Pada hari Ahad 6hb lepas, buku Rahsia Jutawan-Jutawan Internet Terbongkar telah menerima Gold Award di pesta buku antarabangsa KL, PWTC. Thanks to all! :) :) :)

Namun, atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan, saya tidak dapat hadir sesi penerimaan anugerah tersebut :( - terpaksa diwakilkan. Terima kasih kepada Azizi Ali & TrueWealth Sdn Bhd oleh kerana menerbitkan buku pertama saya dan mencapai jualan yang amat hebat sejak 2 tahun lalu.

Agak terkilan juga Pesta Buku KL tahun ini saya tidak sempat langsung menjenguk dan memberi sokongan kepada rakan-rakan penulis yang lain oleh kerana schedule saya yang amat ketat sejak dua menjak ini.

Terima kasih atas usahawan-usahawan Internet dan juga bakal usahawan Internet yang telah mendapatkan buku RJJIT (tak kira bila). Kalau anda tak beli, takde lah dapat Gold Award ni. Penghargaan ini saya akan abadikan sebagai kenangan manis sokongan anda kepada saya dalam industri ini.

Bagi anda yang belum memiliki Rahsia Jutawan-Jutawan Internet Terbongkar, boleh dapatkannya di http://www.rahsiainternet.com/buku (Azizi Ali pesan, beli banyak lagi, mana tahu boleh dapat Platinum award pula tahun depan!)

ps: Dah dua hari tulis berita sahaja… insyaallah esok saya tulis tip satu minit balik! ;)

Pendapat Anda?

Tip Satu Minit yang berkaitan:
  • IK di pesta buku PWTC
  • Sepintas lalu 2007…
  • “Usahawan Muslim Perlu Rebut Peluang Perniagaan Internet”
  • Sudah bekerja keras tapi… tak berjaya juga!