Mon 24 Mar 2008
Mulai hari ini, anggap diri anda sendiri memiliki syarikat dan anda sebagai CEO syarikat anda. Syarikat anda bernama: SAYA Sdn Bhd
SAYA Sdn Bhd mengeluarkan produk: Diri anda sendiri.
Dengan memikirkan anda sebgai sebuah syarikat, anda bertanggungjawab kepada diri anda sendiri untuk perbaiki:
- Production
- Kualiti produk anda
- Latihan
- Development
- Komunikasi
- Strategi
- Produktiviti
- Perkembangan
- Kewangan
Satu strategi dalam buku-buku motivasi dan kewangan adalah untuk fikirkan diri anda sebagai “Self Employed”. Fikirkan anda adalah syarikat SAYA Sdn Bhd dan bertanggungjawab atas produk anda sendiri: DIRI ANDA!
Tidak kira apa pekerjaan anda kini, anda adalah CEO syarikat anda sendiri!
Pendapat Anda?Tip Satu Minit yang berkaitan:

March 25th, 2008 at 1:25 am
Wah..Semua orang dah mempunyai syarikat sendiri mulai hari ini..
Anda adalah seorang BOSS.. Think like A BOSS, Act Like A BOSS..
Harap jangan jadi bossy dah la.. :p
Sham
http://www.panduaniklan.com
March 25th, 2008 at 3:21 am
slmt pg irfan…
memang lah…kalau kita fikir tu syarikat kita, kita akan buat dgn baik sebab takut rugi…hehe
han
March 25th, 2008 at 7:52 am
Dari apa yang senaraikan tu, ada beberapa perkara yang sedang saya perbaiki dan upgrade diri saya iaitu latihan, strategi, perkembangan & kewangan…
March 25th, 2008 at 8:52 am
Salam IK. Dengan menganggapi kita sebagai satu enterprise perniagaan akan menjadikan kita sentiasa aktif dan cergas, perlunya Pelan Pemasaran dan Strategi , penjenamaan kita mesti ditentukan (spt seorang yg jujur dan berhemah)dan cara kita memasarkan diri kita.salam,tk.Syamsul.
March 25th, 2008 at 9:26 am
Tips yg menarik untuk terus memperbaiki diri dengan melihat diri kita dari sudut business.
March 25th, 2008 at 9:36 am
Salam IK
Sejujurnya saya kurang bersetuju dengan pandangan saudara. bagi saya berfikir begitu sahaja tidak cukup.saya lebih setuju dengan tindakan keberanian dalam menguruskan perniagaan sendiri. hanya pandangan..
Radzi Tajuddin
http://myiphone.com.my
Beli iPhone secara online
March 25th, 2008 at 10:02 am
radzi, cuba baca betul-betul tip ni. IK tujukan tip ni bukan untuk pemilik perniagaan. untuk orang yang bekerja makan gaji, perlu fikir diri sebagai self-employed. itu maksudnya.
March 25th, 2008 at 10:12 am
Sudah ada syarikat sendiri, maka berfikir dan bertindak untuk memajukan perniagaan yang diusahakan supaya bertahan dan berkembang maju
March 25th, 2008 at 10:17 am
Apa yg saya dapat simpulkan ialah kita mesti dapat merasakan tanggungjawab 100% dalam segala aspek dalam perniagaan kita.
Selamat mencuba!
March 25th, 2008 at 3:10 pm
Salam IK.
Antara pengajaran paling berharga yang saya perolehi dari workshop IK adalah setiap daripada kita mempunyai keunikan dan ‘passion’ tersendiri yang boleh ditukarkan kepada produk atau servis yang bermanfaat kepada masyarakat. Disebabkan tip tersebut, saya mencari dan mencari dan mencari…..(keunikan dan ‘passion’) sehinggalah akhirnya berjumpa dan berhasil. Alhamdullillah dan terima kasih banyak IK. Walaupun tip tersebut simple tetapi benar2 berharga bagi saya.
March 26th, 2008 at 6:26 am
Memang betul, jika anda anggap diri itu sebagai CEO (atau lebih dikenali ada tanggungjawab pada diri sendiri) setiap apa yang di lakukan pastinya dengan cermat dan teliti walaupun anda bekerja di bawah orang.
Bila kita puas hati dengan kerja kita sendiri,orang lain pun mudah kerja dengan kita kecuali yang dah tentunya tak sukakan kita (macam ni tak dapat nak menolong)
March 26th, 2008 at 9:13 am
mentality pekerja hari ni tak banyak yang boleh berfikir seperti CEO syarikat sendiri ” aku keje banyak cammana pun gaji macam tu jugak…rilek2 sudoh..”
March 26th, 2008 at 11:49 am
sekadar berkongsi maklumat, bagi saya setuju atau tidak apa yang diutarakan oleh IK sebenarnya pilihan kita, itu mungkin senarai semak pada diri sendiri untuk lebih positif terhadap segala tindakan kita di dalam menjalankan perniagaan. andai kata kita tak perbetulkan diri sendiri siapa yang tolong perbetulkan jangan ingat CEO itu hanya di dalam perniagaan sahaja. CEO ialah ANDA, ANDA, ANDA DIRI ANDA SENDIRI, BUKAN PERNIAGAAN ANDA.
JIWA ITU LAKSANA CERMIN.
March 26th, 2008 at 5:42 pm
Ramai yang mampu untuk membuka syarikat sendiri dan dan tidak kurang juga ramai yang bangkrup kerana gagal menguruskan syarikat dengan betul.
Yang paling penting bukan setakat minat dan pengetahuan sahaja.Pelaksanaan juga adalah amat penting.Sama-samalah kita fikir-fikirkan
March 26th, 2008 at 7:32 pm
Menarik. Saya rasa ianya lebih menambah motivasi dan cara kita berfikar dan melakukan sesuatu kerja. Walaupun masih belum memiliki nya kita sudah mula berfikir sebagai seorang CEO. tq IK
March 29th, 2008 at 3:56 pm
sayalah kapten kepada diri sendiri dgn kerajinan sebagai kuli.
February 25th, 2009 at 6:12 pm
idea yg bgitu bgs,, abg irfan dah jdi idola sy skrg… sy menjadi lbh yakin skrg ni.. u are on the best……