Tue 4 Nov 2008
Dalam perniagaan perlu kah seorang usahawan itu berani? Mereka yang berjaya dalam perniagaan, adakah mereka tak takut gagal & 100% positif sahaja? Dalam perniagaan, adakah segalanya mudah bagi mereka yang sudah hebat?
Jawapannya: Tidak, tidak & tidak!
Dari pengalaman saya berkawan dengan usahawan-usahawan berjaya, isunya bukanlah “keberanian”. Sememangnya ada rasa gemuruh bila nak mulakan perniagaan, atau menyusun strategi perniagaan baru, atau melakukan teknik baru dalam perniagaan. tetapi, mereka lakukan sahaja anyway. It’s not about being brave, it’s about just doing it!
Usahawan tak takut gagal? 100% positif…. sudah pastinya tidak. Pastinya semua usahawan TAKUT GAGAL. Takut kepada kegagalan ini lah memberi motivasi untuk lebih banyak berusaha dan dalami ilmu perniagaan. Menjadi kreatif dalam merancang strategi2 perniagaan baru. 100% keyakinan sememangnya perlu, tetapi, hakikatnya mereka sering memberi ruang untuk kegagalan DIMANA strategi “back-up” juga disediakan… bak kata lain, Plan-B.
Adakah perniagaan mudah bagi mereka yang hebat? I think not… sekiranya anda lihat sekeliling juga terdapat ramai usahawan-usahawan yang selalu stress bukan? Semestinya, kerja untuk di lakukan adalah banyak dan bukan mudah. Tetapi, itulah kunci nya, mereka yang ingin berjaya akan memilih dan lakukan perkara yang susah- mereka tahu, rasa dan faham ianya susah, tetapi, mereka lakukan juga.
Kuncinya adalah, perasaan & keadaan usahawan yang berjaya dibandingkan dengan orang ramai adalah sama sahaja. Cuma, mereka berpegang kepada konsep Nike: Just Do It!
![]()
Untuk menjadi usahawan yang berjaya, abaikan perasaan-perasaan yang ada dalam fikiran seperti takut, tidak yakin & fikir susah. Sememangnya perasaan itu sering bermain dalam kepala setiap usahawan diluar sana, tetapi, kita pilih sendiri untuk abaikan sahaja
ps: Anda menjalankan perniagaan berbentuk perkhidmatan? Pelajari cara melipatkali gandakan prospek dan pelanggan anda menggunakan strategi perniagaan Internet. Klik di sini untuk Workshop Mini Pelanggan tanpa Had pada hari Sabtu ini (8/11/08).
Kongsikan artikel ini di Facebook anda!
Pendapat Anda?Tip Satu Minit yang berkaitan:


November 5th, 2008 at 10:53 am
Salam;
Petikan kata-kata Bill Gates semasa ditanya bagaimana beliau boleh menjadi manusia terkaya didunia, beliau menjawab…
“Pertama, saya berada pada tempat dan masa yang betul. Kedua, saya bersemangat untuk maju ke hadapan. Ketiga dan yang paling penting, SAYA BERTINDAK”..
November 5th, 2008 at 11:50 am
Di sebabkan silap tafsir ni lah ramai orang yang terjebak dengan skim cepat kaya.Dalam fikiran mereka buat apa pun mesti ada risiko.So,apa salahnya mencuba dengan pelaburan cepat kaya.Akhirnya terduduk sendiri.So,sebaiknya minimakan risiko dan juga maksimakan keuntungan anda
November 5th, 2008 at 12:02 pm
Just do it!
Ayat yang paling tepat untuk menggambarkan sikap yang perlu ada dalam diri usahawan. Belajar daripada kesilapan merupakan cara yang paling berguna dan berkesan untuk berjaya.
Ramai yang telah membuktikannya seperti Warren buffett, donald trump dan ramai lagi usahawan dunia yang berjaya setelah gagal dalam percubaan yang pertama. Termasuk juga ingatan untuk diri saya sendiri.
Bak kata pepatah, “While you earn you learn, while you learn, you earn”.
Apa yang penting ialah dapatkan education dan experience, barulah datangnya excessive cash!
November 5th, 2008 at 12:19 pm
Saya suka ayat ini:
“..Sememangnya perasaan itu sering bermain dalam kepala setiap usahawan diluar sana, tetapi, kita pilih sendiri untuk abaikan sahaja..”
Nak jadi usahawan ni..jalan mesti ke depan, jangan toleh ke belakang. Just Do It! Yeah!
November 5th, 2008 at 12:27 pm
Memang tak di nafikan menjadi usahawan bukanlah mudah.
Ramai usahawan mengalami kerugian pada tahun pertama dan kedua. Tahun ketiga baru mencapai kejayaan.
Usahawan perlu mempunyai beberapa plan, agar ia tidak mati akal di tengah jalan.
Usahawan juga perlu bijak mempelbagaikan kebolehan dan kemahiran yg ada selain melihat peluang-peluang yang datang.
Try and error adalah satu perkara yang boleh mengajar kita secara tidak langsung.
November 5th, 2008 at 1:28 pm
Usahawan perlulah sentiasa berfikiran positif dan perlu ingat dlm perniagaan mmg ada resiko dan paling penting sedia hadapi cabaran.
htto://www.tiebatik.com
~Hand Drawn Batik Necktie~
November 5th, 2008 at 1:54 pm
Yup! tak dinafikan semua perasaan tu ada. Takut, bimbang tak berjaya nanti, bagaimana? Belum buat kerja, dah fikirkan kegagalan. Tapi, kalau tak mulakan, mana nak tahu boleh atau tidak & sampai tualah kat takuk ni.
Pembetulan tarikh tu, 8/11/8 (takut kawan-kawan “confuse”lah)
November 5th, 2008 at 2:52 pm
…”Usahawan tak takut gagal? 100% positif…. sudah pastinya tidak. Pastinya semua usahawan TAKUT GAGAL. Takut kepada kegagalan ini lah memberi motivasi untuk lebih banyak berusaha dan dalami ilmu perniagaan”.
…setuju betul dgn IK. sebelum berperang kena sediakan senjata, hehehe.
November 5th, 2008 at 4:34 pm
Yup betul saya sendiri kadang kadang rasa takut nak promote produk yang kengkadang macam terasa kekurangan diri tapi dengan konseo “just do it” ni hasilnya memang memberangsangkan. Cuma bagi diri kita sendiri peluang untuk mencuba dan ketepikan rasa takut..
November 5th, 2008 at 5:51 pm
usahawan perlu lakukan perubahan berani agar dapat hasil yang diingini…jangan takut gagal…kerana kita boleh belajar dari kesilapan
November 5th, 2008 at 7:22 pm
usahawan juga manusia biasa…yang penting kita mesti berilmu.Selalu belajar dari sumber yang betul…dan yang paling penting ialah “bertindak!”
November 5th, 2008 at 7:59 pm
Salam,
Saya ingin memetik ayat yang yang terdapat dalam buku nota jutawan nota motivasi oleh IK sendiri,
“jangan takut kegagalan kerana takut kegagalan bermakna menghindari kejayaan”,
“kegagalan mengajar kita kekuatan,takut kepada kegagalan mengajar kita untuk terus gagal”
MIJI
http://blogahmadtarmizi-miji.blogspot.com/
November 5th, 2008 at 9:37 pm
Apabila perasaan takut atau tidak yakin, cepat-cepat baikannya dan gantikan dengan pemikiran yang positif
November 5th, 2008 at 10:31 pm
Saya sempat mendapat tip daripada usahawa training, pengasas Waiz Malaysia (www.waizmalaysia.com) ketika menghadiri bengkel editing video Adobe Premier dua hari lalu.
Katanya, “Beza usahawan yang ada potensi dan sebaliknya ialah. Usahawan yang ada potensi tidak memikirkan bagaimana menjalankan bisnes sahaja tetapi mereka yang berfikir untuk mengembangkan bisnesnya.”
Contohnya orang yang sekadar berniaga seperti penjual karipap yang hanya menjual karipap semata-mata dari tepung yang sama. Tetapi penjual karipap yang mengembangkan bisnes pula menghasilkan satu atau dua jenis kuih daripada tepung yang sama.
Jadi kita ini terdiri daripada penjual karipap yang mana ya?
ZAMRI MOHAMAD
Penulis buku sepenuh masa di Malaysia
www.zamrimohamad.com
November 6th, 2008 at 12:36 am
just do it…jangan menoleh ke belakang bile kite telah mulekan sesuatu bisnes….
hadapi rintangan yg mendatang dgn strategi2 kite tersendiri…..
November 6th, 2008 at 2:20 am
Walaubagaimanapun… Selepas gagal pastikan kita tahu punca kegagalan kita. Jangan ulangi kesilapan yang sama berulang kali
Belajar + Perbaiki = Hasil
November 6th, 2008 at 9:19 am
Ye benar.
Dan kebanyakan orang memilih untuk menunggu bila mereka ‘berani’ dan ‘bersedia’ untuk memulakan sesuatu.
Sedangkan semua yang berjaya melakukan walaupun takut.
Naziehah
http://elwardadance.blogspot.com
November 6th, 2008 at 12:05 pm
Betul, usahawan walaupun kena berani… plan B pun perlu ada jugak… tak bolehlah nak berani melulu saja, takut nanti habis harga tergadai… plan smartly!
www.perekaweb.com
November 6th, 2008 at 12:06 pm
Betul, usahawan walaupun kena berani… plan B pun perlu ada jugak… tak bolehlah nak berani melulu saja, takut nanti habis harta tergadai… plan smartly!
www.perekaweb.com
November 6th, 2008 at 1:05 pm
Memang betul, usahawan yang berjaya berani bertindak dan sanggup menghadapi risiko. Kadangkala faktor persekitaran seperti sahabat dan kaum keluarga juga banyak membantu.
November 6th, 2008 at 2:21 pm
Apa yang bermain dalam kepala usahawan berjaya?
Sebenarnya mcm2 yang bermain dalam kepala usahawan ni. Banyak nak buat business itu ini pun ada. Namun apa yang penting kena hadapi try and error and just do it.
November 6th, 2008 at 2:31 pm
gagal, pasti berlaku bukan semua berjaya..gagal satu, ada 2,3,4..lagi kejayaan
November 6th, 2008 at 4:18 pm
Apa yang bermain dalam kepala usahawan berjaya?
pastinya strategikan…
November 6th, 2008 at 6:29 pm
Salam IK!
Seorang usahawan akan selalu berfikir untuk membuat kajian apabila nak mulakam suatu bisnes baru.
Suatu strategi dengan rangka plan jangka panjang serta mengkaji risiko yang tak di jangka juga akan berada mainan fikiran mereka.
Sudah pasti dalam fikiran mereka sudah tersemat inginkan kejayaan yang di semat dalam minda.
jai
www.glowglokal.com
Daya Glokal Enterprise
November 7th, 2008 at 7:45 am
hmm kalau saya, saya tengah fikirkan selalu pasal AUTOPILOT systems..hehe..
http://www.fadzuli.com
November 7th, 2008 at 12:51 pm
Yup strategi tu penting untuk menjadi usahawan berjaya…jangan main buat tanpa perancangan..pasti anda gagal
November 7th, 2008 at 4:37 pm
Memang bukan mudah untuk menjadi usahawan berjaya. Banyak rintangan dan halangan yang perlu di hadapi tambahan dengan kegawatan ekonomi di waktu ini.
Nak jadi usahawan kita kenalah berkawan dgn usahawan dimana kita boleh berkongsi masalah atau secara tidak langsung untuk mendapatkan dorongan dan kata2 semangat.
IMHO, disini jugak adalah tempat untuk mendapatkan kata2 dorongan selain ebook Mentor Jutawan…..
http://www.asasteguh.com
November 8th, 2008 at 5:54 pm
Kenapa ramai jutawan kebanyakan tidak berpelajaran tinggi? Kerana mereka mencuba dengan tidak sesekali menyangka akan ada risiko. Dan akhirnya mereka terpaksa menyelesaikan risko dan sesetengahnya bernasib baik kerana tidak langsung menemui apa-apa risiko semasa berada dipertengahan jalan. Akhirnya mereka terus maju dan terus maju. Kenapa orang yang educated hanya sikit sahaja yang menjadi jutawan? Kerana sesetengahnya dapat menjangka apa risiko dan terus tidak mahu mencuba kerana telah tahu risikonya. Tetapi seorang yang positif dan educated tetap terus melakukanya dengan segala persiapan untuk menghadapi risiko tersebut. Malangnya hanya sedikit sahaja golongan ini. Kebanyakan mereka yang berkelulusan perniagaan tanpa kita sedari kini kebanyakannya sedang bekerja dengan jutawan yang langsung tidak pernah menghadiri kuliah,membuat assignment, kuiz dan final exam. Jawapannya senang sahaja ini kerana mereka hanya banyak belajar mencari risiko tetapi hanya sedikit sahaja pelajaran tentang menghadapi risiko(menyelesaikan masalah). HBOCONS OIL AND GAS PARTNER (SUPPLY LABOUR AND EQUIPMENT)
November 8th, 2008 at 6:00 pm
Jarak antara bodoh dan cerdik hanya boleh diukur dengan kejayaan. Tidak ada kayu pengukur lain yang dapat mengukurnya.(HBOCONS).
November 8th, 2008 at 6:08 pm
Dalam mastika pernah saya terbaca dimana seseorang wartawan bertanya kepada seorang jutawan apakah cara untuk menjadi seorang jutawan? Jawapan jutawan tersebut ialah, tiga patah perkataan. Apakan tiga perkataan itu? Tanya wartawan. TEPAT MEMBUAT KEPUTUSAN, Jawap jutawan tersebut. Macam mana kita hendak membuat keputusan yang tepat? Tanya wartawan. Pengalaman, jawap jutawan tersebut. Pengalaman daripada apa? Tanya wartawan tersebut. Tiga patah perkataan jawap jutawan tersebut iaitu TEPAT MEMBUAT KEPUTUSAN. So sama-sama kita fikirkan.(HBOCONS)
November 10th, 2008 at 2:15 am
salam kepada Irfan & semua,
mm…bagus post ni. banyak ilmu boleh kita kongsi.
kegagalan juga banyak membantu usahawan menjadi lebih berjaya dengan syarat tidak mudah patah semangat…sekali gagal bermakna satu ilmu baru telah kita pelajari.
so, just do it!
http://msi-network.blogspot.com/
November 11th, 2008 at 10:45 pm
Emmm…seronok betul baca kata-kata semangat dari kawan-kawan semua.
Betul lah orang kata, jika kita bergaul di kalangan orang yang berilmu, sedikit sebanyak kita akan dapat ilmu tu..betul tak?
November 14th, 2008 at 8:41 am
Just do it and success.. itu yg kita mahukan.
Jangan jadi orang berniaga tetapi tidak tahu apa yg diniagakan.
Just do it pada erti tersiratnya ialah
1. berani mengambil risiko (gagal dan berjaya)
2. lakukan tanpa rasa takut
3. mulakan dengan segera (bukan tergesa-gesa)
4. langkah pertama dahulu.. jangan buat semuanya sekaligus
5. start smart and work hard.
*Petikan diatas dibuat oleh saudara Didiz melalui forum BJ.
*********************************************
Biarpun pelbagai rintangan yang melanda, saya akan terus berusaha dan lakukan apa yg ingin saya lakukan sehinggalah saya berjaya.
Mulakan dengan angan2, tukarkan kepada impian & laksanakan supaya menjadi kenyataan.
Just do it !!!!!!! Itulah yang sedang saya lakukan sekarang ini.
Semoga kita semua berjaya dalam mengejar cita2 demi kebahagiaan hidup di dunia & di akhirat. Amin.
December 5th, 2008 at 9:58 pm
saya dulu pun trasa takut untuk terlibat dengan perniagaan internet,walaupun nmpak potensi produk yg ingin dijual….tapi bila selalu baca kisah-kisah orang yang berjaya contohnya mcm IK,saya beranikan diri…alhamdulillah,mmg betul langkah diambil…trasa rugi je lambat melihat peluang perniagaan internet….semoga IK terus memberi panduan &galakan kepada usahawan2 baru di luar sana…
May 13th, 2009 at 11:45 am
saya baru nak mula ni,ada sesiapa boleh bantu tak?
June 11th, 2009 at 10:26 am
en. irfan bler nk turun ipoh????…
org ipoh sedang tunggu en irfan tau…..
November 20th, 2009 at 11:23 pm
Usahawan ialah seseorang yang berusaha dan ‘ melawan ‘.
November 20th, 2009 at 11:26 pm
Biasanya, usahawan yang berjaya ada mempunyai ” the sixth sense “, yang membuatkan ianya seorang yang unique sebagai seorang usahawan yang berjaya. Tidak dinafikan setiap orang adalah unique tetapi keunikannya itu dari segi apa?
November 20th, 2009 at 11:30 pm
Seorang usahawan yang berjaya mempunyai sifat malu. Malu untuk gagal yang akan menyebabkan dia berusaha sedaya-upaya dan tidak mudah menyerah kalah. Jika pun pada mulanya dia gagal,kegagalan itu adalah titik permulaan untuk kejayaan.
February 19th, 2010 at 2:47 am
bagaimana? hendak jadi usahawan dalam komputer? itu yang saya fikir.bolehkan?
May 2nd, 2010 at 10:04 pm
“bertindak seperti mane yg kamu fikir…berkata seperti ape yg kamu buat….berusaha seperti mana yg kamu nmpk..bertawakal setelah ia dilakukan…pasti berjaya “
May 25th, 2010 at 11:36 pm
salam…
diri seperti meronta berlari untuk mengejar cita-cita bebas masalah duit yang di mahu bukan kaya tapi minda yang tenang, keluarga yang hebat, dan dapat menolong orang. namun acapkali mau berlari ada saja yang menguji cuma ku pasti itulah seruannya dan kepada yang di sana udah di atas jangan lupa meniup bayu diminda aku dan orang sepertiku.
June 1st, 2010 at 12:38 am
“Jika kita mengejar kekayaan dunia semata..Kekayaan itu semakin pantas berlari…namun jika kita mengejar kekayaan Akhirat dan dunia…dunia akan berada di tapak kaki kita akhirnya”
November 3rd, 2010 at 4:03 pm
Ideas & kata-kata semangat anda semua sangat berguna. Sesiapa yg membacanya pasti merangsang semangat keusahawanan seperti saya.
November 25th, 2010 at 7:43 am
ramai yg bercita2 menjadi usahawan yg berjaya..tetapi yg berjaya adalah mereka yang berani bertindak memulakan langkah yg pertama…
November 29th, 2010 at 7:54 pm
nak berniaga biarlah bersungguh2,
cari idola yang betul2 berjaya dan buat apa yang dia buat dalam perniagaan.
kerja kuat sepanjang masa.
jgn lupa allah.
December 7th, 2010 at 4:14 pm
Salam,
haha.. kata2 abg2 n akak2 kat post nie sumenye sangat membantu utk sesiapa yg mahu memulakan kariernya sbgi usahawan. saye baru berumur 18 n masih belajar di PUO (Politeknik Ungku Omar)nie brase berkobar kobar smangat didada utk menjadi seorang usahawan. thanks for ur Comment
Ferd_unlimitedly@y.c
December 8th, 2010 at 2:15 am
Terima kasih kepada semua usahawan yang telah berkongsi kata-kata semangat,perkongsian kalain inyaallah diberkatinya…sy baru mula berniaga…., bukan di malaysia sahaja org mahu menjadi usahawan, di serata dunia.. Semua mahu kesenangan,kebahagian,bebas masalah kewangan.. Ayuh bangun, bertindak, jangan hanya berfikir, tanpa bertindak,kita masih di takuk itu juga, “Bukan Susah Nak Jadi Susah & Bukan Senang Nak Jadi Senang” semoga berjaya… Dan jangan lupa pada yang Maha Esa, segalanya dia yang menentukan…..
January 20th, 2011 at 7:09 pm
salam..
Ada kalanya seseorang itu mendapat jalan mudah untuk menjadi seorang usahawan yg berjaya tetapi ramai juga yang menempuh berbagai rintangan dengan hasil yang sedikit meskipun berbagai teknik & ilmu telah dicuba.
April 13th, 2011 at 12:11 am
Mgkn kekuatan bg seorang usahawan brjya itu terletak pd hati & minda , & bknnya pd fizikal…..mekasih smuaaa..kata2 anda amat b’guna pd sy..
April 14th, 2011 at 5:41 pm
seseorang yang berjaya menjadi usahawan harus lah berfikiran positif dan yakin dalam apa jua yang di lakukan..
December 14th, 2011 at 10:55 am
jangan sesekali reverse just go into front
May 10th, 2013 at 12:22 am
thanks all
baru saja baca dah berkibar kibar semagat ni.semoga saya dan kawan2 berjaya d dunia dan ahkirat amin….