Kisah RAZZI.MUZ.IK Part1: The Band

Ramai dah mula bertanya-tanya mengenai Razzi.muz.ik sejak minggu lepas. Apa taknya, dah keluar Harian metro… dan juga disebut kat TV beberapa kali. Ada gak yang tanya… aik, IK menyanyi ke???

First and formost, saya tak nyanyi… kalau saya nyanyi, berpanjangan lah musim hujan sekarang ni sampai ke tahun depan. So, baik saya tak nyanyi 🙂

So, baik saya mengambil kesempatan kat blog ni untuk menceritakan serba sedikit mengenai Razzi.muz.ik sebelum u all ingatkan saya dah jadi rockers!

logo-gold-small.jpg

Begini kisahnya…

Razzi.muz.ik is a band yang dianggotai oleh 3 ahli: Razzi Rahman, Muzam & IK. Bila digabungkan, menjadilah Razzi.Muz.ik. Kalau di baca, bunyinya adalah “Razzi Muzik”. Di mana Razzi Rahman selaku vokalis, dan saya & Muzam selaku pemain guitar electric. And yes, kami main lagu genre rock… bukan rock kangkang or rock jiwang or rock leleh… tapi rock yang bermesej la…

Rock yang bermesej??? Maksudnya, lagu-lagu yang kami mainkan, semuanya mempunyai mesej positif. So, awal-awal lagi, anda boleh expect takde lagu putus cinta… punah harapan… gelap gelita… etc. Walaupun, takde salahnya lagu-lagu begitu, cuma, pendekatan kami, niatnya untuk menyampaikan mesej-mesej positif…

So, bagi mereka yang sentiasa menyokong saya sejak 4 tahun lepas, jangan risau, imej kami semua teramat-amat lah bersih. Walaupun rock, tapi rock bersih 🙂

Sedikit about the group…

Razzi Rahman @ Brother Love as many of us tau (kecuali muda mudi zaman ni), era 90-an dulu, merupakan penyanyi yang aktif. Memang glamour… sehingga masuk juara lagu dengan lagu “Syakila”. So, bab nyanyian, memang our band serahkan kat Razzi la. Kalau saya nyanyi, jangankan muzik-muzik… muzak-muzak pun tak tentu boleh masuk.

Muzam pula is my friend/neighbour masa saya tinggal di Seremban. As many of u know, sekarang saya dah pindah KL. masa dok Seremban, very fortunate of me to have a neighbour yang kaki muzik and also siap ada bilik jamming kat rumah! So, petang-petang, time boring saya layan lah jamming… actually Muzam tought me how to play the drums- memang main drum boleh hilangkan stress sebab u release any stress kepada drum! Anyway… Muzam memang minat muzik and good at playing guitars & drums… tapi jangan terkejut. Thus guy is a PILOT! Yup… bawak kapal terbang is his full time job. So, jangan main-main… band kami rock high flying punya!

Then, there’s me, IK… bagi yang follow my blog, surely tau yang saya ni minat muzik & rock. A few times saya sebut tentang muzik/rock di blog ni. And many probably tau saya pun main guitar… bila ada launching saya sebagai duta produk, mesti saya main satu lagu, with Razzi to sing and Muzam to play!

Dalam band ni juga, saya selaku penulis lirik 2 lagu yang telah disiapkan. Sebab tu juga saya agree to this project sebab matlamat saya dari dulu sampai kini tetap sama, iaitu untuk menyampaikan mesej-mesej motivasi, beri semangat, persahabatan, kekeluargaan dan segala-galanya yang positif.

2 lagu yang kami akan sampaikan, satu lagu English bertajuk “Reaching for the Stars’ dan satu lagu BM bertajuk “Selamanya”. Sedikit daripada liriknya…

Reaching Higher adalah lagu berkonsepkan motivasi. Mengenai semangat yang perlu ada untuk seseorang. Saya rasa lagu ni dan liriknya boleh relate kepada ramai antara kita yang telah melalui macam-macam ragam di dunia dalam mencapai kejayaan… So, here’s the lyrics:

Looking back
To the times I had
I never knew I”™d come this far away
So here I am
Not turning back again
A dream I had before seems so close to me!

I will fight
Everytime I fall
And one night
You”™ll see me standing tall!

I”™m reaching for the sky
I”™ll raise the stakes, I”™ll make mistakes,
But I do it my own way!

I”™m reaching for the stars
I”™m not afraid, I will not break,
No matter what they say to me!.

Lagu kedua pula lagu Selamanya. Mengenai erti persahabatan dan how important a friendship is. Not just friend-friend, tapi juga untuk our partner or spouse, suami-isteri. Tanpa sokongan orang yang tersayang, nak capai apa sahaja kejayaan memang payah. So, lagu ni pula adalah lagu persahabatan 🙂

Syukur ku
Kepada Tuhan
Kau di sini

Dari dulu kita bersama
Teman sejati

Ku damba kamu teman
Waktu jatuh bangun
Tak kira hujan terang
Pelengkap ku…

Akan kita
Tempuh bersama
Menuju
Bersama selamanya

Akan kita
Hingga akhirnya
Gemilang
Bersama selamanya

So, there you go! Tu lah dianya lagu untuk single pertama kami. Kisah Razzi.muz.ik Part 1 ni untuk kongsikan anda mengenai the band dan juga mengapa saya lakukan ini. Sebab taknak pulak orang kata IK dah jadi rockers! ha ha… Esok lusa saya kongsikan cerita lain pula. Especially mengenai pencipta lagu-lagu diatas! Orang-orangnya hebat! 🙂

Seperti saya kata, my message is still the same- hendak menyampaikan mesej-mesej motivasi. Dan seperti posting saya sebelum ni, dengan harapan, melalui lagu, dapat lah sampaikan mesej-mesej saya kepada lebih ramai muda-mudi! 🙂

Tip hari ini:

Ok, masih nak juga beri tip satu minit. Iaitu untuk kita mewujudkan “kelainan”. Dalam perniagaan dan juga hidupan harian: Be different!

Jarang sekali motivator buat album rock… tapi saya lakukan because it’s different.

Bila kita berbeza, orang ramai akan mudah mengenali kita. Kerana kita unik. Dalam seminar perniagaan saya, saya selalu sebut mengenai USP (Unique Selling Proposition) yang maksudnya adalah, untuk kita membezakan diri kita dengan pesaing.

Sememangnya “being different” mempunyai risikonya tersendiri… mungkin orang akan terima, mungkin orang takkan terima. Tapi, itulahnya the “excitement” menjadi usahawan. Berani menghadapi risiko 🙂

Bila kita membezakan diri kita atau perniagaan kita, kita dapat mencipta jenama yang dikenali. Dan semuanya tahu bahawa jenama yang dikenali adalah jenama yang sering mendapat perhatian dalam perniagaan. Kuncinya- be different!

The following two tabs change content below.
Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu insan menjalankan hidup yang lebih bahagia dan kaya melalui perniagaan. Untuk mendapatkan Irfan Khairi sebagai speaker atau ketahui program-program yang dikendalikan, hubungi 03-77292277 (save kan nombor ini) 😉

Latest posts by Irfan Khairi (see all)

About Irfan Khairi

Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu insan menjalankan hidup yang lebih bahagia dan kaya melalui perniagaan. Untuk mendapatkan Irfan Khairi sebagai speaker atau ketahui program-program yang dikendalikan, hubungi 03-77292277 (save kan nombor ini) ;)

16 thoughts on “Kisah RAZZI.MUZ.IK Part1: The Band

  1. wow! amazing…i really likes the lyrics. Bye the way.. seriously..I’m interested to sponsor your clip video (only in editing part only lah).. boleh?…

  2. salam,bagus lah kalau group ni boleh menambahkan lagi cabang biz anda.muzik adalah antara tools yang berkesan untuk memberi motivasi kepada mereka supaya untuk lebih bertenaga dalam hidup…tapi kalau boleh sekali dengan video skali baru mantap Razzi.Muz.Ik

  3. Name Muz dah hampir same tu..:D tp Muz band ni power dan mantap…pilot tu..:)

    xde lagu tangkap jiwang ke bro…kalo boleh nk dgr band ni lau jiwang2…heheh..

    lirik yg penuh dgn motivasi…xde plan nk buat konsert ke….:)

  4. Salam IK!
    Wah, IK sentiasa merebut peluang yang terbuka, kini akan jadi lebih terkenal dengan band muziknya.
    Itulah pemikiran seorang jutawan, sentiasa mengeksploitasi peluang… Saya juga telah membuat blog post terbaru mengenai “Eksploitasi Minat dan Peluang Untuk Wang. Bagaimana?” Rakan-rakan yang lain pun bolehla juga beri komen anda ye? 🙂
    http://dayaglokal.blogspot.com

  5. Lirik dah best mesti ramai yang suka terutama agensi agensi mlm , ut yang suka lagu lagu motivasi diri naikkan semangat bila nyanyi…ahh pendek kata sesapa yg terlibat dalam industri tu paham la apa maksud saya…hi hi ok doc thumb ups

  6. Saya sangat setuju dgn IK, be different. Kalau perniagaan kita lain dari yang lain orang akan mudah mengenali kita. Contohnya dari segi konsep perniagaan yang kita tonjolkan.

Leave a Reply

Your email address will not be published.