Category Archives: Perniagaan Internet

cabaran perniagaan

4 Cabaran Bakal Usahawan (usahawan baru)

Terutamanya bagi bakal usahawan dan usahawan baru, tentunya pelbagai persoalanan yang bermain di kepala. Antara soalan-soalannya ada yang sehingga membuatkan diri sendiri takut untuk memulakan perniagaan! Jangan sehingga begitu… dalam apa sahaja masalah dan kerisauan, pastinya ada penyelesaian yang dapat merungkaikan kerisauan itu.

Berikut adalah antara 4 top cabaran yang sering difikirkan oleh bakal usahawan, dan penyelesaian mudahnya…

4cabaran

1. Tak tahu nak mula di mana?

Mulakan sesuatu walaupun sedikit. Memulakan sesuatu itu akan memberi momentum dan semangat kepada diri kita untuk meneruskan usaha. Tidak kira apa sahaja perniagaan, mungkin mulakan sesuatu itu adalah semudah memulakan Facebook page atau Instagram untuk perniagaan itu (walaupun perniagaan belum bermula).

Apa yang penting- bermula sesuatu untuk memulakan momentum anda!

2. Takut bukan pakar

Tidak perlu jadi pakar untuk berniaga. Ketika saya mula berniaga saya bukan pakar periagaan Internet. Ketika saya mula mengajar kendalikan seminar atau workshop dan kelas, saya bukannya speaker pakar. Lihat sahaja chef-chef pakar di TV. Adakah mereka terus jadi pakar dan keluar TV? Ataupun bermula sedikit demi sedikit sehingga menjadi seorang yang pakar dan dikenali?

Kepakaran akan datang dengan pengalaman. Tapi, kalau tak bermula, mana nak dapat pengalaman bukan?

3. Nanti orang kata kita gila

Mulut orang kita tidak boleh tutup. Tambah-tambah mereka yang jenis takut pada perniagaan. Pastinya kata kita gila kerana memulakan perniagaan. Tapi, yang sering memberi kata-kata negatif adalah mereka yang tidak berpengalaman dalam berniaga.

Berjumpa dengan mereka yang berpengalaman dalam berniaga pastinya mereka akan memberi semangat kepada anda untuk teruskan usaha!

4. Takut gagal diri dan kelaurga

Takut gagal adalah musuh utama. Gagal akan memberi pengajaran. Tetapi, takut gagal akan membuatkan kita tidak mengambil langkah pertama. Apatah lagi takut gagal dan melibatkan keluarga yang mempunyai high hopes untuk kita berjaya.

Di sinilah perlunya kefahaman dan perbincangan bersama keluarga. Pernigaan bukan semuanya indah dan berjaya sahaja. Kegagalan adalah sebahagian daripada apa yang perlu dilalui untuk berjaya. Terutamanya suami dan isteri perlu memahami ini dan memberi sokongan antara satu sama lain.

Sebelum berniaga, duduk berbincang bersama suami dan isteri terlebih dahulu supaya kedua-dua pihak faham ada kebarangkalian kegagalan dalam perniagaan. Dan sekiranya ini berlaku, sokongan adalah amat perlu untuk bangun semula dan cuba lagi.

*Anda seorang usahawan baru? Dapatkan bimbingan, bantuan dan juga sokongan rakan-rakan usahawan yang lain di Program Intensif Perniagaan Internet dan Strategi Media Sosial. Program keusahawanan Internet pilihan #1 Malaysia bersama Pakar Perniagaan Internet, Irfan Khairi. Tempat semakin terhad dan akan bermula tidak lama sahaja lagi! Klik di sini untuk maklumat lanjut atau hubungi Cik Jay di 03-77292277.

girls

tip gambar terbaik

7 Tip menggunakan gambar untuk promosi atau iklan di Facebook

Pagi tadi di KLfm, saya kongsikan 7 tip menggunakan gambar untuk promosi atau pengiklanan di Facebook. Gambar yang menarik akan memberi impak yang lebih kepada perniagaan anda! Berikut adalah 7 tip tersebut…

7 gambar

  1. Tunjukkan apa yang menarik mengenai perniagaan anda melalui gambar. Cuba tarik perhatian pengguna Facebook menggunakan gambar orang, pekerja, pelanggan, produk atau persekitaran perniagaan anda.
  2. Gunakan gambar yang berkualiti. Fikirkan juga tentang pencahayaan. Gambar yang tidak berkualiti dari segi pengambilan akan kelihatan tidak menarik dan orang tidak akan klik. Belajar sedikit sebanyak elemen fotografi untuk memperbaiki gambar anda.
  3. Pastikan gambar atau imej yang dikongsikan adalah selari dengan mesej atau status yang ditulis. Imej dan text yang selari akan menguatkan lagi sebab untuk orang klik.
  4. Gunakan gambar yang memberi tarikan emosi. Perasaan emosi adalah perasaan yang kuat untuk menarik perhatian orang ramai di Facebook. Sebagai contoh, gambar muka yang berjerawat beri kesan emosi takut dan terbaik untuk menjual ubat jerawat.
  5. Pastikan gambar atau imej tersebut mencerminkan jenama anda, dari segi cara penulisan text pada imej, warna yang digunakan, dan mesej yang disampaikan. Jadikan peluang untuk membina jenama.
  6. Gambar yang digunakan juga perlu konsisten supaya orang mengenali perniagaan anda.
  7. Namun perlu juga tukar gambar iklan supaya orang mendapat sesuatu yang lain dan berbeza dan tidak bosan dengan gambar yang sama. Sama tetapi tidak serupa!

Mudahan tip-tip ini dapat memperbaiki pengiklanan anda dan juga promosi perniagaan anda di Facebook!

Sekiranya anda ingin memulakan perniagaan Internet, dapatkan lebih banyak teknik dan strategi dalam memulakan dan menggandakan pendapatan perniagaan anda di Program Intensif Perniagaan Internet dan Strategi Media Sosial bersama saya, Irfan Khairi.

Program 6 bulan ini telah berjaya melahirkan beribu usahawan Internet dan menjadi pilihan #1 dalam memulakan dan mengembangkan perniagaan Internet di Malaysia. Klik di sini untuk maklumat lanjut atau hubungi Cik Jay di 03-77292277.

girls

ciri ciri usahawan

8 Ciri-ciri keusahawanan Rasulullah saw

Sejak muda lagi Rasulullah saw telah mula mencari pengalaman berniaga dan menjalankan perniagaan. Baginda menjadi terkenal sebagai seorang usahawan Al-Ameen, seorang yang jujur, boleh diharap dan dipercayai.

Kehebatan Rasulullah berniaga menjadikannya antara usahawan yang berjaya dan cemerlang pada ketika itu.

8ciri

Berikut adalah 8 ciri-ciri keusahawanan Rasulullah saw yang diriwayatkan. Semoga kita juga dapat mengamalkannya setiap hari dalam perniagaan dan mencontohi baginda.

1. Tidak pernah menyakiti hati peniaga lain

Keperibadian Rasulullah saw disenangi walaupun daripada usahawan-usahawan lain yang merupakan pesaing.

2. Lurus dan tepat dengan kiraan

Membina kepercayaan adalah amat penting dalam perniagaan. Menipu dalam pengiraan atau berniaga bukan sahaja akan kehilangan pelanggan, malah akan menjadikan keuntungan kita tidak berkat.

3. Sentiasa senyum ketika menjual beli

Senyum itu sedekah. Senyum itu sunah. Tidak susah memberi senyuman, malah ia juga akan mengundang senyuman yang lain!

4. Jujur dan amanah

Sehingga baginda dikenali sebagai “Al Ameen” dikalangan usahawan dan juga pelanggan.

5. Lemah lembut ketika berniaga

Cara dan gaya Rasulullah saw amat disenangi oleh pelanggan-pelanggan tidak kira umur dan latar belakang. Pelanggan Rasullullah adalah dari pelbagai bangsa juga.

6. Berniaga secara kreatif

Ada ketika baginda memberitahu harga pokok barangan yang dijual dan memberi pilihan kepada pembeli untuk membelinya pada harga apa sahaja yang termampu!

6. Bukan mengejar harta semata-mata

Tidak mengejar harta untuk duniawi ketika berniaga.

7. Fasih dalam bertutur kata

Kebolehan berkomunikasi adalah penting ketika berniaga. Bukan sahaja gaya percakapan, tetapi juga komunikasi melalui keterampilan diri.

8. Bijak membuat keputusan

Rasulullah saw telah mendalami ilmu perniagaan dan belajar dari usahawan yang lebih berpengalaman sejak muda lagi, termasuk bapa saudaranya, Abu Talib.

9/10 rezeki datang dari perniagaan. Dalam menjana pendapatan tambahan, ilmu adalah amat penting.

Sekiranya anda ingin memulakan atau mengembangkan perniagaan anda di Internet, klik di sini untuk Program Intensif Perniagaan Internet dan Strategi Media Sosial, atau hubungi Cik Jay di 03-77292277. Pengambilan terbaru kini dibuka. Klik di sini

girls

Sekiranya anda berada jauh dari Kuala Lumpur dan Selangor, namun masih ingin menyertai program ini, dapatkan maklumat lanjut versi 100% online di sini.

keyakinan pelanggan

8 cara untuk tingkat keyakinan di laman web perniagaan Internet!

Perniagaan Internet berbeza dengan perniagaan bersemuka. Di Internet, pelanggan tidak dapat melihat kita, atau berjumpa dengan kita. Oleh itu, kepercayaan dan kredibiliti menjadi antara penghalang untuk usahawan melakukan jualan.

yakin

Berikut adalah 8 perkara mudah yang boleh digunakan oleh usahawan untuk meningkatkan keyakinan dan kredibiliti perniagaan supaya mudah pelanggan melakukan belian.

1. Jaminan/Warranty

Beri jaminan atau waranti atau gerenti atas produk yang dijual. Ini mengurangkan risiko pembeli dan meletakkan risiko pada penjual. Contoh waranti adalah seperti pulangan wang/ganti/repair sekiranya produk rosak. Pembeli dapat merasa keyakinan dengan adanya jaminan.

2. Testimoni

Pelanggan akan membeli hanya selepas melihat orang lain mendapat manfaat daripada produk anda. Umpama restoran kosong yang sukar menarik pelanggan baru, restoran yang penuh akan sentiasa membuatkan orang beratur dan ingin cuba pula masakan mereka. Penuhkan laman web dengan testimoni pelanggan anda!

3. Logo bayaran

Logo bayaran seperti Visa dan Mastercard memberi kredibiliti pada sesuatu laman web. Sekiranya laman anda boleh menerima bayaran kad kredit seperti mengguna perkhidmatan PayPal.com, logo-logo ini boleh diletakkan di laman anda dan memberi gambaran yang lebih profesional.

4. Halaman mengenai kami/About Us

Jelaskan latar belakang anda dan perniagaan anda. Kredibiliti dan kepercayaan dapat dibina apabila prospek dan pelanggan mengetahui kisah/cerita perniagaan anda. Bak kata ‘tak kenal maka tak cinta’. Apabila anda kongsikan kisah perniagaan anda, maka pelanggan akan mengenali anda dan lebih mudah untuk melakukan belian.

5. Gambar anda/pasukan anda

Pengguna suka berurusan dengan manusia, bukan dengan perniagaan yang tidak bermuka. Psikologi manusia mempunyai hubungan dengan manusia yang lain. Dengan berkongsikan gambar anda dan pasukan anda, hubungan ini dapat dibina dan perniagaan anda akan nampak lebih mesra pelanggan.

6. Penggunaan Media Sosial

Zaman komunikansi dan informasi ini, hubungan adalah amat penting. Penggunaan media sosial dapat meningkatkan kredibiliti dengan cara sentiasa berhubung dengan pembeli dan bakal pembeli. Melalui hubungan yang berterusan melalui media sosial juga, jenama perniagaan dapat dibina.

7. Maklumat berguna

Pengguna sering mahukan informasi yang dapat membantu mereka. Dengan berkongsikan maklumat yang berkaitan dengan industri anda, dapat membantu pelanggan dan meningkatkan kredibiliti perniagaan anda supaya tidak hanya dilihat sekadar inginkan keuntungan semata-mata, tetapi juga membantu pelanggan dan orang ramai.

8. Tiada link mati

Link yang mati (broken link) di laman web memberi gambaran tidak profesional di laman web. Pastikan kesemua link di laman web masih hidup!

Oleh itu, pastikan anda juga mengikuti setiap cara diatas… sekiranya tidak, nanti perniagaan pula yang mati! 😉 Mudahan dijauhkan dari kita…

Sekiranya anda ingin pelajari cara memulakan perniagaan Internet dari rumah, sertai Program Intensif Perniagaan Internet dan Strategi Media Sosial bersama saya.

Program 6 bulan separuh masa ini telah membantu ramai dalam menjana pendapatan melalui Internet. Dibawah adalah gambar peserta-peserta kelas pertama pengambilan yang lepas.

Pengambilan terbaru kini di buka. Klik di sini untuk maklumat lanjut dan pendaftaran!

b24

perubahan impak besar

5 Perubahan kecil perniagaan yang memberi impak besar keuntungan

Kadangkala, untuk memberi impak lebih hebat dan profesional pada perniagaan anda, tidak memerlukan perubahan yang besar dan kos yang tinggi.

Beberapa perkara yang mudah sahaja dapat memberi persepsi perniagaan anda supaya kelihatan lebih besar dan hebat.

impakbesar

Berikut adalah 5 perubahan yang perlu…

1. Mempunyai logo perniagaan

Perniagaan akan kelihatan lebih profesional apabila mempunyai logo. Ia memberi persepsi perniagaan yang teguh. Logo yang terbaik adalah logo yang kelihatan simple. Kebiasaannya mempunyai 2-3 warna.

Cuba lihat jenama2 besar keliling kita, kesemuanya mempunyai logo. Ini kerana, orang lebih mudah mengingati visual berbanding tulisan sahaja. Dan apabila orang ingat, maka jenama akan terbina. Klik di sini sekiranya perniagaan anda memerlukan logo profesional.

2. Video kata-kata aluan dari pemilik

Video memberi kredibiliti kepada sesuatu perniagaan. Sekurang-kurangnya hasilkan kata-kata aluan pemilik perniagaan menceritakan sedikit latar belakang diri, perniagaan dan juga apa yang dijual dalam bentuk video. Tak perlu panjang, 2-3 minit sudah memadai supaya orang mengenali kita dan lebih yakin dan tahu mengenai kita dan perniagaan tanpa perlu membaca.

Meletakkan gambar pemilik perniagaan akan membina kepercayaan pelawat. Namun, dengan meletakkan video, kesan ini akan berganda. Antara cara untuk menjadikan perniagaan anda popular, adalah dengan menggunakan pemasaran video. Klik di sini untuk mempopularkan perniagaan anda.

3. Laman web yang cantik dan tersusun

Tingkatkan kepercayaan pelawat dengan laman web yang cantik dari segi visual. Laman web yang kelihatan tidak profesional akan mengurangkan keyakinan orang ramai. Laburkan pada pereka cipta yang boleh menghasilkan laman yang menarik untuk dilihat.

Menarik tidak bererti kompleks dengan animasi dan kesan bunyi, tetapi, sesuatu yang simple dan kelihatan profesional. Fikir seperti laman web Apple, Zalora dan Microsoft. Sekiranya anda ingin memulakan perniagaan Internet yang berjaya, klik di sini.

4. Link ke laman sosial yang pelbagai

Ketika zaman komunikasi kini, perniagaan perlu bina hubungan bersama prospek dan pelanggan. Sekurang-kurangnya gunakan 1 media sosial, seperti Facebook untuk perniagaan anda. Namun, terbaiknya gunakan 3 platform media sosial seperti Facebook, Instagram dan YouTube.

Lebih banyak media sosial yang digunakan, lebih mudah untuk membina hubungan dan mencapai lebih ramai prospek dan pembeli. Apabila terjalin hubungan sosial, lebih ramai pelanggan yang anda akan dapat. Klik di sini untuk ketahui teknik dan strategi berniaga di Media Sosial.

5. Mempunyai bahan-bahan promosi offline profesional

Gandakan lagi promosi dengan bahan-bahan promosi seperti kad bisnes, brochure, leaflet, poster dan lain-lain. Kos untuk percetakan tidak mahal kini, namun dengan mempunyai bahan promosi offline juga, anda dapat mencapai pasaran orang ramai yang anda temui.

Bahan promosi offline akan menunjukkan bahawa perniagaan anda lebih serius berbanding pesaing yang tidak memilikinya. Ingin memiliki jenama yang lebih profesional? Klik di sini.

PS: Hanya beberapa tempat sahaja tinggal untuk Seminar Perniagaan Popular pada hari Sabtu 29hb Ogos ini. Klik di sini untuk maklumat dan pendaftaran online.

fbpromo

tingkatkan followers instagram

6 Cara meningkatan followers Instagram untuk usahawan

Bila menjalankan perniagaan di media sosial, pengikut atau followers adalah amat penting. Tak kira, Facebook, Twitter, YouTube termasuk juga Instagram.

Tanpa pengikut, tiada siapa yang akan lihat apa yang kita ingin sampaikan. Bila tak lihat, maka tak la beli.

Bagi usahawan, mungkin akan terasa agak sukar meningkatkan followers di Instagram. Tak seperti artis-artis popular, followers berpuluh ribu atau beratus ribu atau berjuta pun ada! Bagaimana pula dengan usahawan?

Berikut adalah 6 tip bagaimana caranya meningkatkan followers Instagram anda…

6instagram

1. Instagram yang bertema

Fikirkan tema untuk instagram anda, dan gunakan tema tersebut secara konsisten. Mungkin anda seorang jurugambar, maka tema instagram anda adalah gambar-gambar menarik yang anda tangkap. Sekiranya anda seorang motivator, maka gambar-gambar yang diletakkan adalah bertemakan motivasi. Sekiranya anda menjual makanan kucing, mungkin boleh jadikan tema instagram anda gambar-gambar kucing yang comel.

Instagram yang mempunyai tema yang khas dapat menarik peminat dalam bidang yang dipaparkan. Sekali sekali boleh lari dari tema, tetapi apa yang penting adalah, bila orang fikirkan instagram anda, orang tahu apakah tema yang anda kongsikan.

2. Konsisten dalam perkongsian gambar

Konsisten bukan hanya pada tema seperti tip di atas, tetapi, konsisten juga pada waktu berkongsikan gambar. Contoh, mungkin setiap hari anda kongsikan satu gambar. Atau seminggu sekali. Atau setiap Jumaat. Fikirkan seperti rancangan TV di mana Instagram anda mempunyai pengikut yang menanti-nantikan gambar dari anda secara konsisten.

Lagi kerap anda kongsikan gambar yang menarik, lagi bagus. Tapi jangan terlalu kerap hingga membosankan pula…

3. Kisah gambar yang menarik dan tidak bosan

Pastinya ini penting. Fikirkan apa yang menarik atau kisah yang menarik yang boleh disampaikan melalui gambar. Contoh, mungkin gambar selipar jepun anda di pantai adalah bosan, tetapi gambar selfie anda di tepi pantai adalah OK. Namun, sekiranya anda mengambil selfie di dalam air sedang snorkeling maka gambar kisah anda ditepi pantai akan jadi lebih menarik!

Fikirkan bagaimana bercerita melalui gambar dengan lebih menarik. Bak kata mat salleh, a picture paints a thousand words!

4. Gunakan #hashtag

Gunakan hashtag yang berkenaan. Tidak sahaja menggunakan hashtag2 yang popular, tetapi cuba gunakan hashtag yang berkenaan dengan gambar yang di ambil. Hashtag #cute memang popular, dan sekiranya diletakkan dengan gambar kucing, memang kena. Tapi kalau letakkan #cute pada gambar selipar jepun anda, maka pastinya tidak mengena.

Hashtag adalah untuk memudahkan orang mencari gambar yang mempunyai tema yang sama dan mungkin akan follow mereka. Oleh itu, gunakan hashtag yang betul. Satu lagi tip adalah, ciptakan hashtag anda sendiri supaya memudahkan orang mencari gambar2 bertema anda juga pada bila-bila masa.

5. Berinteraksi dengan lain

Instagram adalah media sosial. Oleh itu, anda juga perlu bersosial. Jangan jadikan instagram anda sehala sahaja, tetapi, anda juga perlu berinteraksi dengan mereka di Instagram.

Apabila seseorang follow anda, mungkin anda juga boleh follow mereka. Apabila mereka memberi komen, balas komen mereka. Like dan komen juga gambar-gambar instagramers yang lain dan jadikan diri anda sebahagian dari komuniti diinstagram- bersosial melalui gambar dan interaksi!

6. Gambar yang menarik dan cantik

Pastinya kualiti gambar itu sendiri memainkan peranan yang penting. Sebab itu juga, jurugambar sering mendapat followers yang ramai oleh kerana berjaya kongsikan gambar yang berkualiti dan menarik.

Belajar asas fotografi untuk ketahui cara-cara mengambil gambar yang menarik. Tidak semestinya pakar, tetapi dengan mengetahui elemen-elemen yang boleh menjadikan gambar anda menarik, akan berjaya menarik lebih ramai followers. Kongsikan tema anda yang konsisten, melalui kisah gambar yang menarik untuk dilihat oleh orang ramai!

Mudahan dengan 6 tip ini, usahawan akan mendapat lebih ramai followers di Instagram… dan jangan lupa pula, follow instagram saya: irfan_khairi  www.instagram.com/irfan_khairi

*Anda ingin memulakan dan mengembangkan lagi perniagaan Internet? Program Intensif Perniagaan Internet dan Strategi Media Sosial telah memberi bimbingan dan bantuan kepada beribu usahawan Internet bukan sekadar satu modul sahaja, tetapi dengan modul-modul Facebook, pemasaran email, blog, SEO, Affiliate, Google, Pengiklanan dan banyak lagi!

Antara kesilapan usahawan Internet adalah memberi fokus kepada satu teknik pemasaran sahaja.

Sekiranya anda ingin sertai, pengambilan terbaru hanya beberapa tempat sahaja tinggal! Klik di sini untuk maklumat lanjut atau hubungi Cik Jay di 03-77292277.

tambah pelanggan

Tambahkan pelanggan perniagaan… tanpa kos!

Adakah anda sukar untuk mendapat pelanggan? Mungkin kerana keadaan ekonomi down, nak dapat pelanggan pun susah. Berbanding dengan beberapa bulan sebelum ini, atau tahun lepas, dapat dilihat pelanggan semakin kurang.

Akibatnya, keuntungan perniagaan berkurangan dan sukar untuk meletakkan iklan berbayar oleh kerana memakan kos lagi untuk kita.

tambahpelanggan

Maka soalannya, adakah terdapat cara mengiklankan perniagaan secara percuma dan efektif?

Jawapannya ada. Namun, mindset sebagai usahawan dalam mendapatkan pelanggan secara percuma adalah berbeza berbanding dengan iklan berbayar.

  • MINDSET 1: Melakukan PROMOSI BERBAYAR perlu LABURKAN WANG (iklan PPC, Facebook, Adwords, brochure, iklan akhbar, iklan majalah dan sebagainya)
  • MINDSET 2: Melakukan PROMOSI PERCUMA perlu LABURKAN MASA (mengemaskini blog, facebook, newsletter, public relations, mendekati media secara percuma, dan banyak lagi)

Oleh itu, sekiranya perniagaan anda mengalami kekurangan modal untuk mengiklankan atau memasarkan produk dan perkhidmatan anda, maka perlu mempunyai MINDSET 2, iaitu, laburkan lebih masa untuk perniagaan.

Dalam perniagaan, pastinya terdapat pelaburan. Sama ada anda melaburkan wang atau melaburkan masa, atau kedua-duanya. Keuntungan perniagaan tidak akan datang tanpa salah satu pelaburan ini.

Apa yang ramai usahawan tidak nampak adalah, MINDSET 2, iaitu melabur masa mempunyai pelbagai kebaikan untuk perniagaan mereka.

Dengan melabur masa melakukan aktiviti-aktiviti pemasaran seperti yang disebutkan, kepercayaan dan kredibiliti perniagaan anda akan terbina dengan lebih cepat dan hebat.

  • Sebagai contoh, fikirkan “iklan berbayar menjual produk kesihatan” yang diletakkan di dalam akhbar. Pastinya anda pernah lihat banyak iklan-iklan sebegini bukan? dan adakalanya oleh kerana terlalu banyak iklan, ia menjadi tidak efektif. Dah la mahal meletakkan iklan dalam akhbar.
  • Sekarang, fikirkan pula terdapat “artikel dalam akhbar menceritakan tentang anda sebagai usahawan produk kesihatan”. Adakah ini memberi impak berbeza? Sudah tentunya! Oleh kerana kredibiliti anda akan terbina sampai bila-bila. Dan strategi ini dikenali sebagai “public relations” yang boleh dilakukan secara percuma.

Begitu juga dengan strategi-strategi lain seperti blog, Facebook, Youtube dan sebagainya yang boleh membina kepercayaan dan kredibiliti perniagaan kita secara percuma.

Tidak memerlukan kos dan modal, tetapi memerlukan masa (dan ilmu)!

Sekiranya anda inginkan lebih ramai pelanggan, tetapi mempunyai masalah kekurangan wang untuk promosi, maka, laburkan masa anda untuk perniagaan!

Anda pemilik perniagaan dan terasa ingin putus asa? Dalam apa sahaja masalah pastinya ada penyelesaiannya. Sekiranya anda ingin mengembangkan perniagaan anda, tetapi mengalami kesukaran, sertai bersama saya, Irfan Khairi. Klik di sini untuk maklumat lanjut!

kenapa pelanggan beli

7 Sebab pelanggan AKAN memilih perniagaan ANDA!

Anda sebagai pemilik perniagaan pastinya ingin menarik lebih ramai pelanggan bukan? Pelanggan membeli dari anda pastinya pula bersebab. Berikut adalah 7 sebab bagaimana anda boleh menarik lebih ramai pelanggan membeli dari anda.

Pastikan anda mengamalkannya pada perniagaan anda!

7sebab beli

1. Produk anda lebih mudah untuk dibeli

Pelanggan inginkan kemudahan dan kesenangan. Permudahkan proses jualan anda supaya ianya tidak mengelirukan. Proses jualan yang mudah, akan memudahkan mereka membeli dari anda!

2. Produk dan perkhidmatan pantas

Zaman ini, kepantasan perniagaan adalah penting. Pelanggan inginkan produk atau perkhidmatan yang dibeli dapat dengan pantas. Sekiranya anda boleh memberi produk/perkhidmatan lebih pantas dari pesaing, anda akan menjadi pilihan.

3. Pelanggan juga mendapat reputasi

Sekiranya perniagaan anda mempunyai jenama dan reputasi yang baik, pelanggan juga akan mendapat reputasi tersebut. Pelanggan suka membeli sesuatu yang dikenali kerana ia akan membuatkan diri rasa bangga dan suka dengan belian itu. Tingkatkan kredibiliti dan reputasi perniagaan anda!

4. Kos jangka panjang adalah rendah

Tidak semestinya produk anda adalah murah untuk berjaya mendapat jualan. Tetapi, apa yang penting adalah kualiti produk bertahan lama dimana pelanggan tidak perlu gantian dengan pantas. Kualiti perniagaan anda adalah keutamaan pelanggan.

5. Perkhidmatan pelanggan anda adalah lebih mesra

Ketika zaman komunikasi ini, komunikasi antara pelanggan dan perniagaan adalah amat penting- human relations! Pelanggan akan membeli dengan lebih mudah sekiranya mereka tahu apa sahaja masalah akan diselesaikan dengan pantas dan penuh mesra.

6. Walaupun perniagaan anda lebih mahal, tak mengapa…

Asalkan anda mempunyai perbezaan yang ketara yang membuatkan produk dan perniagaan anda lebih baik dan memberi nilai yang lebih. Ianya boleh dilakukan dari segi ciri-ciri produk, dan juga perbezaan dari segi jenama dan populariti.

7. Pelanggan menyukai anda!

Pelanggan adalah manusia juga dan sebagai manusia, anda dan saya pastinya lebih selesa membuat jual beli bersama orang yang kita kenal atau sahabat! Bina hubungan antara diri anda sebagai usahawan bersama prospek dan juga pelanggan anda!

Ingin menjadikan perniagaan anda POPULAR? (bukan kedai buku Popular). Seminar Perniagaan Popular yang akan saya kendalikan akan membantu membina populariti perniagaan anda secara percuma melalui Internet dan juga media masa.

Perniagaan yang popular akan terbina kredibiliti dan reputasi dan pasti akan mendapat pelanggan yang ramai berbanding dengan pesaing. Klik di sini untuk maklumat lanjut atau hubungi Cik Jay di 03-77292277

teknik perniagaan internet

3 Teknik Perniagaan Internet yang Ramai tak Lakukan

Ramai yang menjalankan perniagaan Internet tetapi, hanya ala kadar dan tidak bersungguh. Apa yang terjadi adalah, keuntungan pun akan datang ala kadar dan tidak bersungguh untungnya masuk ke perniagaan anda.

Lebih banyak anda berikan kepada perniagaan anda, maka lebih pendapatan perniagaan yang anda akan terima. Tambah-tambah lagi, ketika pesaingan yang sengit di Internet kini, pastinya anda perlu melakukan lebih dari pesaing untuk mendapat pasaran yang lebih.

ramaitidaklakukan

Berikut adalah antara 3 nasihat dan teknik yang saya sarankan kepada pelajar-pelajar Program Intensif Perniagaan Internet dan Strategi Media Sosial:

1. Konsisten update Facebook mengikut waktu-waktu tertentu.

Sebaiknya waktu paling ramai orang sedang melayari Facebook. Ini akan membuatkan jenama anda lebih mudah diingati, sebagai contoh, di Facebook saya jam 6.30 pagi, akan di update dengan imej mutiara kata. Ketika tengah hari jam 12, akan diupdate dengan artikel perniagaan atau motivasi, jam 8 malam akan diupdate pula dengan artikel lain. Lewat malam, akan dikongsikan Tip-tip murah rezeki.

Apabila kita konsisten dalam mengemaskini Facebook, jenama kita akan lebih mudah dikenali dan diingati orang ramai, sama seperti program di TV di mana setiap hari dan setiap minggu rancangan TV akan ditayangkan pada waktu-waktu tertentu sepertimana yang dijadualkan.

2. Mula menggunakan YouTube untuk perniagaan anda.

Video membina kredibiliti dan kepercayaan dengan lebih mudah berbanding dengan teks dan gambar. Ini dapat membina jenama perniagaan.

Sememangnya untuk menghasilkan video adalah sedikit sukar (akan diajar dalam Program Intensif Perniagaan Internet dan Strategi Media Sosial), tetapi apa yang sukar itulah yang kurang dilakukan oleh pesaing. Maka, anda perlu lakukan terlebih dahulu untuk mendapat pasaran yang lebih besar.

3. Kumpulkan dan bina database prospek perniagaan anda

Dengan sekurang-kurangnya mengumpul nama dan alamat email pelawat laman web anda, seperti mana yang sering anda lihat pop-up yang meminta nama dan alamat email pelawat. Membina database adalah aset kepada perniagaan anda. Lebih besar database anda, lebih berjaya perniagaan yang anda jalankan.

Selalu hantar email offer, update, berita, info, diskaun dan sebagainya untuk terus membina hubungan bersama prospek anda melalui email.

Di atas adalah 3 teknik perniaagaan Internet yang akan menjadikan perniagaan anda lebih berjaya di pasaran anda. Namun, terdapat terlalu banyak lagi teknik, strategi, tips yang dikongsikan di Program Intensif Perniagaan Internet dan Strategi Media Sosial.

Bantuan dan bimbingan setiap langkah juga diberikan kepada usahawan-usahawan Internet yang baru ingin bermula dalam memulakan dan mengembangkan perniagaan Internet mereka, membuatkan program-program kami sebagai pilihan #1 sejak tahun 2005 lagi. Klik di sini untuk maklumat lanjut atau hubungi Cik Jay di 03-77292277 untuk sebarang pertanyaan bagaimana kami dapat membantu anda menjana pendapatan melalui perniagaan dari rumah.

black_ik

malu malu kucing

3 Cara bila MALU berniaga dan berjumpa pelanggan…

Sememangnya masyarakat Malaysia ramai yang malu-malu cat (kucing). Nak memulakan perniagaan pun malu. Jumpa pelanggan pun malu. Perasaan malu ada baiknya, tetapi adakalanya, akan menghentikan pencapaian kita. Saya sendiri pun pemalu juga orangnya 🙂

Ada yang malu nak mulakan perniagaan kerana tak berani jumpa prospek. Ada juga yang malu-malu nak letakkan harga atau sebut harga produk atau perkhidmatan. Yang malu nak memberi brochure / kad bisnes pun ada juga.

malukucing

Tetapi, bila tiba bab perniagaan, kita perlu buang perasaan malu untuk berniaga. Kalau berjumpa prospek pun dah mula malu, macam mana nak berniaga? Saya fikirkan 3 perkara ini apabila timbul rasa malu…

1. Menjalankan perniagaan adalah perkara yang mulia dan amat digalakkan oleh agama. Berniaga BUKAN meminta-minta dibantu orang lain, jadi buangkan sifat malu itu.

Selagi perniagaan dijalankan mengikut landasan Islam yang betul seperti tanpa menipu, tanpa riba, tanpa menindas orang, maka tidak perlu malu. Anda umpama memberi perkhidmatan dan membantu orang lain dengan perniagaan yang anda jalankan.

2. Sifat “malu” adalah perkara yang paling BAIK yang boleh terjadi kepada pesaing anda. Lagi anda malu, lagi mudah pesaing anda mengaut pasaran perniagaan anda! Lebih mudah mereka menyaingi anda.

Mana tidaknya, bila malu pastinya anda tidak berani approach prospek anda. Bila tidak approach prospek anda, inilah peluangnya pesaing untuk mendekati mereka pula. Bila malu, kita akan kurang war-warkan perniagaan kita… kerana malu. Pesaing pula akan bangga dalam mempromosikan perniagaan mereka kerana mereka tidak malu. Malah, berbangga dengan perniagaan yang dijalankan dan berbangga untuk kongsikan perniagaan itu dengan orang lain seramai-ramainya!

3. Malu adalah sifat semula jadi yang ada pada setiap insan. Tanggungjawab kita adalah untuk memastikan sifat tersebut tidak menghentikan kita dalam meraih rezeki 9/10 yang dijanjikan dalam perniagaan. Bak kata orang… malu bertempat lah. Siapa malu, dialah yang rugi.

Kenali lebih dalam perniagaan anda dan dalami ilmu perniagaan, bak orang kata, “Tak kenal maka tak cinta”. Bila kita lagi kenali dunia perniagaan, maka kita akan lebih cintakan perniagaan yang dijalankan. Dan bila cinta, pastinya malu pun akan hilang!

Kalau malu juga, apa kata jalankan perniagaan Internet… sebab itu saya mulakan perniagaan Internet pada tahun 2000. Salah satu kebaikan perniagaan internet adalah tidak perlu berjumpa dengan pelanggan! 🙂 dan sekiranya anda ingin mempelajari perniagaan internet, anda boleh klik di sini.

Pengambilan TERBARU Program Intensif Perniagaan Internet dan Strategi Media Sosial kini di buka. Program separuh masa 6 bulan ini telah membantu beribu usahawan Internet Malaysia mencapai kejayaan. Klik di sini untuk maklumat lanjut dan pendaftaran online atau hubungi Cik Jay di 03-77292277 kami sedia membantu dan berjumpa sekiranya mempunyai sebarang persoalan.

Kelas yang kecil untuk memudahkan pembelajaran dan fokus setiap peserta!3batch