Wed 31 May 2006
“A picture paints a thousand words”. Beri gambaran yang jelas di fikiran anda bahawa matlamat anda telah tercapai. Gambarkan diri anda 1 tahun dari sekarang. Atau, 10 tahun dari sekarang.
Dengan berimiginasi gambaran anda berjaya di masa hadapan, ia juga akan membakar semangat anda untuk mencapai gambaran tersebut. Fikiran manusia dipenuhi dengan gambaran-gambaran dan bukannya perkataan. Penuhi fikiran anda dengan gambaran kejayaan anda di masa hadapan.
Berhati-hati, terlalu banyak mimpi di siang hari tanpa usaha dan perancangan, anda tidak jauh berbeza dengan angan-angan Mat Jenin!
Pendapat Anda?Tip Satu Minit yang berkaitan:

May 31st, 2006 at 6:52 am
Sayer setuju aper kater tue.. Sayer seorang pelajar dan sayer raser angan2 positif amat perlu bg setiap manusia.. Kerana dengan bermula dari angan2, manusia mampu merealisasikan impian menjadi nyata..
May 31st, 2006 at 7:55 am
Saya berharap dapat menjadi seperti Irfan. Tetapi kadang2 terasa jugak org disekeliling memerli.
May 31st, 2006 at 8:40 am
Assalamualaikum.
Angan angan memang indah.
Tapi angan angan tanpa usaha tak membuahkan hasil.
Macam mana nak jadikan angan angan itu satu realiti?
Fikir fikirkan lah….
May 31st, 2006 at 10:20 am
cikgu,
kalau ikutkan menuruti perli orang bertahun tahun dulu, takde lah saya capai ke tahap ini. macam mana pun, mesti ada segelintir yang perli kita, dengki dengan kita, cuba tarik kita ke bawah (supaya tidak berjaya). tapi segelintir sahaja. Mereka yang memerli ini sebenarnya takut kita lebih berjaya dari mereka. jadi, tu yang cuba patahkan semangat dengan cara perli-memerli.
jadikan semua itu sebagai satu cabaran. banyak-banyak berdoa agar kita tetap tabah untuk mencapai cita-cita dan tidak kalah dengan perli-memerli ini.
salam cemerlang kepada semua
May 31st, 2006 at 12:34 pm
Orang yg memerli tu cemburu sebab otak dia tak power.
May 31st, 2006 at 2:55 pm
selalu berangan juga..
tapi selalu tak menjadi.. muahaha..
ade je rintangan..
nak berangan lagi..
May 31st, 2006 at 8:22 pm
Impian mesti ada. Tanpa impian kemana nak pergi. Paling penting tindakan selepas ada impian.
May 31st, 2006 at 10:25 pm
Kalau anda mahu pendapatan sebulan RM4,000 ringgit, bayangkan betapa tebalnya kepingan RM50 yang berada digenggaman untuk mencukupkan RM4,000 anda. tetapi usaha anda perlu juga RM4,000.00 atau lebih.
Gambaran dan matlamat yang jelas perlu disusuli dengan jalan-jalan untuk membuka peluang mendapatkan Habuan yang dicita. Di akhir nanti, bukanlah wang yang menjadi ukuran tetapi kepuasan diri atas kejayaan mengaplikasikan ilmu.
Irfan sentiasa menjadi contoh terbaik kita! Lipatgandakan Usaha kawan.
May 31st, 2006 at 11:11 pm
memang btl berangan tu penting dlm hidup, tapi jgn tak usaha nanti jadi mat jenin pula. kata org berangan mesti kuat baru idea masuk.. nak berjaya haruslah kita berangan dan
D oa
U saha
I khtiar
T awakkal
barulah impian jadi kenyataan……
May 31st, 2006 at 11:32 pm
Dari berangan datangnya ilham. ilham yg dtg pastinya berbeza, jadi pergunakanlah ilham yg anda dpt unk merealisasikannya.. thomas edison pun tak kan mampu mencipta mentol kalau takde ilham, so lakukanlah apa shj yg anda yakin ia akan menjadi kenyataan, opps!! dlm menulis nie dpt pula idea.. mungkin crite pasal mentol kot!! ok bye, saya follow dari belakang . wasallam
June 1st, 2006 at 1:06 am
impian + ilmu + usaha = KEJAYAAN.
June 1st, 2006 at 9:36 am
semua orang mahu mudah senang dan happpy
bagi saya usaha, sabar dan istiqamah
perlu untuk setiap kejayaan, saya tahu itu semua, tapi kenapa masih sukar mengecapi apa yang saya inginkan. Kalau boleh saya ingin berkongsi pengalaman dan kejayaan dengan anda
June 4th, 2006 at 11:01 pm
Dr irfan,
sy seorang fresh graduate dan kini sedang berusaha untuk membina sumber income melalui internet…
cabaran yg sy hadapi skrg ni ialah, kawan2 serumah slalu kata, dengan nada memerli,”bisnes ko ni tak berpijak di bumi nyata laa..” hehe.
Jawapan sy kepada dia, “dulu sblm thomas edison mencipta lampu, seme orang kata dia gila…”
Then, kawan sy ni cam “hehe, semoga berjaya… semoga berjaya” pun dengan nada perli gak, dan muka cam bosan ahaha.
so, irfan pernah tak alami cam tu, dan ape yg lakukan? apa kata motivasi irfan untuk diri sendiri…?
June 5th, 2006 at 8:16 pm
Assalamualaikum….
Saya pernah diperli oleh makcik sendiri.
Katanya “takkanlah nak menjahit sampai ke tua”
tapi saya tak kisah.
walaupun hidup kami susah pd masa tu tapi kami adik beradik gembira. Dengan pendapatan menjahit, saya dapat membiayai pelajaran adik-adik saya ke menara gading. Hidup tanpa ayah amat sukar namun kami masih ada ibu yang sentiasa memberi dorongan dan sokongan pada anak -anak.
Sekarang saya hanya ingin mencari teman tempat saya mengadu apa yang terpendam dalam hati ini.
Orang yang tak pernah hidup susah akan berkata “hidup ini tak susah manapun kalau kita berusaha.” tapi kalau orang yang tak pernah senang akan berkata” aku dah puas berusaha tapi sampai sekarang tak juga berjaya”. sekarang saya bersabar dan akan terus berusaha walau apapun rintangan yang dtg. saya akan cuba mengatasi dengan sebaik-baiknya. Insya Allah. Amin.
June 5th, 2006 at 10:05 pm
suriati,
pedulikan kata org, buktikan kejayaan
June 10th, 2006 at 12:13 am
kengkadang tu orang kata berangan lebih ‘action’nya kurang pun tak jalan juga. Saya agree bila kata kena ada impian first, then take action!!! Saya selalu berangan nak buat biz melalui internet…. dulu orang kata mengarut pasal pengetahuan tentang komputerpun out, tapi kini saya bangga sebab walaupun start dari kosong, sekarang saya makin memahaminya… tak sangka dengan apa yang dapat saya lakukan melaluinya!!!! Thanks to your tips.
July 4th, 2006 at 12:40 pm
“Belum cuba, belum tahu”… Untuk berjaya kita perlu ada matlamat dan matlamat adalah “angan-angan positif” tetapi kita perlu juga ada tempoh untuk mencapainya barulah kita akan berusaha ke arah itu dan berjaya…
Jumpa anda di puncak kejayaan…
November 7th, 2006 at 4:06 pm
berangan angan menjadi inspirasi utama untuk merealisasikan citc cita ke arak kejayaan gemilang
November 13th, 2006 at 11:50 am
Angan anagan adalah sesuatu yang indah tetapi utk merialisasikan nya amatlah memerlukan tenaga dan pengorbanan so, kalo naq berjaya kena la belajo , apply apo yang dibelajo dan DOA…. insyallah akan berjaya….
September 14th, 2007 at 1:54 pm
selalu berangankan kehidupan pada masa akan datang adalah lebih baik dari kehidupan sekarang..
December 21st, 2009 at 1:24 am
berangan positif sgt penting..sebagai penggerak
January 8th, 2010 at 1:09 am
tgh belek2 cerita lama…cari idea baru…