10 faktor Menjadi Jutawan! (Bahagian 1)

Menurut buku the Millionaire’s Mind tulisan Dr Thomas Stanley yang memuatkan survey yang dijalankan ke atas beribu jutawan, terdapat 10 faktor kejayaan seseorang jutawan. Berikut adalah carta bermula dengan nombor sepuluh…

10. Kemahiran menjual produk dan idea sendiri

Memang tidak dapat dinafikan lagi bahawa kebanyakan jutawan datangnya daripada bidang perniagaan. Sebagai usahawan, apa yang penting adalah kebolehan seseorang itu menjual produk dan idea mereka. Seringkali mereka adalah tergolong dalam kalangan orang yang bijak berkomunikasi, terutamanya komunikasi dalam menjual produk, perkhidmatan dan juga idea sendiri.

9. Cekap dalam pengurusan

pengurusan

Mencapai tahap jutawan, bukanlah one-man-show. Seringkali ia memerlukan bantuan orang lain. Jadi, salah satu faktor untuk menjadi jutawan, anda perlu cekap dalam menguruskan diri, perniagaan dan juga orang lain. Pengurusan yang cekap akan menentukan segala kerja  berjalan dengan lancar.

8. Mempunyai semangat persaingan yang tinggi

Kebiasaannya untuk mencapai suatu kejayaan, kita perlu bersaing – sama ada dalam perniagaan atau dalam tangga korporat. Namun begitu, persaingan yang paling penting sekali adalah persaingan dengan diri sendiri, iaitu untuk mencapai kejayaan yang lebih besar daripada pencapaian kita sebelum ini setiap masa. Faktor ini juga cukup penting untuk memastikan diri anda boleh menjadi jutawan.

7. Mempunyai kualiti kepimpinan yang tinggi

Hanya 2% sahaja daripada kita adalah ketua yang boleh memimpin. 2% itulah seringkali mereka yang berada di kedudukan teratas dalam industri masing-masing. Pepatah berbunyi “Leaders are readers,” mereka yang memimpin selalunya banyak membaca untuk menambahkan ilmu dalam bidangnya tersendiri. Dengan ilmu, ia akan memudahkan kita mengurus dan mengetuai industri kita kerana ia merupakan faktor kepimpinan yang berkualiti untuk memastikan seseorang mampu menjadi jutawan.

6. Mencintai karier dan perniagaan

Tidak dapat dinafikan lagi, mereka yang bergelar jutawan sememangnya melakukan apa yang mereka suka. Tidak kira sama ada bekerja makan gaji ataupun menjalankan perniagaan, mereka adalah peminat setia kepada industri yang mereka jalani. Mencintai karier dan perniagaan masing-masing adalah bagaikan petrol yang tidak akan kontang bagi sebuah kereta. Keghairahan akan membawa kita mencapai kejayaan tanpa mengira penat lelah.

[Bersambung di “10 faktor  Menjadi Jutawan! (Bahagian 2)”]

The following two tabs change content below.
Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu insan menjalankan hidup yang lebih bahagia dan kaya melalui perniagaan. Untuk mendapatkan Irfan Khairi sebagai speaker atau ketahui program-program yang dikendalikan, hubungi 03-77292277 (save kan nombor ini) 😉

About Irfan Khairi

Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu insan menjalankan hidup yang lebih bahagia dan kaya melalui perniagaan. Untuk mendapatkan Irfan Khairi sebagai speaker atau ketahui program-program yang dikendalikan, hubungi 03-77292277 (save kan nombor ini) ;)

2 thoughts on “10 faktor Menjadi Jutawan! (Bahagian 1)

  1. Salam IK,

    Saya sangat bersetuju tentang mencintai karier dan perniagaan, saya ambil contoh diri sendiri, tak kisah lah orang lain ddk ckp elok buat biz saham la, biz emas la, namun saya tak minat, lagi elok saya fokuskan kepada bisnes yang saya minat kan, iaitu biz ebook dan biz telekomunikasi 🙂

Leave a Reply

Your email address will not be published.