Azwan Ali & Irfan Khairi buat apa tu!!??

Ha ha… sesekali, nak juga buat tajuk blog ala-ala gosip celebrity 😉

azwan.jpgSemalam saya dijemput TV3 untuk menjayakan program TV sembang-sembang hiburan “Jangan Tidur Lagi” bagi peminat TV3, pasti anda pernah dengar program ini kerana sudah nak masuk musim yang ke-3. Program berbentuk bual-bual selebriti ini dikendalikan oleh Azwan Ali & Adlin Aman Ramli. Masuk musim ke-3, pengacara bergilir, rakaman episod saya hari tu dikendalikan oleh Adlin.

Tetamu bersama saya hari tu, tak lain tak bukan Ogy Ahmad Daud. Seronok kenal dengan Kak Ogy, teringat zaman sekolah rendah dulu-dulu filem Azura! Of course, sekarang jadi pengkritik AF. Berdebar juga nak jumpa Kak Ogy, maklum lah, orang kuat seni… dan saya ni pun memang minat dunia seni. Bila jumpa, memang jadi havoc. Kak Ogy memang sporting dan ramah. Seronok dapat kenal…

Selalu tengok Azwan Ali laser di Chit Chat dulu-dulu. Bila jumpa, memang ramah & friendly Azwan orang jenis tak sombong. memang cool. And also, paling mengejutkan bila jumpa the multi-talented Adlin Aman Ramli sebab it took me by surprise. Seingat saya Adlin di AF dan juga dalam Puteri Gunung Ledang, gaya garang habis. Tapi memang down to earth brother ni. Mudah untuk berbual. Juga, penyanyi undangan, Noraniza Idris… juga sejak sekolah2 dulu saya selalu tengok di Muzik2 nyanyi lagu irama Malaysia. Macam kakak-kakak je kak Ani ni.

adlin.jpgApa yang lagi penting adalah apabila saya lihat industri hiburan juga boleh menerima saya sebagai “motivator”. Which is very refreshing. Selama ni motivator hanya dikaitkan dengan rancangan-rancangan yang berbentuk formal. Bagi saya ianya suatu yang positif kerana mudah untuk mencapai golongan yang tak berapa suka perkara-perkara yang formal ni.

Sebelum ni, rancangan hiburan lain yang turut menjemput saya termasuk Usik-Usik Chef Wan & Gedik Santai.

On the other hand, saya pasti, ada juga yang tak berapa suka melihat saya menyertai program2 berbentuk hiburan. For me, it’s refreshing dan keluar dari cara conventional 🙂 takut budak-budak kita yang memerlukan motivasi bukannya tengok forum-forum perdana je. Juga, bagi mereka yang pernah melihat saya membuat talk, pasti tau cara saya adalah lebih santai dan down-to-earth. Juga gaya saya yang tak kena dengan forum perdana kut 😉

Begitu juga dengan tip hari ni saya nak sampaikan, jawapan Kak Ogy. Ketika rakaman “Jangan Tidur Lagi”, saya sendiri tanya Kak Ogy, sebagai “public figure”, apa sahaja yang dilakukan, beribu-ribu orang akan kritik kita. Tak seperti ahli perniagaan… atau seperti orang makan gaji, bila berjaya, tak ramai yang kritik (melainkan orang2 dikeliling). Public figure, nanti beribu orang tak suka… camne nak buat kalau nak berjaya?

Jawapan Ogy…

“We can’t impress everybody” So, buat tak tahu je la… asalkan niat kita dah betul, teruskan. Jangan hiraukan orang-orang lain.

ogy.jpgWhich is interesting. Mereka yang berjaya sebagai selebriti perlu buat tak tau pada JAUH lebih ramai kritikan2 negatif berbanding dengan kita-kita yang bukan publiC figure, baru kena kritikan 2-3 orang, dah lentur semangat tak mau berjaya 😉

Jangan Tidur Lagi episod saya & Ogy Ahmad Daud akan ditayangkan beberapa minggu lagi (saya pun tak pasti bila). Insyaallah kalau teringat saya announce di sini. Saya keluar dalam rancangan hiburan ok lagi… jangan sampai keluar majalah gossip dah le 😉

The following two tabs change content below.
Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu usahawan online berjaya. Kini, beliau menjalankan perniagaan di Dubai dan berulang alik Kuala Lumpur - Dubai menajalankan penriagaan di dua benua. Untuk daftar program bersama Irfan Khairi, lawati http://www.OpenEducation.com.my

About Irfan Khairi

Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu usahawan online berjaya. Kini, beliau menjalankan perniagaan di Dubai dan berulang alik Kuala Lumpur - Dubai menajalankan penriagaan di dua benua. Untuk daftar program bersama Irfan Khairi, lawati http://www.OpenEducation.com.my

34 thoughts on “Azwan Ali & Irfan Khairi buat apa tu!!??

  1. Salam Irfan,

    I think I want to be the first person to comment today.

    Wah, sebok betul….irfan…kita ni.
    semalam telfon,tengah shooting…jangan tidur lagi…dan malam sempat jumpa ahli yang berminat dengan MIBO, YOU ARE VERY ENERGETIC.
    I’m happy for you…being a young man.that’s great

    Saya setuju dengan Irfan..
    Sekali-sekali kita perlu keluar dari kepompong kita yang selalu..dan buat sesuatu yang baru dan lain…ia merupakan pengalaman yang amat menarik…dan anda akan kaya dengan pengalaman-pengalaman serta mengenali berbagai jenis dan lapisan manusia.

    Kita pelru lakukan berbagi aktiviti..tidak tertumpu pada satu sahaj.

    Kak Zainun.

  2. Salam Irfan! 🙂

    Quoted back :

    ‘Apa yang lagi penting adalah apabila saya lihat industri hiburan juga boleh menerima saya sebagai â€motivator”. Which is very refreshing. Selama ni motivator hanya dikaitkan dengan rancangan-rancangan yang berbentuk formal. Bagi saya ianya suatu yang positif kerana mudah untuk mencapai golongan yang tak berapa suka perkara-perkara yang formal ni.’

    Sangat benar. Semua orang perlukan motivasi. Its not limited to selected people. Sejak dulu, MOTIVATOR di labelkan sebagai formal. Antara nampak atau tidak…ramai sangat yang ‘hunger’ motivasi di luar sana. So, u did a good job 🙂

    Best!

  3. congrats!

    kerana berjaya menawan hati producer sehingga dijemput ke talkshow sebegini.

    nowadays, rancangan hiburan hendaklah diselangkan dgn education, so bolehleh ditonton oleh seluruh anggota keluarga ; )

  4. Some Short story :

    One day, there was one quite old ustaz slowly walking at the side of the road that lead to a surau. He looked peaceful with his kopiah and jubah.

    Reaching to the surau, he can hear the loud Azan of Maghrib is just started. He start to pick up the paste and move quickly. But before he reach to that surau, in the middle of the azan maghrib is still praising, he passed by some group of boys who were playing guitars and singing near the bush in the front of the surau he was going to.

    Come to his mind, what the hell of this boys thinking??…but he won’t go there and say or ‘TEGUR’ the boys, “Hoi! Azan maghrib ni…dah lah menyanyi.” That’ll be bad and of all you know he might be kicked off by them….

    Instead, he went back to his house, lose his jubah and kopiah, put on his old worn out and crumpled blue jeans and a white singlet. Ran back to those boys group and sit with them, acting as if nothing happen.

    He start giving compliment and saying all the good thing about their singing and music. With a big shocked, the boys become so confuse but accepted this old man that came with a jeans and singlet. They were enjoying the moment and laughing together for a while till the Ustaz says,

    “Best lah join you all, esok malam kita join lagi, tapi nak sembahyang maghrib dululah.”

    Amazingly, those boys without any resistant, they stop playing guitar and singing, walking together with the ustaz who is still in jeans and singlet, to the surau…and pray.

    Funny part, can you guys imagine!without knowing how big is the good deed that the ustaz make today, everyone at the surau who knows the ustaz, were laughing out loud at him because of the way his essing and praying with it…

    WHICH, that is where most of us are wrong! Sometimes, if we can’t beat them, join them in order to beat them at their ground. So get the point? 😆

  5. Alhamdulillah… IK telah berjaya memasuki tempat-tempat yg. tak semua orang boleh masuk, yang penting niat betul (kerana Allah) dan perbuatan tak salah dari segi hukum, ….. Saya sokong!
    As-syahid Imam Hassan Al-Banna (pengasas ikhwanul muslimin) pun masuk kelab-kelab, kedai kopi untuk berdakwah. 🙂

    Selamat maju jaya dunia dan akhirat

  6. Wah! Seronok betul yea IK … Harap jaga diri baik2.

    Abg Razzi, nice story dan saya akui bahawa tak ramai berusaha dengan kreatif demi untuk berdakwah. Tak perlu mengherdik org lain yg tak setaraf dari segi ilmu dan darjat. Hanya Tuhan saja yg layak buat keputusan siapa masuk syurga atau neraka. Nabi kita pun berdakwah dgn lemah lembut.

  7. Salam…

    Wah memang best la sbb jutawan internet kita Irfan Khairi (IK) dah mula mengembangkn pengaruh ebiz ni dan sbg motivator ke dlm dunia hiburan. Mcm yg kita tau, mmg lbh ramai (khasnya muda mudi) yg menonton rancangan hiburan berbanding forum2 dan rancangan perdana.

    Saya setuju dgn IK dan saudari zainun (yg memberi komen di ats) tentang perlunya kita cuba keluar daripada kepompong / apa yg sekadar kita lihat sekeliling kita. Satu lg yg saya suka dan setuju dgn coretan IK ialah “kita yang bukan publik figure, baru kena kritikan 2-3 orang, dah lentur semangat tak mau berjaya” Ermm mmg sesuai ayat ni kpd para IM khususnya dan org ramai amnya. Cabaran dan kata-kata yg membakar semangat ni 😉 Semoga IK terus berjaya…

  8. â€We can’t impress everybody” So, buat tak tahu je la! asalkan niat kita dah betul, teruskan. Jangan hiraukan orang-orang lain.

    jawapan kak ogy tu memg btul pun,we cant impress everybody,if nak ikutkan semua yg org kata,alamaknya belah 10 la diri kita nih,tu pun masih tak memadai rasanya,itu baru org biasa,pblic figure apatah lagi kan.kadang2 kata2 negatif nih memang boleh melemahkan semgt,namun ada juga yg membangkitkan smgat.Terpulang pada individu itu sendiri untuk menilai kritikan tersebut,ambil sebagai cabaran atau lupakan saja…melalui kritikan juga kita dapat menilai diri kita,baiki kelemahan tunjukkan kelebihan,..yg penting niat kene tulus ikhlas,sabar dgn dugaan,pasti kejyaan milik anda.elakkan kontroversi tingkatkan prestasi..hehehe fikir2 kan lah..

  9. Apa yang penting ialah MOTIVATOR mesti jaga tingkah laku.

    Jangan biarkan orang yang ‘kurang motivasi’ mempengaruhi sikap dan tingkah laku MOTIVATOR.

    🙂

  10. Memang dahulu hanya orang berniaga aje yang perlukan motivasi…yang lain pakai redah je..Dunia dah berubah, saya rasa celerity sekarang pun bekerja keras untuk berjaya dan dugaan yang di terima tak kurang hebatnya seperti orang berniaga.

  11. Salam buat I.K dan pelawat blog ini,

    Amat luar biasa sekali seorang motivator luar dari bidang Hiburan dijemput oleh producer hiburan. Nampaknya, dunia hiburan juga memerlukan khidmat motivasi Tuan I.K kita.

    Saya semenjak menyertai dunia internet amat mengangumi Tuan I.K dan sehingga kini, menganggap Tuan I.K sebagai Idola dan juga Ikon dalam bidang Online Marketing.

    Moga-moga tips yang diberikan oleh Tuan I.K selama ini mampu membantu newbie seperti saya. Saya akan mengikuti perkembangan Tuan I.K masa ke semasa dan apa yang saya dapat lihat, setiap kali KLIK ke laman irfankhairi.com, saya menyedari setiap kali pasti ada perubahan.

    Teruskan peningkatan ini kerana ia memberi motivasi secara tidak langsung kepada saya.

    Terima Kasih saya ucapkan untuk Tuan I.K.

    Sekian.

    http://www.jeniriamir.com

  12. â€We can’t impress everybody”

    Ya. Kita takkan dapat memuaskan hati semua orang.

    Tak perlulah kita berpura-pura dan cuba untuk menjadi segala-galanya bagi setiap orang.

    Jadi public figure memang takkan lari dari kritikan dan perhatian orang ramai. Abaikan saja kritikan dari mulut-mulut yang cemburu.

    Yang pasti, public figure ada kuasa dan pengaruh untuk membentuk masyarakat.

    Irfan Khairi, salah seorang darinya.

  13. Thanks Misha. Glad u like my short story kt atas tu. Nice story indeed! 🙂

    Secara tanpa kita sedar, itulah cara IK mendekati masyarakat secara amat berbeza dari orang lain. Cara penampilannya, berpakaian yang berbeza, simple, ringkas. Yang mana membuatkan masyarakat merasa dekat dengannya. Seperti si Ustaz dlm cerita I tu lah 🙂

    Bukan berkot 24jam n bertali leher, berimej koprat, yang agak meletakkan jurang yang jauh dari orang kebiasaan. 😉

  14. wah….seronok tengok IK masuk program ngan adlin….nk tunggu bla kuar kat tv…hehe

    terus berjaya IK…

  15. tq all for the support. juga cerita bro razzi boleh jadi “tip satu minit” hari ini.

    yang memudahkan saya mendekati masyarakat juga adalah, that’s really me. what u see is what u get. memang saya selesa berperwatakan begitu 🙂

  16. wah, ari nie saya tengok irfan kat tv 9…you look very charismatic and professional when you talked…you membanggakan org melayu..syabas..

  17. Salam kasih sayang,

    Manusia lumrahnya akan selalu memikirkan dan akhirnya melakukan apa yg sering dilihat, dengar dan bincangkan, maka sgt bagus bila bangsa M’sia sudah banyakkan masa utk melihat, mendengar berbincang tentang perkara yg blh memotivasikan diri utk maju.
    Smg Irfan akan terus menjadi “idola” rakyat M’sia(bukan artis yg kurang sopan).

    Syukur, taufik dan hidayah bagi kita. Amin

  18. contoh terbaik orang yg berjaya dalam dunia hiburan di malaysia adalah KRU brothers.. memang gua selute habis! dari menyewa bilik yg berminyak sehingga kepada mempunyai wisma sendiri.. kalau seorang petani diibaratkoan seperti ini.. bermula dengan sebatang cangkul yg mampu menjual pokok kepada induvidu,lepas itu menjadi pembekal pokok kepada kontraktor, lepas itu pulak membuat opshipper pokok keluar negara dan akhir sekali menjadi pengeksport yg disegani. warren buffet(minum kopi secawan dengan bill gate)bermula dengan membeli sebidang tanah kebun jer.
    ..kalau pekerja kilang pulak, contohnya pekerja kilang besi.. mungkin mula-mula jadi juruteknik..selepas itu mengintai peluang yg ada dengan merebut sub-kontrak meyudahkan kerja kilang..lepas itu buka bengkel kecil, dan akhir sekali mempunyai kilang sendiri. contonnya pemilik UMC groups, sekarang ni dua beradik itu mempunyai 4 buah kilang kat penang,usia tak lah tua sangat baru 40-an dan orang pertama terkaya kat british adalah tekong besi.
    suatu masa nanti akan ada ramai lagi orang yang berjaya macam itu..WALAUPUN BUKAN SAYA! kalau tuhan takdir jugak saya berjaya begitu,..who knows..saya terima dengan seada-adanya.
    sebenarnya..semua pekerjaan adalah sama..tiada yg lekeh..dan tak perlu memperlekehkan sesiapa.. terpulang kepada induvidu itu sendiri untuk upgrade ke tidak perniagaannya.

    orang macam itu bila dah tua tak larat dah nak pegang cangkul..cuma pegang cangkul ketika nak merasmi acara memacah tanah jer(smile)
    alhamdullillah.

  19. salam bro…
    sye stuju sgt2 dgn jwpn kak Ogy 2..deep meaning..i think kalo org tgk bro pd 1st time, mybe diorg x sgke yg bro ni adalah jutawan n motivator. bro was a simple person but with great spirit. sye salute coz bro blh bg talk kt smua lapisan masy..

  20. apa khabar Irfan?
    Orang macam saudara ini lah yang Pak Lah nak.
    Kerana saudara memiliki ciri-ciri yang di kehendaki dalam modal insan yang sering dilaung2kan oleh Perdana Menteri kita.
    Thumb up bro.

  21. Kita boleh samakan analogi seorang usahawan dengan seorang penghibur (entertainer).

    Sebagai penghibur, apakah produk yang dijualnya? Dirinya sendiri! Bakat menghiburnya itu anugerah tuhan juga. Kalau dapat di ‘jual’ dengan cara yang betul mengikut syariat, boleh jadi amalan yang berkat juga.

    Penghibur juga mestilah belajar ilmu keusahawanan. Cuma kelebihannya, dia sudah ‘jumpa’ dengan produknya.

    Begitulah kuasa tuhan adanya.

  22. â€Dalam hidup ini kita tidak seharusnya hanya fokus kepada benda yang kita kehendaki sahaja, sebaliknya, apa yang tidak kita kehendaki juga.

    â€Jika kita hanya memikirkan perkara yang diinginkan sahaja, bagaimanakah jika satu hari kita dihadapkan dengan pelbagai cabaran dan dugaan yang tidak pernah sekali terlintas dalam fikiran kita. Jadi renungkanlah,’’

    http://www.jutawanautomatik.com/recommends/YahooDapatDuit

  23. Salam….hiburan kini perlulah diselitkan dengan pelbagai sumber hiburan yang lebih kepada kerohanian…lebih baik kan??

  24. As’kum En IK

    Apakata en IK buat satu rancangan TV, bertajuk Tips Perniagaan Internet bersama IK atau sebagainya. Dengan ini saya rasa ramai rakyat malaysia akan memahami bagaimana perniagaan internet dijalankan. Ianya akan memberi banyak manfaat khususnya kepada graduan yang masih belum bekerja.

  25. hi irfan,

    saya ada tgk chanel 9, ada temu bual ngn u masa tuh,,..

    it’s so great to be u,

    dulu i pernah dgr radio apa tah pepagi,..pasal usahawan..

    anyway, ur my inspirations. ..cuma kalau u boleh kongsi cara berniaga tentnag fashion dalam internet?

  26. As’kum

    Tahniah pd saudara Irfan krn berjaya menerobos sempadan dunia hiburan dgn membawa usaha sbg s’org motivator. Ini terang menunjukkan bhw elemen motivasi menjadi suatu yg ruji untuk santapan rohani manusia sejagat. Tambahan dlm dunia alaf kini. Sehebat mana seseorang itu, pasti suatu saat, detik atau ketika akan merasa seperti ada’down turn’. Inilah fitrah atau lumrah manusia,insan yg lemah asal kejadiannya.

    Bezanya mampukah kita mengawalnya atau tidak. Untuk itu pentingnya ilmu. Di sinilah pentingnya ilmu motivasi tadi.

    Teringat saya akan saranan . Aidh bin Abdullah al-Qarni dlm buku-bukunya yg ada dlm milikan saya. Berbunyi:

    ‘Renungkanlah kandungan surah Al-Insyirah, dan ingatlah surah itu ketika berada dlm kesulitan. Ketahuilah, bhw surah ini adalah penawar yg paling mujarab ketika anda ditimpa bencana’.

    Kesulitan dan kepayahan sering menghantui manusia. Bentuknya pelbagai – Gundah-gulana, bersedih-hati, sakit hati, makan hati, tak puas hati…..

    Allah menjadikan kita sememangnya bertujuan untuk diduga dan terduga. Dgn rahmatnya juga ‘Manual’ untuk kita juga disediakan itulah Al-Quran, dan Al-Hadis sebagai penghuraiannya. Namun manusia ini, saya dulukan diri saya, selalu cuai dan terleka untuk membuat semakan.

    Permasalah manusia amat pelbagai dan 1001 macam. Begitu juga dgn penyelesaiannya. Tahniah sekali lagi dgn usaha saudara Irfan yg menjadi cabang kepada membantu ummah dlm menyelesaikan permasalahan hidup. Usaha saudara sememangnya murni. Semoga ditetapkan niat saudara itu dan kalau Mawi dan Heliza ada ‘Doa dlm Lagu’, saudara secara terselindung mungkin ada ‘Dakwah dlm Motivasi’. Insyaallah!

  27. saya de tgk n sangat menarik tapi terlalu singkat utk saudara irfan ceritakan lebih lanjut…tp de part yang paling kelakar ble tgk saudara irfan menari mawi pn kalah…hehehe semoga saudara irfan berjaya mendidik rakyat malaysia menjadi usahawan…=)

  28. Assalamualaikum IK..

    mungkin saya sgt terlewat melayari laman web IK ni..tak tau knp..

    sy dah tgok JTL tu..memang happening..especially when IK have to dance..mcam tak percaya je…but still boleh d terima…hehehhe

  29. assalamualaikum… abang irfan,abang idola saya semenjak saya baca paper yg ada cerita tentang abang buat pertama kalinya.. saya cuba untuk mencari sumber kewangan untuk berjumpa dengan abang tapi.. hanya bayang je la yg saya boleh tengok sbb kredit dlm wallet saya x mencukupi utk naik flight,lagipun time 2 saya masih study lagi,ketika usia saya melonjak 16 thn.. saya jadi smakin serius nk join bidang ni.. smpai la saya ambil kelas multimedia just nk blajar lebih mendalam tentang komputer/multimedia.. biasalah..dulu nk pegang mouse pun gagap lagi,bila saya dh naik form 5 plak.. saya dh mula berangan nk jadi jutawan internet bahkan level yg lebih tinggi lagi.. tapi,kdg2 saya rasa itu smua impossible kot.. sbb saya ni budak kampung yang tau basic tentang komputer jer.. namun kini saya dah tamat persekolahan n sdang bkerja just untuk beli buku2 yg abang tulis tu.. tapi bila saya dh merantau ke tempat orang ni.. banyak benda yg saya belajar n saya cuba,kata orang ‘sambil menyelam minum air’ kan2..?? skarang ni saya meneroka ke library2 berhampiran n tgok gak buku2 ahli kluarga telaga biru,trutama skali Dr Tuah dgn Datuk Fadhilah Kamsah,sorrylah klau tersilap eja nama ke ek.. setelah sekian lama saya x tau apa cita2 saya n cikgu tanya pun saya ckap x taulah cikgu,skrang ni baru saya tau yg saya ni berminat nk jadi novelis rupanya.. k lah esok saya sambung.. to be continued..

Leave a Reply

Your email address will not be published.