Cita-cita setinggi bintang

Dalam mood yang agak menurun apabila berbincang topik negatif “Kenapa Malaysia?” semalam (saya tak berapa suka membincang topik negatif oleh kerana ia menurunkan motivasi), sedar-sedar, malam tadi muncul pula sinar harapan terutama untuk orang Malaysia! It gives everybody hope!

sheikh.jpgSering kali saya menerima inspirasi dari orang-orang yang hebat yang saya temui. Malam tadi, saya berpeluang berjumpa dan berkenalan dengan our very own Malaysian astronaut Dr Sheikh Muszaphar Shukor Al-Masri…

Very nice and humble person. Seorang yang berkarisma, tak lupa juga very smart (IQ & EQ)!

Beliau kini menjalankan latihan di Moscow, tetapi balik Malaysia 3 minggu dan akan balik ke sana tidak lama lagi. Beberapa bulan lagi, kita akan menyaksikan orang tempatan kita ke angkasa- a very BIG DEAL!

Ketika bertukar fikiran, saya tanya tentang matlamatnya (soalan standard saya kepada orang berjaya). Bilakah dirinya meletakkan matlamat untuk menjadi angkawasan? Jawapannya amat di luar jangkaan saya…

Ketika berumur 10 tahun!

Now, that’s what I call goal setting! Sudah tentu, ketika 10 tahun, kita tak tahu apa-apa mengenai matlamat. Tetapi, dengan mempunyai sesuatu untuk dipegang, usaha dan cita-cita akan membawa kita mencapai apa sahaja matlamat kita.

Betapa bangganya melihat orang Malaysia mencapai cita-cita yang setinggi bintang. Belia inilah yang patut diberi pendedahan di media-media massa dan berkongsi kisah kejayaannya dalam memberi inspirasi kepada orang ramai.

Wishing Dr Sheikh all the best & kirim salam pada bulan 🙂 Bila lagi saya boleh mengaku “I have an astronaut friend!” 🙂

How about that for “Kenapa Malaysia?”. Orang Malaysia kini mencapai setinggi bintang!

The following two tabs change content below.
Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu usahawan online berjaya. Kini, beliau menjalankan perniagaan di Dubai dan berulang alik Kuala Lumpur - Dubai menajalankan penriagaan di dua benua. Untuk daftar program bersama Irfan Khairi, lawati http://www.OpenEducation.com.my

About Irfan Khairi

Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu usahawan online berjaya. Kini, beliau menjalankan perniagaan di Dubai dan berulang alik Kuala Lumpur - Dubai menajalankan penriagaan di dua benua. Untuk daftar program bersama Irfan Khairi, lawati http://www.OpenEducation.com.my

26 thoughts on “Cita-cita setinggi bintang

  1. wow…
    Kagum dengan belia seperti ini.Meletakkan matlamat sejak berumur sepuluh tahun.Saya masa umur sepuluh tahun berhigus lagi.Main guli saya tau lah….hehehe

  2. doc sungguh bertuah kerana dapat jumpa dan bercakap dgn beliau..

    sy sebagai rakyat malaysia berbangga kerana…orang malaysia juga mampu ke angkasa

    all the best to Sheikh Muszaphar..

    all the best to all

  3. benar tu cita2 mesti ada ..
    Namun kadang2 tak semua cita2 tu berjaya…
    Yang penting usaha mesti diteruskan.
    Harap2 berjayalah cita-cita angkasawan Malaysia nie ke cakerawala..
    AMIN..

  4. dari hari ke hari, saya tengok Irfan makin bertambah kawan2 yg best-best mcm astronoid muda ni…

    kalau kita ada kawan2 macam ni mesti motivasi diri kita akan sentiasa top-up dan susah untuk diturunkan.

    ,

    Sebagai org biasa mcm saya ni, bagaimana untuk dapatkan network kwn2 yg selalu memberikan inspirasi untuk kita berjaya dgn cara yang betul?

    Ini kerana,ramai di antara kawan2 yg saya kenali lebih suka makan gaji sahaja dan sering mengatakan yg mereka tak tahu buat bisnes..boleh bagi tips utk saya?

    TQ

  5. cita-cita dari 10 tahun? macam tak caya je..
    tp cita-cita saya dari 17 tahun sampai ke hari masih tak berubah untuk jadi jutawan…

    kepada Sheikh, semoga berjaya…
    harumkan nama malaysia kita…
    malaysia boleh!!!!

  6. Minta pembetulan sikit

    Bakal angkasawan Malaysia.
    Lagipun ada seorang lagi calon iaitu Kapten Faiz Khaleed a dentist with the Armed Forces.
    Walaupun Sheikh calon favorite tapi belum tentu dia yang akan terpilih pergi ke angkasalepas (bukan pergi ke bulan yea cuma pergi ke Stesen Angkasa Lepas Antarabangsa (ISS).
    Apa2 pun wishing very good luck to both of you guys and the important thing they both Malay make me and the country so proud.

  7. thanks zaph. sebenarnya saya gurau sahaja suruh kirim salam pada bulan tu 🙂 memang mereka pergi ke space station sahaja. saya diberitahu ia mengambil 3 hari untuk sampai ke space station.

  8. Ya betul , citi cita mesti tinggi. Sebab tu laa saya dah letak kan cita cita anak saya untuk jadi boss bila besar nanti . Harapan dapat bina buisness sendiri. Sebab tu laa blog anak saya tu http://www.mhariz.com saya letak “Bila besar Hariz nak jadi Boss”. Harap harap berjaya . Tak laa macam saya nii masih jadi KULI.

  9. Apa khabar semua,

    Saya pun turut berbangga dgn.kejayaan yg bakal dilalui oleh rakyat MALAYSIA ke angkasa lepas.Sesungguhnya,mungkin program kartun kisah fiksyen angkasa lepas yg banyak mendorong Sheikh menanam cita-cita beliau semasa kecil-Siapa tahu.Jadi,jgn.lah kita marahkan anak2 jika mereka menonton kartun yg.bersifat futuristik kerana saya fikir.Semasa Sheikh berumur 10 tahun beliau telah menanamkan cita2 nak ke angkasa lepas yg mana pada masa itu belia yg berumur 20 tahun pun belum terfikir tentang perkara ini.Kerajaan pun belum lagi bercadang nk menghantar angkasawan ke bulan.Kita masih pungguk rindukan bulan pd masa itu.Yg nyatanya,Pd fikiran saya,Sheikh telah meletakan otaknya yg kecil pd masa itu 50 tahun ke hadapan.Bayangkan,apa yang mampu difikirkan sekarang oleh beliau.Mungkin dgn exposure yg telah dilalui sbg dan bakal angkasawan telah membuatkan beliau mampu berfikir untuk 200 tahun yg akan datang.Maklumlah,dah boleh melihat planet bumi dari pandangan yg berbeza.Saya rasa,lepas nie mesti Azizi Ali atau siapa saja yg ada production house akan ambik pengalaman beliau utk dibukukan,difilemkan atau dijadikan dokumentari “perjalanan ke bulan” yg pertama oleh rakyat MALAYSIA.Mana tahu kot2 lepas nie anak kita ker,anak jiran kita pulak yg.dapat pergi ke angkasa lepas.Siapa tahu…paling kurang pun minat rakyat Malaysia utk mempelajari ilmu astronoit akan berkembang.Satu lagi lubang bisnes terbuka bila byk pulak IPTA & IPTS berlumba2 offer course yg berkaitan angkasa lepas.Sama mcm meledaknya era ICT/MSC dulu.Semua sibuk nk ambik course IT.Walau apa pun,itu adalah lumrah bagi sesebuah negara yg.sedang pesat membangun dan kompetetif.MALAYSIA BOLEH!

    *nana,kat sini pun
    ramai kawan2 yg.baik dan berpengalaman dalam bisnes.Boleh dapatkan motivasi dari mereka.Sekian.

  10. …dari hari ke hari, saya tengok Irfan makin bertambah kawan2 yg best-best mcm astronoid muda ni kalau kita ada kawan2 macam ni mesti motivasi diri kita akan sentiasa top-up dan susah untuk diturunkan.

    , Sebagai org biasa mcm saya ni, bagaimana untuk dapatkan network kwn2 yg selalu memberikan inspirasi untuk kita berjaya dgn cara yang betul?

    Jawapan: Sebenarnya saya juga mengakui ini menjadi sedikit kesulitan untuk berkenalan dengan oang-orang top kalau kita sendiri tidak top. Tetapi, ianya boleh diusahakan juga- hendak seribu daya tak hendak seribu dalih. Semua orang bermula dengan tak top, macam saya sendiri! 🙂

    Namun ini juga merupakan antara perancangan saya menubuhkan Yayasan Ilham Budi. Majlis “Bicara Ilham” akan menemukan peserta dengan mereka yang top dalam industri (ikon-ikon negara) untuk bertukar fikiran dan berkongsi ilmu kejayaan.

    Jadi, sini kami sudah menyediakan platform, harapnya, anda di sini jangan lepaskan peluang ini 🙂

    Untuk maklumat lanjut sila ke:

    http://www.irfankhairi.com/blog/yayasan-ilham-budi/cita-cita-yayasan-saya-tercapai/

    Bicara Ilham pertama akan diadakan pada 11pagi, 22hb Julai di Bangsar. Tempat sebenar akan di umumkan tidak lama lagi.

  11. bila berbicara mengenai cita-cita.. cita-cita itu satu impian, nak capai impian melalui angan-angan… agaknya itu yang bakal angkasawan itu lalui dan juga semua manusia di dunia ini tp x semua yang berjaya mencapainya so congratulations for bakal astronount kita… dan kalo boleh sayer pun nak jadi jutawan macam irfan because angan-angan saya nak memiliki empayar perniagaan saya dari pelbagai bidang… tapi camane nak mulakannya… itu yang selalu menjadi persoalan..

  12. Assalamualaikum

    En. Don
    mulakan dari perniagaan yang you paling mahir dan selepas 5 tahun dan dah establish mulakan perniagaan lain.Dalam 5 tahun yang pertama tu pelajari segala ilmu yang berkaitan dengan perniagaan lain sambil menguruskan perniagaan pertama.Tapi jangan sambil lewa dan tamak serta rambang mata.Ketepikan soal nak menunjuk-nunjuk bahawa kita telah berjaya dengan gaya hidup macam orang dah kaya. Kecilkan nafsu dan tunggu beli Mercedes bila dah mampu beli cash.Wallahua’lam semoga impian menjadi kenyataan.

  13. M.YUZAFI,

    betul cakap awak. saya boleh dapat ramai kawan2 yang best-best di sini. Banyak ilmu dan inspirasi yang saya peroleh dari blog ini. Saya percaya, satu hari nanti mesti ada di antara kita yang turut akan jd ngeTOP 🙂

    IRFAN,

    thanks for da info..Insya Allah saya tak akan lepaskan peluang untuk mengikuti “Bicara Ilham”. Pengalaman saya pergi ke satu parenting workshop dan dapat berborak secara “live” dengan selebriti, telah menaikkan semangat saya untuk menjadi ibu yang baik. Sehingga sekarang, semangat itu masih ada..dan terus ada..Alhamdulillah!

    Terima kasih kerana menyediakan platform untuk kami mendapatkan inspirasi.Semoga berjaya! 🙂

  14. Betul tu..
    Hebatkan kini jadi selebriti dalam bidang usahawan internet…
    tu yang ramai kawan top2 ..
    apahal pun nasib masing2..
    teruskan usaha murni untuk menubuhkan yayasan tu..

  15. i’m so proud to be Malaysian.actually i have met him at his restaurant during his ‘vacation’ in Malaysia.He’s very humble and willing to shared his experiences in Moscow.I would like to share his motto: ‘what the mind believes,the body can achieve’.I think the reasons why he can be so successful person is because he always believes in himself and didn’t fear of anything.He’s the perfect idol for the youth.Malaysia Boleh…!

  16. assalamualaikum wb.
    pertama sekali,terima kasih kepada blogger yang menulis kisah pahlawan Malaysia yang terbilang bergelar sheikh muszaphar ini.
    meskipun dia bukanlah hang tuah tetapi kebolehannya terserlah apabila bergelar angkasawan pertama malaysia.
    ramai wanita-wanita memuji ketampanan pemuda yang berusia 35 tahun ini dan ramai pula para profesional yang mencemburui kejayaan beliau mengharumkan nama malaysia ke seluruh dunia.
    para media dari negara amerika syarikat dan indonesia sudah mula memperkatakan mengenai mereka.
    saya berasa berbangga dengan misi beliau ke stesen angkasa pada 10 oktober ini dan sama-samalah kita sebagai rakyat malaysia mendoakan pemergian beliau.
    beliau sebagai ikon para remaja di negara ini mula mencambahkan minat dalam bidang astronomi atau sains angkasa dan membuktikan cita-cita untuk menggapai bintang di langit itu tidak mustahil sama sekali.
    pada pendapat saya,ini adalah salah satu cita-cita murni beliau dan kejayaan negara yang amat bermakna setelah 50 tahun merdeka.
    malaysia boleh!ini bukan sekadar slogan tapi semangat kita.
    semoga beliau selamat dan berjaya hendaknya.

  17. syabas sy ucap kn kpd .sheikh muszahpar kerane telah bejaya membawa malaysia kepesade dunia n setaraf dgn negare2 lain……d sini sy ttp mendoa kan kesihatan …….sy berbangge kerane ade seorng anak melayu telah megharum kn name negare n memikul tngung jwp yg berat dlm membantu anak2 malaysia dlm bidang pendidikan……jase mu ttap akan d kenag sehinge akhir hayat……ade mase reply la blik ye…..bleh la bg tau pengalaman bile berade d sane………..tah bile la mungkin dpt ke sane…………hehehe………..ok ……………semekom……………..

  18. Anyway,saya amat berbangga kerana dilahirkan sebagai anak Malaysia. Sebabnya Malaysia ni aman dan harmoni,tak macam sesetengah negara yang asyik berperang.Tahniah ‘coz dapat kawan cam sheikh tu.Sanggup masa puasa & raya di bulan…

  19. sy amat kagum dgn sheikh kerana beliau membuat semua rakyat malaysia berminat untuk meceburui bidang sains dan teknologi termasuk sy.sekarang sy ingin lebih tahu tentang angkasawan,sains dan teknologi.sy berharap sangat memberi semangat kpd murid2 di Sekolah Menengah Kebangsaan Tun Telanai iaitu di sekolah sy.kerana sy ada baca surat khabar yg mengatakan ingin menjelajah segelintir sekolah,sy berharap sekolah sy terpilih..inilah yg sy impikan sejak dulu………………….

  20. salam tuk sume..
    yup!btul.knape p’soaln knape m’sia bg sye x seharusnya wujud..m’sia pn hebat ape..jom la kte up kn lg..huhu..
    actually sye nk kongsi pengalmn b’dsrkn jwpn ik kt komen no.10..x semestiny org y t’kenal shj y mmpu bg motivasi kpd kte..org kt sekeliling pn boleh.cam kte dr.Tuah,”jdkn ape y kte lihat sbg guru..”
    pengalmn sye sndri..hehe…nk tau?JOM bacer.mungkn bole bntu sape2..
    citer dye start wktu lps kitorg PMR..nothing to do..tp sbb sye dak ostel kne la dtg skul gak..one day,kwn sye y kini b’gelar “MY PHSYCICFRIEND” bg sye bacer 1 buku motivasi,dr.Tuah..yela..khusyuk sgt ngadap buku tu..sye pn t’ingn gak nk tau ape y best sgt..mmg best pn bku tu..bile tngok sye cam minat je dye pn citer la detail lg..then,tiap2 ari kitorg smbng psl buku tu..sye mmg jnis tkut nk kuar b’ckp ke dpn.malu la kononny…tp lps bacer bku motivasi n dgn bntuan kwn sye tu,sye beranikn dri tuk anjurkn p’tndingn tuk dak ostel f3 gne bajet ostel..takut gak nk g mnx..tp alhmdulillah..sumenye jd wlupn byk y p’lu sye baiki dlm mnjd pngnjur..yela..sye sorg nk uruskn sume bnde..huh,mmg penat..byk bnde y sye blajar even hnye 40% la kot y jdnye..
    nk tau cmne sye bole brubah dr seorg y x tau ape2,y pemalu,pndiam,takut even x dikenali pn..(ade gak bdak f3 y x knal sye)kpd seorg y mengnjurkn p’tndingn sorg2(tp bknnye 100% sorg2.msti kne ade bntuan gak)smpai p’tndingn habis?3 hari plak tu..JWPNNYe..kwn “phsycic” sye tadi sentiasa bg smngt agar motivasi sye sntiasa tinggi..krenye kite x smstinye memerlukn org y t’kenal utk meletakkn motivasi kte sentiasa tinggi..conc. sye cari kwn y mmpu dorong sye..mmg kami serasi..cam laila dgn majnun.laila seolah x lengkap tnpa majnun.org p’tame y sye akn fikir tuk jumpe klu ade ape2 msti dye dan hanye dye..cam tu gak dgn dye..sbbnye,kt skul tu kami je y jnis ske b’fikir.kami slalu sembang tuk kmbangkn lg otak..hehe..bkn sembang kosong y mcm dak lain ske sembang tau..!tp b’isi..kami ske b’fikir scara lbh mndalm,kaitkn dgn agama,krenye buka skop cerita tu dgn lbh meluas hingga kdg2 bnde y kte x p’nah t’fikir b’kaitn pn kami dpt lihat p’kaitnnye..hasilnye,byk nilai2 positif y dpt ditanam dlm diri,jd lbh open minded dan ape y lbh pntng kami sedar 1 p’kara..kjayaan y sbnr xkn dtg jika kte lari dari allah..tp kami bkn bestfriend..hehe..caye x..?tu sbb kitorg gelar “PHSYCIC FRIEND”..Dan disbbkn tu gak kami dpt elakkn diri kami drpd t’gelincir dr lndasan y btul.yela..remaja..kn jiwa dye ske mmberontak..kini kami t’pakse b’pisah sbb dye smbung blajar kt tmpt lain,camtu gak sye..tp kitorg sntiasa keep in touch..
    harap citer ni bole tolong sape2 y memerlukn..ni care sye,t’pulang la pada anda sume..hihi..

Leave a Reply

Your email address will not be published.