Yayasan Ilham Budi


Salah satu idola perniagaan saya adalah Tan Sri Syed Mokhtar Bukhari. Belum lagi berpeluang berjumpa dengannya… kalau berpeluang, that would be the day! :)

Satu pengajaran hebat daripadanya adalah untuk beri balik kepada masyarakat. Beliau melakukan ini melalui Yayasan Al Bukhari. Yayasan Ilham Budi yang saya sedang usahakan adalah hasil inspirasi daripada langkahnya.

Hadis ada menyebut, harta kita tidak akan berkurangan sekiranya berzakat & bersedekah. Ianya adalah amat benar. Lagi banyak anda memberi dengan ikhlas, lagi banyak anda menerima.

Saya teringat masa saya muda dulu (form 4 ke form 5), saya ada menghadiri Kursus Bina Negara. Dan ketika itu, ada satu ceramah yang amat hebat. Penceramah (tak ingat nama) menyebut tentang konsep sedekah (walaupun ceramah itu bukan seperti ceramah-ceramah agama yang selalu kita dengar, penceramahnya agak modern). Beliau menyeru untuk semua sedekah RM10. Pada ketika itu, maklumlah, kita budak sekolah menengah. RM10 tu banyak sangat!

Tetapi penceramah itu kata, beliau GUARANTEE yang beberapa hari lepas kita sedekah tu, kita akan dapat balik jumlah tersebut dan selalunya lebih daripada itu! Apa yang saya tertarik sebab penceramah tu kata “guarantee”. Selalu penceramah lain akan kata ”Insya-Allah” :)

So, I gave it a shot. Lepas Kursus Bina Negara, saya pun sedekah RM10 di masjid. Memang berat masa tu… :)

Beberapa hari kemudian, bagaikan magic, memang betul. Saya menerima RM50 daripada abang saudara yang balik dari bekerja di luar negara. Pada ketika itu, saya amat terkejut bahawa it works! Sememangnya harta tidak akan berkurangan sekiranya kita bersedekah!

Lepas sekolah menengah (umur 18 tahun), saya mulakan quest saya menjejak langkah-langkah jutawan. Oleh kerana buku2 berkisar jutawan berbahasa Malaysia tidak banyak (takde pun), so, saya baca buku mat salleh. Kisah-kisah mat salleh jutawan & billionaire juga menyebut tentang konsep ini. Konsep memberi balik… giving back. Atau lebih dikenali dalam buku2kekayaan mat salleh sebagai… thithing.

Ramai jutawan dan billionaire melakukan ini sehinggakan ianya amat sukar mencari mereka yang berjaya yang TIDAK “beri balik” kepada masyarakat. Satu perkara saya pelajari yang amat penting adalah untuk anda beri balik. Give back. Mereka yang menjadi jutawan & billionaire mengamalkan konsep ini sebelum mereka mencapai apa-apa kekayaan pun.

Enjoy atau gunakan pendapatan yang anda terima untuk lifestyle anda, tetapi, dalam pada itu, beri balik kepada masyarakat. Apabila anda memberi balik, anda akan merasakan bahawa harta & kekayaan ada banyak dan berlebihan di dunia ini (abundance). Dengan memberi balik, ianya akan datang semula kepada anda dalam berbagai bentuk dan secara berlebihan ;)

So, why not, sedekahkan RM50… RM100… atau lebih ke mana-mana, dan yakini bahawa anda akan dapat balik tidak lama lagi.

~Pesanan Yayasan Ilham Budi

ps: Memberi balik, bukan sekadar memberi balik wang sahaja, malah, anda juga boleh beri balik dari segi usaha, tenaga dan masa anda :)

pps: American Idol pun Give Back juga. Lihat pulangan balik nya ;)

Pendapat Anda? [32] Comments

Tip Satu Minit yang berkaitan:
  • Up selling = menambahkan LAGI keuntungan anda
  • Antara minat, passion dan wang
  • Boleh putus asa dalam perniagaan…
  • Back to the Future

  • 2 tahun lepas, November 2005, Mingguan Malaysia menemuramah saya…

    mingguan.jpg

    Apa makna wang pada Irfan?

    Walaupun saya kata wang perkara kedua dalam hidup, tetapi saya tidak pernah ada tanggapan negatif pada wang. Sesetengah orang kata, duit banyak bukan boleh bawa masuk ke kubur. Tetapi kita kena terima hakikat dengan duit, kita boleh buat keluarga gembira selain kalau kita mati pun, wang masih berguna kerana kalau kita ada yayasan, ia masih boleh membantu kerana ia merupakan amal jariah berterusan kita.

    Pernah terfikir untuk menubuhkan yayasan sendiri?

    Memang ini sebahagian daripada perancangan saya. Dan saya rasa ini konsep yang sepatutnya mereka yang mampu, amalkan.

    Alhamdulillah, kini saya memiliki sebuah yayasan sendiri! Setelah sekian lama saya merancang, kini terbuka lagi pintu rezeki saya dengan Yayasan Ilham Budi.

    yiblogo.jpg

    Panjang cerita penubuhan Yayasan Ilham Budi ini. Yayasan ini dilancarkan semula atas usaha pengasas Nizal Mohammad dan saya sebagai pengarah. Insyaallah nanti majls pelancaran semula, boleh cerita sejarah manis yayasan ini :)

    Penglibatan saya dalam Yayasan ini probably one of the highlights untuk tahun ini. berbagai rancangan saya & Nizal susunkan untuk membantu masyarakat. Saya dan Nizal mempunyai passion yang serupa iaitu melihat belia-belia kita mencapai kecemerlangan diri dalam segala aspek.

    Antaranya yang terdekat adalah, majlis “Bicara Ilham” sebagai pembuka aktiviti…

    Untuk “Bicara Ilham” kami akan menyediakan platform dimana sesiapa sahaja dapat berkumpul dan network sesama sendiri. Kata mat salleh, Networking High-Tea. Tapi, kita tak buat macam mat salleh… kita buat Malaysian style! :) Bicara Ilham akan di hoskan oleh Nizal dan saya sendiri. Jadi, hadirin semua adalah tetamu jemputan kami!

    “Bicara Ilham” dicadangkan akan dijalankan setiap bulan, dan dalam setiap perjumpaan, kita akan menjemput seorang tetamu istemewa untuk memberi talk mengenai kejayaan selama 30 minit.

    Sudah pasti, tetamu istemewa adalah ikon-ikon (antaranya jutawan-jutawan) Malaysia yang dibanggakan! Sebenarnya, ramai ikon-ikon Malaysia ingin berkongsi pengalaman dan tip kejayaan kepada orang ramai, tetapi, tiada platform untuk melakukannya.

    Exposure nizal & saya telah menemukan kami dengan ramai ikon-ikon yang dengan ikhlasnya ingin berkongsi strategi kejayaan dan pengalaman dengan anda semua. 

    “Bicara Ilham” bertujuan untuk menjadi platform bagi mereka menyampaikan mesej kejayaan mereka dengan tujuan memberi inspirasi dan motivasi di samping berkenal dan bertukar fikiran di sesi networking.

    “Bicara Ilham” pertama adalah soft-launch untuk Yayasan Ilham Budi. Bagi mereka yang berminat- saya harap ramai berminat, nanti datang beramai-ramai ok?

    Harapan saya, untuk fasa awal Yayasan Ilham Budi adalah mengumpul lebih ramai belia-belia kita yang mempunyai cita-cita tinggi untuk mencapai kecemerlangan. Moga platform networking ini dapat digunakan oleh orang ramai :)

    Tarikh & tempat (Area KL)  untuk “Bicara Ilham” pertama akan diumumkan tak lama lagi! Ini kira teaser untuk anda ;)

    Special thanks to my brother, Nizal Mohammad for making my dream a reality :)

    Pendapat Anda? [45] Comments

    Tip Satu Minit yang berkaitan:
  • Wang & Anda - Jejak Jutawan
  • Yakin dengan diri sendiri!
  • Dua cara mengejar cita-cita
  • REALITY!: Pulang ke rahmatullah…