Mon 15 Dec 2008
Selalu saya sebut berulang kali, kita patut buat apa yang kita suka… apa yang kita minat… apa yang kita passionate in. Infact, baru-barru ni, saya menonton talk show Oprah, katanya:
84% antara kita tidak suka kerja yang kita lakukan! 84% of the people hate their jobs!
Menakutkan juga angka ni… tapi bila dilihat sekeliling, memang ada betulnya sebab ramai yang terperangkap dalam kerja yang mereka tidak suka. Masuk hari Isnin, dah mengeluh… menunggu hari Jumaat untuk cuti
Satu soalan yang sering saya ditanya di blog IrfanKhairi.com ini, bagaimanakah nak tahu apakah passion kita?
So, untuk membantu, berikut beberapa soalan atau checklist… what is your true passion!
- Sekiranya anda boleh lakukan sesuatu kerja pilihan anda, apakah kerja nya?
- Apa yang anda seronok dan gembira lakukan sehingga anda tak sedar masa berlalu?
- Apa yang anda akan lakukan dengan suka hati, walaupun tidak menerima bayaran?
- Apa yang anda lakukan untuk memuaskan hati anda?
- Apa yang anda lakukan yang boleh menghasilkan keputusan yang terbaik?
- Sekiranya anda boleh menjadi idola anda/seseorang yang anda minat, siapakah dia nya?
- Aktiviti apa yang anda rasa mudah/senang untuk anda lakukan dan susah untuk orang lain?
(Checklist ini daripada buku Think Big oleh Donald Trump)
So, check balik list di atas dan tanya pada diri sendiri. Adakah anda lakukan apa yang anda minat? Adakah kerja seharian anda adalah passion anda?
Mudahan kita tidak menjadi antara statistik 84% daripada mereka yang hate their jobs!
=========
Satu option untuk kita melakukan apa yang kita minat dan suka adalah memulakan perniagaan berkaitan dengan minat kita. Dan ini, saya selalu tekankan dalam all my talks.
Sekiranya anda ingin memulakan perniagaan Internet dari rumah, workshop perniagaan Internet saya paling hampir adalah pada hujung minggu ini. Workshop Jutawan Internet pada hari Ahad 21/12/08- klik di sini untuk maklumat lanjut.
Workshop mini Terhangat di Pasaran dan Pelanggan Tanpa Had pula pada Sabtu 20/12/08. Ketiga-tiga workshop ini sebagai penutup tirai 2008. So, anda boleh mulakan azam baru memulakan perniagaan Internet 2009 mengikut passion dan minat anda
Kongsikan artikel ini di Facebook anda!
Pendapat Anda?Tip Satu Minit yang berkaitan:


December 15th, 2008 at 10:37 am
Salam IK!
Ya betul tu,rakan-rakan saya juga selalu bertanya bisnes apa yang sesuai untuk mereka dan apa yang mereka sepatutnya pilih? Jawapannya IK dah terangkannya.
Yang paling penting minat dan kecenderungan kita. Jika ada kemahiran tanpa minat pun tak guna juga, tetapi jika ada minat dan kecenderungan, kemahiran akan hadir selepas itu.
Biasanya kemahiran boleh dipupuk untuk hasil dari minat kita jadi lebih baik. Jika ada minat dan ada kemahiran itu adalah BONUS untuk kita.
Kemudian sediakan matlamat serta kesungguhan untuk mencapai apa yang dicita-citakan. Saya ada bincangkannya berserta video menarik di blog post terbaru saya di http://dayaglokal.blogspot.com
Rakan-rakan bolehlah tinjau ye?
December 15th, 2008 at 11:21 am
Slm Irfan,
Mungkin kerja yang kita benci boleh dilakukan antara 2 - 3 tahun tetapi selepas itu memang susah untuk bertahan walaupun gaji besar atau untung besar. Kita akan asyik mencongak bila kita boleh kumpul cukup duit untuk berhenti.
Kerja atau perniagaan yang diminati tidak akan rasa seperti kerja tetapi seperti hobi. Dan kalau kita memilih perniagaan yang kita suka, kita boleh terus melakukannya, dan tidak perlu bersara.
Nota: Saya telah menghadiri worksyop terhangat di pasaran bulan lepas dan telah mendapat maklumat yang saya kehendaki. Terima kasih banyak-banyak.
December 15th, 2008 at 11:30 am
Salam,yep memang betul IK,sama seperti Bll Gates yang sangat meminati perisian komputer malah sanggup melakukannya walau tidak dibayar sekalipun,(ambil dari temubual IK @Keluarga di9)
-Idola saya ialah Irfan Khairi (kenal tak?):)
http://blogahmadtarmizi-miji.blogspot.com/
December 15th, 2008 at 11:40 am
Tips yang menarik dan berguna sangat.. emm.. ramai la rasanya termasuk saya buat keje yang tak berapa minat.. kerja yang kita minat tu kekadang perlu kelayakan akedemik yang tinggi pula.. so.. cari la kerja yang kita minat sampai dapat
December 15th, 2008 at 12:01 pm
minat saya adalah menjana wang/duit, dengan apa cara sekalipun asalkan halal…sp, apa pulak kategori bisnes yg patut sy ceburi?? kadang2 kompius la..:)
December 15th, 2008 at 12:18 pm
Kalau buat kerja yang kita minat memang tak bosan…
Seronok beb!
December 15th, 2008 at 12:47 pm
Salam semua,
Ramai tu 84%..
Mungkin ramai dah tahu apa keghairahan/passion mereka, tapi still terikat dgn kerja makan gaji, sebab tak nampak jalan bagaimana nak convert minat kpd bisnes yg boleh menyara hidup.
Kena fikir secara kreatif dan di luar kotak barulah boleh dapat idea bisnes yg luar biasa.. Semoga ilham akan sampai
HAFIZ
http://bisnes-impian.blogspot.com
December 15th, 2008 at 1:32 pm
terima kasih IK,artikel ini membuatkan saya semak semula atas diri saya apa yang saya buat selama ini adakah saya tak minat,kurang minat,minat biasa saja atau sangat minat..nak pasti secara detail “duk” kat rating mana.. haha,
ohh, 2008 dah nak berlalu..teringin jugak nak berkongsi satu cerita lucu yang berlaku kat saya dalam tahun ini.. awal tahun ni saya menghadiri ceramah seorang datuk yang agak terkenal.. datuk tu mereka satu cerita yang menarik minat saya,kisah orang kaya,pemandu dan cendol..then,saya guna pakai semula cerita itu untuk memberi komen dalam blog orang lain,malangnya ada menentang serius cerita lawak itu dengan menganggap tidak akan berjaya sampai bila-bila kalau sesiapa percaya kepada cerita itu..mungkin dia ingat cerita itu rekaan saya kot.. apapun cerita rekaan Dato itu best!! kerana dato itu berjaya!!dia bukan sahaja mengguna pakai cerita itu tetapi “inventor” kepada kepada cerita itu..KALAU cerita dia itu TAK BETUL(seperti dakwaan orang yang menentang)..masakan Dato itu boleh berjaya dan bergelar dato.. maknanya, orang menentang cerita itu adalah salah dari sudut teori..
(Erm.. macam dlm mahkamah pulak)
-Kongsi cerita hujung tahun
December 15th, 2008 at 2:05 pm
Biasanya pekerjaan yang kita suka dan minat akan membuatkan kerja yang kita buat akan dilakukan dengan penuh keikhlasan…….ARB Dagang
December 15th, 2008 at 3:03 pm
Salam IK..
Thanks di atas ilmu2 Ik yg xternilai harganya buat saya..
Sebelum ni sy berada didalam alam pekerjaan yg sy xsuka buat selama 7thn.But setelah sy membaca blog IK sy buat keputusan utk berubah&memulakan perniagaan.Alhamdulilah baru sebulan sy ceburi sudah nampak hasilnye..
December 15th, 2008 at 3:22 pm
Saya dari dulu lagi minat berniaga, tak suka sangat office hour. Banyak advantage keje sendiri. Yang paling best, kita dapat jadi Bos.
Terima kasih saudara IK atas ilmu yang berguna ini=)
December 15th, 2008 at 3:36 pm
Salam.
Pada pendapat saya, “passion” adalah untuk bidang yang kita MINAT SANGAT dan SUKA LAKUKANNYA. Walau orang lain kata susah sekali pun, tapi bagi kita ia suatu yang mudah dan kalau ada masalah pun, kita akan sentiasa beriktiar untuk cari jalan keluar.
December 15th, 2008 at 4:04 pm
Ooh, entri yang sangat saya suka!
I am also a firm believer of doing what you like/what you are most passionate about.
Alhamdulillah, saya kini telah berjaya mencapainya
Saya juga telah menulis entri tentang PASSION and FLAIR di sini.
http://naziehah.wordpress.com/2008/06/12/teach-me-to-fish-passion-and-flair/
Good luck finding your passion!
December 15th, 2008 at 4:07 pm
nak cari kerja yang kita minat ni susah.. lebih-lebih kalau result tak bagus….
December 15th, 2008 at 5:39 pm
salam IK,
satu topik yang bernas sekali dibincangkan.
mereka melakukan kerja kerana duit tetapi bukan kerana minat.
mungkin mereka terlalu pasif meneroka minat mereka yang boleh menghasilkan wang…
December 15th, 2008 at 7:43 pm
Bagus, sy siap print tips ni… Senang nak study… Thanks for the tips! Tengah mencari2 dan mengkaji2…
December 15th, 2008 at 9:37 pm
Salah satu tips lain adalah bertanya pada diri.
” Jika aku ada duit sebanyak RM10 juta apa yang akan aku lakukan?”
December 15th, 2008 at 10:26 pm
Kita perlu kenalpasti minat kita terlebih dahulu barulah kita memulakan sesuatu perniagaan. Bila dah start maintainkan pula perniagaan kita. Jgn lompat sana sini. Just advice.
December 16th, 2008 at 12:43 am
Saya ni bekerja sebagai Jurutera Awam di Jabatan kerajaan hampir 2 tahun…masalahnya saya tidak menyukai kerjaya ini.. dari remaja saya sudah biasa berniaga..sehinggala ke hari ini…Demi menjaga hati orang tua saya dan juga ahli keluarga saya yang lain, saya meneruskan juga kerjaya ini…Apakan daya..
Tetapi sekarang saya berasa lega sedikit, kerana saya dapat melakukan apa yang saya suka di samping tidak mengabaikan kerjaya yang dimiliki sekarang…
December 16th, 2008 at 3:01 am
…memang ada yg tension kerja dengan bos, yg penting sendiri mesti tahu menilai dan buat keputusan walau apa pun arahan yg diberi. Cara ini mungkin dapat tutup mulut bos dan bebas dari arahan, hehehe…
December 16th, 2008 at 12:13 pm
Salam..
84%…ramai jugak tu
December 16th, 2008 at 4:30 pm
Apabila sebut mengenai minat, bila kita lakukan kita tidak bosan. Kebetulan tip-tip yang diberi hari ini berkaitan dengan diri saya. Saya sedang dalam memperbesarkan perniagaan saya. Dalam usaha ini, banyak masa habis tanpa saya sedari dan saya seronok melakukannya. Dan wang untung yang saya perolehi saya buat pusing modal semula, tambah barang lagi. Untung saya itulah gaji saya, kira saya buat percuma lah ni. Saya ada target saya, jadi saya sanggup berkorban untuk beberapa ketika ini. Dan otak saya ligat memikirkan apa lagi yang boleh dibuat.
Dulu waktu bekerja makan gaji saya minat juga kerja saya(sebab cita-cita nak jadi akauntan dari kecil lagi) tetapi kerana ada ketua dan kekangan lain menyebabkan rasa terkongkong dan lama-kelamaan hilang rasa seronok. Dan jadilah saya golongan 84% itu. Berlainan dengan perniagaan, buat apa kita minat dan kita ketua sendiri jadi tiada kongkongan.
December 16th, 2008 at 4:59 pm
idea yang tersangat begitu menarik…hehehe..terima kasih IK kerana berikan ilmu yang baik yang sebegini rupa
December 16th, 2008 at 6:59 pm
Salam IK….
Tanpa minat sesuatu kerja memang sukar untuk dijayakan…..seperti cerita seorang rakan saya di U dulu, yang dipaksa mengambil Ijazah Kejuruteraan oleh keluarganya,padahal dia langsung tak minat engineering…akan tetapi beliau terpaksa juga meneruskan study..akan tetapi adakah beliau berjaya…akhir ceritanya dia telah ditendang dari U kerana gagal dalam exam sem 2….begitu juga la dengan bisnes…tak gitu IK
December 16th, 2008 at 11:31 pm
yes thats true…tanpe passion kite x kan kemane…even kite x dpt byrn..kite still buat untuk kepuasan…
December 17th, 2008 at 1:15 pm
minat memang baru boleh berjaya…kalau tak minat nak menulis blog pun jadi tak semangat hehe..yg penting kaji minat kita dulu sebelum menceburkan diri dalam ape2 bidang
December 20th, 2008 at 12:59 pm
ye topik ni ade kaitan dengan perjalanan hidup sy..sebelum ini pendapatan sy agak lumayan..tapi sy sebenarnya x suka dengan bidang kerja sy..sy tak tau kenapa..sy x enjoy dlm buat keje tu..tp lps sy menghadiri w’shop jutawan IK brla sy tau betapa pentingnya melakukan kerja yang kita minati..Thanks IK
December 23rd, 2008 at 7:36 pm
Telah banyak say usahakan tapi apa pun tak menjadi sejak 5 tahiun lepas dah.
April 8th, 2009 at 7:12 pm
Saya ingin sekali berkongsi cerita tentang apa yg sebenarnya kita ingin buat dan memulakan perniagaan kita sendiri!!
Mula-mula sekali saya fikir, selain buat assignment di komputer, apalagi kerja yg saya boleh manfaatkan dari komputer saya?! Saya tertarik dengan segala nasihat dan motovasi dari Irfan khairi dan mengikuti workshop untuk memulakan perniagaan sambilan melaui internet pada tahun 2007.
IK sentiasa menekankan apa kecenderungan kita tapi saya masih kabur dan mencari apa yg selama ni saya buat dengan rela hati walaupun tidak dibayar.
Akhirnya, saya menyedari saya menyukai sesuatu perniagaan yang dapat membantu orang lain sambil menjana pendapatan sendiri!
YES! satu kepuasan yang tidak ternilai dapat membantu orang lain.
Saya sedar hidup kita yang singkat dan akan sampai masa, nak atau tidak, kita akan meninggalkannya…………
Terima kasih IK
gabungan pengetahuan yang saya dapat dari Workshop banyak membantu saya memacu perniagaan saya kini.
April 10th, 2009 at 11:28 am
Ketenangan adalah kekayaan yang amat berharga HAYATILAH Tafsir AL-Quran hanya tidak sampai RM60 pun untuk mencari apa itu kekayaan sebenar DUNIA & AKHIRAT.