Fri 4 May 2007
Tahun ni banyak menerima jemputan TV. Semalam pengambaran untuk segmen seterusnya Aura Rasa sebagai selebriti jemputan rancangan memasak bersama Chef Harun (chef muda yang mula meningkat naik). Pengambaran dilakukan di studio Wayang Tinggi di KL bersama host Norish Karman (NK).
Merasa pula saya masuk rancangan memasak. Chef Harun memasakkan mee bandung muar, air sirap bunga Telekang dan bubur keledek. Menu yang basah untuk saya as a speaker yang selalu bercakap siang malam untuk mengurangkan kekeringan tekak.
Jadi, untuk anda yang sering berkomunikasi dalam career, perlu pemakanan yang basah. Banyak lagi point-point menarik, perlu tunggu rancangan.
Juga bertemu Dr Hazil, dan beliau kirim salam pada pengunjung Tip Satu Minit. Sekiranya ingin mengetahui laman web nya, lawati http://www.awakensoul.com
Aura Rasa akan menemui anda hujung bulan ini. Untuk maklumat lanjut, rujuk petikan Harian Metro 29hb April di sini…
Terima kasih to Wayang Tinggi Production dari krew, director Mr Azmi dan producer Sis Mawar for the help dan juga segala ilmu yang dikongsikan, Mana lah tahu, ada rezeki boleh saya mulakan production company sendiri pula selepas publishing company :)
Selebriti: Aura Rasa
Oleh ABIE ABDULLAH (Harian Metro)
29 April 2007
Memperkenalkan terapi warna di dalam pemakanan
BIASANYA kebanyakan kita memilih makanan atau bahan masakan berdasarkan rasa dan bau saja sehingga terlupa satu lagi kriteria iaitu warna.
Namun elemen inilah yang ingin ditekankan di dalam program masakan terbaru, Aura Rasa yang bertujuan memperkenalkan terapi warna di dalam pemakanan.
Program yang dihoskan oleh Norish Karman ini cuba menonjolkan perspektif berbeza dengan pendekatan aura (warna) dan makanan untuk mencapai kehidupan lebih sihat.
Pengarah Aura Rasa, Azmy Mohd Ariff, berkata program ini adalah siri ‘dua dalam satu’ yang bukan hanya siri masakan, malah mengulas cara hidup sihat melalui penjagaan makanan, terapi warna, gaya hidup sihat, elemen pemakanan (tanah, air, aoi dan angin) serta warna pakaian.
“Konsep ini hasil kerjasama Wayang Tinggi Produksi dengan pakar aura, Dr Mir Hazil Azran Ramli dalam meningkatkan pemahaman dan kesedaran memilih pemakanan atau menu yang sesuai untuk kesihatan sistem bio-energy manusia.
“Malah, warna pada sumber alam seperti sayuran, bijirin, buah-buahan atau haiwan menjadi terapi semula jadi ciptaan Allah. Warna ini pula mewakili getaran gelombang warna elektromagnetik alam yang diperlukan sistem bio-energy kita.
“Dengan kata mudah, konsep Aura Rasa menyentuh mengenai tenaga, warna yang mempengaruhi kehidupan kita seharian tanpa kita sedari. Kita semua ada aura itu, cuma kita tidak nampak,” kata Azmy ketika ditemui di lokasi rakaman Aura Rasa di Tasik Azran Alam, baru-baru ini.
Program yang bakal disiarkan di TV1 penghujung Mei depan ini dirakam sebanyak 13 episod dengan tempoh 30 minit bagi setiap program.
Azmy memberitahu, untuk setiap episod, seorang tetamu atau selebriti dijemput untuk menjadi wakil kepada warna-warna aura yang mungkin berbeza.
Setiap jemputan pula terlebih dulu dibawa menemui Dr Hazil bagi mengesan tenaga dan warna aura masing-masing. Kemudian hasil ujian itu, pakar menentukan warna dan jenis makanan yang sesuai untuk tetamu berkenaan bagi mengimbangi kesihatannya.
Bagi episod pertama, Aura Rasa ‘menguji’ hosnya, Norish yang memiliki aura ungu. Bagi mengimbangi warna itu, Dr Hazil mencadangkan masakan berwarna kuning iaitu warna yang bertentangan dengan ungu. Lalu resipi dibuat oleh Chef Harun Mat Yusof dan untuk Norish, beliau mencadangkan masakan haruan masak pindang.
“Mungkin tidak ramai sedar gelombang tenaga yang ada di sekeliling kita. Biarpun tidak nampak pada kasar, ia mampu dilihat melalui rakaman kamera khas untuk mengesan tenaga itu, sekali gus memberitahu kita kegunaannya di dalam kehidupan seharian.
“Antara tetamu yang kami jemput ialah Aziz Sattar, Maizurah Hamzah, Ashraff Sinclair dan seorang wartawan,” katanya.
Di samping mengacara, Norish akan memberikan tips berguna sesuai dengan konsep warna aur. Begitu juga Chef Harun yang memberi cadangan pelbagai jenis masakan sihat.
“Seboleh-bolehnya kita cuba mengelak menggunakan peralatan masak seperti senduk besi atau periuk berasaskan logam. Sebaik-baiknya kita gunakan alat diperbuat daripada kayu atau kaca yang tidak mengalirkan haba atau tenaga.
“Bagaimanapun perlu saya beritahu di sini, setiap resipi yang diperkenalkan di dalam setiap episod bukan dirancang dari awal, tetapi bergantung kepada tetamu dan hasil pengesanan warna aura seseorang,” kata Chef harun.
Manakala Aziz Sattar berkata: “Saya baru tahu pasal warna aura ini dan daripada kajian Dr Hazil, saya banyak ke arah biru. Biru mewakili perasaan tenang, mudah kasihan pada orang dan rendah diri. Kalau diikutkan, ia bertepatan dengan diri saya sekarang.
“Lalu dia cadangkan saya imbangi dengan warna merah supaya biru tidak terus dominan.”
Pendapat Anda?
Tip Satu Minit yang berkaitan:

May 4th, 2007 at 11:13 am
Saya sokong buat production, spt biasa mesti nk kelainan dan identiti tersendiri. Saya cdg buat ama kisah teladan utk masyarakat berkaitan masalah kewangan dlm bentuk pendidikan ilmu kewangan menurut Islam, masukkan unsur keajaiban yg memang disukai penonton. Rujuklah pada yg arif YB Masitah contohnya…
May 4th, 2007 at 11:41 am
Saya memang caya dengan . sekarang ini sibuk dengan pelbagai program dan jemputan di TV pula.
Penampilan ini sekurang-kurangnya memberikan pandangan baik terhadap perniagaan Internet yang kini dicemari oleh virus pelaburan Internet.
Apapun salam kejayaan yang berterusan buat
May 4th, 2007 at 12:43 pm
Ya, betul.. sedikit sebanyak kemunculan Irfan ini mampu menjernihkan salah faham masyarakat terhadap perniagaan internet yang sesetengahnya menganggap ianya sama dengan skim pelaburan di internet…
Semoga berjaya .
May 4th, 2007 at 3:19 pm
Tahniah .coz dapat masuk rancangan cooking plak…lepas ni?
May 4th, 2007 at 3:51 pm
Wah. best jugak ye dapat bergaul dengan pakar masak memasak ni
dapat pulak usha peluang nak masuk pasaran ebook yg berkaitan resipi, hehe :p
May 4th, 2007 at 4:28 pm
Tahniah , semakin banyak jemputan ke rancangan TV, makin glamour. merupakan ikon kepada perniagaan internet, di harap dengan penampilan dlm rancangan TV dapat mengurangkan salah anggap pelaburan & perniagaan internet.
buat la kisah ama pendek bagaimana riwayat hidup seorang pejuang perniagaan internet. Boleh kami dapat pengajaran sama. He…he…
http://jomwebtemplate.com
May 4th, 2007 at 4:38 pm
Tahniah kerana semakin berjaya dalam bidang Media ini.
Saya masih rindu betul pada rancangan TV3 Kick start tu.
May 5th, 2007 at 1:04 am
Dan calon2 pelakonnya adalah ……
May 5th, 2007 at 1:09 am
Syabas
Saya percaya pada kebolehan , sebagai seorang usahawan yang versatile…production company mungkin menjadi salah satu lagi cabang perniagaan baru bagi , begitulah daya fikir yang patut dicontohi oleh semua bakal usahawan mahu pun usahawan, kerana untuk kaya anda perlu berfikiran kaya sentiasa….
http://thinkerich.blogspot.com
May 5th, 2007 at 4:54 am
terima kasih,
insyaallah minggu depan ada masuk media bercetak mengenai skim pelaburan vs perniagaan internet. supaya lebih ramai yang tidak salah anggap pelaburan internet dan perniagaan internet.
buat ama riwayat seorang usahawan internet? boring je jadinya sebab cerita hero duduk depan pc je dari pagi sampai malam
sememangnya usahawan perlu versatile. pagi nanti akan launch buku pertama terbitan co. saya “I Walked The Dollar” tulisan Saiful Bahri di Holiday Villa, Subang Jaya (bukan PWTC!) oleh vip. nanti saya post cerita lanjut esok.
Kick Start new season akan bermula pengambaran dalam beberapa bulan lagi. tapi saya tak pasti saya akan turut serta atau tidak lagi, bergantung kepada keadaan.
namun, insyaallah penglibatan saya dengan media penyiaran akan tetap ada.
May 5th, 2007 at 6:17 am
Congrats Doc for your successful effort in penetrating the media market and helping the masses came to a realisation that a successful online entrepreneur can also develop to be a successful offline entrepreneur.
Because of the right mindset and with the right set of strategies
May 5th, 2007 at 1:57 pm
askm Irfan, how r u?
You are the inspiration
Rasanya dengan lebih banyak pendedahan Irfan di media, orang Malaysia akan lebih tahu perniagaan internet tu apa.. maka dalam 2 tahun lagi, rakyat Malaysia akan mula “demam” perniagaan internet dan membudayakannya internet dalam hidup mereka.
Thanks for the info. Very inspiring one !
shueqry
http://shueqry.blogspot.com
May 5th, 2007 at 11:30 pm
Assalamualaikum…
Irfan,
Tak nak buka production house sendiri ke?Buat lah segala cerita tentang perniagaan yang mahir.Semoga akan bermula secepat mungkin.
Wassalamualaikum…
May 5th, 2007 at 11:35 pm
Assalamualaikum Irfan
Kagum dengan IRfan.
Ini menyuntik semangat saya untuk berusaha lebih lagi.
Good luck to Irfan, and for all of us.
May 6th, 2007 at 2:49 pm
.nati boleh lah jadi jutawan masakkan pulak kalu nak boleh kan??
Taqiyuddin
www.taqiyuddin-usahawan-internet.blogspot.com
May 6th, 2007 at 3:19 pm
Tahniah , satu contoh yang baik buat kami yg baru berjinak dalam dunia bisnes ni terutama bisness internet .
www.gurucyber.com
May 6th, 2007 at 3:41 pm
Tahniah atas perkembangan terbaru. Semoga terus maju ke hadapan dan memberi inspirasi kepada rakan2 di Tips 1 minit ni.
Tahniah atas pelancaran buku “I Walked The Dollar” by Saiful Bahri.
Semoga berpuashati dengan perkhidmatan yang diberikan..
May 6th, 2007 at 5:25 pm
“I Walked the Dollar” dah jual offline ke?..
May 6th, 2007 at 6:53 pm
Tahniah Irfan… artikel di harian metro tu dah tak boleh masuk lah.
May 6th, 2007 at 10:30 pm
i walked the dollar telah dilancarkan… kejap lagi akan saya post. buat masa ini, belum berada di kedai lagi… dalam proses!
artikel harian metro juga sudah dibetulkan
hj hayat, memang puas hati. nanti boleh saya belanja satay kajang
May 7th, 2007 at 11:23 pm
Sepatutnya saya yang belanja sebab sudi gunakan perkhidmatan saya..
Bangga dapat bekerjasama..tercapai jugak hasrat dihati..
Terima kasih kerana memberikan kepercayaan. Terima kasih daun keladi…
May 9th, 2007 at 11:17 am
tahniah ats kjayan demi kjayaan .dr kalau sentuh apa pun akn menjadi..,nak jga sya join apa juga program yg anjurkn..wlau apapun sya sarankn akn lebih bnyk mengajar remaja dn belia mengenai kewangan dn cara2 menguruskn kewangan dn perniagaan..hrp2 rmaja kita lebih mndpt ksedaran yg meluas bgaiman nk belanja dan menyimpan…
slm tahniah i sya buat .moga terus brjaya dan terus membntu…
June 17th, 2009 at 12:00 pm
mantap.. memang best rancangan nih.. haha