Fri 10 Oct 2008
Aktiviti IKSB bulan ini: Sidang Media Impian, Terhangat & Workshop
Posted by Irfan Khairi under Highlight!Suka saya umumkan 3 aktiviti IKSB bulan ini, dan juga ingin mengambil peluang menjemput teman-teman pembaca Tip Satu Minit. Bukan jemput ke “open house” tapi, lebih kurang la, sebab saya snediri tak buat open house
- Aktiviti 1: Jemputan ke majlis pelancaran “Impian” U-Mobile.
Sabtu 25hb, jam 3.00 petang akan berlangsung pelancaran program perniagaan U-Mobile, “Impian” dan juga majlis sidang media saya sebagai duta Impian. Jadi, di sini, kecil tapak tangan, nyiru saya tadahkan rakan-rakan Tip Satu Minit untuk turut serta hadir
Sudah tentunya percuma, tetapi, perlu reserve kan tempat ok, oleh kerana terbuka kepada 50 yang booking terawal sahaja.
Terdapat sedikit free door gift, makan-makan, dan juga persembahan khas oleh band kami “Blood Brothers”! (jangan lepaskan ni- baru rock!). Blood Brothers= Razzi Rahman (vocal), Muzamil (lead guitar) & IK (rythm). Bila lagi nak tengok Razzi Rahman penyanyi yang popular satu ketika dulu beraksi secara live!
![]()
Tarikh: Sabtu 25hb Oktober 2008
Waktu: 3.00pm-5.30pm
Tempat: JW Marriott, Kuala Lumpur
Aturcara majlis…
3.00pm - Ketibaan tetamu & rakan media
3.15pm - Majlis MOU dan pelancaran bermula
3.40pm - Persembahan “live” Blood Brothers!
3.50pm - Jemputan menjamu makanan petang
4.00pm - Majlis pelancaran tamat
4.15pm - Preview pertama perniagaan “Impian” U-Mobile
5.30pm - Tamat preview
Sebab saya takde open house, ini kira open house saya lah ok?
Sejurus selepas sidang media & majlis pelancaran, Impian akan mengadakan taklimat- jadi, bagi mereka yang ingin mengetahui sama ada Impian boleh menjadi perniagaan ‘impian’ anda, jangan lepaskan taklimat ini. Alang-alang dah ada di situ, why not ketahui lebih lanjut right? Sekurang-kurangnya dapat ilmu perniagaan yang menarik!
- Aktiviti 2: Workshop Mini terhangat di Pasaran
Pada hari yang sama, sebenarnya, sebelum pelancaran Impian (25hb, pukul 9.00 pagi), saya menjalankan workshop mini *terbaru* saya iaitu “Terhangat di Pasaran”. Memang hangat pun, kerana kini tinggal 5 sahaja tempat kosong!
Di Workshop Mini Terhangat di Pasaran, saya akan kongsikan cara dan strategi bagaimana anda boleh menghasilkan produk informasi (ebook) yang terhangat di pasaran untuk meraih pendapatan perniagaan melalui Internet. Untuk maklumat lanjut, klik di sini. Jangan lepaskan peluang ini kerana workshop mini seterusnya belum lagi tahu akan dijalankan bila.
- Aktiviti 3: Workshop Jutawan Internet
Workshop perniagaan Internet 1# terlaris akan dijalankan pada keesokan harinya pula pada Ahad 26hb. Sekiranya anda ingin memulakan perniagaan Internet dari rumah, join us di Workshop Jutawan Internet. Klik di sini untuk maklumat lanjut.
So, itulah dianya 3 aktiviti IKSB 2 minggu akan datang
Jadi, check kalender anda, kalau free, apa kata sertai mana-mana aktiviti IKSB di atas! Oh ya, jangan lupa… majlis pelancaran Impian U-Mobile, akan terdapat persembahan live daripada band kami: “Blood Brothers”. Kalau siapa sebelum ni terlepas kami di pelancaran MIBO, haaa… inilah masanya
Jumpa di sana!
Tip Satu Minit yang berkaitan:

October 10th, 2008 at 9:45 am
Orait dah dah hantar email harap harap boleh ambik gambar ngan IK ho ho
October 10th, 2008 at 11:33 am
Hai Irfan,
Saya dah book untuk majlis pelancaran Impian tu…jumpa di sana ye…
Cayalah IK nak jadi rockers…tak sabar nak tengok…
October 10th, 2008 at 12:03 pm
Salam IK..
Saya dah hantar e-mail..harap2 berpeluang kerana pada hari tersebut saya join mini workshop IK..c ya..
October 10th, 2008 at 3:20 pm
Alahai kat Singapura ada EXPO ah..mungkin kita turun next time kalau ada lagi..So exciting!
Zero to 100 million challenge
http://www.fadzuli.com
October 10th, 2008 at 3:55 pm
Wah IK jadi Duta lagi selepas MIBO kalo tak der jemputan open house insyallah saya datang
October 10th, 2008 at 9:31 pm
Salam
All The Best.. kepada IK dan semua kawan-kawan yang dapat menghadiri aktiviti bersama IKSB, bersama kita kongsi pengalaman…InsyaAllah
October 10th, 2008 at 10:51 pm
Hai IK..
Mula-mula memang tak sangka IK boleh main gitar dengan baik… anda belajar atau bakat semulajadi ? Mesti ramai yang nak dengar IK menyanyi pulak pas ni..
October 10th, 2008 at 11:44 pm
Assalamualaikum,
Wah wah..banyak betul aktiviti IK ye..peluang baik untuk berdamping dengan Jutawan,mane tau aura-aura jutawan tu boleh dipancar-pancarkan pada orang lain.
www.kisahjutawan.blogspot.com
~Jadikan Mimpi satu Realiti~
October 11th, 2008 at 2:24 am
Tahniah IK….
Rezeki selepas Lebaran.
Bisnes TDTone,
October 11th, 2008 at 3:41 am
waah! best ni!
harap2 dpt ada peluang utk join!
October 11th, 2008 at 1:25 pm
cam xcaya je IK ada band….ingatkn jenis pemalu…whatever pn mari kita tgk band IK ni,mana tau lebih hebat dr radja ke…hheheheh….JOM PAKAI PI TGK,BKN SENANG NK TGK IK NYANYI…
October 11th, 2008 at 3:44 pm
Tahniah IK. Dah jadi duta umobile.
October 11th, 2008 at 8:37 pm
Tak sangka IK pun boleh main alat muzik.
Good luck for all the events
October 11th, 2008 at 10:46 pm
nak pergi tapi apakan daya..jauh di perantauan…
www.juniorim.com
October 11th, 2008 at 11:41 pm
Terima kasih atas sokongan!
1: So far semuay ang hantar RSVP kepada email rahsiainternet, semuanya sudah di book tempat. tunggu email confirmation minggu ini ok? Tempat masih ada kosong dalam 20 lagi tak silap saya
2: di main page blog ini, ada “Audio 60 Minit Percuma”… kira untuk dapatkannya, perlu signup newsleter RahsiaInternet.com.
Bagi yang sudah sedia signup, don’t worry, tak perlu signup sekali lagi… insyaallah hari Isnin kami hantar Username & Password untuk mendapatkan rakaman 60 minit tersebut. Sabar….
3: bagi yang masih teragak-agak nak datang ke tak majlis pelancaran Impian, ada dua pesanan saya:
* sekurang-kurangnya anda akan pelajari bagaimana sesuatu majlis pelancaran dan sidang media dijalankan. mana tahu, satu hari nanti anda pula ingin menjalankan majlis pelancaran & sidang media, maka anda pun tahu cara-caranya.
* jadi antara terawal emngetahui tentang program perniagaan Impian U-Mobile. memang hebat program ini, dan jadi antara terawal atau pioneer untuk menyertai supaya boleh memdapat kelebihan “being the first in the market”- strategi yang saya selalu gunakan dalam perniagaan!
Jumpa di sana!
ps: Blood Brothers nanti main satu cover song sahaja… lagu apa di rahsiakan!
tapi confirm lagu rock la.
October 12th, 2008 at 8:56 am
kenapa x buat open house sendiri…kami nk datang ni..haha..:D
October 12th, 2008 at 1:08 pm
Byk betul program IKSB bulan ni.
October 12th, 2008 at 2:26 pm
xsbr nak tau pasal “IMPIAN”.Moga kita menjadi antara yg terawal.
http://www.tiebatik.com
-Hand Drawn Batik Tie-
October 12th, 2008 at 2:51 pm
Hi…
Saya cuma nak cakap:IK RROCKS!!!
October 13th, 2008 at 12:02 am
Masih menunggu modal untuk melabur dengan seminar IK
So far, Nota Jutawan, Nota Motivasi menjadi guideline saya dalam dunia perniagaan internet. Isi yang ringkas tapi cukup untuk saya terus mencuba..
October 14th, 2008 at 11:12 am
Moga success 25Oct nanti!
Maaf tak dapat join, too many jemputan open house on that day…
Ilhaamilahi, jgn sedih2, insyaAllah impian & peluang anda akan tiba… yang penting teruskan semangat dan perjuangan! Saya rasa melabur untuk ke seminar IK sesuatu yang menguntungkan! Pelbagai tips & ilmu saya perolehi dari seminar IK. Ia sangat2 membantu & memberi inspirasi dalam membina perniagaan internet!
Good luck!!!
Ikhlas,
NNJ
www.perekaweb.com
October 14th, 2008 at 1:54 pm
Wahh ada Band Sendiri? Cantikkkkk !!!
October 15th, 2008 at 10:09 pm
Thanks for the support. Tempat dah penuh, jadi, kami tidak lagi menerima tempahan tempat… sorry! Tu la, lambat lagi
Bagi mereka yang telah hantar RSVP, insyaallah anda akan menerima email confirmation very soon!
-ik
October 17th, 2008 at 10:04 pm
Sy dah terima email confirmation, so kawan-kawan workshop yg lepas spt Ina & Leen, kita jumpa lagi untuk cerita terbaru masing-masing.K
February 15th, 2010 at 9:55 am
kt area pntai timur xder ke………?