is it? Betul ke 3 kenyataan di atas?

    Mungkin ada yang kata:

    1. Tak semestinya kita lakukan apa yang kita minat… asalkan kita mula sahaja!
    2. Kalau keadaan kewangan sedang tertekan, sudah pasti kita lakukan kerana duit dulu… bukan minat!
    3. Saya tak tau minat apa… atau terlalu banyak minat… macam mana nak mula? Tak boleh mula ke?

    Apa pendapat anda pula? Kali ini sesi “bincang-bincang”… perbincangan ilmiah ;)

    Pendapat Anda? [47] Comments

    Tip Satu Minit yang berkaitan:
  • Fasa PERTAMA dalam perniagaan
  • Passion, Skill & Hardwork - simple!
  • Susah ke nak jadi jutawan??
  • Minat & Wang

  • Hari ini kita bincang-bincang sikit sambil berkongsi / recommend buku.

    Antara buku yang banyak membantu saya adalah:

     

    ikbooks.jpg

     

    • “Think and Grow Rich oleh Napolean Hill”
      Menunjukkan bagaimana hendak menggunakan kuasa minda dalam mencapai kekayaan. Quote penting dari buku ini yang saya sering pegang “Whatever the mind can conceive, the body can achieve!”. Mungkin buku pertama saya baca mengenai kekayaan.
    • “Rich Dad Poor Dad & Cash Flow Quadrant oleh Robert Kiyosaki”
      Seperti ramai kita, antara buku terawal saya miliki tentang ASAS kekayaan kepada saya. Ia mengajar saya the “smart” way untuk memperolehi kekayaan dan memiliki perniagaan.
    • “Blue Ocean Strategy oleh Kim & Mauborgne”
      Apabila memulakan sebarang perniagaan, buku inilah yang menjadi “partner” saya… Mengajar untuk menjadikan perniagaan kita unik supaya kita tidak perlu bersaing dengan pesaing-pesaing sedia ada. Highly recommended bagi yang ingin memulakan perniagaan. Tapi, kandungannya agak advance!

    So, ini antara buku-buku yang saya highly recommend- kalau anda belum baca, MESTI baca! Banyak lagi bukusaya… Buat permulaan, cukup di atas. Apa kata anda recommend beberapa buku dalam koleksi anda- also, tulis lah sedikit maklumat so, dapat manfaat ramai!

    Tip: Kalau dah baca buku di atas, jangan baca sekali je… baca beberapa kali!

    =============== Pengumuman ===============

    Malam ini 25hb June, di Cititel, Midvalley (Bangsar), akan berlangsungnya taklimat PERCUMA keusahawanan MIBO. Untuk mengetahui ringkasan mengenai MIBO, klik di sini. Saya sebagai duta MIBO & krew-krew GoMibo juga akan turut berada di sana, jadi bagi anda yang berminat nak jadi businessman/women ICT dibawah MIBO, apa kata sertai kami malam ini. Jam 8.00 malam - 10.00 malam.

    Masuk percuma, bawa keluarga & kawan-kawan (tak perlu daftar, terus datang je)- jumpa di Cititel, Midvalley! Untuk maklumat, boleh hubungi Azran (014-6633311) atau Shah (016-6966644)

    Pendapat Anda? [34] Comments

    Tip Satu Minit yang berkaitan:
  • Satu idea sahaja
  • Innovative = Ubah 10% sahaja
  • Sikap penentu segala
  • Latihan yang mungkin akan mengubah hidup anda!

  • Soalan favourite yang sering orang ramai tanya saya ketika buat talks (atau jumpa tepi jalan!) adalah…

    Masalah utama saya adalah tidak mempunyai keyakinan diri…

    Memang itulah soalan yang PALING RAMAI tanya. Kadang-kadang sekali buat talk, 4-5 peserta lepas talk akan sebut tentang mereka tidak yakin dengan diri sendiri kepada saya. Saya pun beri kan beberapa tip (nanti saya kongsikan di sini) :)

    Tak yakin dengan diri sendiri, low self esteem, tidak percayakan diri sendiri dan sebagainya. Semuanya lebih kurang sama sahaja.

    Hari ini saya nak tanya pendapat anda pula. Mengapa kita tidak punyai keyakinan diri berbanding dengan orang lain yang berjaya? Apa yang buat kita tak yakin dengan diri sendiri? Sekiranya anda dulu tak yakin dengan diri sendiri, kini dah yakin dengan diri sendiri… apa kata anda kongsikan pengalaman. Apa yang anda lakukan untuk membina keyakinan diri anda?

    Mari bincang-bincang  :)

    Pendapat Anda? [52] Comments

    Tip Satu Minit yang berkaitan:
  • Yakin dengan diri sendiri!
  • Kenapa hendak jadi jutawan?
  • Katakan tidak (setuju)
  • Matlamat yang realistik

  • Hari ini apa kata kita berbincang pula…

    Persoalan kali ini sedikit negatif, tetapi dukacita, dari sejarah sering membuktikan kebenarannya.

    “Mengapa bangsa Melayu sering terjerumus dalam skim cepat kaya?”

    Sejak dulu lagi yang popular, skim cepat kaya Pak Man Telo. Beratus ribu orang Melayu lebur wang. Baru-baru ini juga skim-skim pelaburan Internet haram… orang Melayu juga majoritynya tertipu. Dan berbagai-bagai lagi program cepat kaya takkan terputus-putus digembar-gemburkan.

    Tujuan perbincangan ini bukan hendak memperkecilkan kewibawaan bangsa saya sendiri, tetapi, untuk berbincang secara ilmiah, mengapa bangsa Melayu yang sering terperangkap dalam skim-skim cepat kaya ini. Jarang sekali bangsa lain- baik dalam negara atau luar negara.

    Apa yang membuatnya bangsa Melayu mudah tertipu? Mudahan dari perbincangan ini sedikit sebanyak dapat mencari penyelesaiannya…

    Pendapat Anda? [42] Comments

    Tip Satu Minit yang berkaitan:
  • Nampak apa yang kita mahu nampak
  • Perancangan, blueprint, plan… semuanya perlu
  • Kena tipu di Internet… kesian!
  • Susah ke nak jadi jutawan??

  • Pagi tadi saya mendapat surat jemputan sebagai panel program TV anjuran Kementerian Belia dan Sukan “Generasi Y” yang akan disiarkan pada Ahad ini RTM1, 12pm (secara langsung). Tajuk perbualan talk show kali ini adalah “Pengangguran: Budaya atau Krisis”

    Apabila terima sahaja surat jemputan, yang pertama keluar di fikiran saya adalah:

    Sekiranya graduan-graduan yang menganggur membuka fikiran dan memulakan perniagaan, serta tidak bergantung kepada mencari kerja makan gaji sahaja… maka, kuranglah masalah pengangguran di Malaysia :)

    Topik kali ini lain sikit kerana saya ingin meminta pendapat anda berkenaan dengan pengangguran.

    Apa yang pertama sekali keluar di fikiran anda? salah siapa mereka menganggur? Salah diri sendiri yang memilih? Kurang kualiti dan kepakaran? Salah majikan yang dikriminasi? majikan yang tidak mahu beri peluang? atau apa sahaja…

    Kali ini saya ingin dengar pendapat anda.

    ps: In fact, ketika saya bersetuju menjadi duta MIBO, saya memikirkan jumlah pengangguran graduan-graduan kita yang menyedihkanlah, saya bersetuju untuk menjadi jurucakap MIBO supaya lebih ramai terbuka minda menjadi usahwan-usahawan ICT. Di bawah saya sertakan maklumat MIBO (klik more). Tetapi, sebelum baca tu, minta pendapat anda mengenai pengangguran terlebih dahulu ;)
    (more…)

    Pendapat Anda? [71] Comments

    Tip Satu Minit yang berkaitan:
  • Katakan tidak (setuju)
  • Perniagaan yang memeningkan
  • Antara strategi & teknik
  • Bila orang kata TAK BOLEH! Part 2