Hampir satu tahun lalu saya ada menulis ura-ura mengenai “Tip Satu Minit Menjadi Program TV?” Malangnya, ura-ura pada ketika itu tidak menjadi :( takde rezeki! Kerana terdapat masalah teknikal sedikit dengan production company yang memberi proposal tersebut… lagi pun, ura-ura sahaja masa tu- belum masuk studio penggambaran pun.

Tetapi, berita terbaru untuk pembaca Tip Satu Minit, saya tak mahu meletakkan harapan anda tinggi sangat sebab perancangan tahun lepas tak menjadi, tetapi, perkembangan terbaru…

Hari ini saya menjalankan satu penggambaran pilot untuk Astro! Saya mengendalikan satu segmen khas memberi Tip - tapi bukan satu minit… sebab diberi dalam 6-7 minit. mungkin “Tip Irfan Khairi” (belum tetapkan nama segmen lagi). Pilot maksudnya rakaman pertama. Sekiranya tiada aral melintang dan pihak Astro setuju, maka, segmen saya akan menjadi segmen tetap setiap minggu :)

brief.jpg   

…Gambar di atas, breifing oleh Mr Kam
Gambar di bawah, di set…

set.jpg

Sekiranya semua berjalan lancar, ia merupakan suatu yang baru untuk industri Internet Malaysia!- Pertama kali (?) blog menjadi segmen di TV. Mana lah tahu lepas ni boleh saya kendalikan program macam Aznil ke, AC ke, Kak Nita ke… 

Kalau ada rezeki kali ini! Jadi, doa-doakanlah orait? Cayalah! <— boleh jadi trademark saya kat TV ni  :)

Pendapat Anda?

Tip Satu Minit yang berkaitan:
  • “Jutawan” bersama pakar motivasi; Dato Dr Fadzilah Kamsah!
  • Soal Jawab Mudah Perniagaan Internet
  • Rakaman Gedik Santai, TV3
  • Rakaman album di KRU Music Group