Back to the Future

Ingat tak pada filem popular tahun 80-an bertajuk Back to the Future oleh Steven Spielberg dan dilakonkan oleh Michael J Fox? Tip kali ini bukan mengenai wayang gambar tersebut, tetapi, konsepnya dalam pembangunan diri.

Satu konsep yang sering digunakan oleh orang berjaya digelar “Back to the Future thinking”ย

Konsep ini bermaksud untuk anda bayangkan diri anda 1 tahun, 5 tahun atau 10 tahun dari sekarang. Bagaimanakah anda inginkan keadaan anda ketika itu? Sudah tentu cita-cita anda tercapai bukan?

Sekarang, dalam keadaan membayangkan diri anda di masa hadapan, tanya soalan kepada diri anda sendiri, 10 tahun lepas, atau 5 tahun lepas, atau 1 tahun lepas, apakah kepakaran atau ilmu anda perlu ada untuk capai tahap anda itu.

Lagi jelas anda dapat bayangkan diri anda pada masa hadapan, lebih tepat jawapan kepada soalan anda tersebut.

Jawapan tersebut adalah kunci untuk anda mencapai kejayaan masa hadapan.

The following two tabs change content below.
Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu insan menjalankan hidup yang lebih bahagia dan kaya melalui perniagaan. Untuk mendapatkan Irfan Khairi sebagai speaker atau ketahui program-program yang dikendalikan, hubungi 03-77292277 (save kan nombor ini) ๐Ÿ˜‰

About Irfan Khairi

Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu insan menjalankan hidup yang lebih bahagia dan kaya melalui perniagaan. Untuk mendapatkan Irfan Khairi sebagai speaker atau ketahui program-program yang dikendalikan, hubungi 03-77292277 (save kan nombor ini) ;)

20 thoughts on “Back to the Future

  1. Ia satu teknik yang amat berkesan tapi bagi saya, ia memerlukan keyakinan dan kepercayaan selain daripada usaha yg kuat. Bayangan tu bukan saja-saja tapi mesti jelas dan betul2 apa yg nak dicapai pada masa depan tu. ๐Ÿ˜‰

  2. jikalau mahu membuat perubahan sikap yang astik dalam diri.. saya percaya.. inilah caranya

    dan yang pastinya akan membuat org sekeliling bertambah bingung terhadap kita…

    tak kisah lah… lagi pantas kita berubah.. lagi bagus.. dan lagi hampir dgn matlamat kita.. ๐Ÿ™‚

  3. Ya, dan kita juga perlu menjalankan kehidupan kita seperti orang yang berjaya. Dengan melakukan apa yang orang berjaya lakukan kita akan menjuruskan diri kita ke arah kejayaan.

  4. Satu cerita yang saya tak pernah miss dulu cerita dalam bentuk video yg lama bukan cakera padat seperti skrg…bercakap pasal masa depan memang kita kena merancang….kalo dulu saya hampir malas memikirkannya tapi skrg hmm bak kata keluar dari zon selesa..

  5. Darin memang menggunakan teknik ini, sebab Darin percaya apa yg tergambar dalam minda di bawah sedar, kalau diulang-ulang keinginan dan di tambah dengan usaha, insya’allah akan memperoleh apa yang kita impikan.

  6. Selepas saya baca buku-buku azizi ali (Jutawan Planet Jupiter, Lahirnya seorang jutawan), buku manusia terkaya di bybilon .. saya dapati semuanya menyuruh kita merancang masa hadapan bermula dari hari nie.

    Saya rasa, langkah yang perlu dirangka utk mencapai impian ialah:
    1. Targetkan apa kita nak jadi
    2. Letakkan tarikh terget tu tercapai ( cth: 1 Jan 2011)
    3. Buat rancangan tahunan jangka panjang
    4. buat rancangan bulanan jangka pendek
    5. bertindak..jangan bertangguh

    Pepatah Arab kata:” wala taqul qadan qadan, fa in nahu ‘umruz zaman” maksudnya: jangan kata esok-esok, kerana ia umur zaman (masa)

  7. Betul la, mesti ada matlamat dulu, sebab tanpa matlamat yang jitu, usaha ke arah mencapai sesuatu kerja sukar terlaksana, sebab tanpa matlamat tiada usaha dilakukan untuk mencapai kepada sasaran yang kita kehendaki.

    Ada MATLAMAT (apa yg nk difokuskan), baru ada PERANCANGAN (kertas kerja), lepas tu USAHA (apa yg dibuat), & KOMITMEN (sungguh2 terhadap kerja), sokongan MORAL (ada bantuan atau orang yg kita betul2 percayai)

    Ala.. macam wawasan 2020 yang hangat dibincangkan dulu, sasarannya adalah mewujudkan negara kita sebagai sebuah negara yang maju dari segenap segi, sama ada pembangunan, intelektual, pakar2 saintis, ahli perniagaan dan sebagainya. Dari situ, wujudnya peluang2 atau ruang untuk memenuhi kriteria yang dikehendaki iaitu plan pembangunan untuk jangka masa panjang.

  8. Imaginasi perlu disusuli dengan tindakan…Membayangkan sesuatu yang positif akan menggerakkan kita ke arah “vision” tu. Tips yang unik .thanks

  9. kepercayaan dan usaha yg kuat tanpa kenal jemu 1 hari nanti akan mencapai matlamat kita. kecepatan mencapai matlamat byk bergantung pd teknik kertas dan pen.

  10. “Kalau ingin menjadi jutawan, kita perlu mempunyai minda jutawan”. Kena bayangkan pada masa hadapan kita nak jadi jutawan, first step kita perlu mempunyai minda jutawan dan terus berusaha ke arah itu dengan usaha yg gigih macam Irfan Khairi – Jutawan Internet Malaysia Tersohor…

    World

  11. Meletak sasaran atau impian tidak salah. Kumpul data dan projek semua yang terkumpul dan cuba lihat hasilnya.

    Back to the future

    Permikiran yang boleh menjangkau masa seperti angan-angan. Bezanya kita tidak ada mesin masa.

    Hari ini anda punyai kerja, sepuluh tahun lepas mungkin anda masih menuntut disekolah. Kenapa anda berapa pada hari ini dan punyai kerjaya? Jawapannya adalah kerana ada belajar ketika dulu menuntut ilmu untuk membuka ruang supaya anda boleh mempunyai kerjaya.

    Pilihan adalah ditangan anda, jika anda menetapkan 10 tahun dari sekarang untuk mempunyai kehidupan yang selesa, seharusnya anda mempunyai perancangan dari sekarang supaya hasilnya anda dapat perolehi pada masa yang anda sasarkan.

    Rancang, laksana , bermotivasi , merebut peluang dan raih kejayaan!

  12. Kalau kita pikirkan masa depan tapi tak melakukan apa-apa ke arahnya itu yang masyarakat kita panggil angan-angan mat jenin.tapi kalau kita pikirkan masa depan kita dan kita melakukan usaha ke arahnya maka itulah wawasan sesuai dengan konsep Back to the Future thinking.Jadi kesimpulannya adalah apa yang kita lakukan hari ini adalah penentu kejayaan dan kegagalan kita pada masa hadapan.

  13. Saya masih lagi meminati cerita tersebut. Bayangkan anda sekarang akan pergi ke masa depan anda.

  14. Asmk semue.. topik hari nie antara yg d’best!
    “Beramallah kamu sebanyak2nya seolah2 kamu akan mati esok, berusahalah kamu menghimpun kekayaan seolah2 kamu akan hidup seribu tahun lagi”..
    dan sebaik2nya tinggalkan kekuatan kepada zuriat dan keturunanmu sblm kamu menginggalkan dunia ini; kekuatan ekonomi dsbnya..
    Maaf kalau ada tersilap bahasa..
    “Fa-iza ‘azam tafatawakkal ‘allALLAH..”
    maka apabila kamu berazam, maka hendaklah kamu bertawakal kpd ALLAH..
    So… SET UP A GOAL..!

  15. >Tiada guna kalau kita hanya bermain dengan imaginasi dan kepala sarat dengan pelbagai perancangan sedangkan buatnya tidak.Adakah anda semua setuju?
    >Konsep ni memang agak berkesan.Namun,perlulah disusuli dengan usaha yang berterusan dan konsisten.Kita meramal itu memang bagus.Namun,jangan pula “Lebih sudu dari kuah”..
    >Mentaliti masyarakat kita hari ini makin berkembang.Maka,tidak hairanlah semakin ramai masyarakat kita yang berjaya dengan cemerlang,gemilang dan terbilang…seperti Irfan Khairi dan HM Tuah Iskandar.Syabas

  16. mulakan hari ini dengan membina imaginasi yang luarbiasa bolah! anda memang boleh jika mahu. usaha mesti berterusn dengan kadar yang kemapuan anda. sekian terima kasih.

Leave a Reply

Your email address will not be published.