compile-mag.jpgBulan ini saya menjadi cover majalah perniagaan Apprentice- edisi merdeka! Best jadi cover majalah ni untuk publisiti, yang  tak bestnya adalah masa time nak beli majalah di kedai mamak, nanti mamak tu jeling-jeling saya :)

Berita baik juga, bekas peserta Workshop Jutawan Internet, juga ada menulis untuk majalah ini, Irwan Dahnil. Namanya ada tertulis di bawah nama Azizi Ali dan atas nama Billi Lim. Keep up the good work!

Tip hari ini… 

Membeli iklan di dalam majalah adalah salah satu cara promosi. Apa yang baiknya mengenai iklan di majalah adalah, anda mendapat market yang targeted.

  • Ini kerana, setiap majalah mempunyai golongan pembacanya yang setia. Berdasarkan tema majalah tersebut seperti perniagaan, laman rumah, memancing, silat, keluarga, wanita, lelaki, kereta dan sebagainya… pengiklan dapat mengsasarkan iklan tepat pada pasaran yang ingin ditumpukan, tidak seperti surat khabar yang lebih bersifat umum.
  • Majalah juga sering dijadikan koleksi untuk beberapa lamanya oleh kerana amat jarang orang membuang majalah (tidak seperti surat khabar). Selagi majalah di simpan, selagi itu juga iklan anda akan terkandung dalam majalah itu.
  • Ilklan di dalam majalah adalah murah berbanding iklan akhbar, tv & radio. Murah + Tepat pada sasaran = Cara Promosi yang kos efektif!

Fikirkan sasaran pengguna perniagaan anda dan senaraikan apakah majalah-majalah di kedai yang menepati sasaran anda.

Up to date, sudah 3 majalah saya menjadi cover. Lepas ni, boleh la apply kat majalah Vogue jadi model pulak :) Teringat pula time gambar saya keluar dalam filem Nana Tanjung!

ps: Workshop Jutawan Internet terakhir sebelum saya cuti Ramadhan akan dijalankan pada 1hb September! Signup & pelajari strategi menguasai pasaran Internet Malaysia untuk industri anda seperti bekas-bekas peserta Workshop. Layari http://www.rahsiainternet.com/workshop untuk pendaftaran.

Pendapat Anda?

Tip Satu Minit yang berkaitan:
  • Dapatkan majalah I, Dara.com & Maskulin Feb 2009
  • Irfan Khairi berlakon filem “Nana Tanjung”!
  • Berfikiran negatif dan berfikiran positif- mana mudah?
  • “Usahawan Muslim Perlu Rebut Peluang Perniagaan Internet”