Penggambaran “Aura Rasa”, RTM Bhg 2

Sambungan daripada posting semalam (tak sempat menulis panjang oleh kerana saya lakukan posting menggunakan PDA), seperti yang telah diberitahu saya menjadi selebriti jemputan untuk program Aura Rasa. Selebriti lain termasuk Pak Aziz Satar, Othman Hafsham, Abby dan beberapa lagi saya tak ingat oleh kerana semalam shooting episod ke 6.

Seperti yang diberitahu oleh pakar aura, Dr Hazil kepada saya, manusia mempunyai tenaga elektromagnet yang dipancarkan melalui badan mereka. Tenaga ini diperbuat daripada ion-ion postif dan negatif dan menghasilkan pelbagai warna. Bab aura ni adalah dibawah tajuk metafizik. Dalam kejayaan juga, sedikit sebanyak  ada menyentuh metafizik. Hendak mengetahui lebih lanjut mengenaui aura sila ke http://en.wikipedia.org/wiki/Aura_(paranormal)

aura.jpgSaja suka-suka, ini adalah gambar yang diambil menggunakan sensor aura.

Laporan yang diberi kepada saya memang panjang lebar (beberapa mukasurat) dengan angka-angka saitifik, tapi untuk memberi gambaran keseluruhan, tenaga aura yang dipancarkan dari badan saya menurut aura adalah gabungan hijau pekat dan biru, bermaksud:

Quick minded, goal-oriented, social, material, communicative, organizer, caring, sensitive, loving, helpful, loyal, peaceful, desire to be of service, nurturing.

Kekuatan saya menurut cahaya pula adalah pada KEYAKINAN & KOMUNIKASI. Menurut Dr Hazil lagi, mungkin sebab itu kejayaan saya adalah dalam bidang saya kini, Internet, perniagaan & motivasi oleh kerana adalah gabungan komunikasi. 

Apa pendapat anda? tepat tak sinar aura ini?

Sebelum start rakaman, suspen juga saya, mana tau… takut-takut aura saya semua yang negatif je keluar 😉

Terima kasih kepada production house yang tidak jemu memanggil saya. Moga pendedahan saya di media dapat menambahkan kepercayaan dan minat kepada perniagaan Internet untuk seluruh masyarakat Malaysia.

Betul tidak bacaan Aura ni, wallahualam. Harapnya ruang ini tidak menjadi ruang debat benar atau palsu konsep aura ini. Bagi yang tak berminat atau tidak percaya dengan aura, anggap sahaja ini adalah antara possibilities of the universe. Macam saya kata, saja suka-suka sahaja, apa pun…

Kejayaan datang dari diri sendiri & semua orang boleh berjaya jika itu yang diusahakan.

Aura Rasa akan disiarkan di RTM tidak lama lagi.

The following two tabs change content below.
Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu usahawan online berjaya. Kini, beliau menjalankan perniagaan di Dubai dan berulang alik Kuala Lumpur - Dubai menajalankan penriagaan di dua benua. Untuk daftar program bersama Irfan Khairi, lawati http://www.OpenEducation.com.my

About Irfan Khairi

Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu usahawan online berjaya. Kini, beliau menjalankan perniagaan di Dubai dan berulang alik Kuala Lumpur - Dubai menajalankan penriagaan di dua benua. Untuk daftar program bersama Irfan Khairi, lawati http://www.OpenEducation.com.my

24 thoughts on “Penggambaran “Aura Rasa”, RTM Bhg 2

  1. Seseorg blh menilai org lain dgn melihat aura di sekelilingnya. Org yg cemerlang dan baik sememangnya mempunyai aura yg kuat positif begitu juga sebaliknya.
    bersihkan hati, dgn sikap baik dan positif dpt membina ketenangan, aura kita akan bertambah kuat. Jadi, amat tepat sekali, kalau anda mahu berjaya, mesti ubah sikap….betul tak ?….

  2. saya percaya pada aura, sebab dalam Islam sendiri ada menyebut tentang aura ini.

    Dalam diri manusia ada 3 jenis aura iaitu, aura fizikal,emosi dan spiritual. Dan setiap aura memberi kelebihan tersendiri.

    🙂

    p.s: Macam mana nak tengok aura ni? Ada alat khas yang digunakan ke,Dr?

  3. Satu topic yang panjang untuk dibincangkan dan sememangnya Doc. mempunyai tenaga aura yang kuat kerana telah pun berjaya Syabas! Irfan. 🙂

    Kepada yang ada kemahiran menganalisa tenaga aura yang ada pada seseorang untuk mencapai sesuatu kejayaan di masa hadapan bolehlah dijadikan produk perkhidmatan anda dalam perniagaan internet. 😀

    Kita semua ada potensi untuk berjaya, cuma kekuatan aura/tenaga kita saja yang tidak diketahui untuk sampai kematlamat yang kita ingin capai. (maksudnya ada yang lambat dan ada yang cepat)

    Hisham;
    â€Jadikan potensi aura kita sebagai motivasi diri untuk lebih berjaya, bukannya sebagai ketetapan untuk masa depan kita – ‘wallahuallam’” 😉

  4. ouh bestnya dapat kenali aura kita….

    dr memang punyai aura yg bgus..eh dik mal penah baca sal aura ni dkt web sis lin comel 🙂

  5. askm, hi semua, shueqry here..

    Saya percaya dengan Aura, segala berkaitan dengannya dan kegunaannya, walaupun tak nampk, tapi ia dapat di rasa.

    Paling penting, saya mahu membantu orang lain, dengan ilmu saya, kepakaran segala apa yang saya ada. Untuk ke arah itu, saya perlu berusaha keras menjadi yang terbaik terlebih dahulu, barulah boleh bantu orang lain. Walau denga apa cara sekalipun (yang halal) saya berusaha untk mencapai matlamat saya.

    Thanks to Irfan for sharing us this tip. Thanks to Allah, for bringing us a helpful person in shape of Irfan Khairi.

    shueqry

  6. Memang hebat aura ! Saya percaya pada aura ni sbb manusia ni bukan saja terdiri dari apa yg tampak pada fizikalnya, tapi juga tenaga yg terhasil spiritual dan tenaga minda kita. Tak tau la itu ke yg membentuk aura… Saya tak la arif psl aura ni. Tapi mmg best klu dpt tau aura kita, dapat gak tgk apa yg positif pd diri kita. Dan yg negatif tu kita ubah supaya menjadi lebih positif.

  7. Saya pun nk tengok jugak rancangan aura rasa nie,setahu saya,bangsa Cina amat percaya pd aura nie.Saya pernah belikan org rumah batu-batu kristal yg dibuat gelang,lepas tengok2 dan pegang2 batu tue,Apek tue masukkan gelang kristal tue dalam satu balang,mcm balang tembikar dan pusingkan keliling tepi bibir mangkuk tembikar tue dgn satu batu jugak(mcm anak lesung)lepas tue ada bunyi berdengung.Saya tanya dia bunyi apa tue,dia kata ini bertujuan utk buang aura jahat dan kotor yg melekat pd kristal tue.Sebelum nie,ramai org dah tengok dan pegang,tak tahu jenis aura yg melekat.Dia nak neutralkan aura batu tue lah.Entahlah,tp,sains sekarang membuktikan mmg setiap benda yg diklasifikasikan sebagai hidup ada mempunyai aura tersendiri.Terpulanglah cara nak imbangkan dan asah aura yg baik supaya semakin tajam dan mantap.Sebenarnya,lebih kepada nak meyakinkan diri sendiri,tak der sapa nk puji kita so,berpeganglah kepada motivasi yg dizahirkan dan ditafsirkan sebagai aura,sekurang-kurangnya pasti ada satu-dua element yg positif dlm dlri kita.
    Bukan batu atau aura yg menentukan,Pokok-pangkalnya,aura yg baik datang dari dalam diri kita(motivasi kpd mereka yg pernah scan aura tapi kurang warna positif)

    Tq.

  8. ramai yang jumpa saya suka mengusik, kata nak salam dengan saya untuk “sedut aura jutawan”. haa… sekarang, semua tau macam mana rupa & warna aura saya 🙂

    Pakar aura yang meneliti aura saya, Hazil mengamalkan cara Islam. Best juga bila masuk tv ni… dapat bacaan aura secara free 😉

    Saya suka quote hisham- thanks!

    â€Jadikan potensi aura kita sebagai motivasi diri untuk lebih berjaya, bukannya sebagai ketetapan untuk masa depan kita – ‘wallahuallam’”

  9. Kalau berpeluang saya pun nak jugak bersalam dgn Manalah tahu,dapat jugak tempias jutawan,kalau tak pun ribuwan…org.tua2 kata ambik berkat,ada cerita agaknya disebalik bersalam nie?Medium untuk memindahkan aura…atau kita boleh rasa kehebatan@ketajaman aura seseorang…

  10. Dr memang memiliki aura yg hebat. Dari aura saya dapat gamabarkan seorang yg ikhlas dan jujur.Berkeyakinan tinggi.

    Saya taklah pandai pasal aura ni…tapi tau lah juga sebab ada pergi seminar Ibrahim dan Hazil sendiri. Cuma sekadar utk pengetahuan je…

    Tapi lepas saya praktikkan apa yang diajar, saya rasakan aura saya semakin kuat. Kadang-kadang tu bila teringatkan kawan lama yg dah lost contact, tiba2 dia tipon saya. Saya pun tak tau macam mana dia dapat no h/p saya.Contoh je…mungkin kebetulan.

  11. Wah! menariknya topik ini. Cuma saya harap kepada rakan-rakan yang mungkin telah merakam gambar auranya dan tahu auranya, jangan terlalu bergantung dengan aura tersebut terutama sekali kalau aura itu negatif. Saya pun percaya pada aura itu. Cuma kalau kebetulan anda terkena aura yang negatif jangan bersedih. Anda boleh menukarnya pada bila-bila mengikut mood anda sendiri. Kalau anda sentiasa ceria, kalau anda sentiasa bersemangat aura anda akan positif. Jadi kalau nak rakam gambar aura tu pastikan anda bukan berada dalam keadaan bad mood.

    http://geocities.com/alihanafiah76

  12. Salaam Irfan Khairi. Saya amat kagum dgn idea dan kejayaan Irfan. Sekarang ni takde promotion utk kursus2?

    Saya baru joined satu company yg ada lebih 10,000 members. Mungkin Irfan boleh bagi kursus dengan discount yang baik kalau Irfan boleh datang company utk bagi kursus regularly, gradually, 50 by 50 people ke?

    Saya harap saudara Irfan dapat email saya personally.

    Thanks Irfan.

    Nazree

  13. Saya agree bila bagi mention “kejayaan datang dari diri sendiri”….dan berusaha untuk mencapainya…thanks..teruskan berusaha…

  14. wowo… yang cam dalam buih tu ker auranya… memang am sendiri faham tentang kewujudannya… bagaimana kalau kita nak buat cam yang buat ni…

  15. Eh!…saya dah banyak kali dah bersalam dengan Irfan ni, nampaknya tak lama lagi boleh jadi jutawanlah 🙂 hihihi…gurau-gurau je!

    Anyway, sefaham saya tentang AURA ini, ianya adalah sejenis TENAGA yang berada disekeliling kita. Kuat tenaga dalaman kita, kuatlah AURA itu dan colourful lah warnanya.

    Masyarakat Jepun sudah lama mengamal tenaga aura ini untuk kesihatan dan perjalanan hidup mereka yang digelar REIKI yang bermaksud TENAGA AURA.

    Begitu juga seperti amalan masyarakat cina, YING & YANG yang bermaksud ANGIN & AIR semuanya tercetus dari sejenis TENAGA.

    Dalam Islam pula, sememangnya sudah lama menggunakan TENAGA AURA ini. Cuma kita selalu dengar TENAGA BATIN…tenaga dalaman. You all kalau nak tengok AURA ini pun boleh sebenarnya. Cuba renung kawan anda dan fokus, concentrate betul-betul, tengok di sekelilingnya. Lama-lama anda akan nampak aura itu dengan sendiri…:)

    Panjang pulak saya bercerita kali ni… saja nak berkongsi pengalaman.

  16. wuyooooooooooo … berapi2 aura dia tu… kalu nampak berapi2 yang marak mcam mana yer? tentu lari lintang pukang dibuatnya…

    bukan aura lagi tapi apiiiiiiiiiii….!

  17. Aura yg besar amat penting dalam diri kita. Besarnya pengaruh seseorang dalam masyarakat bergantung pada saiz auranya.

    Irfan punya saiz aura yang besar, sebab tu beliau HEBAT dan TERKENAL di kalangan masyarakat.

    Cerita aura ni bukan boleh dikategorikan sebgaiboleh percaya atau tidak boleh percaya. Ini kerana AURA INI SAINTIFIK dan TERBUKTI.Malah Aura kita adalah DIRI KITA yang kita tidak nampak.

  18. asslmualaikum wbt…aura adalah terdiri dari tujuh kaler sama jer ngan kaler2 pelangi tuh…Merah Jingga Kuning Hijau Biru Indigo Ungu….dan depend on kita punya amal ibadat,tahap keyakinan,sosial rohani penyakit medis n no medis,pendek kata semuanya kita dapat tahu tentang seluruh aspek diatas diri sesorang itu melalui aura..aura boleh dilihat melalui satu kamera khas yang dipanggil kamera kirlian…boleh dirujuk di http://www.aura.net satu sumber yang konkrit dalam mempelajari tentang pengetahuan pasal aura…itu saja sekian terima kasih semua…salam kebangkitan KHALIFAH ISLAMIYAH!!!!!www.aurajihad.blogspot.com

  19. Asslamu’alaikum wrb
    Salam dari Semarang, Indonesia.
    Wah …… kami perlu penjelasan sepenuhnya, untuk mengetahui tentang AURA dan penggunaan dalam kehidupan sehari-hari.
    And salam bagi pengguna web ini.
    Wassalam wrb.

  20. boleh saya tau lebih lanjut tentang aura??
    bagaimana nak chek aura kita?
    siapa-siapa yang ada kemahiran ini dan boleh buat kursus ke…?
    untuk student contohnya…..

Leave a Reply

Your email address will not be published.