Berita Irfan Khairi penipu tersebar. Mudahan dijauhkan.

Dukacita hendak maklumkan kepada anda, terdapat blog dan juga forum di luar sana yang cuba menjatuhkan kredibiliti saya dengan mengatakan saya seorang usahawan penipu atau menipu.

Mungkin bukan salah blog atau forum tersebut, tetapi terdapat beberapa komen yang mengatakan Irfan Khairi penipu dan dibiarkan sahaja posting tersebut untuk dilihat oleh pelawat-pelawat sehingga hari ini.

Sememangnya mulut orang, atau dalam hal ini, tulisan orang lain, kita tidak dapat hentikan. Tetapi apa yang boleh saya lakukan adalah untuk memperbetulkan tanggapan yang salah itu supaya sedikit sebanyak dapat menjaga kredibiliti saya.

1. Bagi anda yang terbaca mengenai artikel atau komen mengatakan Irfan Khairi penipu, harapnya anda tidak mempercayainya. Saya adalah seorang usahawan, dan sebagai usahawan pastinya terdapat pesaing-pesaing.

Apatah lagi, ramai yang melihat saya sebagai ikon usahawan Internet. Maka, lebih ramai pesaing dalam bidang saya yang mungkin cemburu atau ingin melihat kejatuhan saya, dan menyebarkan berita mengatakan Irfan Khairi penipu.

Segala komen yang mengatakan Irfan Khairi penipu adalah daripada orang yang tidak dikenali atau lebih tepat lagi, mereka menyorok identiti mereka.

Berbeza dengan diri saya sendiri, tidak pernah menyorokkan diri saya atau perniagaan saya. Saya galakkan anda datang ke pejabat saya, berjumpa saya atau staff-staff saya di Mutiara Damansara, untuk mengetahui lebih lanjut mengenai kuliah, kelas dan juga perkhidmatan yang kami berikan. Anda juga boleh menghubungi rakan kolaborasi kami Open University Malaysia untuk program Diploma Profesional Perniagaan Internet dan Strategi Media Sosial, untuk bertanyakan kesahihan sama ada Irfan Khairi adalah penipu atau tidak.

Seperti saya kata, mereka yang mengatakan saya penipu, menyorok diri mereka sendiri. Kami, tidak melakukan ini. Berikut adalah alamat dan juga nombor telefon sekiranya ingin melawat pejabat dan dewan kuliah kami di Mutiara Damansara:

16-1 Jalan PJU 7/16
Mutiara Damansara
47800 Petaling Jaya
Tel: 03 77292277

2. Sebelum mempercayai berita Irfan Khairi penipu, saya juga galakkan anda berjumpa dengan pelajar-pelajar kami untuk bertanya bersemuka. Saya dan pelatih-pelatih saya amat mengutamakan bantuan kepada kesemua pelajar hinggakan memberi peluang kesemua pelajar menghubungi kami pada bila-bila masa sahaja dan menggunakan ruang pejabat dan bilik kelas kami sekiranya inginkan apa sahaja bantuan lanjutan untuk perniagaan Internet mereka. Bantuan ini dijalankan selama setahun.

studentsIKSBAntara pelajar-pelajar program yang dikendalikan setiap hujung minggu di dewan kuliah kami

Hampir setiap hujung minggu, Sabtu atau Ahad, berpuluh-puluh pelajar akan berada di alamat di atas untuk mendalami perniagaan Internet.

Anda bebas datang dan bertanyakan sesiapa sahaja tentang program yang kami jalankan dan bantuan yang kami berikan, adalah yang terbaik dalam pendidikan perniagaan Internet di Malaysia. Saya yakin, kesemua pelajar amat berpuas hati dengan perkhidmatan yang diberikan. Malahan terlalu ramai yang telah berjaya dalam menjalankan perniagaan Internet masing-masing.

Seperti yang disebutkan juga, dalam industri latihan dan perniagaan, pastinya terdapat pesaing yang cemburu dengan kejayaan yang kami usahakan ini. Dan saya juga yakin, kisah pesaing cuba menjatuhkan sesama pesaing adalah sesuatu yang biasa di dengar.

Internet membolehkan berita-berita buruk dan tidak benar tersebar seperti mengatakan Irfan Khairi penipu.

3. Saya juga seperti anda seorang manusia yang punyai keluarga dan anak-anak. InsyaAllah tahu hukum hakam agama tentang keberkatan dalam mencari rezeki. Malahan, di blog ini sahaja anda boleh membaca berbagai-bagai artikel mengenai keberkatan dalam rezeki. Pastinya, menipu dalam perniagaan adalah sesuatu yang saya ingin jauhkan supaya rezeki untuk keluarga diberkati.

Klik di sini untuk artikel-artikel keberkatan rezeki di blog saya

Sekiranya ada pihak yang tidak berpuas hati dengan saya, sebaiknya datang ke pejabat dan bersemuka dengan kami untuk menyelesaikan apa sahaja masalah sekiranya ada. Pejabat kami terbuka menerima sebarang aduan dan kami akan bantu sebaik mungkin menyelesaikan sebarang masalah yang tertimbul.

Akhir kata, saya mengucapkan terima kasih kepada anda kerana membaca nota keluhan saya ini, mudahan dijauhkan berita-berita yang tidak benar dari kita semua dan sentiasa dilimpahi rezeki yang halal dan diberkati.

Mudah-mudahan isu Irfan Khairi penipu tidak lagi timbul dan kredibiliti dan keyakinan terhadap saya dan perniagaan saya dapat dijaga daripada kata-kata pesaing yang tidak bertanggungjawab menjatuhkan. Wassalam.

ps: Tidak semua pesaing adalah tidak baik. Saya mengenali ramai juga pesaing yang bersaing secara sihat dalam industri ini. Maksud saya dalam artikel ini adalah mereka yang menyebarkan berita Irfan Khairi penipu sahaja. Wallahualam.

 

The following two tabs change content below.
Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu usahawan online berjaya. Kini, beliau menjalankan perniagaan di Dubai dan berulang alik Kuala Lumpur - Dubai menajalankan penriagaan di dua benua. Untuk daftar program bersama Irfan Khairi, lawati http://www.OpenEducation.com.my

About Irfan Khairi

Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu usahawan online berjaya. Kini, beliau menjalankan perniagaan di Dubai dan berulang alik Kuala Lumpur - Dubai menajalankan penriagaan di dua benua. Untuk daftar program bersama Irfan Khairi, lawati http://www.OpenEducation.com.my

One thought on “Berita Irfan Khairi penipu tersebar. Mudahan dijauhkan.

  1. Assalamualaikum. .. Lumrah manusia yg sering rasa tidak senang atas kejayaan orang lain. Saudara telah membukti kan yang tiada perkara yang mustahil dalam dunia ini, Kekuatan minda dan akal kita lebih hebat jika digunakan dgn bijaksana. Ibarat segulung getah yang boleh “expanding” ikut apa yg kita kehendaki. ABAIKAN KRITK YG TIDAK MEMBINA

Leave a Reply

Your email address will not be published.