Selamat Hari Belia! 

Bagi mereka yang miss artikel hari Sabtu, hari ini pun ada artikel mengenai saya di Berita Harian. Terasa macam artis pulak dah selang sehari keluar muka kat paper. Perasan artis :)

belia.jpg

Kali ini, di dalam sisipan khas “Hari Belia Negara 2007 - Belia Peneraju Kemerdekaan Gemilang”. Agak gembira saya turut disertakan di kalangan nama-nama seperti Nicol David & Azranlin Zulkifli sebagai ikon sukan. Manakala untuk keusahawanan & perniagaan pula saya & Fazley. Walaupun saya masih menganggap diri saya sebagai “new-comer” jikalau dibandingkan dengan ketiga ikon itu.

Sebagai tambahan, bukan sahaja Berita Harian, malah New Straits Times juga ada sedikit clip mengenai saya di bawah “National Youth Day” bertajuk “It’s never too young to be rich and famous” 

nstyouth.jpg

Apa yang ramai kini dapat lihat adalah kisah kejayaan saya. Namun, apa yang tidak dapat dilihat adalah tanggung jawab & harapan yang diberikan oleh berbagai pihak. Not an easy task. Bak kata Spider-Man…

With great power, comes great responsibilities :)

On another note… 

A good artikel juga di muka surat 7 (sebelah artikel Fazley… ni baru betul artis, dapat la page besar) :) . Iaitu mengenai belia-belia boleh memohon bantuan kewangan Tabung Ekonomi Belia (TEB) bagi mereka yang ingin memulakan perniagaan. Baru-baru ni saya post mengenai memerlukan modal dalam memulakan perniagaan, di sini, Majlis Pembangunan Ekonomi Belia (MPEB) juga memberi bantuan dari segi permodalan perniagaan.

Oh ya, sedar-sedar Tip-Satu-Minit dah menjangkau umur 1 tahun jagung. Terasa macam baru sahaja lagi saya start blogging. Pengikut Tip-Satu-Minit juga semakin ramai! :) Terima kasih kepada semua dan saya sering doakan kejayaan anda.

Pendapat Anda?

Tip Satu Minit yang berkaitan:
  • Idea dari negara luar… dibawa ke Malaysia
  • Irfan Khairi on Selling Information Online @ BFM89.9fm
  • Bila pergi holiday, bawa balik idea perniagaan
  • Irfan Khairi on Selling Service On The Internet @ BFM89.9fm