500+ Idea Perniagaan! WOW…

First of all, a very good work pada yang participate soalan semalam. Tak sangka, sampai  30 join sama. Pada asalnya target 10 sahaja!

Very impressive! Memang ternyata… pembaca-pembaca Tip Satu Minit semuanya power-power. Ada “aura” la katakan 🙂

Next, salah satu tujuan saya tanyakan soalan itu adalah untuk participants dari pembaca-pembaca. Kan ramai pembaca yang boleh bagi response. Selalu senyap sahaja. Kali ini ramai nama-nama baru muncul. Diam-diam ubi berisi la orang kata :). So, selamat datang dan harap2 dapat la sama2 beri response nanti untuk membantu satu sama yang lain bagi tip2 yang akan datang.

Ok, mari kita lihat semula soalan semalam.

“Berikan 20 idea perniagaan yang anda boleh mulakan dalam jangkamasa 1 tahun ini?”

Sedar tak ini adalah soalan goal setting (menetapkan matlamat). Ia mengandungi “Apa yang anda ingin lakukan” iaitu, memulakan perniagaan. Dan ia juga mengandungi “deadline”, jangkamasa 1 tahun.

Jadi, sesiapa yang kata mereka tak pernah buat goal setting, kesemua 29 yang menulis di sini sudah pun melakukan goal setting! Tahniah!

Kenapa soalan menyebut 20 idea perniagaan?

Kerana pakar psikologi katakan bahawa sekiranya anda senaraikan 20 jawapan, ia TIDAK MUDAH. Setakat bagi 4-5 jawapan, agak mudah… sekiranya beri 10-13 soalan,  susah sikit… tapi untuk menyenaraikan 20 jawapan- perlu memerah otak! betul tak?

You all should be proud of yourself sebab bukannya mudah untuk list 20 idea perniagaan yang berkaitan dengan anda. Kebanyakan nak dapat 2-3 idea perniagaan pun sukar- masih tertanya-tanya soalan “nak mulakan business apa?”. Anda mempunyai 20 idea perniagaan yang sedang menunggu usaha sedikit sahaja untuk mereliasasi.

Sekarang, ada yang tertanya-tanya… apakah ganjarannya yang saya katakan semalam bagi yang listkan 20 idea perniagaan?

Sebenarnya, ganjarannya hanya dirasai oleh 29 ahli yang turut serta menyumbangkan idea mereka. Yang membaca sahaja dan tidak participate tidak dapat merasakannya.

Apabila saya menjalankan latihan ini pada diri saya setiap tahun, apa yang saya dapat adalah:

  • Idea menjadi semakin berkembang. Apabila menulis 4-5 idea… nanti, 4-5 idea yang baru datang ke fikiran. Dan makin lama, makin bertambah baik idea tersebut. Setiap idea improve the one before. Ada juga idea yang boleh digabungkan menjadi satu peluang perniagaan yang unik!
  • Idea menjadi semakin jelas difikiran. Dapat mengambarkan diri menjalankan perniagaan tersebut dan mereliasasikan idea perniagaan tersebut. Gambaran adalah penting dalam usaha mencapai matlamat.
  • Memberi motivasi kepada diri saya sendiri bahawa terdapat berbagai-bagai idea perniagaan yang boleh dijanakan dengan hanya berfikir.
  • Selepas menulis idea-idea, ianya masuk ke dalam fikiran kita (subconcious mind). Sehari suntuk, dan beberapa hari kemudian, beberapa bulan kemudian, kita akan dapat lihat dengan lebih jelas peluang-peluang bagaimana idea perniagaan kita boleh menjadi nyata. Peluang2 perniagaan yang anda tuliskan akan datang kepada anda secara automatik- anda hanya perlu merebutnya sahaja! Tak percaya, just tunggu & lihat…

Bagi anda yang berkongsikan idea perniagaan semalam, apa kata anda kongsikan pengalaman anda… apa yang anda dapat ketika memerah otak semalam? Ganjarannya adalah berlipat-lipat kali ganda walaupun tidak dilihat dari mata kasar. Betul tak? Klik pada “Comments” dan kongsikan bersama!

Menetapkan deadline adalah amat penting. Saya amat yakin (teramat yakin!) bahawa sekurang-kurangnya salah satu dari 20 idea yang anda tulis akan menjadi nyata- walaupun anda meletakkan usaha yang minima. That’s the power of goal setting.

Finally, pengajarannya adalah (Tip Satu Minit hari ini)…

Pendapatan BERJUTA hanya memerlukan SATU idea sahaja. Anda telah berikan 20 idea. Secara berkumpulan, telah memberi lebih dari 500 idea. Nampakkah anda betapa besarnya peluang yang ada untuk menambahkan pendapatan anda?

Sejak 7 tahun yang lepas, salah SATU dari idea saya telah memberi ganjaran melebihi RM1 juta. Sekarang, tiba masa anda pula untuk mendapatkan ganjaran anda!

Bak kata worldcup… impossible is NOTHING!

ps: esok saya akan tunjukkan cara menyediakan business plan untuk mereliasasikan idea anda. 🙂 

The following two tabs change content below.
Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu usahawan online berjaya. Kini, beliau menjalankan perniagaan di Dubai dan berulang alik Kuala Lumpur - Dubai menajalankan penriagaan di dua benua. Untuk daftar program bersama Irfan Khairi, lawati http://www.OpenEducation.com.my

About Irfan Khairi

Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu usahawan online berjaya. Kini, beliau menjalankan perniagaan di Dubai dan berulang alik Kuala Lumpur - Dubai menajalankan penriagaan di dua benua. Untuk daftar program bersama Irfan Khairi, lawati http://www.OpenEducation.com.my

33 thoughts on “500+ Idea Perniagaan! WOW…

  1. SALAM…he2…sungguh ajaib..sebelum ini saya just baca aje artikel satu minit setiap hari tanpa melaksanakanya tetapi entah camne semalam…masa nak tidur saya terambil buku note saya dan listkan work to do untuk esok…(kan ade artikel dlm satu minit rancang ape yg nak dibuat esok)..he2…n hari ini saya tengah laksanakan ape yg telah dilistkan semalam..ok …jumpe lg..TERIMA KASIH BYK2 KHAIRI..BARAKALLAH HULAKUM..

  2. ASMK! IRFAN.. APAKHABAR? I JUST COMING BACK FROM COURSE ‘ADVANCE BANKING PRACTICE’.. SILAP HARIBULAN OFFICER PULAK KENA REFER APA YG PATUT DIBUAT BILA BERHADAPAN DGN SENARIO GANJIL DARI ‘EXPERIENCE (=EXPIRED..?!) TELLER’.. APA2 AJELAH.. TAPI ALAMAK MINTA MAHAP SBB I TERINGIN NAK JOIN SESSI BERTEMU PEMBACA AHAD LALU SYGNYA BAS BREAKDOWN 6JAM DI CHANGKAT JERING.. KALAU TAK BREAKDOWN PUN, SESI MEMANG DAH TAMAT. BILA2 BUATLAH LAGI.. NANTI KALAU ADA COURSE I INFORM U AWAL.. CEWAH.. I’LL COMMENT ON YOUR TIPS LATER.. GOOD BOY!

  3. OK…! LET’S START OUR COMMENTS.. FIRST ABOUT YOUR ‘1MIN DAILY TIPS’.. IT’S VERY GOOD.. NAMPAKNYA PESERTA TERSEMBUNYI MUNCUL DGN RAMAI SECARA TIBA2 BILA SEBUT SAJA ‘ADA GANJARAN’.. 1 TARIKAN PSIKOLOGI YG EFEKTIF! GANJARAN X SEMESTINYA BERBENTUK MATERIAL, MGK TIPS, MGK ‘DOA’ JUGA.. PENDPT I **ULANG LAGI !!!**..
    ABOUT SESSI BERTEMU PEMBACA.. YOUR GLORY HAS BEEN CREATED AND THERE 4U 2MAINTAIN.. U HAVE TAKE A GOOD STEP AS VIP TO COMMUNITY..
    MCM U KATA “SUCCESS BREEDS SUCCESS”…
    PERTAMA, U DAH BUKTIKAN U JUTAWAN INTERNET DAN PAKAR YG SEBENAR..
    LGKH STRSNYA MENGASAH ‘PUBLIC SPEAKING’ DGN MENGADAKAN WORKSHOP DSBNYA..
    LGKH LAIN SPT ‘SERVICE’ IAITU MENGADAKAN SESSI BERTEMU PEMBACA.. U SEBENARNYA SGD MENCIPTA 1 BENTUK KOMUNITI INTELEK DGN PENDEKATAN YG BERKESAN..
    DLM KOMEN YG LAIN, I AKAN SENTUH SOAL PERIBADI ESP SIFAT ‘MALU DAN PENDIAM’..
    DGN KESUNGGUHAN YG ADA PADA U BERSERTAKAN SIFAT2 MATANG, BIJAK, DSBNYA YG POSITIF..
    TAK MUSTAHIL 1 HARI NANTI U SGT DIALU2KAN MENJADI PEMIMIPIN YG TELUS.. BERSEDIALAH KE ARAH ITU..
    MAK OOI PANJANG LEBARNYA..

  4. Terima Kasih Irfan

    Sebenarnya salah satu dari idea yang saya beri telah membawa kejayaan kepada saya. Idea tersebut ialah Bengkel khas – Laman web sebagai media promosi dan pemasaran produk dan perkhidmatan di internet (http://www.promoprosper.com)

  5. Goal Setting….?..

    Patut la rasa macam bekobar-kobar je semalam. macam nak tendang penalti.
    Sekarang cuma tunggu nak shot la ye.
    Penalti huyooo….

    Terima kasih Irfan.
    sesuatu dah keluar dari kepala saya

  6. Ramai juga yang yang bagi komen yer. Sebelum ni tak ramai cam semlm. hehehe…
    Saya akan cuba buat apa telah dirancang smlm.Doakan saya berjaya yer TQ

  7. Yes,saya setuju..mind setting $ goal setting is everything…tapi tekadang tu bila kita ada matlamat kita takde idea utk mula dari mana…camne ek? idea pun samar2..xjelas

  8. Asalamualaikum,

    Hebat sungguh buat kejutan. Dari keadaan tenang dah jadi heboh se kampung. Camna kalau saya naamakan ruangan satu minit ni sebagai
    KAMPUNG TIP IRFAN. Jadi, kalau kita nak buka @ tengok tip kita katakan saja nak ke KG. Tip Irfan. Kan sedap. KAMPUNG MAYA lah katakan. Camna kekawan semua? setuju tak?

    Bila dah jadi kampung nanti ramailah orang lain yang nak pindah kesini. Lagi ramailah penghuni nya, kan lebih menarik.
    Lagi ramai penyumbang idea, kan lebih excited dan lebih besarlah network kita.

    Ada diantara kita turut serta mungkin sekadar nak penuhi ruang masa (just join) sahaja. Tapi ni kan satu permulaan. Walaupun ada diantaranya dah pun menampakkan kejayaan dengan LAMAN WEB dah terbentang di INTERNET, syabas saya ucapkan. Yang belum macam saya ni terkial-kial memulakannya,tapi jangan berhenti!!! Anda yang dah mula, jangan leka, kena sentiasa memperbaikinya. Jangan lupa, PROMOSI, PROMOSI, PROMOSI… macam satu dari empat tip yang bagi dalam worksyop tu.

    Jom orang kampung IRFAN, kita sesama perah otak untuk kejayaan dimasa depan. Jangan lupa bila dah keluar dari otak mencurah-curah
    tu kenalah tulis satu persatu. Biar sampai jadi buku, biar sampai jadi produk atau biar sampai jadi satu pekej perhidmatan yang kita boleh banggakan. Wasallam.

    Jom kesana! kemana? KEKAMPUNG TIP IRFAN lah mana lagi………….

  9. idea saya dah lama ada dlm minda cuba terselindung dan nak memerahnya..pocah kepala jugak la…
    baguih Irfan ..satu “teknik mengacah minda” supaya bertindak dan mendpt ganjaran.ape nama anak terbaru?

  10. Assalamualaikum. wbt Ir yang bijaksana. Saya sudahpun melakarkan apa yang tersirat difikiran dalam diary seperti yang sarankan. Jadi mudahlah saya nak senaraikan. Semasa merakamkanya saya rasa macam tak percaya. Bermula darinya saya dapat kekuatan diri untuk melepaskan diri dari konkongan tidak percaya diri. Saya pun dah mulakan satu dari 20 yang dituliskan….Insyaalah saya akan teruskan…

    Kalau tak pecahkan ruyung manakan dapat sagunya…Wassalam terima kasih

  11. Saya rasa sungguh merangsang soalan yang diberikan oleh dengan soalan tersebut saya dapat menulis idea saya yang dah lama ada dlm minda cuma terselindung dan idea ini adalah mengikut kemahiran yang ada dalam diri saya.

    Terima kasih Irfan.
    Berbekalkan tip satu minit yang lepas dan akan datang Saya akan cuba buat apa telah dirancang smlm.Doakan saya berjaya.

  12. MMMM…BETUL LA KATA IRFAN TU, HANYA YANG PERTICIPATE SAJER YANG DAPAT RASA GANJARANNYA….DAN BUKAN SENAG NAK KELUARKAN 20 IDEA BIZNIZ SEMALAM TU…

    SO, IDEA DAH ADA..SO LET’S THE GAME BEGINS..

    SALAM

  13. Dengan keluarnya idea perniagaan dari dalam kepala ke dalam bentuk senarai 20 seperti semalam banyak faedah yang saya dapat.Pertama dengan keluarnya idea tersebut barulah saya nampak apa yang sepatutnya saya lakukan dengan idea-idea tersebut ,kedua memang sebelum ini tak pernah pun sebarang idea saya mencapai sehingga angka 20 cuma hanya dua tiga idea sahaja dan yang ketiga apa yang saya perhatikan pada semua 500+ idea tersebut ada juga beberapa idea mempunyai persamaan dengan idea saya.itu sudah bagus dapatlah saya membuat analisis sama ada idea itu patut diteruskan, berkongsi pendapat atau memikirkan idea lain yang tak terfikir oleh sesiapa.

  14. IRFAN, IZINKAN SAYA MEMBERI SEDIKIT KOMEN PERIBADI PERCUMA TANPA DIMINTA..
    FIRST.. SIFAT PENDIAM DAN PEMALU ITU ADALAH UMPAMA KUNCI UTK PINTU PERTAMA KE ARAH KEJAYAAN DAN KEKAYAAN..
    TIBA2 IRFAN DAPATI DIRI IRFAN TELAH BERDIRI DITGH2 MASYARAKAT BG BILL GATES MALAYSIA.
    KALAU SIFAT PENDIAM SBNRNYA MENGHASILKAN KEKUATAN TENAGA DALAM MANAKALA PEMALU PULA SEUMPAMA MEMELIHARA AURA AGAR TIDAK BOCOR..
    MISALNYA AURA IRFAN SERASI DGN ISTERI DAN ANAK2 DAN APA YG IRFAN BUAT CEPAT ‘NAIK TANGAN/MURAH REZEKI’..
    MAKA BERHATI2LAH KL ADA THIRD PARTY CUBA NAK BERKONGSI, BIMBANG AURANYA MENGHASILKAN VIRUS DAN BUKANNYA PENAWAR.
    SAYA PERCAYA PADA DIRI IRFAN ADA ‘AUTO PROTECTION’ DAN ‘AUTO REJECTION’..
    LAGIPUN POPULARITI IRFAN HAMPIR SETANDING SPT MAWI DAN SITI NURHALIZA, IRFAN PUNYAI PEMINAT TERSENDIRI YG TURUT MENDOAKAN IRFAN TERUTAMANYA DARI KLGN PEMBACA..
    ‘DUIT TIDAK DAPAT MEMBELI SAHABAT’..
    TETAPI SIFAT ‘KENALI DIRI/CHECK AND BALANCE’ ITU MENJULANG IRFAN KE ATAS..
    INILAH SBNRNYA BAKAL PEMIMPIN ABAD 21..
    SELAMAT MAJU JAYA..!!!
    JUMPA LAGI DI KOMEN AKAN DTG.. BOLEH MENGARUT SIKIT.. KREATIVITI OTAK KATAKAN.
    JUMPA LAGI,… BYE!! (MULA DAH!)

  15. Thank u Irfan sebab bagi peluang mencurahkan idea perniagaan kat ruangan yg paling sesuai ni. Hehheh.

    Thank u very much.

    Miclee – Of sabah.

  16. 20 idea?? mmg WOW! byk tu..nak pikir yg 5 idea pun samar2..tapi mgkn btl kata Irfan dgn kita senaraikan semua idea2 kita tu,mgkn kita dapat combine jadi satu idea yg ckp hebat & luarbiasa utk kita mulakan langkah pertama..;-)

  17. tahniah pada semua yg bagi idea-idea yang hebat tuh.
    luarbiasa hebat …. 😀
    ok…idea dah ada….jom..apa lagi.
    Good Luck pada semua. !

  18. thanks for …sejak saya baca Tips 1 Minit….hidup saya semakin bertenaga dan bermotivasi..

  19. Hello semua,

    Ini adalh comment saya yg pertama.since saya dpt tau akan kejayaan D. 2 tahun lepas,tetapi saya tidak memulakan langkah langsung,Bila menonton si saluan TV9 bersama jutawan Muda barulah saya sedar saya perlu memulakan langkah dan mempunyai goal setting dan tetapkan deadline..utk berjaya…saya semakin berkobar untuk menyertai bengkel .,dan saya akan terus memandahng lebih jauh…..dgn bimbingan dan komen yg bernas dari dan anda semua yg ingin berkongsi

    BILL

  20. Irfan, bagus juga ada 50 idea perniagaan tu..antara yang saya dapat ialah menjual bengkung. tu ler saya melahirkan kat website saya.cuma web ni cuma pakai mail order takda payment system canggih macam world pay dll…belum ada rezeki lagi.. kalau u dapat komen idea saya ni..saya amat menghargainya.Tolong komen ya http://www.shortcutbudget.com. Terima kasih.

  21. byk peluang yg terdapat di internet….kini sya telah pasti yg kursus yg di anjurkan pasti menberi pendedhan baut semua yg benar-benar berminat utk menjalankan perniaggaan internet

    rasa tak sabar nak pulang kemalaysia utk mengikuti kursus yg di anjurkan

    selamat berpuasa dan semuga rakan-rakan di malaysia bergembira menyambut hari raya yg bakal tiba

    salam perkenalan dari

    sazanasaleh@yahoo.co.uk

  22. asmkm…sy tertarik ngan “hanya 1 mint diluangkan untuk bussines di intrnt” tetapi memdapat pendapatan yang lumayan…sy nak tau pe bussines itu…terima klsh…

  23. assalamualaikum
    saya ada terlihat irfan di tv3 aritu..dari apa yg ceritakan ttg menjadi usahawan internet, saya terus berminat tapi xtau mcm mana nak mulakan..
    boleh irfan berikan beberapa idea utk memulakan perniagaan internet..
    saya dah 2 tahun lebih tidak bekerja sejak menamatkan pengajian dalam bidang business..

  24. saya mempunyai kelemahan utk berkomunikasi dgn org sebab sifat saya yang pendiam dan pemalu
    saya harap irfan boleh membantu saya mencari idea perniagaan

  25. ada sesapa x y leh bagi idea2 perniagaan baru..tp xsusah sgt nk di buat…sy kne wat rp tuk subjk RP dlm bbrp hri ni…plz,trdesak sgt daa..huhu

  26. hmm…tp dlm kekalutan mngejar kebendaan makin ramai lupakan akhirat.Dunia x sehebat mana kalau bandingkan ngan syurga yg penuh kenikmatan yg x terduga.Kegilaan mgejar dunia n harta btkan kita lupa dunia makin lama makin sampai penghujungnya.sdgkan bekal amalan akhirat x sbnyak mana.Dunia ni palsu aja.Sbb semuanya kita nk tinggalkan.Orsg selalu sibuk dgn benda yg nk tinggal ,tp lupa pada bnda yg dia nk bawa(bila mati)Hidup sementara,AJAL kan menjelma….

Leave a Reply

Your email address will not be published.