Tue 7 Aug 2007
Susulan daripada pendapat anda semalam- terima kasih kerana berkongsi suara, apa kata kita rujuk kembali “asas” motivasi melalui Hirerarki Keperluan Maslow
Hirerarki ini menunjukkan mengapa setiap orang mempunyai motivasi yang berbeza berdasarkan keadaan semasa.

Menurut Maslow, keperluan motivasi kita perlu dipenuhi (atau hampir dipenuhi) daripada ruang paling bawah sekali sebelum naik ke ruang atas.
Kebanyakan dari kita berada di ruang Orange & Kuning (Safety & Love/Belonging). Mereka yang sudah berjaya berada di ruang Hijau & Biru (Esteem & Self Actualization) oleh kerana ruang yang lain telah dipenuhi.
Dengan memahami hirerarki Maslow ini, kita dapat mengetahui situasi motivasi kita. Dimana kita kini, di mana kita sebelum ini dan juga ke arah mana motivasi kita menghala. Juga, dengan memahami setiap ruang, kita akan mengetahui dimanakah kita akan meletakkan kepentingan motivasi kita.
Jawapan “apa yang memotivasikan anda” terdapat di dalam hirerarki ini.
Semalam, ada yang tanya apa yang memotivasi saya? Jawapannya adalah di ruang biru! Alhamdulillah, oleh kerana bagi saya, ruangan hijau, kuning, orange dan merah telah dipenuhi.
Bagi anda yang ingin membaca lebih lanjut mengenai ini bagi yang dah lupa subjek sekolah menengah dulu la ni
, boleh rujuk http://en.wikipedia.org/wiki/Maslow’s_hierarchy_of_needs
ps: Selain dari itu, anda juga dapat mengetahui bagaimana orang-orang yang berjaya berfikir dengan melihat keperluan mereka!
Pendapat Anda?Tip Satu Minit yang berkaitan:

August 8th, 2007 at 2:07 am
WOW!…facinating.
August 8th, 2007 at 2:13 am
wahh….Dr dah capai semua dah…
alhamdulillah…kami bakal menyusul nanti…
kekal bermotivasi untuk lebih berwawasan…:)
August 8th, 2007 at 2:35 am
Motivasi memang penting dalam kita nak berjaya dalam sesuatu yang kita impikan.Kurangnya motivasi yang menjadi punca utama seseorang itu gagal,Kalau Irfan dah di peringkat biru,saya masih lagi terkejar-kejar yang merah.Harap-harap dalam masa yang singkat saya akan lebih berjaya
amin
August 8th, 2007 at 7:35 am
Saya rasa buat masa ni masih di rumah ‘kuning’ lagi… Rasanya masa sekolah dulu takde pulak belajar..
Masa motivasi kita jatuh, apa perkara utama yang perlu kita pertimbangkan?
August 8th, 2007 at 8:54 am
hehehe…
Teringat zaman politeknik dulu, bahagian management…
Belajar Maslow Hierachy Needs Theory…
August 8th, 2007 at 9:05 am
:) Rasanya mcm pernah belajar teori ni dkt U.
Tapi, tak ingat sangat laa..Mungkin sebab dulu-dulu tak faham sangat kepentingannya..
Tapi sekarang, dah faham dah..Berkat ajaran lecture online, Irfan..Mula2 bagi student fikir dulu, then baru ajar teori. Teknik ini memang berkesan!
Thanks !
August 8th, 2007 at 11:16 am
Motivasi memang memainkan peranan penting dalam meningkat semangat kita untuk terus berjaya.Tanpa motivasi,kita mungkin lupa apa matlamat kita seterusnya kita tak nampak haluan hidup kita yang sebenar.Tq sebab setiap kali saya membaca tips satu minit,motivasi dalam diri bertambah sedikit demi sedikit.Seterusnya dapat menempis “serangan-serangan” dari pihak luar
August 8th, 2007 at 11:26 am
Dah lama tak dengar subject management ni! Yang sedihnya, ada rakyat kat Malaysia ni masih di tahap Physiological (di bawah sekali).
Tengoklah rancangan Bersamamu TV3. Nak makan pun susah.
August 8th, 2007 at 11:52 am
aduhhhh…di ruang merah masih ada lagi kebocoran sejak dulu hingga sekarang. bagaimana nak tampal kebocoran itu? tapi dalam teori tu kata, kalau tak complete, hampir-hampir complete pun tak apa dah kot.
August 8th, 2007 at 12:03 pm
sentiasa muhasabah diri … di mane tahap kita dan di mana harus di ubah…mudah2an kita menjadi insan yang terbaik di kalangan yang terbaik .. amin!!
August 8th, 2007 at 12:07 pm
rasa macam kembali ke sekolah semula..
motavasi menggunakan level 2..
August 8th, 2007 at 12:47 pm
ehmm,yang penting kita perlu penuhi satu persatu dahulu. barulah kita penuhi hingga ke tahap tertinggi.
satu perkara yang perlu kita ingat, untuk mencapai tahap tertinggi biarlah HALAL..insyaallah..
August 8th, 2007 at 1:55 pm
alamat…tak faham lah imej tu…hehe
BI fail dulu…
nampak mcm menarik je…
August 8th, 2007 at 4:22 pm
bagi saya, kat part kuning dan oren tu, semua dah ada, kecuali satu ..
saya masih bujang!
-Shueqry -
August 8th, 2007 at 5:03 pm
caya laa shueqry….. satu geng le kiter
ada lagi ke geng bujang kat sini ?
August 8th, 2007 at 5:07 pm
hai..saya duk kat bahagian biru dah..tapi tak kaya2 pun..cukup2 makan jerk..camner plak tuh doktor
August 8th, 2007 at 7:35 pm
Riezal ..
sama le kita, bila nak naik pelamin ni?
hehe
- shueqry -
August 8th, 2007 at 9:15 pm
sy dah masuk bahagian hijau tu… tgh giat mempraktikkan skill2 yg ader
umpan 10 …. 2 @ 3 yg mengena…kire ok la tuh..
hehe cume bahagian yg kuning tu satu part je blom complete.. keh keh.. ehem ehem….
August 8th, 2007 at 10:00 pm
cuma nak ingatkan, hirerarki maslow ni tidak menunjukkan kekayaan seseorang. ia hanya menunjukkan keperluan seseorang. ada juga yang mencapai ruang biru, tetapi, hidup sederhana & pendapatan sederhana.
ada juga yang berpendapatan tinggi, tapi masih dalam keperluan warna kuning (friendship & family). mungkin terlalu sibuk cari duit kut
basically, hirerarki ini untuk melihat keperluan & motivasi seseorang, bukan kedudukan kewangan.
btw, yang tak pernah lihat hirerarki ni masa sekolah menengah, mungkin aliran sains kut. saya aliran perdagangan. topik ni dalam subjek perdagangan
August 8th, 2007 at 10:17 pm
Askum Irfan..
Tq, sy berasa amat berbesar hati kerana tlh mjwb psoalan sy:-)
Barulah sy tahu apa yg memotivasikan Teruskan usaha semuga lbh berjaya lg di masa depan!
Sy sendiri masih di peringkat kuning. Walaupun begitu, sy rasa sy tak blh menyerah kalah atau bhenti berusaha utk mencapai peringkat biru spt
Sbgi peserta 16/6/07, sy masih belum upkan website sendiri kerana:-
1) Akhir bulan jun 07, sy berjaya beli pc pertama dlm hidup sy.
2) Jul 07, sy tlh bersusah-pyh apply semula tel rumah sy dgn mbyr bil tertunggak telefon tsebut & daftar no baru (ia tlh digunakan oleh former housemate sy dlm jumlah bill hampir rm400. Dia mghilang tanpa mbyr apa2 kpd sy). Kemudian sy dptkan internet connection juga pertama dlm hidup sy. Hampir semua gaji sy habis utk ini. Lps tu sy dpt idea produk baru & sy terus dptkan produk pertama sy.
3) Ogos 07, sy dptkan produk lg utk pasaran internet. Last week, painstakingly, sy tlh berjaya daftar domain name dgn webhosting tu. Skrg sy tgh buat kajian & semakan semula utk upkan website sy ni.
Sy mghadapi byk juga cabaran dlm hal ini kerana sy xpandai sgt ttg komputer, utk ini sy amat perlukan bimbingan dan tunjuk ajar tp sygnya Shah kdg2 agak susah utk dihubungi. Akn tetapi sy akan belajar & berusaha juga dgnnya shingga sy berjaya upkan website tu.
Wlu bgmnpun, xdinafikan woksyop & blog ni byk membantu sy yg serba kekurangan ini. Seblm menyertai woksyop tu, sy langsung xada apa2 idea mcmana nak mulakan sebuah biz internet, cuma minat sja yg ada.
Tq Irfan…! Tq.
August 8th, 2007 at 11:15 pm
Motivasi adalah vitamin dalam hidup saya. Tanpa motivasi saya seperti tiada penggerak untuk mencapai matlamat dan kejayaan saya. Cabaran-cabaran dalam hidup juga memotivasi hidup saya kearah ruang biru.
Rgds Sharifah Shah Alam.
August 9th, 2007 at 9:09 pm
Kepada benjol
- orang yang meminta bantuan dengan TV3 di malaysia masih lagi bernasib baik kerana ada rumah, tapi kalau kat england masih ramai lagi orang tidak bernasib baik,tidak berumah(homeless), dan tinggal dalam khemah ditepi sungai di bandaraya jer.
Malaysia bumi bertuah!!
August 10th, 2007 at 7:16 pm
Saya masih berlegar-legar di ruang oren. Tapi yg kuning tu semua dah complete. Camne tu? Kiranya di stage kedua ada yg saya masih perlu capai, kemudian baru saya blh lompat terus ke stage Hijau (Esteem)
August 20th, 2007 at 11:36 am
Saya berada dalam level kuning menuju ke level hijau…InsyaAllah
October 10th, 2008 at 5:46 pm
setahu saya,motivasi memainkan peranan penting dalam menjalankan kehidupan d muka bumi…i think,this website help me a lot to finish my assign…..
October 19th, 2008 at 11:26 pm
Saya adalah salah seorang student di IPTA berjurusan Business Management dan saya ada buat kajian tentang adakah wang boleh memontivasikan seseorang pekerja. Dan apakah ia mempunyai teori-teori yang dapat mengukuhkan kajian saya ini. Saya harap anda dapat membantu saya dalam hal ini. TQ