Tip Perniagaan


Dalam perniagaan, sememangnya perlu menjual produk atau perkhidmatan yang berkualiti.

qualiti.jpg

Sering kali juga, produk atau perkhidmatan kita dah cukup berkualiti sebaik-baiknya. Pada harga yang amat berpatutan. TETAPI, jualan tetap tidak memberangsangkan! Mengapa ini terjadi?

Jawapannya kembali kepada STRATEGI & PROMOSI

Sebenarnya, sesuatu produk perniagaan walaupun berkualiti sederhana, tetap boleh kalahkan produk yang lebih bagus daripadanya dengan mempunyai STRATEGI & PROMOSI yang lebih berkesan.

YA, bottom line is, produk berkualiti hebat, masih boleh gagal.

Zaman ini, kualiti produk atau perkhidmatan sahaja tidak akan menjaminkan kejayaan sesuatu perniagaan oleh kerana terlalu banyak persaingan yang melakukan strategi dan promosi yang lebih berkesan. So, WALAUPUN anda mempunyai idea perniagaan yang hebat, produk yang hebat, kualiti yang hebat… pemikiran sebenarnya yang perlu ada…

BUKAN lah…

Perniagaan ini pasti berjaya sebab produknya berkualiti tinggi dari pesaing!

TETAPI…

Apakah STRATEGI dan PROMOSI untuk menjayakan perniagaan ini berbanding pesaing?

Pendapat Anda? [22] Comments

Tip Satu Minit yang berkaitan:
  • Kalau gagal, gagal dan gagal, bila nak berhenti?
  • Beri jaminan @ guarantee
  • Lihat pada kecantikan
  • Cabaran Minggu Berfikir Positif : Hari ke-7

  • Ada yang tanya pada saya. Apa harus dilakukan sekiranya terdapat orang mengutuk, memperlekehkan, melemparkan tohmahan, dan sewaktu dengannya kepada usaha kita. Saya rasa ramai yang pernah melalui ini, termasuklah diri saya sendiri.

    Ada banyak boleh dilakukan, tetapi, jawapan terbaik saya dapati dari artikel Dr H.M Tuah saya terbaca baru-baru ini. Pesan Dr. Tuah:

    Anda harus BERTERIMA KASIH kerana…

    1. Anda mendapat pahala FREE bila kita bersabar! :)
    2. Perkara-perkara negative tersebut boleh menjadi pendorong atau semangat untuk terus berjaya. Kiranya sebagai satu cabaran, dan lagi banyak cabaran, lebih hebat kita hendak buktikan mereka yang memberi kata-kata negatif tersebut bahawa kita akan berjaya!
    3. Dapat mendedahkan mereka yang berfikiran negatif kepada orang ramai. Sebelum orang lain kena, mereka akan tahu bahawa siapa yang suka memberi kata-kata negatif. Anda dapat membantu orang lain dengan secara tidak langsung untuk berhati-hati dengan golongan ini (tak perlu bagi tahu… orang  akan dapat lihat sendiri).

    Saya cukup setuju dengan Dr. Tuah.

    Sebab itu juga sering terjadi dalam kisah-kisah kejayaan bahawa mereka yang sering ditindas sebegini akan naik mencapai kejayaan yang lebih hebat. Pintu rezeki akan luas terbuka, semangat akan semakin membara dan melatihkan kita untuk abaikan perkara-perkara negatif disekeliling kita.

    Biasanya, mereka yang memberi kata-kata negatif ini, takkan ke mana-mana oleh kerana ia mencerminkan diri sendiri yang sering fokus kepada perkara negatif.

    Jadi, jauhkan dari memberi kata-kata negatif kepada orang lain. Beri semangat dan sokongan kepada sesiapa sahaja untuk berjaya. Ia akan mencerminkan kembali kepada diri anda untuk menjadi lebih positif dalam mencapai kejayaan :)

    Pendapat Anda? [49] Comments

    Tip Satu Minit yang berkaitan:
  • Kena kritik… apa nak buat? Kena sindir… apa nak buat?
  • Azwan Ali & Irfan Khairi buat apa tu!!??
  • Kalau tak buat… berdosa
  • Kena tipu di Internet… kesian!

  • Wah… semalam talk saya di Vistana Hotel, KL fullhouse! Talk bertajuk “Cara Menjalankan Perniagaan Secara Automatik dari Rumah” mendapat sambutan diluar jangkaan! Pada mulanya budget untuk 200 peserta sahaja… tetapi atas permintaan tinggi, jumlah ditambah kepada 300… pada hari tersebut, bila lihat ramai yang datang, sempat tambah seat kepada 400. Last-last yang datang 500+ peserta… sampai ada yang terpaksa berdiri lagi!

    outside.jpg
    Peserta sedang daftar nak masuk dewan…

    Terima kasih tak terhingga kepada mereka yang memberi sokongan. Alhamdulillah, ramai yang bagi tau saya sesi talk saya tu cukup bermanfaat dan boleh diaplikasikan kepada perniagaan masing-masing.

    inhall.jpg
    Fullhouse dengan lebih 500+ peserta yang hadir…
    stormhall.jpg

    Walaupun talk saya ditaja oleh StormReaders2U, perniagaan MLM 100% patuhi syariah, saya pastikan isi kandungan talk saya boleh diaplikasikan kepada apa jua jenis perniagaan kerana mengetahui mereka yang sering memberi sokongan kepada saya adalah dalam pelbagai bidang perniagaan ;)

    ikhelmi.jpg
    Saya & En.Helmi… orang kuat saya di Stormreaders ;)

    Semalam juga berlangsungnya pelancara SDA (Sistem Duplikasi Automatik), satu sistem yang dicipta khas untuk mereka yang menyertai StormReaders dan dapat menjalankan perniagaan StormReaders secara automatik, tanpa jumpa orang seperti perniagaan MLM konvensional. Buat masa ini, hanya peserta semalam sahaja yang mengetahui mengenainya… belum tiba masanya lagi untuk diumumkan di blog. So, harap bersabar ok ;) SDA adalah satu sistem yang saya ciptakan yang bakal menggegarkan StormReaders ;)

    ikshah.jpg
    Saya & En.Syah, pengurus besar Stormreaders Network

    Bagi mereka yang tidak tahu menahu mengenai StormReaders, boleh klik di sini untuk keterangan lanjut. Tetapi suka saya umumkan di sini, daripada 500+ peserta yang hadir semalam, lebih dari 100 telah daftar sebagai ahli StormReaders2U selepas mengetahui tentang Sistem SDA! dan ramai lagi akan mendaftar dalam minggu ini. Menunjukkan kepercayaan orang ramai terhadap StormReaders, alhamdulillah & tahniah kepada Telaga Biru Sdn Bhd.

    iksit.jpg
    IK in action memberi talk menjalankan perniagaan secara automatik!

    Atas sokongan anda juga, suka saya umumkan, bagi mereka yang ingin mendengar talk saya yang seterusnya, saya akan mengadakan satu sesi talk di Cititel Kuala Lumpur pada hari Rabu, 3hb March ini, jam 8.00 malam. Kali ini, bukan ditaja oleh StormReaders, tetapi oleh Peoplepreneur Business School.

    Sesi saya kali ini, juga mengenai perniagaan Internet bertajuk:

    “Cara Menjana Pendapatan Di Internet Tanpa Modal dan Produk Sendiri”

    Tarikh: Rabu 3hb March 2010

    Masa: 8.00 malam (sila datang awal 7.45 supaya tempat cukup)

    Tempat: Cititel Hotel, Kuala Lumpur

    Masuk: PERCUMA ditaja oleh Peoplepreneur Business School

    Sekiranya anda telah hadir pada sesi semalam, dan mendapat manfaat daripadanya, pastinya sesi Rabu ini juga anda akan dapat banyak idea-idea yang bernas dalam menjana pendapatan tambahan!
    .
    Sekiraya anda ingin menyertai,  sms [nama], [alamat email], [contact number] kepada  017-3935364 untuk menempah tempat. Tempat terhad kepada 70 penyertaan percuma sahaja.
    .
    Dan sebagai bonus tambahan, saya akan beri percuma e-report saya bertajuk “Cara Menjana Pendapatan Di Internet Tanpa Modal dan Produk Sendiri” yang berharga RM20 secara PERCUMA kepada SEMUA peserta untuk memberi kefahaman yang lebih mendalam mengenai apa yang saya bakal sampaikan pada hari Rabu nanti ;) Dah la dapat ilmu free melalui talk saya… dapat ebook free lagi tu ;)
    .
    Kalau tak dapat hadir dan nak dapatkan laporan X saya ni, boleh ke halaman Laporan X di sini dan mendapatkannya (tak la percuma… kena beli la kalau tak dapat datang) ;) .
    Pendapat Anda? [69] Comments

    Tip Satu Minit yang berkaitan:
  • IK cover majalah perniagaan “Jutawan”
  • Strategi Bisnes IK2- seminar percuma esok!
  • Rahsia Menjalankan Perniagaan Dari Rumah Secara Automatik
  • Talk PERCUMA “Perniagaan Internet bersama IK” di Cititel, Midvalley 4hb June

  • Berubah dalam perniagaan ada baiknya, ada buruknya…

    Baiknya…

    Kita lihat perniagaan-perniagaan besar seperti Malboro, Duracel, Colgate, Energizer, Coca-Cola… dan lain lain. Daripada lebih 50 tahun dulu, perniagaan-perniagaan ini x ubah pun dari konsep asal. Maka, jenama mereka sehingga kini menjadi jenama paling utama di dunia…

    Buruknya…

    Sesetengah produk, perlu diubah mengikut permintaan pasaran dan juga trend.

    • Kalau dilihat dibarat sebelum ini ada kedai video “Blockbuster” (Menyewa VHS di kedai), tetapi, atas permintaan sudah berkurangan & perniagaan Internet meningkat, maka “Netflix” (Menyewa DVD online) telah berjaya mengambil alih jenama tersebut.
    • Cuba juga kaji berapa kali “Pepsi” mengubah jenama dan logo mereka… tetapi, masih tidak dapat mengatasi Coca-Cola.
    • Bagaimana pula konsep realiti TV popular Malaysia, AF… dari 5-6 tahun dulu sehingga kini banyak perubahan telah berlaku, tetapi, permintaan semakin menurun.

    Dalam perniagaan, perubahan adalah sesuatu yang MESTI dilakukan hanya sekiranya PERLU. If it works, don’t change it.

    Ada juga usahawan yang tersilap strategi/teknik dalam perniagaan kerana hanya melakukan perubahan perniagaan dengan alasan “to keep it fresh” atau “nanti pelanggan bosan”. Sekiranya ini alasannya, maka, perubahan tidak PERLU.

    Ini kerana, dalam membina jenama dan pengikut, sesuatu jenama itu perlu setia pada diri sendiri. Tidak perlu berubah. Seperti jenama-jenama besar di dunia, kita lihat berpuluh-puluh tahun tidak melakukan perubahan.

    So, fikir berkali-kali sekiranya anda ingin mengubahkan sesuatu dalam perniagaan anda. Adakah ianya sesuatu yang MESTI?

    Pendapat Anda? [25] Comments

    Tip Satu Minit yang berkaitan:
  • Perniagaan berubah - perlu flexible!
  • Up to date & trendy
  • Perniagaan yang berubah
  • Peka kepada trend semasa

  • Saya pasti anda pernah menggunakan YouTube. Sebabnya, YouTube adalah antara laman web yang paling ramai pengunjung setiap hari. Infact, laporan mengatakan video-video di YouTube di tonton lebih 1 billion kali sehari. 1 billion tu… bukan 1 million!

    Tip kali ini pula adalah untuk anda menggunakan YouTube sebagai kaedah promosi perniagaan anda. Zaman sekarang, bukan lagi seperti zaman dulu, di mana laman web adalah statik sahaja. Zaman ini, zaman di gelar web 2.0 adalah zaman web yang lebih interaktif. Pengguna Internet inginkan sesuatu yang interaktif dan bukan statik.

    Jadi, di sinilah kita harus menggunakan peluang-peluang yang ada di Internet seperti YouTube untuk menjadikan kewujudan online kita lebih interaktif.

    Berikut adalah contoh klip YouTube saya buat untuk promosikan talk saya pada 27hb Februari depan…


    Sekiranya anda ingin menyertai talk saya di atas secara PERCUMA, klik di sini untuk keterangan lanjut

    Sambil itu, fikirkan bagaimana YouTube boleh digunakan untuk mempromosikan perniagaan anda!

    Pendapat Anda? [16] Comments

    Tip Satu Minit yang berkaitan:
  • Perniagaan Internet di Malaysia Hari Ini (MHI)
  • Irfan@TV: Gerak Usahawan 07, Buletin Utama TV3
  • Voices of Gaza (Voices in You) Razzi.muz.ik
  • Membina Jenama Perniagaan

  • Suka saya jemput pembaca blog ke sesi talk saya…

    Rahsia Menjalankan Perniagaan Dari Rumah Secara Automatik

    Tarikh: Sabtu, 27hb Februari 2010

    Tempat: Hotel Vistana, Kuala Lumpur

    Masa: 2.30 petang - 6.00 petang

    Masuk: Percuma!

    Mainkan klip YouTube di bawah untuk jemputan ringkas daripada saya ;)


    Sesi talk ini ditaja oleh StormReaders2U dan saya akan memberi talk mengenai teknik dan strategi bagaimana anda boleh menjalankan perniagaan dari rumah dan mendapat pendapatan secara automatik sepanjang tahun.

    Dengan teknologi Internet, memulakan perniagaan Internet dari rumah menjadi semakin mudah. Bukan itu sahaja, perniagaan yang dijalankan boleh diautomasikan 100%!

    Di sesi saya ini, saya akan dedahkan strategi yang saya sendiri telah gunakan selama 10 tahun bagaimana mendapat keuntungan secara automatik sepanjang tahun menggunakan Internet. Kaedah ini, sememangnya ramai usahawan Internet Malaysia terlepas pandang.

    Oleh kerana majlis ini adalah percuma dan tempat adalah terhad kepada 200 penyertaan sahaja, diminta, untuk anda booking secara percuma untuk sesi ini. Untuk booking, mudah shj, just hantar email kepada sales@rahsiainternet.com dengan tajuk email “PERNIAGAAN AUTOMATIK” dan sertakan sekali:

    • nama
    • no phone
    • berapa tempat ingin booking

    So, sekiranya anda free pada Sabtu 27hb Februari depan, apa kata join us! Saya pasti, teknik dan kaedah yang saya sampaikan sememangnya amat efektif & powerful dan boleh diaplikasikan pada apa sahaja perniagaan yang dijalankan.

    ps: Booking berdasarkan first come first serve sahaja ok… kalau dah penuh 200 penyertaan, tak dapat nak dibantu dah ;) Juga minta kerja sama kalau rasanya tak dapat datang, jangan pula booking tempat. Nanti merugikan peserta lain pulak… ;)

    Pendapat Anda? [114] Comments

    Tip Satu Minit yang berkaitan:
  • Perniagaan Internet & keluarga
  • Menggunakan YouTube dalam Perniagaan
  • Perniagaan Internet separa automatik
  • Melabur keuntungan perniagaan secara automatik

  • “If I had nine hours to cut down a tree, I would spend six hours sharpening my axe!” ~Abraham Lincoln

    “Before everything else, getting ready is the secret of success” ~ Henry Ford

    “When schemes are laid in advance, it is surprising how often circumstances fit in with them” ~Sir William Olser

    Berhenti seketika, anda sering membaca Tip Satu Minit, tetapi adakah anda melakukan perkara yang paling penting sekali dalam mencapai kejayaan?

    skema.gifDi hadapan meja kerja saya ada sekeping kertas yang mengandungi segala perancangan saya tahun ini - berapa product baru yang akan dicipta, berapa kursus baru yang akan dijalankan, peluang perniagaan industri lain, pelan mengembangkan syarikat dan sebagainya.

    Satu skema perancangan telah dirancangkan sejak awal lagi, dan setiap hari, saya akan berusaha mencapai segalanya.

    Ambil sekeping kertas, dan sediakan skema perancangan anda untuk tahun ini. Siapa yang belum melakukan latihan ini, adalah dalam kerugian!

    ps: Bagi mereka yang tidak tahu melakukan skema perancangan, ini adalah contoh gambarajah skema tersebut. Seperti flow chart sahaja.

    Pendapat Anda? [41] Comments

    Tip Satu Minit yang berkaitan:
  • Perniagaan yang berubah
  • Tidak semua menjadi
  • Perancangan, blueprint, plan… semuanya perlu
  • Cuba sesuatu yang baru- explore!

  • Kita sedia tahu networking tu penting dalam perniagaan kan?

    Lagi ramai kita kenali, lagi besar network kita… maka lagi besar peluang kita mendapatkan bantuan bila perlu dari segi network perniagaan.

    Namun begitu, mentor saya pesan…

    Irfan, network besar pun tak guna… apa yang penting adalah kualiti network kita

    Sememangnya benar. Tak kira la kalau kita ni pandai berkawan, dan punyai ramai kawan, tetapi, tak semestinya ia adalah baik untuk perniagaan kita. Bak kata orang, kawan yang gelak ketawa mudah di cari. Tetapi kawan menangis susah (lebih kurang) ;)

    Samalah juga dalam network perniagaan, dimana kebanyakan network kita, sebenarnya kurang berguna.

    Kalau diikutkan undang-undang Pereto 80/20 rule, ini bermakna, kalau kita ada 10 kenalan dalam network perniagaan kita, sebenarnya 2 yang paling berguna sekali. Kalau kita ada 100 kenalan network perniagaan, maka, 20 network kita yang sangat-sangat berguna!

    Oleh itu:

    1. Tambahkan lebih ramai networking dalam perniagaan anda. 100… 200… 300… kerana 80% daripadanya besar kemungkinan tidak dapat membantu kita. Hanya 20% yang berkualiti dan dapat sama-sama membangunkan perniagaan
    2. Kaji senarai network/kenalan perniagaan anda. Ambil kertas dan tulis nama mereka dan industri mereka. Bulatkan mereka yang anda rasakan dalam 20% yang dapat membantu anda. Senaraikan apa yang mungkin mereka boleh membantu anda dan anda boleh membantu mereka. Fikirkan win-win situation.
    3. Lakukan apa yang ANDA BOLEH BANTU MEREKA terlebih dahulu! Bukan tunggu, atau minta mereka bantu anda. Anda yang perlu ambil langkah pertama

    Networking adalah strategi perniagaan. Apabila bercakap tentang strategi, perlu mempunyai planning. Dan planning yang terbaik adalah dengan anda duduk & tuliskannya di atas kertas supaya anda dapat bezakan antara network berguna & network kurang berguna…

    ps: Jangan pula write-off atau abaikan network yang kurang berguna, kerana, mungkin secara direct mereka tak dapat memabntu anda… tetapi, network atau kenalan kepada mereka dapat membantu anda pula! Nama pun networking so, kena fikir 2-3 level ;)

    Pendapat Anda? [22] Comments

    Tip Satu Minit yang berkaitan:
  • Networking- kualiti, bukan kuantiti
  • Tip Satu Minit Network
  • Minggu Pelanggan Tanpa Had: Tip untuk mendapat network berkualiti
  • StormReaders Network - pendaftaran bermula

  • Satu konsep yang ingin saya perkenalkan kepada anda, iaitu kuasa “Tambah Kosong”

    Apa maksudnya?

    Dalam perniagaan (ataupun hidupan harian), sudah tentunya kita mempunyai matlamat. Contohnya, berapa ramai kita hendak berjumpa prospek hari ini? Berapa ramai kita hendak pelanggan minggu ini? Berapa banyak keuntungan kita inginkan bulan ini?

    Sebagai contoh:

    • Dalam perniagaan MLM, hari ni kita nak jumpa 3 orang prospek
    • Dalam perniagaan spa, minggu ini kita inginkan 20 pelanggan
    • Dalam perniagaan Internet, bulan ini kita inginkan keuntungan RM4,000

    Ok… itu matlamat kita. Sememangnya ianya amat penting untuk kita mempunyai matlamat. Tetapi, apa kata kita aplikasikan kuasa “Tambah Kosong” pada apa sahaja matlamat kita. Ertinya, tambah satu (atau dua) kosong pada hujung angka matlamat kita. Jadi…

    • Fikirkan dalam perniagaan MLM, hari ini bukan 3 prospek menjadi matlamat kita, tetapi 30!
    • Fikirkan dalam perniagaan spa, minggu ini bukan kita inginkan 20 pelanggan, tetapi 200!
    • Fikirkan dalam perniagaan Internet, bulan ini bukan kita inginkan RM4,000, tetapi keuntungan RM40,000!

    Dengan menambahkan kosong pada angka matlamat anda, anda menggandakan lagi matlamat anda supaya ianya menjadi besar. Minda anda juga akan menjadi lebih kreatif untuk mencapai matlamat yang lebih tinggi.

    Bila besar matlamat kita, maka besarlah pencapaian kita. Shoot for the stars, if you miss, you will still get the moon!

    Hebatkan kuasa “Tambah Kosong”? :)

    Pendapat Anda? [15] Comments

    Tip Satu Minit yang berkaitan:
  • Kuasa tiga untuk menarik pelanggan
  • Konvensyen Dari Kosong Sampai Jutawan
  • Fikir di luar kotak
  • SoHo: Besar tidak semestinya bagus!

  • Sedikit pengumuman, bagi mereka yang ingin mendapatkan buku-buku ilmiah daripada Telaga Biru Sdn Bhd, (termasuk buku-buku saya) kini boleh dapatkannya melalui kedai online StormReaders. Satu usaha untuk memudahkan lagi anda mencari ilmu-ilmu yang baik!

    Stormreaders sebenarnya merupakan sebuah anak syarikat kepada Telaga Biru  Sdn Bhd, sebuah syarikat bumiputera Islam yang telah beroperasi sejak 1997 yang berpengalaman menerbitkan produk-produk Islam yang disampaikan oleh ikon-ikon  terkenal Negara seperti Dato` Dr Hj Mohd  Fadzilah Kamsah , Ustazah Siti Nor Bahyah , Zahazan Mohamed, Irfan Khairi, Ustaz Zaharuddin, Dato Hj Ismail Kamus dan lain-lain dalam berbagai format melibatkan cenderahati, kaset, CD, VCD dan buku.

    E-shop ini juga adalah untuk mereka yang menyertai StormReaders membuat jualan secara online. Oleh itu, bila anda sertai StormReaders, anda juga telah memulakan perniagaan Internet dan mendapat 20%++ atas setiap jualan buku ikon-ikon motivator & agama di atas. So, sekiranya anda berminat menjalankan perniagaan Internet menjual buku-buku Telaga Biru Sdn Bhd, boleh menyertai StormReaders.

    Sekiranya anda ingin menyertai StormReaders, iaitu perniagaan berangaian (MLM) yang 100% patuhi syariah, klik di sini untuk mendapat keterangan lanjut taklimat yang bakal diadakan. Juga, saya ada menulis tip percuma bertajuk “6 Kaedah Mudah yang RAMAI Terlepas Pandang untuk Menambahkan Prospek Perniagaan Berangkaian (MLM) Mereka”  bagi mereka yang minat/terlibat dalam perniagaan berbentuk berangkaian. Klik di sini untuk mendapatkannya.

    Jangan lupa dapatkan buku-buku Telaga Biru Sdn Bhd (terutamanya buku saya ;) ) melalui laman e-shop di atas! ;)

    Pendapat Anda? [22] Comments

    Tip Satu Minit yang berkaitan:
  • StormReaders Network - pendaftaran bermula
  • Storm Readers - MLM 100% Syariah compliant
  • Mengapa ramai masih ragu-ragu membuat belian di Internet?
  • Perniagaan Internet B to B - maksima keuntungan

  • Lakukan sedikit MAGIC!… bukan maksudnya anda sebagai usahawan perlu membuat magic seperti David Blane atau Chris Angel atau Cyril… tetapi, anda tetap boleh melakukan satu magic kepada pelanggan anda dengan melakukan suatu “magic moment”

    Apakah itu Magic Moment?

    Menurut pakar perniagaan Jay Abraham, Magic Moment adalah satu keadaan atau lebih tepat lagi, satu PENGALAMAN yang dialami oleh pelanggan anda yang mereka tidak akan lupakan untuk jangka waktu yang panjang. Silap-silap, sampai bila-bila takkan lupakan.

    Saya permudahkan dengan contoh dibawah…

    Anda makan di restoran, ambik nasik, pilih lauk, ayam… sayur… ikan… kuah kari… dan lakukan pembayaran. On the way nak berjalan ke meja anda, anda terhilang balance, and terjatuh (salah anda sendiri… bukan sebab lantai licin atau terlanggar kucing). Habis nasi dan lauk pauk anda jatuh ke lantai. Adoi!

    Tetapi, pemilik kedai itu, datang kepada anda dan bawakan kepada anda nasi, ayam, sayur, ikan & kuah kari yang baru dan suruh anda makan je. On the house!

    Apakah perasaan anda? (selain daripada malu kena pandang pelanggan lain anda yang tersungkur ;) ). Pastinya satu pengalaman yang baik yang diberikan oleh pemilik restoran tu bukan? Itulah dia nya pemilik tersebut menciptakan satu “Magic Moment”

    Menciptakan “Magic Moment” bukan suatu yang boleh dipelajari daripada buku teks perniagaan atau universiti sekali pun, tetapi, ianya lebih kepada EQ (Emotional Intelligence). Selami diri pelanggan dari segi emosi, dan fahami keadaan mereka. Anda akan dapat mencipta satu Magic Moment yang akan diingati sampai bila-bila.

    Lepas ini, kalau anda nak makan, anda pergi mana? Sudah tentu restoran itu lagi bukan?

    Pendapat Anda? [28] Comments

    Tip Satu Minit yang berkaitan:
  • Kurangkan janji, lebihkan keputusan
  • Perniagaan Internet… perlu 3 bulan (Magic Number)
  • Kejayaan NizalTalk! - Komunikasi Efektif
  • Beri balik - give back!

  • Next Page »