simon.jpgKatakan  dalam satu group, ada 10 ahli. Dalam group tu pula ada 2 orang yang berfikiran positif, bercakap positif, dan berkelakuan positif. Dalam group tu juga, ada 1 orang berfikiran negatif, bercakap negatif, dan berkelakuan negatif.

Apa akan terjadi pada group itu bila mengandungi 2 orang positif, dan 1 orang negatif? 2 positif lawan 1 negatif, siapa akan menang?

Jawapan: Yang 1 negatif akan menang :(

Ini kerana, sesuatu yang “negatif” lebih senang di sebarkan. Perkara  negatif juga lagi senang untuk “berjangkit”. Yang negatif lagi senang untuk difikirkan.

Contohnya, kalau dalam satu pejabat, ada 2-3 orang yang berfikiran positif… dan ada sorang sahaja berfikiran negatif. Yang negatif tu pasti akan menjatuhkan moral dan semangat teman-teman pejabat yang lain, tak kira walaupun ada 2-3 orang lain yang bersemangat, positif & mempunyai keyakinan tinggi.

Mempunyai 1 orang berfikiran negatif dalam group/kumpulan/kenalan anda adalah agak berisiko, kerana bila-bila masa sahaja ia dapat berjangkit dengan ahli-ahli lain :)

So, berhati-hati with negative people around you. Ianya berjangkit dengan orang lain… takut2 terjangkit kepada anda :)

Pendapat Anda?

Tip Satu Minit yang berkaitan:
  • Cabaran Minggu Berfikir Positif
  • Bila berfikiran negatif adalah baik…
  • Cabaran Minggu Berfikir Positif : Hari ke-3
  • Berfikiran negatif dan berfikiran positif- mana mudah?