Category Archives: irfan@TV

Motivasi di radio IKIM

Hari Khamis (malam Jumaat) lepas saya dijemput untuk keudara di radio IKIM bersama Ustaz Zamri. Kali pertama bersama radio IKIM!

Topik perbincangan adalah mengenai buku terbaru saya- Nota Jutawan, Nota Motivasi yang kini sednag hangat di pasaran! Oh ya, bagi mereka yang belum tengok klip review buku saya di WW bersama Dangsuria, boleh klik pada YouTube di bawah…

Nota Jutawan, Nota Motivasi boleh didapati di kedai-kedai buku ataupun secara online di sini…

Radio IKIM menerima pemanggil ketika itu (yang turut memenangi buku saya!) dan salah satu soalan pemanggil yang saya ingin kongsikan…

Yang mana lebih hebat dan efektif: Motivasi secara dorongan, bimbingan dan galakan ATAU motiasi secara tekanan, cabaran dan dicabar?

Pada pendapat saya, kedua-duanya SAMA penting. Tetapi, jika diberi pilihan yang mana lebih hebat dan efektif, jawapan saya adalah: Tekanan, Cabaran dan perasaan di cabar!

Ini kerana, sekiranya kita lihat mana-mana jutawan atau usahawan yang berjaya kini, dan mengkaji latar belakang mereka, hampir kesemuanya (yang self-made millionaires) bermula dengan kesusahan dan kedaifan. Ini merupakan TEKANAN.

Maksud DICABAR pula, saya sebutkan bahawa, tidak semestinya dalam konteks “kawan kita cabar kita untuk berjaya… atau keluarga kita cabar kita untuk berjaya”. Tetapi, DICABAR dengan diri sendiri. Tercabar dengan keadaan sekeliling.

Mungkin kita lihat keadaan kewangan kita sekarang ni yang agak sukar, maka, kita terasa tercabar dengan keadaan sendiri.

Mungkin kita lihat orang lain punyai rumah bunglow besar-besar, kereta besar, hand phone je kecik, maka kita pun tercabar dengan keadaan sekeliling.

Mungkin juga anda sendiri dicabar oleh seseorang!

“Cabaran” adalah satu makanisma untuk kita bersaing dengan diri sendiri.