10 orang terkaya Malaysia rugi berbillion

Baru-baru ni saya baca akhbar The Edge dan artikel yang menarik dan tertarik minat saya menceritakan tentang 10 orang terkaya di malasyia rugi hampir RM20billion (on paper) secara keseluruhan akibat krisis ekonomi sejak beberapa minggu lepas.

Nama-nama termasuk Robert Kuok, Lim Goh Tong Family, Tan Sri Mokhtar Bukhari dan lain-lain…

Bayangkan, 10 orang terkaya Malaysia kerugian RM20billion… BILLION. Bukan million tu!

So, siapa kata kalau ada duit banyak, tiada masalah? 🙂
Jadi, bagi kita yang dalam krisis kewangan, beringat-ingat selalu dan bersyukur dengan apa yang ada. Bukan bermaksud takde wang masalah… ada wang pun, masalah lain pun datang juga. Tapi, ia bergantung kepada diri sendiri bagaimana reaksi kita kepada sesuatu masalah.

Tahukah anda Donald Trump pernah rugi & hutang berbillion, kemudian dengan usaha dan bijak melihat peluang, beliau dapat kembali and made billions more? 

Bagi 10 orang terkaya di Malaysia, saya pasti mereka tidak akan duduk diam, tetapi akan cari peluang-peluang lain untuk dapatkan kembali RM20billion tersebut walaupun dalam keadaan krisis ekonomi. Kita bagaimana?

The following two tabs change content below.
Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu usahawan online berjaya. Kini, beliau menjalankan perniagaan di Dubai dan berulang alik Kuala Lumpur - Dubai menajalankan penriagaan di dua benua. Untuk daftar program bersama Irfan Khairi, lawati http://www.OpenEducation.com.my

About Irfan Khairi

Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu usahawan online berjaya. Kini, beliau menjalankan perniagaan di Dubai dan berulang alik Kuala Lumpur - Dubai menajalankan penriagaan di dua benua. Untuk daftar program bersama Irfan Khairi, lawati http://www.OpenEducation.com.my

61 thoughts on “10 orang terkaya Malaysia rugi berbillion

  1. Salam sahabat sekalian,

    Dalam sibuk kita berniaga, janganlah lupa:
    1- Menjaga Solah.
    2- Bersedekah.
    3- Berzakat.

    3 perkara di atas adalah sebenarnya antara sumber rezeki yang kita tak sedari.

    Saya setuju komen Rendah Diri – kekadang kita juga (saya pun sama… hehehe) terlupa rezeki datangnya daripada Allah.

    Cubalah sesekali kita renungkan maksud Ayat “Seribu Dinar”… ramai yang gantung je… tapi kekadang tak tahu maksudnya.

    ikhlas dari,

    Zaki Yusof

  2. pada pendapat sy sebagai pekerja bank, kita lihat setiap 10 yg lepas, bermula dr tahun 88,98 dan sekarang (08), setiap sepuluh tahun akan berlakunya krisis ekonomi..mungkin 08 ini paling teruk dgn berlakunya “sedikit” kepincangan dalam ekonomi kita, peningkatan dalam harga mentah dunia..pada tahun 98,harga minyak tidaklah setinggi sekarang, tetapi kesannya amatlah besar. pembangunan terbengkalai, VSS dalam mana2 company…jd pada tahun ini dgn peningkatan kos sara hidup umpama permintaan melebihi penawaran, sy agak kewangan negara mungkin tergugat. jd pada mana2 business man, atau mana2 peniaga, hendaklah membuat persediaan utk menghadapi setipa 10tahun. jd bg mereka yg inginkan perniagaan pada masa ini, adalah lebih elok utk menyimpan hasrat tersebut..adalah lebi elok utk kita menyimpan buat sementara waktu ini. setahu sy, bank2 di malaysia skrg sudah melakukan “freeze recruitment”, jd mengapa tidak kita men-freeze kan poket kita? swiiss bank, iaitu bank besar dunia juga telah terpaksa memcat lebih 6000 kakitangan (akhbar kosmo)..apatah lagi bank di negara kita? sekiranya ada salah dan silap, silalah tegur saya..ini hanyalah PENDAPAT dari seorg yg pendidikannya tidak setinggi mana…wallahu’alam..

  3. Betul tu..Langit tak selalu cerah kan.
    Yang penting,kita kena bersedia untuk hadapi semua ni.Kita kena ada backup plan untuk situasi tak terjangka ni..Takyah cakap Billionaire or Millionaire laaa…orang biasa cam saya ni..Masa minyak belum naik lagi hari tu,ada kita berjaga-jaga sekiranya harga minyak berdesup naik mencanak-canak?Ada kita kisah nak cari duit tambahan?Masa tu kita semua masih bersenang lenang,bila harga minyak dan barang-barang keperluan naik,masa tu baru kita dengar keluh kesah sesama kita.Masa tu kita mula fikir nak cari duit tambahan..Bak kata pepatah,dah terantuk baru tengadah..Ni la pentingnya planning..Kalau anda gagal merancang,anda sebenarnya merancang untuk gagal..

    p/s..Saya bercakap atas pengalaman sendiri..ho!ho!..;p

  4. Bagi saya.. rugi itu adalah perkara kesepuluh. Setelah kita berusaha bersungguh-sungguh dengan langkah2 yang terbaik, tiba2 ia jatuh RUGI juga… Ini sememangnya telah ditakdirkan untuk rugi. Yang pentingnya adalah begaimana pemikiran dan bentuk tindakan anda seterusnya untuk BANGKIT dari kerugian. Adakah anda terus rugi atau bangkit dari kerugian. Sekurang-kurannya mereka (billionaire Malaysia) telah belajar satu ilmu atau pengalaman yang bernilai RM20 Billion….
    -Jet Li (Malaysia)

  5. Assalamualaikum!

    Senario ekonomi global kini sememangnya suatu peringatan untuk semua. Setiap yang naik ada turunnya. Lihat sahaja pasaran saham kini. Index dah turun lebih kurang 200. Hukum alam, semuanya berpasangan. Ada masa untung. Sampai masa berdepan rugi. Lihat sahaja harga minyak. Jangkaan ia kan cecah 200 setong hujung tahun tak tahu di mana. Andai saja kenaikan tidak mendadak sebelum ni, pasti inflasi tidak setinggi sekarang. Juga harga barang tidak menekan pengguna. Bila harga diturunkan, harga barang kekal. Kos kenaikan dulu dah merebak. Cuma bayar di pam aje yang kurang.

    Di sini saya belajar:

    1) Sesuatu yang naik, sampai masa pasti akan turun.

    1) Kita manusia selalu khilaf@tersasar dalam jangkaan.

    2)Orang tua-tua selalu cakap. Besar periuk, besarlah kerak (nasinya). Merujuk pada pendapatan dan perbelanjaan. Nampaknya ia sesuai juga dalam ‘kiris ekonomi’ ni.

    Salam dari Adilla.

  6. Adakah kita terkejut mendengar orang rugi berbilion2. Kerana kita sedang dan masih miskin lagi. Kenapa kita masih miskin. susah hendak diterang kan apakan itu miskin dan apa itu kaya, kerana kalau kaya ada lagi yang lebih kaya. Kalau kata miskin ada lagi yang lebih miskin. So saya tetapkan tahap sederhana hidup di malaysia iaitu mempunyai sebuah banglo, dua buah kereta mewah (BMW@MERC) dan pendapatan 5ribu sebulan. So dimana kita sekarang, miskin atau kaya. (HBOCONS)

  7. Biasa lah adat berniaga ada rugi ada untung. Untung berbilion2 kalau rugi berbilion2. Biasa lah. Mereka rugi pun tapi masih berkereta mewah, makan restoran mewah, berpakaian mahal dan berbelanja ribuan ringgit sehari dan tetap lagi bilionair. So siapa kita nak mengutuk mereka padan muka. Sebenarnya kita yang muka tak padan. Tak rugi pun tapi berbelanja tak sampai pun 50ringgit sehari. Tidak seorang pun mengenali kita kecuali orang kampung dan sanak saudara kita. (HBOCONS OIL AND GAS PARTNER)

  8. Ya, saya setuju sangat-sangat. Kita tak patut berputus asa. Kalau ingin jadi jutawan perlu la berani mencuba. Tapi untuk mencuba, harus la da ilmu dahulu :).

    Yang paling penting, sentiasa bangkit biarpun jatuh bepuluh kali .

  9. Assalamualikum……..
    saya memang sanggat2 nak bertanya kepada ifan, mcm ni saya berminat untuk buat biz it ni tapi saya tak mahir menggunakan komputer ini, saya tak tau masej saya ni sampai ke tak, saya telah banyak kali kecundang dalam biz dan keradit pun dah menimbun sampaikan pinjaman peribadi pun dah tak layak, dari yang kecil bila dah jadi sederhana masalah timbul bermacam-macam, perniaggan baik kecilan,mlm mahu pun menjual kristel/mutiara saya dah jalankan, mungkin pengetahuan kurang dalam semua hal niaga. Dengan berkerja sebagai anggota PDRM masa memang la tak mencukupi, walaupun org kata kalau kakitangan PDRM ramai kwn senang nak berbissness tapi tak semudah itu. Sakarang ni saya ingin memulakan semula perniaggan frozen food tapi modal dan kepercayaan tu dah menurun, memang hari tu ada niat utk join ifan dlm biz yg ifan buat tapi nak pergi bengkil ifan jauh saya pulak di sabah, ada saya terbaca testmoni tentang sesorang rakan niaga ifan dia ckp bulan 5 lepas ada ifan buat bengkil di sabah, masa tu belum ada laptop dan modem sendiri ni baru belajar2 menggunakannya. saya harap ifan boleh beri e-mail pada saya dalam masalah saya ini. saya berharap sanggat…..!

Leave a Reply

Your email address will not be published.