ikww.jpgHari ini saya dijemput sebagai tetamu undangan sebuah program TV baru untuk Astro- Wacana Wanita. Yea!

A women’s talk talk show dikendalikan oleh host berpengalaman, Dang Suria. Dang Suria juga sebagai producer Wacana Wanita.

Satu perkara yang terdetik di fikiran saya ketika shooting tadi adalah, saya teringat salah satu appearance terawal saya di TV, iaitu pada tahun lepas “Usik-Usik bersama Chef Wan”. Kalau anda ingat, ia adalah ketika saya ditemuramah bersama Siti Nurhaliza…

Ketika penggambaran Wacana Wanita tadi, terdapat 3 tetamu jemputan, seorang pakar motivasi (Dr. Rubiah), seorang lagi fashion consultant (tak ingat nama!) dan saya sendiri.

Ketika sebelum penggambaran, tetamu fashion consultant tu ketahui saya sering juga menjadi jemputan di TV dan beliau meminta tips dari saya oleh kerana kini dirinya tengah nervous! Boleh nampak jugalah kerisauannya…

Tersenyum saya teringat ketika menjadi tetamu di Usik-Usik Chef Wan tahun lepas, saya juga turut rasa nervous dan gelisah- sampai nampak di muka!. Sehingga Siti Nurhaliza di backstage yang menasihatkan saya untuk “relax sikit & bertenang”.

Tip hari ini…

There’s always a first time! Sekiranya anda ingin melakukan sesuatu, dan takut-takut, atau nervous, atau gelisah- JANGAN RISAU. Memang anda perlu melalui itu semua. Memang perasaan itu akan dilalui oleh setiap orang. Melakukan sesuatu yang baru adalah diluar zon selesa seseorang.

Apabila sesuatu yang baru itu dilakukan berulang kali, anda akan berjaya mencipta satu zon selesa baru. Lama kelamaan, anda tidak lagi akan merasa takut, nervous, gelisah & risau!

Sekali lagi, terima kasih kepada media-media yang tak jemu memanggil saya. Kali ini, my thanks to Astro! Saya rasa Astro suka saya kut, dah 2-3 kali dah panggil saya ni ;) Also, terima kasih kepada anda yang sentiasa menyokong!

ps: Ada lagi berita baik yang saya nak kongsikan dengan pembaca Tip Satu Minit mengenai saya & Astro. Tapi, “biarlah rahsia” dulu. Nanti banyak sangat pulak good news dalam masa seminggu…. :)

Pendapat Anda?

Tip Satu Minit yang berkaitan:
  • Irfan Khairi on Selling Service On The Internet @ BFM89.9fm
  • Irfan Khairi on Selling Information Online @ BFM89.9fm
  • Podcast: Irfan Khairi @ BFM89.9
  • IK Podcast @ BFM89.9fm