8 Langkah Gerenti Berjaya dalam Perniagaan! (Bahagian 2)

[Bersambung dari “8 Langkah Gerenti Berjaya dalam Perniagaan! (Bahagian 1)”]

5. Gandakan nilai pertukaran prospek kepada pelanggan

Sekiranya langkah pertama dalam melakukan jualan adalah menambahkan prospek, langkah seterusnya adalah mengubahkan prospek menjadi pembeli. Di sini, jenama perniagaan anda adalah amat penting. Dalam konteks ini, maksud saya – jenama dari segi keyakinan dan kredibiliti perniagaan anda di mata prospek anda bukannya barangan berjenama.

Apabila prospek anda yakin pada jenama perniagaan anda akan dapat menyelesaikan masalah mereka, maka ini akan menghasilkan jualan! Pelajari teknik dan strategi dalam mengubahkan prospek kepada pembeli dan tambahkan nilai pertukaran prospek kepada pelanggan supaya dapat meningkatkan lagi bilangan pengguna.

6. Tambahkan Jualan

tingkatkan jualan

Apabila kita di restoran burger francais, selepas membuat pesanan burger, jurujual di kaunter akan bertanyakan “Abang mahu tambah fries?”. “Boleh juga!” jawab kita. Maka, restoran tersebut mendapat untung tambahan dari jualan fries tersebut, mungkin 30sen. 30sen mungkin kecil sahaja dilihat sebegitu, tetapi, nilai kecil itu boleh menjadi beribu atau beratus ribu jika melihat pada seluruh cawangan  serata dunia!

Fikirkan jualan tambahan yang anda boleh lakukan dalam perniagaan. Ada tak produk atau perkhidmatan lain yang boleh ditambah untuk ditawarkan kepada pelanggan anda? Ingat, untung yang kecil akan menjadi untung yang besar sekiranya dilakukan berulang-ulang kali.

7. Ulang, ulang dan ULANG!

Sebenarnya, kos untuk mendapatkan pelanggan baru adalah lebih tinggi daripada mendapat pelanggan sedia ada. Ertinya, ianya lebih murah dan mudah untuk mendapatkan pelanggan kita membeli daripada kita berulang kali untuk mencari dan mendapatkan pelanggan baru.

Jangan sia-siakan pelanggan-pelanggan kita dan jangan lupakan mereka. Mereka adalah punca pendapatan sesuatu perniagaan untuk masa-masa yang akan datang- jadikan mereka pelanggan berulang.

Zaman pertanian, perindustrian, informasi sudah berlalu. Kini, adalah zaman komunikasi. Pelajari kaedah komunikasi berkesan dalam membina hubungan dengan pelanggan-pelanggan sedia ada untuk keuntungan masa depan.

8. Kurangkan kos perniagaan

Dalam perniagaan, kewangan adalah nadi. Pastikan kitaran kewangan kita terjaga dengan penuh teliti. Begitu banyak perniagaan mengalami kegagalan oleh kerana tidak teliti dan tidak berjimat dalam kos perniagaan.

Pastinya anda telah dengar kisah perniagaan yang belum apa pun lagi, terus bermula dengan kereta besar, ofis serba hebat, bangunan besar, dan akhirnya berita seterusnya yang kita dengar pula adalah perniagaan tersebut mengalami kegagalan!

Ini yang akan terjadi sekiranya kita tidak menjaga kos perniagaan kita. Pastikan perbelanjaan perniagaan adalah kurang daripada pendapatan perniagaan kita. Jangan pula perbelanjaan lebih daripada pendapatan- gulung tikarlah jawabnya!

 

The following two tabs change content below.
Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu usahawan online berjaya. Kini, beliau menjalankan perniagaan di Dubai dan berulang alik Kuala Lumpur - Dubai menajalankan penriagaan di dua benua. Untuk daftar program bersama Irfan Khairi, lawati http://www.OpenEducation.com.my

About Irfan Khairi

Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu usahawan online berjaya. Kini, beliau menjalankan perniagaan di Dubai dan berulang alik Kuala Lumpur - Dubai menajalankan penriagaan di dua benua. Untuk daftar program bersama Irfan Khairi, lawati http://www.OpenEducation.com.my

4 thoughts on “8 Langkah Gerenti Berjaya dalam Perniagaan! (Bahagian 2)

  1. Saya cuba mencari orang yg boleh jual novel saya secara kontrak.. Misalnya utk im4u dll utk kelab belia… Untung kongsi 50:50 drp harga diskaun yg diberi oleh penerbit

Leave a Reply

Your email address will not be published.