Wed 13 Sep 2006
Tanamkan sikap membaca. Leaders are readers!
Orang yang berjaya adalah mereka yang suka membaca. Berapa banyak anda perlu membaca? Di sini adalah tipnya…
Baca sekurang-kurangnya 1 jam setiap hari. Sebaiknya membaca buku ilmiah yang berkaitan dengan bidang anda dan juga bahan-bahan yang boleh membangunkan nilai diri anda sendiri (Bukan baca novel cinta)
Sekiranya anda membaca 1 jam sehari, secara purata, anda akan menghabis satu buku setiap minggu. Sekiranya anda membaca 1 buku seminggu, anda akan dapat menghabiskan 4 buku sebulan. Ini bererti dalam masa setahun anda akan menghabiskan 48 buah buku. Sekiranya anda meneruskan selama 3 tahun, anda akan membaca 144 buah buku.
Tahukah anda bahawa kebanyakan pakar-pakar industri yang berjaya dan mencapai tahap jutawan telah membaca >100 buah buku yang berkenaan bidang masing-masing?
Semuanya bermula dengan hanya membaca 1 jam sehari, dan anda akan menjadi pakar industri anda dalam masa 3 tahun dari sekarang!
Pendapat Anda?Tip Satu Minit yang berkaitan:

September 13th, 2006 at 5:44 am
Heh.. sy pun dah mula menanam minat membaca ni. Mungkin agak terlambat, tapi nak buat camne, sy pon nak jadi jutawan gak…
September 13th, 2006 at 6:22 am
Ooo. X tau plak saya, jutawan selalunya menghabiskan 100 buah buku.
September 13th, 2006 at 7:13 am
Dalam era IT sekarang ni kalau baca e-book pun ok jugak.Sekarang banyak koleksi e-book yang berguna terutama yang percuma.Kalau hendak seribu daya
September 13th, 2006 at 7:40 am
baca, amal dan sampaikan adalah amat berkesan sekali.Satu tips yang bagus dari pagi ni.Sebenarnya terlalu banyak ilmu kita akan dapat daripada membaca. Sikap membaca ini kita kena pupuk dari hari ke hari, untuk perkembangan minda kita sekaligus boleh mendorong kearah kejayaan kita.
September 13th, 2006 at 8:02 am
Lakukan perkara yang anda suka..
Saya membaca apa sahaja yang saya rasa saya minati termasuk geografi, motivasi dan kewangan..
Saya seorang pelajar kejuruteraan. Boleh ke macam tu ?
September 13th, 2006 at 8:05 am
Terima kasih tips hari inie..
Memang pun saya antara peminat buku ilmiah esp mengenai kesihatan, kecantikan semulajadi dan kewangan serta bahan2 berfaedah yang lain..
Saya sependapat dgn kerana seingat saya tak pernah saya habiskan membaca novel cinta walaupun 1 buku krn TIADA UNSUR PEMBANGUNAN DIRI apatah sbg org Islam, novel cinta yg berkisar kisah luar perkahwinan TIDAK DAPAT DIJADIKAN RUJUKAN ATAU PANDUAN..
Kecuali kisah rumahtangga utk dijadikan pedoman..
Maaf kalau menyinggung mana2 pihak, kerana itu pendapat masing2..
September 13th, 2006 at 8:06 am
Yea..sementelah dgn era ICT sekarang bukan setakat buku sahaja tapi blog2 juga.
Jadi mari kita sama2 mengambil manfaat yang ada.
September 13th, 2006 at 8:58 am
Ada juga soalan, kalau baca buku ilmiah, tetapi tidak ada kena mengena dengan bidang kita bagaimana pula? Contoh, saya dalam bidang perniagaan. Tetapi, suka baca buku Travelling.
Kalau boleh, perbanyakkan buku yang berkaitan dengan bidang anda oleh kerana buku2 tersebut yang akan memperbaiki nilai diri anda dan membangunkan keadaan kewangan anda.
Buku yang tidak ada kena mengena dengan bidang anda (buku travelling dalam kes saya), hanya untuk bacaan suka2 dan untuk ilmu sampingan. Walaubagaimanapun, ia tidak banyak membantu dalam meningkatkan nilai diri sendiri.
On the other hand, jangan pula tidak baca buku-buku lain… oleh kerana kadang2, idea dan strategi dapat di ambil dari industri lain yang anda boleh aplikasikan kepada industri anda!
September 13th, 2006 at 9:09 am
Assalamualaikum.
Hmm…saya rajin jugak baca buku terutama komik.
Ish, lain pulak ngan yg disarankan oleh Irfan.
Kalau buku ilmiah tu, tgk buku lah. punya buku, sehari jek saya habiskan semua. Pastu baca lagi sampai lah skrg.
Ada lagi lah buku yang menarik minat saya yang beli hari tu, hari tu jugak habiskan membacanya.
Tapi ada juga buku yang dah lama beli, sampai hari ni pon tak habis-habis lagi baca. Bosannn..
Wassalam.
September 13th, 2006 at 9:10 am
Betullah Irfan,
Saya sejak degree suka benar baca ‘datasheet’ & ‘application note’ cip (ini kes bidang electronic) dan mmg kecil minat electronic sampai la terbawa2 hingga da berjanggut ni. dah tiga tahun kerja, rasa mudah dan ada pelbagai idea utk design gadget electronic nih. ramai juga yg consult dgn saya.
mmg betul, ada banyak buku di luar sana yang ada pelbagai maklumat, khasnya yang bahasa inggeris. kalau nak jd jutawan dunia, kena mahir bahasa inggeris la. Nak jadi jutawan akhirat kena start belajar bahasa arab la.
September 13th, 2006 at 9:34 am
memang minat saya dari kecil hingga kini membaca.. baru kini excited baca buku mengenai usahawan..
September 13th, 2006 at 10:11 am
100? byknyer..
September 13th, 2006 at 10:15 am
Untuk tambahkan nilai2 romantik dlm diri anda, bacalah buku2 novel…
Untuk tambahkan nilai diri anda berkaitan kewangan, bacalah buku2 perniagaan…
Untuk tambahkan nilai diri anda berkaitan pendidikan, bacalah buku2 pembelajaran…
Untuk tambahkan nilai diri anda berkaitan keimanan, bacalah2 buku2 keagamaan…
Untuk tambahkan nilai diri anda berkaitan perniagaan internet, bacalah buku2 yang ditulis oleh Irfan…
Untuk tambahkan nilai diri anda berkaitan pembelajaran bahasa arab, bacalah ebook yang ditulis oleh Ustaz Abd Rahman…
Baca jangan tak baca… القراءة مفتاح العلم
September 13th, 2006 at 10:28 am
Penemuan yang bagus tuh.. 100 buku dalam bidang yang specifik. Thanks doc. Saya tgh giler saham nih. Baru baca 3 buku pasal stock analysis. 97 lagi kene baca.. heh.. Apapun terima ksih byk. Satu matlamat baru perlu dibuat..
September 13th, 2006 at 10:34 am
Baru baru ini saya ada pergi seminar keusahawanan.Saya masih ingat lagi apa yang dikatakan oleh jutawan Malaysia En Azizi Ali.
1)Baca sebiji buku,anda menjadi pakar untuk satu tingkat klcc.
2)Baca 10 biji buku,anda pakar di klcc.
3)Baca 100 biji buku,anda pakar di selangor
4)Baca 700 biji buku anda akan jadi pakar yang terbaik..
sebab saya(Azizi Ali)membaca sebanyak itu untuk menjadi pakar hartanah…
jadi,pk pk kan lah
September 13th, 2006 at 10:42 am
Memang betul, kebanyakan tokoh-tokoh di malaysia yang terkenal memang banyak membaca antaranya Tun Mahathir, Dato Seri Annuar Ibrahim dan Prof Diraja Ungku Aziz, kesemua mereka memiliki library sendiri di rumah.Kebanyakan kita memang suka membaca tetapi apa yang dibaca hanyalah komik & novel cinta terutamanya golongan remaja.Sampaikan kalau kita ke kedai buku misalnya ada bahagian yang tertera ‘Malay Reader Section’ apa yang terkilan sikit disini semua buku2 bahagian ini adalah novel cinta.Adakah novel cinta sudah senonim dengan orang melayu?.Syukurlah setakat sekarang saya membeli sebuah buku setiap bulan dan tak pernah langsung membeli novel cinta walaupun belum kawin..ehem..ehem..
Bak kata perpatah…
“Bagi menilai seseorang itu bukan dari berapa banyak yang dibacanya tetapi dari apa yang dibacanya”
September 13th, 2006 at 11:45 am
Ermm.. macam posting saye sebelum nie, setiap bulan beli buku. Kengkadang tuh memang tak kene ngan bidang saye, tapi saye suke mengasimilasikan agar ia berguna dalam industri saye.
September 13th, 2006 at 11:46 am
membaca adalah satu amalan yg murni dalam msrkt kita,oleh sekiranya kita semua mengetahui akan faedahnya………….apa tggu lagi!!!!terapkan nilai suka membaca dlm diri skrg.tk nk jd jutawan ka?????????????????
September 13th, 2006 at 12:03 pm
“ILMU bukan kuasa,
mengaplikasi ILMU itu yang kuasa”
September 13th, 2006 at 12:41 pm
buat masa ini saya pastikan setiap hari saya membaca…insyAllah.
…dah 3 hari tak baca tip satu minit. hari ini melepaskan ketagih baca tip irfan ini dengan membaca KESEMUA yang terlepas sampai paham.
semua tip irfan menarik!!!!!
September 13th, 2006 at 12:50 pm
a’kum semua.
ni saya n kberkongsi kisah benar yg berlaku pada diri saya sendiri.
Dulu masa tahun akhir universiti, saya amat suka membaca majalah berkaitan kecantikan dan motivasi. sebelum tu, saya tak pernah berminat membaca apa2 buku pun.
Bermula dari minat saya itu, saya mula ‘terminat’ dalam bidang kecantikan, keusahawanan dan self development. Saya terus membeli dan membaca buku2 dan artikel2 dari internet yang berkaitan ke tiga2 bidang ini, sehinggalah saya berjumpa dengan laman web rahsiainternet.com dan seterusnya blog irfan khairi ini. Lama-kelamaan saya jatuh cinta dalam bidang internet business dan sekarang sedang berusaha ke arah merealisasikan impian saya untuk bekerja dari rumah dalam bidang internt business.
Alhamdulillah, banyak lagi e-book, laman web dan blog yg saya jumpa dalam proses mencari ilmu ini terutamanya ilmu berkaitan internet business.
Saya berasa amat bersyukur kerana Allah telah memberikan saya ilham dan menanamkan minat membaca kepada saya. Kalaulah saya tak pernah langsung minat kepada membaca, kemungkinan besar saya tak akan pernah mengetahui mengenai pelunag perniagaan internet ini.
Itulah, orang tua2 pernah berkata, MEMBACA JAMBATAN ILMU, ILMU ITU PENYULUH DAN sebagainya.
Kini , saya seorang yg amat cintakan ilmu. Marilah kita sama2 menjadikan membaca itu sabgai hobi teristimewa dalam kehidupan seharian kita
September 13th, 2006 at 1:34 pm
Menggunakan kuasa tanpa ILMU… itu adalah sesat…
September 13th, 2006 at 2:11 pm
Adapun ilmu yang Allah beri tersangatlah luasnya.. 100 buah buku yang kita baca belum banyak yang kita tahu sebenarnya…kalau 700 buah buku pun saya rasa masih ada yang kurang.
Sekali, saya terbaca sebuah kitab karangan tahun 700 hijrah di dalam Bahasa Arab..terpegun saya dengan isi kandungannya yang sangat menarik dan luas sekali berkaitan dengan falsafah disebalik pemilihan huruf, ayat dan ungkapan di dalam Al-Quran. Kenapa Allah pilih perkataan ini, tidak perkataan itu…dsb. Malangnya kitab tersebut belum diterjemah ke dalam bahasa Melayu atau Inggeris.
Apa yang saya ingin utarakan ialah sebenarnya ilmu kita masih cetek…( malanglah bagi orang yang rasakan memadai fahami Al-Quran sekadar membaca terjemahan tafsir BM @ BI tanpa berguru)
So, rentetan daripada tip .. jom kita rajin membaca..untuk jadi jutawan, untuk jadi ilmuan, untuk jadi budiman, untuk jadi angkasawan
Alhamdulillah, setiap bulan saya pasti membeli paling kurang 1 buah buku.. sehingga sekarang, jumlah buku di rumah saya yang dibeli berjumlah ribuan ringgit.
Dan antara buku yang saya minat ialah berkaitan perkembangan diri dan motivasi kejutawanan.
p/s : saya ada banyak bahan2 mutiara kata dan tazkirah yang disimpan dalam notebook saya ni. Jika nak, email: ustaz@pengetahuanislam.com
September 13th, 2006 at 3:40 pm
Assalamualaikum w.b.t
thanks to Irfan and guys cz sudi baca comment saya..
emm, ttg tajuk ari nie ok gak… saya pun minat gak baca buku.. tapi tgk gak la kalau buku tu best utk di baca, saya akan baca..tapi, kalau buku tu tak best, mintak maaf je lah..saya suka baca majalah esp maskulin,novel & rencana kat newspaper…tapi, kalau baca buku ttg pelajaran….’sedih’ sikit la….
‘terlanjur’ saya menghantar comment ni, say nak mintak sikit pandangan dari irfan and ur’ll.. boleh tak!!!
saya ada lawati satu laman web ttg penjadi kaya hanya menjual prepaid h/p..saya amat teruja untuk join. tapi, saya takut coz manalah tau if mrk tipu… sekianya sy join, at least, saya dapat menampung pengajian saya di kolej..famili saya pun bukan org yg berduit..since saya lawati laman , web tu, saya asik fikir pasal benda ni.. saya harap irfan dan membr lain dapat membantu saya..kalau u’ll nak tahu ngan lebih lanjut berkenaan dag laman web tu, u/ll blh layari [www.hotsms2u.com]…
saya amat berharap agar dpt memberi pandangan….
thanks..
September 13th, 2006 at 4:36 pm
Alhamdulillah, dari sehari ke sehari saya sentiase cuba membaca buku…cume nak tambahkan masa membaca..sebelum tido, saya akan repeat apa yang saya baca..sebelum merancang untuk hari esok..Tips yang lepas…Thanks
September 13th, 2006 at 4:50 pm
Ilmu manusia jika dibandingkan dengan Ilmu Allah umpama setitik air dilautan… Kalau dijadikan air lautan sebagai dakwat untuk menulis ilmu-ilmu Allah, maka sesungguhnya ia tidak akan cukup, kerana ilmu Allah itu teramatlah luas… sebab itulah salah satu sifat yang wajib bagi Allah ialah MAHA BERILMU ( علم )
September 13th, 2006 at 5:55 pm
petang semua…. sy la ni memang tgh membaca buka en irfan kita. semangat tgh berkobar ni tapi…. tak tau apa benda saya nak jual dalam internet ni, macam semuanya dah ada. kalau dapat en irfan bg la ideaa sikit kat saya ni.
September 13th, 2006 at 9:05 pm
Errr.. benar ke nak tambah nilai2 romantik, perlu baca novel..?
Saya pun over romantic jugak tapi tengok aje tajuk novel cinta memang TAK BOLEH NGAM dgn jiwa saya.. alergic agaknya.. atau mungkin saya bertanggapan yang kisah romantik dalam novel bukanlah neutral kerana kebanyakannya melanggar hukum alam..
Jadi mudah2an kita banyak membaca, kalau baca buku mengenai PERNIAGAAN jgn lupa baca juga mgn UNDANG2 PERNIAGAAN/AKTA PERNIAGAAN sebagai perisai atau pendinding bagi ‘perjalanan yg masih panjang’…
September 14th, 2006 at 9:25 am
Saya memang minat membaca , tatkala dilanda kekecewaan yang amat teruk pun saya mengambil pendekatan dengan membaca buku bercorak motivasi dari buku H.M Tuah dan Fadzilah dan ianya begitu banyak membantu dalam keadaan diri yang telah kecundang. Saya juga memiliki buku Irfan dan sekarang dalam keadaan begitu teruja untuk mempratikkan panduannya . Biarlah kita bersahabat karib dengan buku dah tentu ianya memberi manafaat buat kita.
September 14th, 2006 at 1:58 pm
Betul tu, membaca akan menambah ilmu… saya yakin semua orang pernah dengan ” membaca jambatan ilmu ” . ayat yg mula sekali diturunkan dalam Al-Quran juga adalan berkaitan membaca ( Iqraq = bacalah ) . so memang comfirm membaca menambah ilmu.
September 14th, 2006 at 1:59 pm
akum semua..
menarikla…peliknya, dah dekat setahun, nih kali pertama terpanggil masuk blog nih..
topik pun menarik..tip hebat!
tq :>
September 14th, 2006 at 3:21 pm
kepada ustat…. ustat tau tak mengenai huruf 19 dalam Al-Quran???? itu tandanya Al-quran mempunyai sistem yang indah…bukan ciptaan manusia.
September 18th, 2006 at 6:56 pm
Assalammualaikum Irfan…
Apa Khabar?
“Membaca menambahkan ilmu pengetahuan. Tetapi tidak cukup sekadar itu… Apa yang lebih penting,terus mengamalkan ilmu yang baik-baik setelah membaca. Kita akan memperolehi manfaatnya..”
ok,jumpa lagi.
caucincau
October 4th, 2006 at 11:02 pm
memang best la tips nie….
mcm mana plak kalau kita tak ada duit nak beli buku?
duit yang ada just cukup mkn jer…
buku ilmiah plak sumernyer mahal2 belaka. nak pinjam dkt perpustakaan plak tak boleh pinjam lama2.. sedih so cuba bg tips yang lebih untuk saya… ok terima kasih….
November 2nd, 2006 at 9:54 am
saya setuju sangatlah dgn idea saudara irfan nie sebab utk kebaikan ramai orang…menjana pendapatan mungkin adalah fokus utama…banyak cerita usahawan internet yg berjaya telah digembar gemburkan…TAPI biar logik jugak lah kot…takkan semuanya berjaya dalam bidang ni..cerita sikit jugalah kegagalan pengusha(tak perlulah sebut nama..nanti kena saman pulak dan bagi statistik or peratus mereka yg gagal ni)bukan apa tapi ada baiknya sebagai pengajaran kepada mereka yg baru memulakan perniagaan internet ni…mungkin dpd cerita tu mereka boleh mengelakkan dpd kesilapan atau apa juapun puncanya.betul tak? bunyi kegagalan tu mungkin menakutkan pelanggan tapi itu adalah fakta..lagipun kalau yg tak berjaya tu taklah salahkan sesiapa setelah belajar dari kursus saudara irfan tu….sebab saya terfikir juga apa hal kalau semua orang di dunia ni jadi berjaya dan kaya???siapa nak kutip sampah…nak jadi kerani…nak jadi jaga…robot? atau kena buat sendiri ker?sebabtu lah ada yg tak berjaya dalam bidang ni..atau bidang lain juga…tapi cerita le please….tentu menarik juga kan..dan pastinya ramai orang akan lebih percaya dan atas dasar ikhlas…
November 2nd, 2006 at 5:36 pm
Buat macam saya, kalau x nak beli buku (tapi semua buku saudara Azizi Ali dan Irfan saya beli)pegi aje kat kedai buku macam kinikuniya klcc atau popular(ikano damansara favorite saya)baca je buku yang korang suka sampai abis. Saya buat camtu lepas balik keje, singgah jap kedai camtu.Baca sehari sikit lama-lama abis satu buku.
Saya tengok ramai anak Melayu sekarang suka baca `junk magazine` yg serupa macam `junk food` yg x memberi faedah macam majalah hiburan, dsb.Benda2 camni patut dihentikan dahlah x memberi pekdah, dosa lagi dapat.Lagi satu jenis suka modified kete / baca majalah kereta modified. Duit abis hasilnya xde.
November 8th, 2006 at 2:08 pm
benar apa yg dikatakan oleh saudara irfan…..
sebelum ni saya banyak membaca buku2 yg tidak berfaedah.sebenarnya ianya banyak menbuang masa kita.namun sejak kebelakangan ni saya sudah mula berubah dengan membaca buku2 ilmiah yg berbentuk motivasi….setidak2nya saya tahu arah tujuan hidup asya selepas membaca bahan bacaan yg berbentuk ilmiha ini…
November 23rd, 2006 at 12:10 am
Hai Irfan,
terima kasih atas workshop 18/11/06 yg hebat.
saya setuju dgn Irfan. hm, saya juga sgt suka membaca. ada 2 buah buku yg mengubah cara saya berfikir.. 1. THINK AND GROW RICH author Napoleon Hill.. 2. RICH DAD POOR DAD author Robert Kiyosaki. Saya cadangkan kwn2 baca 2 buah buku yg hebat ni.
Pagi tadi saya berjumpa dgn sahabat En. Azizi Ali, di pejabatnya atas urusan business partnership. dia juga seorang yg sgt byk membaca. dia juga millionaire coach mcm orgnya kecil,tapi hebat. membaca menjadikan kita berilmu, sekaligus membezakan kita dgn org lain.
seperkara lagi, cuba baca buku2 yg terlaris di pasaran. ada sebab ia laris, sebab ia hebat.selamat membaca kawan2..
December 6th, 2006 at 6:16 pm
Salam,
I agreed about reading books. Yes, I have lots of books, from business, science, psychology, arts, literature, history, motivational etc. I read them all and I love them all. Well I do have a mini library in my house. And like most of you, i also wanted to have abundance and achieve wealth, but my problem is…I dont know what to do. I’m pretty much intersted in business, but again what business should I run.. how should I start. Any advice dude?
January 21st, 2007 at 3:07 pm
Assalamualaikum..first time join blog nih..ekceli saye bleh dikatekan baru setaun jagung utk join bisnes internet..baru abis spm..but instinct nak wat bisnes internet membuak-buak..cewah..bleh tak IK khairi bagi tips or ape2 view on how to start bisnes internet n bisnes ape yg sesuai saya jalankn..
February 21st, 2007 at 10:22 am
Setelah 2 bulan saya menjalankan perniagaan internet, saya dapat banyak ilmu perniagaan secara online. Kita terpaksa membaca buku-buku berkaitan utk. memajukan perniagaan dan secara tidak langsung, ia meningkatkan pengetahuan kita. Dengan membaca, diri kita maju dan mungkin Insya Allah perniagaan internet kita juga maju. Aminnnnn…..
http://www.jomwebtemplate.com
March 2nd, 2007 at 9:53 am
saya memang minat membaca. sesuai dengan bidang, saya banyak membaca buku kimia. boleh ke buat duit dengan kimia ni. kalau bat ebook boleh success ke. ada cadangan atau pandangan?
March 5th, 2007 at 7:33 pm
Membaca? memang syok kalau kita membaca benda yang kita minat. tetapi benda yang kita minat tu selalunya benda yang kurang nilai. Contohnya komik dan majalah hiburan. Saya dulu macam tu.. suka baca bahan bacaan ni tapi sekarang dah tak berapa minat. Dah jarang nak baca komik atau majalah hiburan. mungkin sebab sibuk dengan tugasan atau mungkin juga sebab faktor umur.. dah dewasa lah katakan.. tapi satu yang masih tak berubah.. asal jak baca buku berbentuk ilmiah, confirm lelap.
March 10th, 2007 at 4:44 pm
erm..bagusss..
membaca adalah amalan yang mulia…
erm.. saya kena wat assmt membaca sebagai satu budaya…
erm, bagus sgt la tu kan…
baca, jgn tak baca..
jadikan membaca sebagai satu budaya hidup anda semua..
May 9th, 2007 at 1:43 pm
E-book memang bagus tetapi saya tak dapat nak installkan adobe reader kerana tak tahu cara2 nak installkan. Boleh tunjukkan cara2 yang betul satu persatu
May 9th, 2007 at 3:43 pm
aim, target, put in action and move…
barulah boleh habiskan hanpir 50buku setahun…
dik mal
ampang,selangor
http://norakmal.blogspot.com
May 14th, 2007 at 1:03 pm
orang yang membaca buku boleh mengubah dunia!
December 21st, 2007 at 1:22 pm
membacalah! dengan membaca menjadikan kita adalah manusia paling kaya! tak percaya? cubalah dan anda akan rasainya.
January 7th, 2008 at 3:48 pm
membaca amat penting tetapi kita sebagai seorang student tak payah la baca buku-buku yang tak berfaedah,,bacalah buku yang mendatangkan faedah……..
June 24th, 2008 at 1:00 pm
Baca memang patut baca,saya daripada tak tahu buat website dalam masa 3 bulan saya ada 3 website untuk cari duit. Ilmu senang didapati
sekarang,pakai Google apa knowledge pun kebanyan free pula tuk. Business Online memang menguntungkan untuk jangka panjang. Tapi kena ada knowledgelah how to go about your business. Semuga berjaya
Abdul Rahim Suhailie> Internet Newbie
Http://www.OnlineCashLink.com
June 24th, 2008 at 2:20 pm
saudara irfan
Tips perniagaan internet tuan amat menarik dan mudah difahami.
Saya mesti hadir seminar yang saudara anjurkan itu pada suatu hari nanti.
July 3rd, 2008 at 2:19 pm
thanx 4 give me idea 4 start new bisnez. beliau adalah inspirasi kearah kejayaan.. membaca adalah satu cara menambah pengatahuan dalam apajua jenis bisnes yg ingin d pelajari. saya akan cuba untuk mgikuti bisnes ni.
August 6th, 2008 at 11:24 am
SAYA PUN ADA MINAT NAK JADI ANGKASAEAN,TAPI SAYA TAK TAHU NMACAM MANA NAK BUAT,SAYA DAH MENGAMALKAN MEMBACA BUKU,TIDUR PUN CUMA 4 JAM SEHARI,TAPI TAK PANDAI-PANDAI PUN
October 28th, 2008 at 12:31 pm
salam…lama dah x membaca ..alasan kerana sibuk sambung belajar, kerja dan baru lepas bersalin..saya berminat nak jadi hebat macam irfan..saya juga suka buat test untuk diri sendiri sekadar untuk tahu dimana tahap saya berada pada setiap tempoh masa..harap irfan pandu saya..
wassalam
January 11th, 2009 at 7:46 pm
Salam.. Sya pun baru skrg amat bminat membaca buku²/blog² atau mana² lamanweb yg membina ini terutamanya yg dapat membantu saya dalam memperbaiki ekonomi diri saya. Tp sya amat keliru dgn sistem² buat duit dr rumah/melalui internet dan sbgnya yg sangat mudah dan kadangkala tdk logik cthnya “Jana RM200,000 Dalam masa 6 bulan Dgn Modal Hanya RM295 Hanya Dari Rumah Shj” dan bermacam-macam lg. Tak tahu mana nak dapatkan kepastian sama ada ianya benar atau tidak coz dah byk membaca dr laman². Cuma nak bertindak je, tp takut kena tipu plak. Cam ne tu ye En. IK…?
July 2nd, 2009 at 9:46 pm
bang tolong ajarkan saya karangan yang bertajuk Membaca Jambatan Ilmu
October 18th, 2009 at 1:15 pm
SAlam…..
Saya cuba tanamkan minat membaca……tapi gagal….mungkin kesilapan saya semasa kecil…kurang membaca…..jadi….la ni….saya membaca lambat…..SAYA NAK SANGAT BOLEH MEMBACA PANTAS…..sesiapa boleh tolong saya….saya amat menghargainya…..
December 28th, 2009 at 9:54 pm
Saya sangat suka membaca, mungkin kerana dari kecil dah biasa tengok ayah membaca dan ayah punya banyak koleksi buku. Saya sukabeli buku-buku motivasi, buku2 bisnes termasuklah buku2 camana nak jadi jutawan.. Maklumlah masa kat u dulu saya amik program lain, tetiba bila keluar u teringin buat bisnes plak. Alhamdulillah sekarang ni saya dalam proses kembangkan bisnes saya. Insyaallah berkat usaha mencari ilmu melalui membaca, saya yakin saya akan jadi jutawan gak sebelum umo 45 tahun…
February 22nd, 2010 at 11:09 am
hmmm menarik…
memang hobi saya membaca..sejak kecik…ayah bawa balik je surat khabar..kami berebut2 nak baca.buku n ape2…
bagi saya membaca ade dua kategori..
satu…bacaan ringan.contoh hiburan,komik dan majalah sukan,
kedua…bacaan berat.berilmiah diisi dengan kajian dan pengalaman.mampu ubah pemikiran.
jadik…saya selalu cuba jadik ke tahap pembaca bacaan berat.politik.sejarah.sains.
tq