hadirin.jpg

Alhamdulillah Gerak Usahawan 2007 tadi berjalan dengan lancar. Hadirin usahawan & bakal usahawan ada juga 700-800 orang! Wow… banyaknya. Semoga semuanya dapat manfaat daripada talk saya :)  

Antara yang menarik terjadi:

  • Sesi saya dimulakan lewat sedikit 4.00pm (sepatutnya 3.30pm)oleh kerana sesi-sesi sebelum saya terlewat. Namun, ramai sanggup menunggu dengan penuh sabar sesi saya… sesi penutup! Terima kasih atas sokongan semua :)
  • Full house dewan besar tu sampai ramai yang perlu berdiri untuk masa 1 jam setengah!
  • Sebuah klip berita TV9 dimainkan menunjukkan kejayaan perniagaan Internet oleh salah seorang peserta Workshop Jutawan Internet. Menjual produk Halal dari Kelantan ke seluruh dunia!
  • Bersemangat membuat pesembahan punya pasal, saya sampai berdiri atas meja VIP! Nasib baik VIPnya takde!
  • Lepas talk, berpeluang berjumpa bakal-bakal usahawan yang bersemangat! :)

iks.jpg 

Juga, sesi bersama saya tadi di siarkan di TV3 Buletin Utama :) Saya pun tak sempat tengok sebab masih dalam kereta on the way balik rumah dari PWTC! Terima kasih kepada TV3

Terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan Gerak Usahawan 2007 semoga ia dapat manfaatkan masyarakat Malaysia tentang Keusahawanan Kerjaya Pilihan.

Bagi mereka yang tak berkesempatan menyaksikan persembahan saya semalam, esok saya akan tulis sedikit tips yang saya kongsikan kepada lebih 700 peserta gerak Usahawan :)

Jumpa lagi!

ps: Workshop Jutawan Internet terdekat akan dijalankan pada 1hb September 2007. Workshop terakhir sebelum cuti Ramadhan! Hanya 3 tempat kosong.

Pendapat Anda?

Tip Satu Minit yang berkaitan:
  • Gerak Usahawan Nasional 2007- Part 1
  • Alang-alang jadi usahawan…
  • Gerak Usahawan 2007 & Think and Grow Rich
  • Perniagaan Internet Malaysia, Asia dan seDunia