Wang & Keluarga (Bahagian 2)

Bersambung di: Wang & Keluarga (Bahagian 1)

Apabila anak semakin membesar dan faham tentang wang, libatkan mereka dalam perbincangan kewangan. Sememangnya tidak perlu memberitahu jumlah atau nilai kewangan secara tepat, tetapi, galakkan mereka berfikir dalam bentuk yang lain. Sebagai contoh, cuti sekolah akan tiba tidak lama lagi, berbincang dengan keluarga perancangan aktiviti yang ingin dilakukan.

Mungkin ingin pergi melancong jauh, sekiranya dalam bajet anda, maka bincang cara bagaimana hendak meminimakan kos melancong. Ataupun ingin pergi di tempat yang lebih dekat dan dapat membelanjakan lebih sedikit wang pada perkara-perkara lain. Beri pilihan supaya anak dapat melihat pilihan hidup yang perlu dilakukan dalam soal kewangan.

Ada juga kes saya sering dengar dimana isteri amat peka tentang simpanan dan menjana pendapatan untuk keluarga, tetapi, si suami pula sering menggunakan wang untuk gajet-gajet serta keretanya. Tidak kurang juga keadaan di mana suami amat ambil berat kewangan keluarga tetapi isteri pula sering membelanjakan pada pakaian dan aksesori. Masalah kewangan adalah isu yang amat menekankan, sehingga menjadi antara sebab perceraian.

familymoney

Oleh itu, matlamat kewangan antara suami dan isteri perlu sejajar. Satu cara untuk melakukan ini adalah untuk berikan masa setiap mingu untuk memantau kewangan keluarga. Pernah saya menyebut, masalah kewangan adalah seperti masalah kesihatan. Perlu di kesan pada tahap awal supaya tidak merebak dengan lebih teruk dalam keluarga.

Dengan meletakkan masa setiap minggu berbincang tentang kewangan, ini memastikan matlamat kewangan adalah sejajar setiap masa. Bincang dan tetapkan bajet mingguan dan bulanan.

Soalan pembaca:
Berinteraksi mengenaiĀ  kewangan, perniagaan & motivasi di Facebook Irfan Khairi di www.facebook.com/irfankhairi.fb Tanyakan soalan anda di sana!

Syed Izwan, Petaling Jaya:
Irfan, saya telah mula mengupah anak saya dengan kerja-kerja rumah, dan apa yang terjadi kini adalah anak saya mula berunding meminta upah yang lebih šŸ˜‰ Apa perlu saya lakukan?

Tahniah! Anda telah berjaya mendidik anak anda tentang kewangan. Apa yang terjadi adalah anak anda menghargai wang dan usahanya. Tambahan, anak anda menyuarakan kenaikan upah juga perlu dilihat sebagai sesuatu yang positif oleh kerana mempunyai kemahuan dan juga keberanian berunding- satu skil yang amat baik dipupuk ketika muda.

Apa yang anda boleh lakukan adalah, galakkan perbincangan dan perundingan. Capai sesuatu yang dipersetujui oleh kedua belah pihak. Mungkin untuk menaikkan upah, perlu membuat kerja tambahan. Apa pun, keadaan ini adalah proses perbincangan kewangan yang diperlukan.

Soalan pembaca:
Berinteraksi mengenaiĀ  kewangan, perniagaan & motivasi di Facebook Irfan Khairi di www.facebook.com/irfankhairi.fb Tanyakan soalan anda di sana!

Farouk bin Hassan, Langkawi:
Apakah pendapat Irfan Khairi memberi kad kredit suplimen kepada ahli keluarga termasuk isteri dan juga anak-anak?

Memegang kad kredit memerlukan tanggungjawab yang besar. Baru-baru ini juga diumumkan begotu ramai pemegang kad kredit muflis akibat tidak bertanggungjawab dalam penggunaan. Anggap kad kredit sebagai satu kemudahan tidak membawa wang tunai, dan bukan untuk berhutang. Daripada kad kredit, apa kata galakkan penggunaan kad debit dikalangan keluarga

Dengan cara ini, anda dan juga ahli keluarga yang lain mendapat manfaat tidak membawa tunai yang banyak serata tempat, di samping dapat mengajar tanggunjawab untuk sentiasa hadkan perbelanjaan pada wang yang sedia ada dalam akaun kad debit. Keadaan menang dan menang!

The following two tabs change content below.
Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu usahawan online berjaya. Kini, beliau menjalankan perniagaan di Dubai dan berulang alik Kuala Lumpur - Dubai menajalankan penriagaan di dua benua. Untuk daftar program bersama Irfan Khairi, lawati http://www.OpenEducation.com.my

About Irfan Khairi

Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu usahawan online berjaya. Kini, beliau menjalankan perniagaan di Dubai dan berulang alik Kuala Lumpur - Dubai menajalankan penriagaan di dua benua. Untuk daftar program bersama Irfan Khairi, lawati http://www.OpenEducation.com.my

One thought on “Wang & Keluarga (Bahagian 2)

  1. Perkongsian yang sangat baik. Banyak yang bermanfaat jika ilmu dikongsikan. Kini saya mempunyai website dan blog sendiri dari tangan saya sendiri. Semuanya hasil tunjuk ajar sifu IK dan staf. Terima kasih dan jasamu dikenang dalam dunia IT.

Leave a Reply

Your email address will not be published.