Alhamdulillah, malam semalam bersamaan 31hb Oktober menyaksikan pelancaran buku “Secrets of Millionaires Revealed”- pertama kali buku Malaysia di lancarkan di UK.

Pelancaran di hadiri oleh Tan Sri Elyas Omar dan Datuk Abdul Rahman (Timbalan Menteri Sumber Manusia Malaysia). Juga turut hadir, Mayor of Oxford (Datuk bandar Oxford) dan ramai lagi termasuk Professor-professor dari Oxford. Juga ramai kenalan dari OXIM yang turut memberi sokongan. Tan Sri Lim Kok Wing tidak dapat hadir oleh kerana last minute sebab-sebab kesihatan (takde rezeki). Ada juga orang kenamaan yang lain dari Malaysia dan negara lain termasuk Bahrain tetapi saya sendiri tak ingat… nanti saya kasi tau bila dapat full list.

Gambar pelancaran buku belum dapat lagi sebab perlu minta dari cameraman… kalau dapat, nanti saya letak. Di bawah adalah gambar di luar tempat pelancaran di Eynsham Hall, Oxford. Macam James Bond.

car.jpg

Siang semalam pula telah berjumpa dengan Dr. Hassan presiden Oxford Islamic Center untuk memberi sumbangan buku kepada perpustakaan Oxford. Gambar di bawah adalah bersama Dato Abdul Rahman & Dr Hassan.

islamic.jpg

Perjumpaan yang amat bermakna dan menyuntik semangat saya untuk teruskan usaha dalam mendidik dalam bidang perniagaan, perniagaan Internet & motivasi. Juga alhamdulillah, terbuka peluang untuk menjalankan kursus perniagaan Internet di negara-negara Islam yang lain menerusi perjumpaan ini. Inilah hightlight saya hari ini… sokongan yang diberikan amat bermakna dan saya akan usahakan untuk ke peringkat global khususnya negara-negara Islam. Harapkan doa anda semua!

Pelancaran semalam juga agak menyeronokkan oleh kerana dapat bergaul dengan Mayor Oxford. Memang kelakar orangnya, tak henti-henti saya gelak bersembang dengannya. Dia kata dia pernah ke Malaysia (zaman british) tahun 60-an dulu… kemudian, dalam tahun 2000 dia ada datang kembali dan terkejut melihat perubahan Kuala Lumpur. An honor dapat kenal dengan Mr Mayor kelakar ni (gambar bersama Mayor Oxford)

mayor.jpg

Pagi ini akan shooting “strategy X” sekejap, kemudian akan drive ke destinasi seterusnya… France! Perjalanan dalam 5 jam… kita jumpa lagi & terima kasih atas sokongan anda :)

Pendapat Anda?

Tip Satu Minit yang berkaitan:
  • Pelancaran buku perniagaan Internet
  • Pelancaran “sesuatu” yang menggegarkan ESOK!
  • Ke Oxford untuk pelancaran buku…
  • Tiba di Malaysia!