Category Archives: Highlight!

Simpan Challenge di MHI, TV3

Pagi tadi, saya & Abang Abu berada di MHI, TV3 menceritakan tentang Simpan Challenge! bagi anda yang ter-miss pagi tadi, ni, saya dah letakkan di YouTube untuk anda tontoni dan ketahui apa ke bendanya Simpan Challenge ni πŸ˜‰

BERITA TERKINI!

Ikon-ikon dari Telaga Biru Sdn Bhd / Storm Readers termasuk Dato”β„’ Dr. Hj. Mohd Fadzilah Kamsah, Dato”β„’ Ustazah Siti Nor Bahyah dan Ustaz Zahazan Mohamed juga turut akan memberi tips dan santapan rohani mengenai wang dan perniagaan kepada mereka yang menyertai Simpan Challenge!

IrfanKhairi.com upgrading

Salam hormat,

Good news & bad news! Berita baiknya, IrfanKhairi.com (Tip Satu Minit) semakin ramai pelawat dan semakin banyak aktiviti berlangsung di server IrfanKhairi.com termasuk blog… dan terutamanya program affilaite mentor Jutawan. Ini mengakibatkan IrfanKhairi.com perlu di upgrade ke server baru…

Berita kurang baiknya…Β  tak tau bila dalam masa terdekat ini, IrfanKhairi.com akan tutup kedai mungkin untuk sehari dua, untuk membolehkan proses transfer ke server baru. Yang lebih pantas dan bergaya πŸ˜‰

So, sekiranya anda ke sini, dan server down… atau tak dapat masuk Tip Satu Minit, harap bersabar sehingga proses transfer selesai πŸ™‚

Wassalam!

-ik

ps: Sementara itu, saya akan lakukan posting Tip Satu Minit seperti biasa…

Voices of Gaza (Voices in You) Razzi.muz.ik

Fikirkan perniagaan 24jam sehari pun tak boleh juga πŸ™‚ Ada kalanya kita perlu berhenti sebentar dan fikirkan juga mereka-mereka yang dalam kesusahan. Seperti mereka yang tertindas dan tertekan di Gaza.

So, hari ni, apa kata kita hayati Voices of Gaza oleh Razzi.muz.ik (lagu terbaru), ciptaan lagu & lirik oleh saya sendiri…

Lagu: Voices of Gaza (Voices in You)
Oleh: Razzi.muz.ik
Vokal: Razzi Rahman (power! :))
Ciptaan & lirik: IK

Minta anda tinggalkan juga komen di YouTube serta beri rating 5 bintang kepada klip Voices of Gaza sebagai tanda sokongan πŸ™‚

ps: First time saya cipta lagu pula kali ini… jangan makan hati M Nasir…

SOLUSI: Panduan Hidup Bersyariat

Hari ni saya nak kongsikan majalah terbaru yang kini saya antara kolumnisnya- Majalah SOLUSI. Antara penulis-penulis lain juga terlibat termasuk: Dato’ Dr. Hj. Mohd Fadzilah Kamsah, Dato’ Ustazah Siti Nor Bahyah, Ustaz Zahazan Mohamed, Irfan Khairi (Jutawan Internet), Ustaz Zaharuddin, Haji Muhammad Zakaria danΒ  Ustaz Hasrizal Abdul Jamil (dari saifulislam.com) adalah antara nama-nama yang tidak asing dalam dunia motivasi dan keagamaan.

Oleh: Telaga Biru Sdn Bhd

solusiposter.jpgDengan segala kepincangan serta bencana moral yang berlaku di negara kita pada hari ini, jelaslah bahawa umat Islam bukan sahaja perlu meningkatkan ilmu dalam bidang fardu ain dan kifayah, tetapi turut berlatih untuk memajukan minda serta sentiasa termotivasi untuk mengelakkan diri dari segala gejala buruk yang berlaku di sekeliling mereka. Ini kerana, hanya dengan pengetahuan serta motivasi yang tinggi sahajalah yang dapat membantu anggota masyarakat untuk mengenalpasti baik-buruk sesuatu perkara seterusnya mengelakkan perkara tersebut dari terjadi kepada diri mereka.

Melihat peri pentingnya elemen-elemen ini dalam memantapkan kehidupan seorang Muslim, Telaga Biru Sdn. Bhd. telah menerbitkan sebuah majalah Islamik kontemporari yang sangat unik, khas buat mereka tercari-cari sebuah wadah bagi mempertingkatkan jati diri seorang Muslim.

Isu perdana majalah bertajuk SOLUSI ini sudah berada di pasaran bermula dari 1 Ogos 2008. Ia difahamkan mendapat sambutan yang memberangsangkan dari pihak pembaca. Antara faktor penarik majalah ini ialah fokus utamanya iaitu fardu ain dan motivasi menjadikan skop perbincangan setiap isu serta isi kandungannya menjadi sangat luas dan menarik untuk diperdebatkan.Β  Antara topik yang dibincangkan setiap bulan ialah tauhid, fiqah, perniagaan (muamalat), perkahwinan (munakahat), tafsir al-Quran, kekeluargaan, isu remaja, seks, dan pelbagai lagi…. (…klik disini untuk membaca lanjut!)

ps: bagi anda yang sering memberi sokongan kepada saya, dapatkan majalah solusi di kedai2 ok πŸ™‚ Memang banyak info-info menarik…

Continue reading SOLUSI: Panduan Hidup Bersyariat

Aktiviti terbaru IK

Posting REALITY kali ini, saya nak updatekan pembaca blog saya aktiviti-aktiviti saya bulan ni…

Isnin 2/3/2009 (semalam)

Saya berada di KLfm pada jam 12 tengah hari untuk sesi temubual personaliti bersama DJ Julia… was a good & fun interview di mana saya siap buat pengakuan terbuka saya minat KRU on air! Adoi… tak rock la… πŸ™‚

Rabu 4/3/2009

Pertama kali saya akan mengendalikan program radio terbaru “Business Toolkit: Internet Business” di BFM 89.9fm (The Business Station). Program ini saya akan kongsikan cara memulakan perniagaan Internet dan tip-tip/strategi menjayakan sesuatu perniagaan Internet. Jangan lepaskan program ini setiap minggu!
Tak sabar untuk esok sebenarnya… dan ada sedikit nervous kerana first time mengendalikan rancangan 100% in English.

Khamis 5/3/2009 (pagi)

Segmen mingguan saya di WW, Astro Awani “Bersama Irfan Khairi”. Kali ini episod terakhir WW, kerana lepas ni Astro Awani akan ada morning talk-show pula. Insyaallah saya akan terlibat juga, tapi belum confirm. Jadi, untuk Khamis ni, special sikit kerana saya akan ceritakan tentang perniagaan Internet dari jam 10.30am-11.00am. Last saya di WW sejak setahun lebih πŸ™‚

Khamis 5/3/2009 (tengah hari)

Saya mengendalikan segmen mingguan saya program “Yo!” di Radio24 93.9fm. Bagi anda yang sering ikuti saya di Facebook pasti tahu saya telah mengendalikan program ini selama 1 bulan dah ni. Program “Yo!” fokus kepada remaja & belia-belia untuk berbincang secara santai mengenai kaedah-kaedah buat duit. Topik daripada kumpul duit untuk kahwin, sampai la topik berhutang πŸ™‚ Ikuti “Yo!” setiap minggu pada hari Khamis jam 1 tengah hari.

Khamis 5/3/2009 (malam)

Oh ya… Khamis malam jam 10.00pm temui saya di TV9 dalam rancangan LIVE “Semanis Kurma”. bagi peminat-peminat Ustazah Norbahyah, pastinya tahu tentang program ini. Program bicara santai bersama Ustazah Siti Norbahyah dan suaminya Ustaz Wan Akashah. Khamis ini, saya sebagai tetamu undangan… hmm… agak-agaknya apa topiknya kali ini???

Pada hujung bulan ini…

soaljawab-coversmall.jpgJuga buku terbaru saya “RahsiaInternet: Soal Jawab” akan berada di pasaran. Buku ini memuatkan soalan dan jawapan terkumpul yang telah saya terima melalui bengkel dan seminar perniagaan Internet saya di serata Malaysia sejak tahun 2005 lagi. Buku ini akan berada di kedai-kedai buku utama di seluruh Malaysia.

Time table saya memang padat (yang di atas pun hanya ringkasan! :)) tak termasuk jemputan-jemputan talk yang lain… tetapi, yang penting kita enjoy apa yang kita lakukan. Jadual padat camne pun, kalau kita enjoy & have fun, semua rasanya mudah kan? πŸ™‚

ps: Oh ya… ada sesiapa sempat menonton saya di TV9 minggu lepas dalam program “Apa ke halnya?” bersama Mr Os & Shamsul Ghau Ghau? That was fun… sapa tak sempat, melepas la melihat teman cakap loghat Perok. Teman oghang kuale… kome tak tau? Insyaallah bila dapat copy nanti saya akan letakkan di YouTube!

Dapatkan majalah I, Dara.com & Maskulin Feb 2009

Ok, hari ni saya nak jadi penjual majalah sekejap πŸ™‚ not bad apa, since one of my mentor, Dato Husammuddin pengasas Karangkraf jadi jutawan bermula sebagai penjual majalah πŸ™‚ Di ebook Mentor Jutawan, saya ada menemubual Dato Husammudin. Klik di sini.

Bulan ni, 3 majalah membuat coverage mengenai saya, keluarga & kawan-kawan. So, bagi anda yang selalu tanya…

“Bila IK nak tunjuk gambar family?”, here you go πŸ™‚

montage-feb-magazines.jpg
  • Majalah I Februari 2009

Kisah saya & family di ruang “Jendela Keluarga”. Very interesting kali ni sebab first time anak-anak sekali saya masukkan dalam majalah. Sebelum ni tak pernah lagi πŸ™‚ My wife Shaz pernah juga masuk majalah. So, kalau anda nak tahu cerita latar belakang saya, Shaz & kids, boleh dapatkan Majalah I keluaran Februari. Thanks to Azlin & Chip!

Nak tahu bagaimana saya & Shaz berjumpa? Dapatkan majalah ini! πŸ™‚

  • Majalah Dara.com Februari 2009

Coverage majalah Dara.com pula mengenai kejayan saya dan beberapa orang lain di bawah tajuk “Resepi kejayaan”. Kisah kali ini mengenai tips untuk berjaya ketika muda-mudi. Khas untuk pelajar-pelajar IPT, ada beberapa tips sini bagaimana nak jadi kaya raya (bukan hantu raya) πŸ™‚

Special thanks to team Dara.com & Siti Nurazlina

  • Majalah Maskulin Februari 2009

Coverage kali ini mengenai saya & kawan-kawan pula. kebanyakan anda dah tahu me and my boys mempunyai band Razzi.muz.ik yang dianggotai oleh myself, Razzi Rahman @ Bro Love dan juga Muzamil, so, this is the first time Razzi.muz.ik muncul dalam majalah.

Saya juga merupakan kolumnis majalah Maskulin, dan dalam edisi kali ini saya menulis mengenai Frekuensi Pemikiran Besar!– ada kena mengena dengan tip saya semalam.

Thanks to Izwa & lady boss Wan Mahani for the coverage.

So, bulan ni, ketepikan budget sikit ok… boleh beli majalah-majalah di atas from Karangkraf- ha ha!

Jangan lupa, esok (Khamis), saya akan on air secara live di WW Astro Awani 10.30am dalam segmen “Bersama IK” dan juga di Radio24 93.9fm dalam segmen “Yo!” jam 1.15pm.

Special thanks also to semua media massa, TV, radio yang sering support me all the way!

ps: Bagi yang ingin menghadari Workshop Jutawan Internet dan ketahui bagaimana saya make my million on the Internet, klik di sini untuk maklumat lanjut. C u there!

Razzi.muz.ik di MHI TV3

Sempena cuti ni, kita pun cuti dari “Tip satu minit” dan berhibur kejap πŸ™‚ Bagi yang termiss MHI Khamis lepas, Razzi.muz.ik menjadi artis undangan MHI. So, ini performance kami untuk lagu “Selamanya”

Hampir sebulan “Selamanya” release, banyak komen2 positif yang kami terima, mengatakan lagu ni mengingatkan kita pada zaman2 dulu… teringat friends and families. Alhamdulillah, matlamat Razzi.muz.ik tercapai untuk menyampaikan mesej menghargai orang tersayang, kenalan dan keluarga kita πŸ™‚

Terima kasih kepada MHI kerana mengundang, Fenda and the producers. Also, friends Abby Fana & Fedtri for the cool interview.

So bagi anda yang tak pernah tengok saya main guitar electric… here it is!

Part 1: Selamanya…

Part 2: Interview I

In life, takleh la kita business 100% sahaja… or work 100% sahaja. At times, perlu juga take a break… buat sesuatu yang kita suka. Muzik (dan DVD) adalah cara saya menghiburkan diri. Some businessman suka main golf, suka memancing, suka travelling… atau apa sahaja. Terpulang kepada minat masing-masing.

Kalau nak baca more about Razzi.muz.ik, dapatkan majalah MASKULIN FEB 2009. Ada cerita mengenai kami bertiga… gambar glamer pun ada. Ha ha πŸ™‚

Enjoy the holiday!

ps: Happy Chinese New year to Chinese friends!

Bersama Irfan Khairi siri 01 @ WW Astro Awani

Khamis baru ini berlangsungnya segmen saya “Bersama Irfan Khairi” siri 01 @ WW, Astro Awani bersama Dang Suria, Linawati & Zul. Untuk siri 01 ini, 4 soalan telah dipilih dan di jawab. Semoga anda berpuas hati dengan jawapan yang diberikan!

Soalan kali ini merangkumi:

  • Bagaimana menjadikan hasil tulisan sebagai pendapatan
  • Menjadikan taska sebagai perniagaan
  • Tip motivasi untuk usahawan sempena ekonomi down
  • Jurugambar ingin menggunakan Internet menambahkan pelanggan

Semoga dapat membantu, bukan sekadar penanya soalan sahaja, tetapi semuanya yang berminat dalam perniagaan πŸ™‚

Sekiranya anda mempunyai soalan untuk saya berikan jawapan di WW Astro Awani (Channel 501) – juga akan diletakkan di YouTube, sila tinggalkan soalan anda di bawah πŸ™‚

Untuk memudahkan soalan anda dipilih supaya dijawab di ruangan “Bersama Irfan Khairi”, pastikan ikuti langkah dibawah…

Contoh soalan yang kurang baik:

Bagaimana hendak memulakan perniagaan dari rumah?

Contoh soalan yang baik:

Saya seorang ibu yang ingin memulakan perniagaan dari rumah untuk menampung 2 orang anak. Minat saya adalah dalam bidang masakan. Bagaimana boleh saya ubahkan minat ini menjadi perniagaan? (Soalan yang spesifik dan lengkap akan dipilih)
-Siti Salmah, Skudai (Jangan lupa taruh nama & tempat!)

Bersama Irfan Khairi @ WW Astro Awani

Bermula 2009, slot saya di Astro Awani dinamakan “Bersama Irfan Khairi” (sebelum ni namanya Wanita & Wang) pada setiap hari Khamis jam 10.30pagi. Dalam slot ini, anda!. YES, ANDA! boleh bertanyakan apa sahaja soalan kepada saya mengenai perniagaan, perniagaan Internet, kewangan, kekayaan atau motivasi. Open table :)Sekiranya anda mempunyai soalan, tinggalkan soalan anda di sini!

Contoh soalan yang kurang baik:

Bagaimana hendak memulakan perniagaan dari rumah?

Contoh soalan yang baik:

Saya seorang ibu yang ingin memulakan perniagaan dari rumah untuk menampung 2 orang anak. Minat saya adalah dalam bidang masakan. Bagaimana boleh saya ubahkan minat ini menjadi perniagaan?

Sebaiknya, jelaskan soalan anda dengan terperinci supaya ianya dipilih untuk dipaparkan di WW Astro Awani, “Bersama Irfan Khairi”.

Stay tune to Astro Awani channel 501 untuk jawapan. Ataupun dapatkan jawapannya apabila saya uploadkannya di You Tube irfanTV!

Anda boleh tinggalkan soalan anda di ruang comment sini atau email info@rahsiainternet.com… πŸ™‚

Selamanya Reaching Higher! Razzi.muz.ik

Selamat Tahun Baru 2009!

Khas untuk pembaca-pembaca blog ini, saya dedikasikan kedua lagu Razzi.muz.ik kepada anda!Β Keduanya saya yang tulis lirik tau! πŸ™‚

  • Selamanya
    Tujukan khas kepada anda yang sering menyokong saya dari dulu hingga kini!

  • Reaching Higher
    Jadikan lagu ini untuk menaikkan semangat anda untuk berjaya dengan lebih tinggi sempena 2009!

So, apa pendapat anda dua buah lagu Razzi.muz.ik ni? Ok tak? Lagu mana yang u suka?

Juga, kami sediakan satu pertandingan “dedication” di mana anda boleh dedicate lagu Selamanya kepada kenalan, keluarga dan orang tersayang. Siapa yang dedicate kepada paling ramai, akan menangi hadiah bernilai >RM1,000. Termasuk Workshop Jutawan Internet (hadiah tahunan), Workshop Mini Terhangat di Pasaran, dan hadiah bulanan termasuk produk-produk Rahsia Internet dan juga RazziRahman.com yang lain! Setiap bulan akan ada pemenang hadiah pertanding… so, agak, agaknya, siapa lah pemenang pertama untuk bulan Januari
So, bagi anda yang ingin join workshop, tapi belum berkesempatan, dedicatelah lagu Selamanya banyak-banyak! πŸ™‚

On another note, sempena tahun 2009, RahsiaInternet.com akan mengendalikan satu program baru bernama

“IK’s Apprentice- Online Coaching Program”

Di mana saya akan personally coach melalui online (chat/email/forum tertutup) mereka yang berminat untuk memulakan perniagaan Internet selama 3-6 bulan pada tahun 2009 ni. Kiranya, for the next 3 months, saya akan sentiasa online dengan peserta-peserta berminat dan terpilih (bukan semua saya akan terima. terpilih sahaja!) dan membantu mereka menjadi usahawan Internet yang berjaya- IK’s Apprentice πŸ™‚

Tak kira, kalau anda masih belum mempunyai perniagaan Internet, atau yang dah ada perniagaan Internet yang inginkan kejayaan yang lebih hebat- then boleh jadi my apprentice!

Ada yang berminat? Kalau berminat, tunggu esok atau lusa saya postkan mengenai ini… penyertaan terhad sebab saya pun terhad πŸ™‚

Happy New Year! πŸ™‚

ps: Sertai Workshop Jutawan InternetΒ untuk memulakan perniagaan Internet anda kerana makin ramai sudah mempercayai perniagaan Internet di Malaysia. Sekiranya berminat, klik di sini.