Category Archives: Highlight!

Revolusi Perniagaan Internet – a great 2 days event!

What a week! Satu minggu telah berlalu selepas acara Revolusi Perniagaan Internet, acara 2 hari yang kongsikan tips dan strategi terkini perniagaan Internet di KLCC Convention Center.

pendaftaran_408x608.jpg

Alhamdulillah, sambutan yang amat hebat telah diterima dan insyaallah akan lahirnya lebih ramai usahawan-usahawan Internet tempatan dalam pelbagai bidang.

Secara peribadi, saya amat teruja mengendalikannya, sampai guling-guling atas pentas πŸ˜‰ ….

ik_guling_608x408.jpg

Peserta pun amat berpuas hati bersorak…

peserta_sorak_608x408.jpg

Tapi bukan setakat bergembira sahaja. Most of the time, memanglah saya sampai kan perkara-perkara yang serius…

ik_talk2_408x608.jpg
ik_talk3_608x408.jpg
ik_talk_608x408.jpg

Dalam serius pun, perlu ada masa untuk hiburan serba sedikit… me, Pagi Band (Razzi Rahman & Tyzo SuriaFM) & JD (emcee ketika prelude) menghiburkan peserta dengan lagu tema Revolusi Ku versi akustik…Β πŸ˜‰

revolusiku_akustik_608x408.jpg

A special thanks to our emcee, AB Shaik yang diterbangkan dari Singapura untuk bersama saya mengendalikan Revolusi perniagaan Internet- dalam permainan dan lawak disampaikan, tersirat mesej-mesej perniagaan yang amat penting perlu diikuti…

abshaik_608x408.jpg

Jadi, tamatnya Revolusi Perniagaan Internet yang pertama minggu lepas. Atas permintaan dan sambutan yang amat hebat, insyaallah akan dijalankan Revolusi Perniagaan Internet ke-dua beberapa bulan lagi…

hall_crowd_608x408.jpg

Bagi peserta Revolusi Perniagaan Internet yang pertama, kesemuanya telah menerima RevolusiCard, iaitu satu Advantage card yang mempunyai macam-macam kelebihan… jangan lupa aktifkan RevolusiCard anda dengan melawati URL di belakang kad tersebut untuk mendapatkan kesemua kelebihan tersebut.

Juga, selama tiga bulan ini, saya akan bersama mereka yang menyertai Revolusi Coaching untuk bekerja bersama-sama membangunkan perniagaan Internet masing-masing. Revolusi Coaching adalah bantuan dan bimbingan secara online selama 3 bulan dalam memulakan perniagaan Internet mereka yang pertama!

It was a great 2 days event… dan saya pun dah tamat cuti berehat seminggu πŸ˜‰ Terima kasih kepada mereka yang telah menjayakan Revolusi Perniagaan Internet, media partner yang memberi sokongan, MPH BOOKSTORES, RADIO24, MAJALAH JUTAWAN, MAJALAH SOLUSI dan MAJALAH MASKULIN. my wife and kids for the support, krew-krew Revolusi yang banyak membantu dan terutama sekali kepada peserta-peserta Revolusi Perniagaan Internet yang sugguh sporting dan happening! Thank u so much for the wonderful event! πŸ˜‰

ps: Untuk klip Youtube yang diambil secara Live di Revolusi Perniagaan Internet, lawatiΒ  http://www.youtube.com/watch?v=ILfeye2KiUg

IK di Al Kulliyyah, TV3 sempena Hari Belia

Ok, sempena hari Jumaat mulia ini, saya bagi tip melalui Al-Kulliyyah la ya… ikuti sesi saya di Al Kulliyyah tajuk “Kreatif berakhlak” di clip YouTube di bawah…

http://www.youtube.com/watch?v=PB7U094kS38

Some take away points:

1. Dalam perniagaan tidak boleh menipu. Kita perlu fikir keuntungan jangkamasa panjang, dan bukan jangka masa pendek. Untuk bersaing dengan pesaing, kita perlu berbeza dengan pesaing kita. Bukan menipu untuk bersaing!

2. Zaman-zaman belia muda mudi ni la minda kita paling kreatif! Oleh itu rebut peluang sementara minda kita masih dalam keadaan optimum dan dinamik.

3. 98% peratus belia-belia kita tidak mempunyai matlamat. Matlamat adalah langkah pertama dalam mencapai sebarang kejayaan. Langkah kedua? dapatkan ILMU yang diperlukan untuk mencapai matlamat tersebut!

4. Kita perlu mempunyai “perspektif masa” yang lama. Bererti, lebih lama kita dapat gambarkan masa depan kita jauh kehadapan, lebih hebat dan mudah untuk kita mencapai kejayaan!

Bottom line…

Ilmu tu penting. Wahyu pertama juga menekankan kepentingan ILMU dan dalam Al-Quran ILMU disebut sehingga 750 dalam berbagai-bagai cara…

*sorry saya cakap laju sikit sebab nak mengejar masa. 140km sejam!*

ps: Event saya pada bulan ini terdekat adalah Workshop Jutawan Internet, bagi mereka yang ingin memulakan perniagaan Internet dari rumah. Klik untuk maklumat lanjut.

Kejayaan 8 belia Malaysia

Selamat menyambut hari belia negara (belated) beberapa hari lepas 15hb May. Pada tarikh tersebut, saya dijemput menjayakan program Al-Kulliyyah untuk hari Belia (nanti saya upload di youtube). Pada hari Sabtu pula, artikel ni keluar di Kosmo, antara 8 belia2 negara.

Very proud of pencapaian belia2 seperti Nicole, Siti, KRU & my friend angkasawan yang termasuk dalam 8 yang disentuh dalam artikel ini. Tapi, tah macam mana la nama saya pun boleh terselit sekali πŸ˜‰

Bagi anda yang terlepas baca, di sini sediakan versi scan artikel bertajukΒ  “Kejayaan 8 belia Malaysia”. Klik untuk versi besar.

8belia_small.jpg

Yang funnynya, masa saya sekolah menengah, KRU adalah antara idola “belia” memotivasikan saya untuk berjaya. Sekarang, menyempat saya enterframe dengan mereka pula… memang x sangka. Begitulah dunia… it’s full of surprises! Just be happy always πŸ˜‰

Apa pun, terima kasih kepada anda yang sering memberi sokongan kepada saya selama ini! u all memang the best! πŸ˜‰

ps: Bagi mereka yangΒ ingin memulakan perniagaan melalui internet, boleh klik di sini.

Akaun “TIPU” Irfan Khairi di Facebook

Sejak 2005 lagi, ada pihak-pihak yang tak bertanggungjawab suka menggunakan nama saya untuk kepentingan sendiri. Dan sejak 2005 juga beberapa kali saya mengambil tindakan undang-undang untuk membersihkan nama saya.

Kini, sekali lagi terjadi, melalui Facebook pula… seperti akaun tipu Irfan Khairi di bawah dengan lebih 3500+ fans..

fbtipu.jpg

Tahun lepas saya sememangnya ada akaun facebook, tapi oleh kerana dah sampai limit 5000 friends, saya hentikan akaun facebook saya kerana ramai yang tak dapat jadi friends & tertunggu-tunggu kerana saya tak aktifkan mereka. So, sejak itu saya pun tidak ada di Facebook untuk adil kepada semua pihak.

Sedar-sedar, ada pula yang membuka akaun facebook menggunakan nama saya & gambar saya. Perkara ini sememangnya satu penyalahgunaan dan boleh diambil tindakan undang-undang. Lebih-lebih lagi sekiranya akaun tersebut mempromosikan skim-skim yang saya sendiri TIDAK endorsekan.

Seperti yang saya lakukan sebelum ini, penyalahgunaan nama dan gambar saya akan disusuli dengan tindakan undang-undang.

Akibat kes ni, saya pun ambil keputusan untuk buka Fan page di Facebook supaya perkara ini tidak berlaku. Klik di sini untuk Facebook Page saya.

 

Imbasan 2009… hello 2010!

Macam2 yang dilalui 2009 and looking forward kepada 2010! So many goals 2009 telah dicapai harapnya anda pun sama, segala azam tahun 2009 tercapai dengan cemerlangnya. Kali ini saya ingin kongsi semula beberapa highlight untuk saya sepanjang 2009…

Januari 2009

Bulan pertama 2009 dibuka tirai dengan pelancaran album single Razzi.muz.ik iaitu Reaching Higher Selamanya. Bagi yang masih tak tahu, saya sebenarnya minat music dan bermain guitar electric. Tahun 2008 tertubuhnya kumpulan “suka-suka” Razzi.muz.ik yang dianggotai oleh my buddies Razzi Rahman (vocal), Muzamil (guitarist… but sadly later Muzam terpaksa menarik diri dari kumpulan) dan juga saya sendiri (guitarist)

Seringkali saya ingatkan pembaca dan juga dalam talk saya, untuk melakukan perkara yang kita suka… kalau business & kerja 24 jam pun tak bagus juga… perlu cari masa merehatkan minda dengan melakukan apa yang kita suka. Bagi saya- MUZIK!

Nak dengar lagu dari single pertama kami? Klik di sini untuk Reaching Higher (lagu motivasi) & Selamanya (lagu persahabatan)

March 2009

Bulan ini saya memulakan program radio saya di BFM 89.9fm – Toolkit Internet Marketing. Terima kasih kepada BFM kerana memberi saya kepercayaan mengendalikan program tersebut. Seronok juga mengendalikan rancangan berbahasa Inggeris mengenai perniagaan Internet. Untuk mendengar beberapa podcast saya di BFM Internet Marketing Toolkit, klik di sini.

Mulai March, saya mengendalikan 2 rancangan radio, iaitu di BFM 89.9fm dan Radio24 93.9fm (Irfan on Air).

March juga saya diberi kepercayaan oleh Telaga Biru Sdn Bhd sebagai penulis majalah SOLUSI bersama nama-nama tak asing lagi seperti Dato Dr Fadzilah Kamsah, Ustazah Nor Bahyah, Prof Izzy, Uzar dan ramai lagi.

Kini saya menulis untuk 2 buah majalah iaitu SOLUSI dan MASKULIN (Motivasi, Perniagaan & Kewangan).

April 2009

OK… back to fun! Bulan ini saya bersama Razzi Rahman sibuk di studio mencipta lagu dan melakukan rakaman lagu untuk album penuh pula. Album penuh bertajuk “Suara” yang memuatkan lebih kurang 12 buah lagu. Tunggu 2010 untuk pelancarannya πŸ˜‰

Antara lagu yang dimuatkan juga adalah lagu ciptaan saya sendiri (first time cipta lagu), iaitu Voices of Gaza. Sebuah lagu dedikasi pada kekejaman yang berlaku di Gaza. Great response daripada mereka yang telah mendengar lagu tersebut dan beberapa ribu juga hits di YouTube. Kalau anda belum dengar lagi… klik di sini dan layan lagu ciptaan IK πŸ˜‰

May 2009

Dah enjoy, jangan lupa kerja balik πŸ˜‰ May 2009 adalah bulan pelancaran buku “RahsiaInternet.com: Soal Jawab Perniagaan Internet”. Ini merupakan buku tulisan saya yang ke 5! Buku-buku saya di pasaran (dan masih hangat di pasaran) termasuk (ikut turutan):

June 2009

Bulan ini saya memperkenalkan seminar sehari saya yang terbaru, iaitu IK2 (IK Kuasa Dua). IK Kuasa Dua adalah seminar satu hari berkenaan dnegan strategi membina jenama perniagaan kita. Apa yang bestnya mengenai seminar ini, adalah topik pembinaan jenama adalah topik “favourite” saya dalam perniagaan! Jadi, memang seronok mengendalikan seminar ini.

Cuma… seminar IK Kuasa Dua adalah seminar tertutup untuk peserta-peserta Peoplepreneur Business School sahaja- iaitu komuniti keusahawanan yang saya juga terlibat.

Sehingga kini, saya mengendalikan beberapa seminar termasuk:

  • Workshop Jutawan Internet (bestseller sejak 2005 dan pernah dikendalikan di KL, JB, Kelantan, Singapore & Brunei!)
  • Internet Millionaires Workshop (versi English)
  • Workshop Terhangat di Pasaran (Workshop separuh hari mengenai menciptakan ebook yang hangat di pasaran)
  • Workshop Pelanggan Tanpa Had (Workshop separuh hari untuk industri perkhidmatan mendapatkan pelanggan tanpa had)
  • IK Kuasa 2 (Seminar satu hari mengenai membina jenama perniagaan)

July 2009

Bulan July saya telah memulakan satu siri penulisan saya berbentuk ebook yang diberi nama LAPORAN X. Laporan X merupakan ebook pendek (nama pun laporan) yang memuatkan strategi khas dan spesifik berkenaan dengan tajuk yang diberikan.

Laporan X pertama bertajuk “Cara Memusnahkan Pesaing Anda”. Tajuk memang agak “brutal” πŸ˜‰ bunyinya, tetapi, sambutannya adalah amat hebat!

Laporan X ini bukan memuatkan cara2 anda boleh “menjatuhkan” pesaing anda. Tetapi bagaimana anda boleh membina jenama perniagaan anda sehingga pelanggan akan ingat perniagaan anda… dan bukan perniagaan pesaing. Lebih kurang “memusnahkan” nama pesaing di minda pelanggan anda. So.. jangan salah anggap πŸ˜‰ Tak baik…

Ogos 2009

Oleh kerana Laporan X mendapat sambutan yang amat hebat, saya menulis satu lagi laporan X, iaitu “Affiliate Hebat: Cara Memulakan Perniagaan Internet Tanpa Modal”. Alhamdulillah, tak kurang hebat juga sambutannya.

November 2009

November is a busy month, sebab saya berpindah rumah. Schedule saya sememangnnya sibuk, jadi, bulan November kiranya double sibuk dengan proses pindah rumah!

Tapi, tak kira, dalam kesibukan macam mana pun, jangan jadikan “sibuk” sebagai alasan. Semua orang pun sibuk πŸ˜‰

So, bulan ini, sempat saya mengeluarkan Laporan X ke-3, yang bertajuk “Demi Masa”. Memang kena dengan tajuknya kerana “Demi Masa” memberi tip dan strategi bagaimana kita boleh menjimat 80% daripada masa kita. Ini membolehkan lebih banyak kerja dilakukan dalam waktu yang singkat. Teruja saya dapat kongsikan strategi-strategi menguruskan masa ini kerana saya sendiri mengimplementasikannya sepanjang tahun 2009!

Bulan ini juga saya membuka lesen jualan semula untuk ebook Mentor Jutawan. Sejak 2008, ebook Mentor Jutawan adalah ebook yang paling laris di bawah RahsiaInternet.com.

Disember 2009!

Penutup tirai 2009! Lagu “I Love KL” nyanyian Razzi Rahman & saya menulis lirik mendapat tempat di pertandingan Blog4FT dan memenangi hadiah. Kira saya buka 2009 dengan muzik… penutup juga dengan muzik! Nak dengar lagu I Love KL? Klik di sini…

Wow, such a fullfilling year! Sebab terlalu sibuk dengan pelbagai aktiviti, terasa 2009 sekejap je…

Tapi, apa yang paling penting adalah 2009 dah lepas… it’s gone for good πŸ˜‰ Tak kira apa pencapaian atau kegagalan kita tak bermakna pun kerana kita perlu set new goals, matlamat baru dan berusaha sekeras-kerasnya untuk mencapainya. And for sure…Β  saya sendiri mempunyai berbagai-bagai rancangan untuk 2010… tunggu!

Selamat menyambut tahun baru 2010 kepada semua pembaca blog ini. Terima kasih atas sokongan anda sepanjang 2009 dan saya harap dapat diteruskan sepanjang 2010! πŸ™‚

Irfan on Air di Radio24, Setiap Selasa 1.30pm

Beberapa berita yang ingin saya kongsikan…

1. Kini, program radio saya “Irfan on Air” mendapat slot baru, iaitu Setiap hari Selasa jam 1.30pm (Sebelum ni hari Khamis 2.15pm).

irfan-on-air-logo.gif

Kali ini, Irfan on Air saya ingin membuat sedikit kelainan di mana setiap episod, akan membincangkan satu strategi perniagaan, di samping saya memberi tip perniagaan berdasarkan topik yang dipilih dan membuat temubual on air bersama pakar-pakar industri (seperti kenalan mentor-mentor Jutawan yang pernah saya temubual dalam program “Bersama IK” tahun lepas)

Bagaimana anda boleh membantu?
Apa kata anda cadangkan topik untuk diperbincangkan! πŸ˜‰

Sebagai contoh, minggu lepas saya memilih topik “Komunikasi dalam perniagaan”. Minggu ini pula “Persaingan dalam perniagaan” dan sebagainya… bukan sekadar itu sahaja, inysaallah bila tiba masanya, saya akan buka posting di blog ini untuk anda bertanyakan apa sahaja soalan berdasarkan topik yang dibincangkan. Boleh kan? Dengan cara ini, program ini menjadi lebih interaktif… bukan sekadar di radio sahaja, tetapi juga secara online bersama penyokong Tip Satu Minit πŸ˜‰

Irfan on Air akan ke udara pada hari Selasa jam 1.30pm di Radio24 93.9fm (Lembah Kelang). Sekiranya anda di luar Lembah Kelang, masih lagi boleh ikuti secara live streaming di http://www.radio24.com.my

2. Sebut tentangΒ  Mentor Jutawan, pada hari Ahad lepas, saya berada di Jom Heboh bukit Jalil sempena promosi Konvensyen Dari Kosong Sampai Jutawan di mana, saya adalah antara speaker yang akan mengendalikan Konvensyen yang diadakan buat julung kali ini.

Berikut antara gambar yang sempat di rakam guna handphone saya bersama Abang Abu- juga antara speaker Konvensyen jutawan ini di promosi Jom Heboh ini (Jom jom jom jom… jom heboh heboh – buat macam lagu kat TV3).

jomheboh21.jpg
Saya bersama Abang abu, my friend & mentor
jomheboh1.jpg
Sesi autograf dan bergambar macam artist Jom heboh
jomheboh3.jpg
Sampai adik ni pun pening garu kepala… siapa la dia ni?
Tak dapat autograf Faizal Tahir, dapat autograf IK pun jadi laaa…

Jom Heboh was great. Ramai juga yang datang ke booth. Great job to graduan PBS (Peoplepreneur Business School) yang mengendalikannya dengan jayanya! Everyone had fun!

Sekiranya anda berminat untuk menyertai, pendaftaran telah dibuka. Konvensyen Dari Kosong Sampai Jutawan akan diadakan pada 17hb Januari 2010 dan dikendalikan oleh Peoplepreneur Business Community.

So, jangan lepas kan 2 perkara ini: Irfan On Airdi Radio24 dan juga Konvensyen Dari Kosong Sampai Jutawan sebagai pembuka 2010 anda! πŸ˜‰

IK host untuk program TV perniagaan Internet

Akan datang tak lama lagi, sebuah program TV khas mengenai Perniagaan Internet! Lama juga saya menunggu bila lah agaknya akan ada program TV mengenai perniagaan Internet… dan baru-baru ini terjawab juga.

Sebuah production company milik Erma Fatima (siapa tak kenal Erma Fatima?) telah approach saya untuk saya menjadi hos kepada program TV tersebut. Tajuknya dirahsiakan dulu ok πŸ˜‰ (banyak juga perlu dirahsiakan dahulu untuk program ini ya.. so, mungkin sesetengah soalan tak terjawab buat masa ini). Minggu lepas bermeeting dengan Kak Erma untuk mengetahui lebih lanjut isi kandungannya.

Dalam program ini, saya akan memberi tip memulakan dan menjalankan perniagaan Internet, serta terdapat juga segmen tetamu jemputan di mana saya akan temubual usahawan Internet yang berjaya untuk kongsikan juga tip perniagaan Internet yang digunakan.

cbms.jpg

Alhamdulillah, pilot episod telah dirakamkan pada minggu lepas. Kalau diikutkan perancangan, ianya akan ditayangkan sekitar Disember atau Januari.

Berita baik untuk usahawan-usahawan Internet oleh kerana dengan tambahnya pendedahan perniagaan Internet kepada orang ramai, maka lebih ramai lagi akan bersedia untuk membeli secara online πŸ˜‰

ps: Untuk maklumat lanjut berkenaan Workshop Jutawan Internet, klik di sini.

Simpan Challenge di MHI, TV3

Pagi tadi, saya & Abang Abu berada di MHI, TV3 menceritakan tentang Simpan Challenge! bagi anda yang ter-miss pagi tadi, ni, saya dah letakkan di YouTube untuk anda tontoni dan ketahui apa ke bendanya Simpan Challenge ni πŸ˜‰

BERITA TERKINI!

Ikon-ikon dari Telaga Biru Sdn Bhd / Storm Readers termasuk Dato”β„’ Dr. Hj. Mohd Fadzilah Kamsah, Dato”β„’ Ustazah Siti Nor Bahyah dan Ustaz Zahazan Mohamed juga turut akan memberi tips dan santapan rohani mengenai wang dan perniagaan kepada mereka yang menyertai Simpan Challenge!

IrfanKhairi.com upgrading

Salam hormat,

Good news & bad news! Berita baiknya, IrfanKhairi.com (Tip Satu Minit) semakin ramai pelawat dan semakin banyak aktiviti berlangsung di server IrfanKhairi.com termasuk blog… dan terutamanya program affilaite mentor Jutawan. Ini mengakibatkan IrfanKhairi.com perlu di upgrade ke server baru…

Berita kurang baiknya…Β  tak tau bila dalam masa terdekat ini, IrfanKhairi.com akan tutup kedai mungkin untuk sehari dua, untuk membolehkan proses transfer ke server baru. Yang lebih pantas dan bergaya πŸ˜‰

So, sekiranya anda ke sini, dan server down… atau tak dapat masuk Tip Satu Minit, harap bersabar sehingga proses transfer selesai πŸ™‚

Wassalam!

-ik

ps: Sementara itu, saya akan lakukan posting Tip Satu Minit seperti biasa…