Tue 21 Oct 2008
Baru-baru ni saya baca akhbar The Edge dan artikel yang menarik dan tertarik minat saya menceritakan tentang 10 orang terkaya di malasyia rugi hampir RM20billion (on paper) secara keseluruhan akibat krisis ekonomi sejak beberapa minggu lepas.
Nama-nama termasuk Robert Kuok, Lim Goh Tong Family, Tan Sri Mokhtar Bukhari dan lain-lain…
Bayangkan, 10 orang terkaya Malaysia kerugian RM20billion… BILLION. Bukan million tu!
So, siapa kata kalau ada duit banyak, tiada masalah? ![]()
Jadi, bagi kita yang dalam krisis kewangan, beringat-ingat selalu dan bersyukur dengan apa yang ada. Bukan bermaksud takde wang masalah… ada wang pun, masalah lain pun datang juga. Tapi, ia bergantung kepada diri sendiri bagaimana reaksi kita kepada sesuatu masalah.
Tahukah anda Donald Trump pernah rugi & hutang berbillion, kemudian dengan usaha dan bijak melihat peluang, beliau dapat kembali and made billions more?
Bagi 10 orang terkaya di Malaysia, saya pasti mereka tidak akan duduk diam, tetapi akan cari peluang-peluang lain untuk dapatkan kembali RM20billion tersebut walaupun dalam keadaan krisis ekonomi. Kita bagaimana?
Kongsikan artikel ini di Facebook anda!
Pendapat Anda?Tip Satu Minit yang berkaitan:


October 21st, 2008 at 9:28 am
Yup beringat ingat ketika senang…mungkin ada yang boleh start saving income at least 10% a month
October 21st, 2008 at 9:32 am
Salam;
Keadaan ekonomi yang semakin meruncing di Amerika Syarikat sedikit sebanyak memberikan kesan di rantau ini dan Malaysia tidak terkecuali. Walaupun bahangnya masih belum terasa namun saya dan anda perlu mengambil satu pendekatan positif untuk meningkatkan cash flow dan memastikan perbelanjaan berada di tahap yang boleh di kawal.
Yang penting adalah untuk anda membuat perancangan yang teliti dan fokus kepada apa yang telah anda pilih.
Mungkin;Inilah masa nya untuk anda memulakan strategi merancang untuk menambah pendapatan sampingan anda semasa kemelut ekonomi semasa sekarang ini !
BERTINDAK SEKARANG!!
.
October 21st, 2008 at 9:39 am
Saya ada berjumpa seorang jutawan di Malaysia baru-baru ni..Beliau pun mengalami kerugian, berjuta-juta ringgit..
Pemikirannya untuk mengejar balik dan menampung balik kerugiannya amat saya kagumi..
Beliau bermula dari bawah, saya rasa tidak ada sebab beliau tidak dapat atasi masalahnya..
P.S. Mendengar cerita pengalaman seseorang yang telah berjaya tentang bangun jatuhnya, adalah satu pengajaran yang amat berguna sekali.
October 21st, 2008 at 9:46 am
saya tak rugi ..huhuhuh…saya tak kaya lagi
October 21st, 2008 at 9:56 am
Kesianlah kat mrk ni. Kita yg sekecil semut ni, beringatlah. Jangan jadi “anjing dgn bayang-bayang”. Biar kecil, lakukan hingga berhasil. InsyaAllah bisnes tak akan jadi kerdil.
October 21st, 2008 at 10:16 am
Saya terkejut baca topik ni… sampai begitu sekali teruknya keadaan ekonomi skrg… saudara irfan… saya baru tahu ttg online bsns ni pd Mac 2008 (1st time tgk irfan kat MHI), sejak tu, saya berniat nk buat internet bsns sendiri. Saya ada baca tip irfan ttg “boostrap”. Saya xde PC di rumah, jadi saya ikut nasihat irfan supaya biar bermodalkan kecil2 & slowly kembangkan bsns tanpa perlu ambil loan dr bank atau sedara mara. Tapi spai skrg Okt 2008, saya masih belum mampu buat savings utk beli komputer (gaji keje fulltime pun ciput je) & dr Mac - Okt, saya dah rugi 8 bulan. kalau saya dah ada PC, 8 bulan tu saya dah boleh gunakan utk bljr buat webpg sendiri & test market (kalu org lain buat webpage, charge mahal).
Boleh ke irfan bg nasihat utk kes saya ni?
October 21st, 2008 at 10:40 am
Sememangnya di dalam perniaggan kita akan mengalami bangun dan jatuhnya. Semua itu bergantung kepada kita bagaimana nak mengahadapinya dengan ‘SMART’ dan ‘STRONG PLANNING’.
October 21st, 2008 at 11:05 am
Ini semua business cycle…turun naik adat orang berniaga, kita yg berniaga secara kecil2an pun mengalami juga apatah lagi yang besar2 begitu…yg penting bak kata Dato’ Dr Fadzilah Kamsah….itu bukan rezeki kita!
Insyaallah, yakin dengan rezeki yg Allah bagi…usaha dan bertawakal kpdNya.
October 21st, 2008 at 11:13 am
The most important thing is Motivation!
I selalu rakam astro channel 707 travel. 1 slot cite pasal billionair in world. Ade sorg billionair ni dari US jumlah kekayaan USD200billion. Dia kata ” kalu saya jatuh hari ini.. pagi esok saya akan bangun kembali mulakan balik segalanya dengan usaha dan kerja keras”. Semua billionair dalam slot tue berasal dari orang yang begitu susah dan miskin. Dorg kerja utk diri sendiri menghabiskan masa 24jam sehari. So no short-cut!
October 21st, 2008 at 11:15 am
saya pun krisis ekonomi ni ada juga rugi. tapi tak lah bermillion… atau berbillion.
beribu-ribu ada lah
dan seperti orang-orang lain, wang pelaburan pun dikeluarkan untuk cut losses. maka, semakin meruncinglah ekonomi!
saya rasa kegawatan ekonomi akan dibawa sampai tahun depan. jadi, harapnya ramai antara kita perlu lebih bersedia dan memulakan perniagaan.
-ik
October 21st, 2008 at 11:28 am
Terima kasih atas nasihat kali ini…
Membuatkan saya untuk sentiasa bersyukur dan berhati-hati dalam soal pengurusan kewangan…
www.bizkutraya.com
October 21st, 2008 at 11:32 am
Kadang-kadang kita sentiasa berkata yang kita sudah banyak rugi, banyak kehilangan tetapi tanpa kita sedar orang lain lagi banyak lost daripada kita.
Bila saya merintih pada Sifu saya ni yang saya kerugian, tak sangka pulak Sifu saya sendiri pun rugi juga. TETAPI, beliau pandai mencari peluang untuk mendapat dalam duk rugi tu. so…
Peringatan sebegini, adalah semata-mata mahu kita lebih cekal, bersungguh-sungguh dan tidak berputus asa! Great Reminder Sifu
October 21st, 2008 at 11:35 am
hui, rugi berbilion?
igt kan drg rugi juta2 atau ribu2 jer..
October 21st, 2008 at 11:39 am
salam buat irfan dan pengunjung IK,
saya pernah baca satu cerita tentang seorng usahawan perkapalan bumiputra mencritakan beliau kerugian berjuta-uta ringgit semasa kegawatan ekonomi lepas dan beliau berusaha untuk bangkit semula. sikap beliau yang saya kagumi adalah beliau tidak sesekali lari daripada masalah hutang dan terus berusaha mengatasinya. hinggakan diterbikan sebuah buku mengenainya. sikap ini harus ada pada seorang yang bercita-cita menadi jutawan seperti saya terutamanya. bukan berapa banyak jumlah kerugian tetapi bagaimana sikap untuk mengatasinya dan memperolehi lebih banyak lagi di masa hadapan. peluang sentiasa ada bagi yang cepat membuka mata dan minda
October 21st, 2008 at 11:46 am
Jimat Cermat pada masa sekarang adalah langkah terbaik..So kena bijak untuk mencari peluang untuk bebas kewangan..
Thanks IK pd reminder nie..
So saya xnak jd terlalu kaya..sedang2 je..bebas kewangan sudah mencukupi..
October 21st, 2008 at 11:58 am
Kegawatan ekonomi ini,menyediakan platform yang amat baik untuk semua melabur ke saham syarikat yang stabil kewangannya.
Warren Buffet,orang terkaya di dunia,sedang sibuk menganalisa status kewangan syarikat syarikat besar dan kemudian melabur untuk mengaut keuntungan apabila ekonomi pulih kemudiannya.
Kita bagaimana?
October 21st, 2008 at 12:10 pm
So, seorang purata rugi 2 billion la?
Mm..tapi bagi tycoon2 ni dah memang ‘game’ diorang kan..
Cuma camna nak kawal emosi lepas rugi dan atur langkah nak buat ‘comeback’ tu yang tak semua boleh.
IK pernah rugi besar ke dan apa yang IK kata pada diri sendiri tuk buat ‘comeback’.
Tolong share sikit.. Thanks.
October 21st, 2008 at 12:39 pm
Sekadar renungan..
Adakalanya, harta kita hilang kerana ada hak orang lain dalam harta tersebut.
Jika kita tidak tunaikan hak orang lain melalui harta tersebut, maka Allah akan ambilnya sendiri daripada kita (kadang-kadang dengan cara yang kita tidak mahu).
Naau’zubillahiminzaalik
October 21st, 2008 at 12:40 pm
post nie betul-betul buat saya teruja dan bersemangat lagi meneruskan bisnes. terima kasih ik.
October 21st, 2008 at 12:49 pm
Saya ada soalan: Dengan krisis ekonomi sekarang, adakah perniagaan internet juga mengalami krisis?
October 21st, 2008 at 12:54 pm
Salams,
Wah asyik orang cakap pasal rugi jer kat sini. Boleh saya change momentum sikit..
Nak tahu juga apa yang dorang rugi tu?
Kalau stock nak tahu apa stock.. boleh juga kita invest sikit sikit in that failing stock..Mana yang jatuh boleh naik juga…:)
Think positive.
Ada orang merungut ajer biler ekonomi jatuh tapi ada juga yang happy kerana pelbagai “OPPORTUNITY” opens up.
Dari Singapore
http://www.fadzuli.com
October 21st, 2008 at 1:20 pm
Ya, mmg billionaire di Malaysia rugi berbilion2..tp amat padan la dengan saiz bisnes diorang..Walaupun tahun ni rugi berbilion2, tetapi mereka dah bertahun2 mengaut keuntungan berbilion2 juga..Krisis ekonomi sekarang ramai juga yg menjadi kaya..Ada org become richer during bad time (economy crisis) dan ramai juga menjadi miskin during good time. Bergntung kepada strategi masing2..
October 21st, 2008 at 1:25 pm
Cik Rahmah : Anda tidak perlu tunggu sehingga anda ada PC atau berhutang untuk beli PC dan teruskan perniagaan internet anda. Anda boleh pergi ke cyber cafe. Mulakan perniagaan/proses pelajaran anda dari sana. Cost mungkin RM2.50 sejam, lebih murah. Saya pun takde PC juga, selama saya menyambung pelajaran dlm degree, tugasan saya dibuat di cyber cafe. ALHAMDULILLAH, selesai juga. Dari situ nanti bangunkan perniagaan anda dan kumpul keuntungan untuk beli PC.
October 21st, 2008 at 2:05 pm
Pada pandangan saya,
negara kita telah mengahrungi krisis ekonomi pada tahun 87 dengan 97/98 tetapi syukur Alhamdulilah kerana negara kita berjaya mengharungi 2 badai krisis ekonomi itu dengan baik dan bahkan terbukti juga selepas 2 era krisi ekonomi tersebut, negara kita bukan sahaja pulih tetapi bahkan juga menjadi lebih baik daripada sebelum recession. Saya rasa negara kita juga tidak akan mempunyai sebarang masalah untuk menghadapi recession kali ketiga memandangkan kita sudah mempunyai pengalaman menghadapi recession kali pertama dan kali kedua. Permasalahan di sini ialah bukan kenapa recession itu datang tetapi bagaimana kita menghadapinya kelak.
October 21st, 2008 at 3:31 pm
Tapi kalo kita tengok pada 87 dan 97 krisis yang berlaku lain berbanding sekarang ni…pada pemerhatian saya pada keadadan syarikat kewangan tak der lah sampai muflis…sekarang ni kebanyakan kerajaan mengambil lankah menyuntik modal kedalam institusi perbankan untuk menghalang bank dari Muflis seperti yang terjadi…dan of course apa yang terjadi pada kita telah mula diikuti oleh mereka…as u wish Media Store2u harap kita dapat menharungi sekali lagi…tak der sistem yang tak bermasalah..
October 21st, 2008 at 3:34 pm
Banyak tu RM20 bil.
Nak dapat keuntungan yang besar tak dapat lari dari risiko yang juga besar.
Mereka yang billionaire sure dah ready dengan macam2 strategi nak atasi semua tu, kalau tak takkan dapat tahap billionaire
October 21st, 2008 at 3:59 pm
salam,
nak kongsi pengalaman sikit;
saya dah 10tahun menjalankan food biz, sejauh ni saya tak pernah terjejas sekiranya ada kegawatan ekonomi, alhamdullilah.
in other words, food biz is a lucrative biz i must say..
awal tahun ni saya sertai workshop IK, namun saya belum bersedia menjalankan intrnt biz, terlalu sibuk dgn kerja yg sedia ada.
(harap2 dpt mulakan secepat mungkin)
saya seru kpd anda yg under employment, mulakan lah biz sampingan dari sekarang(walaupun kecil), so that ada side income.
ps/ IK pun mula dari kecil(small scale)
terima kasih
October 21st, 2008 at 7:12 pm
Dalam krisis 1997/98, ada seorang usahawan tempatan yang membuka bisnesnya dalam tahun kegawatan. Hari ini bisnes itu masih bertahan dan tip-tip yang dipelajari ketika berhadapan dengan kejatuhan dan saat hampir bisnes bungkus dijadikan autobiografi.
Kali pertama saya membaca buku beliau, saya ada persepsi ini cerita bisnes juta-juta, tak sesuai dengan bisnes saya. Tetapi setiap satu formula survival sepanjang beliau mengusahakan bisnes menjadi sangat relevan.
Sebagai pengusaha buku pilihan secara online, saya katakan inilah buku cara bisnes zaman gawat. Tuan IK pasti sudah membaca buku Skali oleh Tengku Farith Rithaudeen. Kerana ia dapat membantu memberi tip dan memotivasikan bisnes kecil, ia diterjemah ke dalam bahasa Melayu.
Sebuah lagi, buku Memulakan Bisnes Sendiri. Ini adalah buku paling provokatif membicarakan bahawa tanda bisnes itu akan tutup apabila ia mempunyai tiga keadaan.
Mempunyai lebihan wang yang banyak
Mengalami keuntungan yang tinggi
Mengalami situasi laku yang tinggi
Terkejutkan? Tetapi berdasarkan kes studi yang ditunjukkan dalam buku ini, ya ia memang benar dan tiga ciri ini yang menjadikan ramai usahawan merasakan bisnes mereka dalam keadaan selamat.
ZAMRI MOHAMAD
http://bukubisnes.zamrimohamad.com/
October 21st, 2008 at 7:47 pm
Senang aja.. Kalau mau jadi jutawan usahanya kena lebih tapi caranya biar betul dan halal. Selamat berkarya usahawan semua.
October 21st, 2008 at 9:09 pm
Ketika krisis 1997, seorang jutawan besasr Thailand jatuh bangkrap. Esoknya dia menolak kereta sorong buat jualan makanan di tepi-tepi jalan. Tak lama lepas tu dapat perhatian media. Kerana semangat yg ditunjukkannya, dia dipanggil untuk bagi ceramah2 motivasi.
October 21st, 2008 at 11:09 pm
Salam IK,
Lumrah dalam bisnes, ada untung ada rugi. Tetapi bagi billionaire2 tu pasti mempunyai banyak pengalaman dan tahu bagaimana nak mengatasi masalah ini.
Kita tak dapat mengelak dari berlakunya keadaan ini tambahan pula dengan sesuatu perkara di luar jangkaan bila ianya akan berlaku(walau telah mengetahui akan hal ini pasti akan berlaku). Dengan adanya penyediaan perkara-perkara seumpama ini ibarat menyediakan payung sebelum hujan, walau hujan yang lebat sekalipun taklah basah kuyup ye tak?
Wassalam…
www.glowglokal.com
October 21st, 2008 at 11:18 pm
masalah global…masalah global…:)
October 22nd, 2008 at 12:36 am
Saya quote yang IK tulis ni:”saya pasti mereka tidak akan duduk diam, tetapi akan cari peluang-peluang lain untuk dapatkan kembali RM20billion tersebut walaupun dalam keadaan krisis ekonomi”. Ni le yang patut kita contohi, mereka tidak lari dari masalah tapi cari jalan untuk menghadapinya
October 22nd, 2008 at 9:15 am
Org kata besar poket kita maka besar lah duit kita hilang. Tapi dari kehidupan peribadi mereka x ada lah masalah sampi nak cut perbelanjaan makan….
“gambate”…
October 22nd, 2008 at 12:12 pm
“Gambate”?
October 22nd, 2008 at 2:08 pm
Kebanyakan orang mcm mereka ni
sedar bahawa aset terbesar mereka
datang dari minda.
Donuld Trump mampu mengubah keadaan
bankrup menjadi lebih kaya dan megah
sekarang kerana beliau hanya kehilangan
harta tapi tidak dari segi pemikirannya
kritikal dan oportunisnya.
October 22nd, 2008 at 2:28 pm
…kita kena usaha untuk diri, dan bila berjaya kelak boleh bantu rakan2 yg lain. be motivated n be supportive.
October 22nd, 2008 at 2:50 pm
MOG,
memang benar 87 dan 97 punya recession tak sama cam sekarang. Kalau sama, dah tentu negara kita tak mempunyai masalah besar untuk menghadapinya kerana sudah mempunyai pengalaman.
Itulah gunanya pembelajaran. Kalau kita tak menghadapi sesuatu masalah yang baru, kita takkan dapat belajar sampai bila-bila bagaimana nak atasinya.
Saya percaya negara kita takkan terlepas dari badai recession buat kali ketiga berdasarkan pengalaman recession kali pertama dan kali kedua. Namun begitu, apa yang paling penting ialah bagaimana kita dapat mempelajari sesuatu daripadanya. Sekiranya anda boleh lihat pada recession kali pertama dan kali kedua, apa yang berlaku selepas itu, negara bukan sahaja pulih tetapi menjadi lebih baik daripada keadaan sebelum recession.
“Dalam racun, ada penawar. Dalam penawar, ada racun”. Begitulah sebaliknya dengan perihal recession ini. Dalam masalah, pastinya ada peluang. Kita boleh mengambil sedikit bahagian ilmu apa yang pernah kita hadapi ketika recession 87 dan 97 bagi menghadapi recession pada kali ini.
Saya teringat pepatah inggeris yang mengatakan “To solve the problem, you must face it, not avoid it” atau dalam Bahasa Melayunya ialah “Untuk menyelesaikan masalah, anda perlu menghadapinya dan bukan menggelakkannya”. Ini kerana selagi kita cuba lari daripadanya, kita takkan tahu bagaimana nak mengatasinya.
October 22nd, 2008 at 4:16 pm
Nak mintak nasihat dari kwn kwn .Saya dah lebih kurang 10 thn menjalankan perniagaan komputer sales & services.Business nak kata ok biasa aja kais pagi mkn pagi.Yg jadi masaalah hutang mankin bertambah.Apa pandangan tuan
October 22nd, 2008 at 5:19 pm
Huh.. rasa penat kita yang mendengar berita tu,apatah lagi bagi mereka yang menanggungnya.. tetapi moralnya ialah usaha mereka untuk mengembalikan kestabilan ekonomi mereka..kita patut contohi usaha mereka,..
aida6907.blogspot.com
October 22nd, 2008 at 5:56 pm
Salam utk semua,
Dah lama tk beri pendapat …
Setuju sangat dgn pendapat Amalia tu. Setiap yg berlaku itu adalah ketetapanNya dan pasti ada hikmahnya.
October 23rd, 2008 at 12:10 am
salam;
Orang terkaya walaupun rugi masih kaya daripada kita.
Yang penting sekarang kita kena berusha lebih agar menjadi lebih baik daripada keadaan sekarang.
Kerja dan usha lebih kuat tapi jangan sampai tak cukup rehat, tinggal perintah tuhan ,abai keluarga dan sebagainya nanti jadi lebih miskin (kesihatan, keluarga, agama dsbgnya.
Kena lebih kreatif, bersemagat mencapai impian
October 23rd, 2008 at 10:38 am
Nikmat yang diperolehi bukan untuk dibanggakan jauh sekali untuk disalah gunakan…
Nikmat yang diperolehi adalah untuk disyukuri, Nescaya akan terus bertambah rezeki…
Penghalang kepada kesusahan ialah bersyukur pada Tuhan atas nikmat yang diberi…
Teruskan usaha…
October 23rd, 2008 at 1:02 pm
Dalam keadaan ekonomi yang bakal dilanda krisis, persediaan dari segi mental dan kewangan amat penting. kita tidak boleh mengawal ekonomi, pasaran, pelanggan, persaingan, trend dan sebagainya tetapi kita boleh tingkatkan diri dengan ilmu pengetahuan dan sikap positif. untuk itu, jadikan kegawatan ekonomi sebagi cabaran untuk kita lebih kreatif dalam menjana pendapatan tambahan dan seterusnya lebih berjaya. mana tahu, ada peluang baru yang bakal muncul nanti.
October 23rd, 2008 at 3:23 pm
Bagi pendapat saya apa jenis perniagaan pun tetap mempunyai risiko2 tertentu.samada kerja makan gaji ataupun orang berniaga.Tambahan lagi dengan ekonomi dunia yang semakin teruk.Bagi yg kerja makan gaji,akibat dari kegawatan ekonomi dunia ramai pekerja bawahan ataupun pegawai2 di berhentikan kerja atas sebab masalah kewangan syarikat.
Begitu jg kepada ahli2 businessman yg bermodal besar,kesan dari kegawatan ekonomi dunia ramai yg menanngung kerugian (Hutang Bank,Bayar Sewa Premis,Dll…)dan jg spt yg En.Irfan katakan 10 Orang terkaya malaysia rugi RM20 Billion!!
So, ini membuktikan kedua2 bidang pekerjaan dan perniagaan konvesional ini pada masa kini belum dapat menjamin masa depan yang kekal. Kesannya kita terpaksa menanggung risiko sendiri atas permainan ekonomi dunia pada masa ini.
Jalan yg terbaik pada pendapat saya, perniagaan internet adalah jalan yang terbaik untuk kita ceburi kerana kita bebas melakukan apa saja yang kita suka tanpa melibatkan keadaan ekonomi semasa atau pun dunia sekalipun. biarlah modal kecil tapi hasilnya dari perniagaan internet yang kita lakukan menyenangkan dan tidak bebankan kehidupan kita sejagat..
Cuma pandangan yg ikhlas dari saya…
October 23rd, 2008 at 5:30 pm
Biasalah adat berniaga..
Pasti ada risikonya..
jangan takut berumah tepi pantai kalau takut dilambung ombak..
October 23rd, 2008 at 6:23 pm
IK,
Bila akan diadakan the next Workshop mini “terhangat dipasaran”? rasa2nya?
October 23rd, 2008 at 10:30 pm
Surah Yusuf banyak memberi iktibar dan formula yg telah lama diberikan dan perlu kita ikuti dalam mengurus menangani kemerosotan ekonomi.
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani
(Setelah dia berjumpa dengan Yusuf, berkatalah ia): “Yusuf, Wahai orang yang benar (pada segala-galanya)! Tafsirkanlah kepada kami (seorang bermimpi melihat): Tujuh ekor lembu yang gemuk dimakan oleh tujuh ekor lembu yang kurus; dan tujuh tangkai (biji-bijian) yang hijau serta tujuh tangkai lagi yang kering; (tafsirkanlah) supaya aku kembali kepada orang-orang yang mengutusku itu, semoga mereka dapat mengetahui tafsirannya”. (46) Yusuf menjawab: “Hendaklah kamu menanam bersungguh-sungguh tujuh tahun berturut-turut, kemudian apa yang kamu ketam biarkanlah dia pada tangkai-tangkainya; kecuali sedikit dari bahagian yang kamu jadikan untuk makan. (47) Kemudian akan datang selepas tempoh itu, tujuh tahun kemarau yang besar, yang akan menghabiskan makanan yang kamu sediakan baginya; kecuali sedikit dari apa yang kamu simpan (untuk dijadikan benih). (48) “Kemudian akan datang pula sesudah itu tahun yang padanya orang ramai beroleh rahmat hujan, dan padanya mereka dapat memerah (hasil anggur, zaitun dan sebagainya)”
October 24th, 2008 at 12:19 am
sy ade sembang dengan orang2 IOI group…diorang duk crite..Tan Sri Dato’ Lee Shin Cheng, director diorang ni hilang separuh duit die kesan krisis skang ni..
kite pun turut terase…:(
October 24th, 2008 at 1:45 am
kadang-kadang kita lupa Tuhan yang berupaya memberi dan menarik rezeki jika Dia yang nak macam tu…
October 24th, 2008 at 4:35 am
Salam sahabat sekalian,
Dalam sibuk kita berniaga, janganlah lupa:
1- Menjaga Solah.
2- Bersedekah.
3- Berzakat.
3 perkara di atas adalah sebenarnya antara sumber rezeki yang kita tak sedari.
Saya setuju komen Rendah Diri - kekadang kita juga (saya pun sama… hehehe) terlupa rezeki datangnya daripada Allah.
Cubalah sesekali kita renungkan maksud Ayat “Seribu Dinar”… ramai yang gantung je… tapi kekadang tak tahu maksudnya.
ikhlas dari,
Zaki Yusof
October 26th, 2008 at 4:01 pm
pada pendapat sy sebagai pekerja bank, kita lihat setiap 10 yg lepas, bermula dr tahun 88,98 dan sekarang (08), setiap sepuluh tahun akan berlakunya krisis ekonomi..mungkin 08 ini paling teruk dgn berlakunya “sedikit” kepincangan dalam ekonomi kita, peningkatan dalam harga mentah dunia..pada tahun 98,harga minyak tidaklah setinggi sekarang, tetapi kesannya amatlah besar. pembangunan terbengkalai, VSS dalam mana2 company…jd pada tahun ini dgn peningkatan kos sara hidup umpama permintaan melebihi penawaran, sy agak kewangan negara mungkin tergugat. jd pada mana2 business man, atau mana2 peniaga, hendaklah membuat persediaan utk menghadapi setipa 10tahun. jd bg mereka yg inginkan perniagaan pada masa ini, adalah lebih elok utk menyimpan hasrat tersebut..adalah lebi elok utk kita menyimpan buat sementara waktu ini. setahu sy, bank2 di malaysia skrg sudah melakukan “freeze recruitment”, jd mengapa tidak kita men-freeze kan poket kita? swiiss bank, iaitu bank besar dunia juga telah terpaksa memcat lebih 6000 kakitangan (akhbar kosmo)..apatah lagi bank di negara kita? sekiranya ada salah dan silap, silalah tegur saya..ini hanyalah PENDAPAT dari seorg yg pendidikannya tidak setinggi mana…wallahu’alam..
October 27th, 2008 at 4:40 pm
Betul tu..Langit tak selalu cerah kan.
Yang penting,kita kena bersedia untuk hadapi semua ni.Kita kena ada backup plan untuk situasi tak terjangka ni..Takyah cakap Billionaire or Millionaire laaa…orang biasa cam saya ni..Masa minyak belum naik lagi hari tu,ada kita berjaga-jaga sekiranya harga minyak berdesup naik mencanak-canak?Ada kita kisah nak cari duit tambahan?Masa tu kita semua masih bersenang lenang,bila harga minyak dan barang-barang keperluan naik,masa tu baru kita dengar keluh kesah sesama kita.Masa tu kita mula fikir nak cari duit tambahan..Bak kata pepatah,dah terantuk baru tengadah..Ni la pentingnya planning..Kalau anda gagal merancang,anda sebenarnya merancang untuk gagal..
p/s..Saya bercakap atas pengalaman sendiri..ho!ho!..;p
October 28th, 2008 at 8:54 am
Bagi saya.. rugi itu adalah perkara kesepuluh. Setelah kita berusaha bersungguh-sungguh dengan langkah2 yang terbaik, tiba2 ia jatuh RUGI juga… Ini sememangnya telah ditakdirkan untuk rugi. Yang pentingnya adalah begaimana pemikiran dan bentuk tindakan anda seterusnya untuk BANGKIT dari kerugian. Adakah anda terus rugi atau bangkit dari kerugian. Sekurang-kurannya mereka (billionaire Malaysia) telah belajar satu ilmu atau pengalaman yang bernilai RM20 Billion….
-Jet Li (Malaysia)
October 31st, 2008 at 9:14 am
Assalamualaikum!
Senario ekonomi global kini sememangnya suatu peringatan untuk semua. Setiap yang naik ada turunnya. Lihat sahaja pasaran saham kini. Index dah turun lebih kurang 200. Hukum alam, semuanya berpasangan. Ada masa untung. Sampai masa berdepan rugi. Lihat sahaja harga minyak. Jangkaan ia kan cecah 200 setong hujung tahun tak tahu di mana. Andai saja kenaikan tidak mendadak sebelum ni, pasti inflasi tidak setinggi sekarang. Juga harga barang tidak menekan pengguna. Bila harga diturunkan, harga barang kekal. Kos kenaikan dulu dah merebak. Cuma bayar di pam aje yang kurang.
Di sini saya belajar:
1) Sesuatu yang naik, sampai masa pasti akan turun.
1) Kita manusia selalu khilaf@tersasar dalam jangkaan.
2)Orang tua-tua selalu cakap. Besar periuk, besarlah kerak (nasinya). Merujuk pada pendapatan dan perbelanjaan. Nampaknya ia sesuai juga dalam ‘kiris ekonomi’ ni.
Salam dari Adilla.
November 1st, 2008 at 3:56 pm
thaks ya atas informasinya….bagus..tapi kurang banyak..saya lom puas bacanya…ada kelanjutannya ga???mw dunkz…saya nantiin ya artikel yang selanjutnya
November 8th, 2008 at 6:16 pm
Adakah kita terkejut mendengar orang rugi berbilion2. Kerana kita sedang dan masih miskin lagi. Kenapa kita masih miskin. susah hendak diterang kan apakan itu miskin dan apa itu kaya, kerana kalau kaya ada lagi yang lebih kaya. Kalau kata miskin ada lagi yang lebih miskin. So saya tetapkan tahap sederhana hidup di malaysia iaitu mempunyai sebuah banglo, dua buah kereta mewah (BMW@MERC) dan pendapatan 5ribu sebulan. So dimana kita sekarang, miskin atau kaya. (HBOCONS)
November 8th, 2008 at 6:23 pm
Biasa lah adat berniaga ada rugi ada untung. Untung berbilion2 kalau rugi berbilion2. Biasa lah. Mereka rugi pun tapi masih berkereta mewah, makan restoran mewah, berpakaian mahal dan berbelanja ribuan ringgit sehari dan tetap lagi bilionair. So siapa kita nak mengutuk mereka padan muka. Sebenarnya kita yang muka tak padan. Tak rugi pun tapi berbelanja tak sampai pun 50ringgit sehari. Tidak seorang pun mengenali kita kecuali orang kampung dan sanak saudara kita. (HBOCONS OIL AND GAS PARTNER)
November 9th, 2008 at 2:51 am
Ya, saya setuju sangat-sangat. Kita tak patut berputus asa. Kalau ingin jadi jutawan perlu la berani mencuba. Tapi untuk mencuba, harus la da ilmu dahulu
.
Yang paling penting, sentiasa bangkit biarpun jatuh bepuluh kali .
August 7th, 2009 at 2:47 am
Assalamualikum……..
saya memang sanggat2 nak bertanya kepada ifan, mcm ni saya berminat untuk buat biz it ni tapi saya tak mahir menggunakan komputer ini, saya tak tau masej saya ni sampai ke tak, saya telah banyak kali kecundang dalam biz dan keradit pun dah menimbun sampaikan pinjaman peribadi pun dah tak layak, dari yang kecil bila dah jadi sederhana masalah timbul bermacam-macam, perniaggan baik kecilan,mlm mahu pun menjual kristel/mutiara saya dah jalankan, mungkin pengetahuan kurang dalam semua hal niaga. Dengan berkerja sebagai anggota PDRM masa memang la tak mencukupi, walaupun org kata kalau kakitangan PDRM ramai kwn senang nak berbissness tapi tak semudah itu. Sakarang ni saya ingin memulakan semula perniaggan frozen food tapi modal dan kepercayaan tu dah menurun, memang hari tu ada niat utk join ifan dlm biz yg ifan buat tapi nak pergi bengkil ifan jauh saya pulak di sabah, ada saya terbaca testmoni tentang sesorang rakan niaga ifan dia ckp bulan 5 lepas ada ifan buat bengkil di sabah, masa tu belum ada laptop dan modem sendiri ni baru belajar2 menggunakannya. saya harap ifan boleh beri e-mail pada saya dalam masalah saya ini. saya berharap sanggat…..!
January 31st, 2010 at 10:51 pm
mulai daripada hari ini mari kita semua belajar jimat cer5mat mula simpan wang dan mulakan perniagaan