Salah satu idola perniagaan saya adalah Donald Trump- siapa tak kenal? Donald Trump telah memberi demonstrasi terbaik bagaimana perniagaan perlu evolve. Daripada tycoon hartanah, menjadi personaliti TV (Apprentice), dan juga kini memasuki industri pendidikan melalui Trump University.
Perniagaan saya kini juga memasuki industri yang baru. Tidak lama lagi akan wujudnya Irfan Khairi Publishing- menerbitkan buku-buku perniagaan tempatan dan juga luar negara. Buku pertama yang masih dalam proses penerbitan bertajuk “I Walked The Dollar” tulisan Dr Saiful Bahri. More about this book later.
Tip kali ini adalah untuk anda flexible & evolve. Walaupun saya sering mengingatkan anda untuk fokus dalam industri anda (niche), tetapi, apabila perniagaan semakin besar, experiment dengan industri lain seperti mana Donald Trump lakukan dan mengembangkan jenamanya.
Insyaallah Irfan Khairi Publishing akan mengeluarkan buku pertama bulan depan. Irfan Khairi Publishing akan mengeluarkan buku-buku perniagaan sahaja (Business Books). Selepas ini pula agak-agaknya industri apa pula saya akan cuba? tunggu dan lihat! :)
Kesemua ini adalah strategi Multiple Streams of Income. Bukan setakat produk yang pelbagai sahaja, tetapi, industri yang pelbagai.
ps: Memasuki industri baru, perlu lengkapkan ilmu juga. Saya mempunyai latar belakang dalam publishing sejak di ITM lagi ketika bekerja dengan Evergreen Publishing (syarikat yang keluarkan komik-komik Hongkong bahasa Malaysia- Raja Rimba, Alam Perwira, Pedang Setiawan dan sebagainya). Jadi, publishing, bukanlah suatu yang baru untuk saya
Tip Satu Minit yang berkaitan:






