Fri 12 Jan 2007
Hari ini tak sempat saya menulis tip, jadi, ini tip dari Osman Affan http://www.osmanaffan.com/ - certified trainer untuk Kursus Perniagaan Internet 3-dalam-1:
Tidak kira kanak-kanak, remaja atau dewasa, ramai antara kita yang terlalu takut berbelanja ke arah pendidikan. Kalau nak beli buku, rasa mahal. Kalau nak pergi kursus berbayar, rasa tak mampu. Kalau nak hadiri seminar, rasa macam tak ada guna.
Yang peliknya, kita tak rasa mahal pula bila kita reload prepaid handphone, kita tak rasa mahal pula bila pergi menonton wayang dan tak rasa mahal pula bila kita beli vcd.
Saya biasa melihat pelajar saya yang merungut apabila terpaksa membeli kamus berharga RM15. Tak sanggup beli. Lebih rela pinjam kamus kawan. Yang peliknya, pelajar ni ada handphone, selalu nampak beli reload dan sibuk sms ke sana ke mari.
Satu fakta yang ingin saya kongsikan disini. Cuba lihat orang-orang yang sudah berjaya. Adakah mereka merungut tentang harga yang perlu dibayar untuk pendidikan minda mereka? Sahabat saya Dr. Irfan Khairi pun pernah bekerja sebagai pencuci lantai di United Kingdom semata-mata kerana hendak mencari duit lebih untuk membeli buku dan menghadiri seminar pembangunan diri yang berharga 3,000 Pounds Sterling (RM20,000). Lihat, apa hasilnya sekarang?
Yang pentingnya, berhenti mencari alasan dan berhenti berfikiran negatif. Mula melabur untuk kekayaan minda anda dengan mula membeli buku-buku yang baik untuk perkembangan minda. ~ Osman Affan
ps: Ebook 101 Cara Promosi akan dilancarkan dalam masa 3 hari lagi!
Pendapat Anda?Tip Satu Minit yang berkaitan:

January 13th, 2007 at 9:47 am
Betul apa yang dikatakan oleh saudara Osman.
POKET KOSONG TIDAK APA.
OTAK KOSONG JANGAN SEKALI.
OTAK YANG BERISI BOLEH MENGISI POKET YANG KOSONG.
January 13th, 2007 at 11:43 am
syabas dengan rekaan website yg ‘clean’ n cantik.
saya ingin tahu la, macam mane nak buat website yang mempunyai fungsi dapat comment seperti web ini?
January 13th, 2007 at 11:49 am
Ye. Otak yang berisi boleh mengisi poket yang kosong dan untuk mengisi otak tersebut perlu ada pengorbanan masa, harta dan segalanya. Rasanya tak rugi malah menguntungkan. Satu lagi pahala pun dapat. Wallahualam.
January 13th, 2007 at 12:05 pm
tip hari ini memang saya sokong 100%..kata Chef Li dalam bukunya Jutawan Senyap, untuk menjadi kaya, perlu memperkayakan diri sendiri terlebih dahulu, semua bermula dengan ilmu di minda!
January 13th, 2007 at 12:12 pm
Pada pendapat saya ilmu yang paling penting ialah ilmu ASAS. Asas adalah langkah pertama dalam menuntut apa jua ilmu.
Sudah ada asas yang kukuh dengan sendirinya kita boleh ‘explore’ lagi berpandukan asas yang ada, tak kira beli buku ke!!, pergi seminar ke!!.
“Bina Asas Yang Kukuh Kemudian Buat Penjelajahan”
ada faham? bagus!!
Hisham (Belajar Asas dari Irfan Untuk ‘explore’ perniagaan internet)TQ
January 13th, 2007 at 12:28 pm
Harap Irfan buat notis pengumuman di Tips 1 minit; mengenai TARIKH, MASA & CHANNEL TV/RADIO, sekiranya akan muncul on air. Ini kerana saya belum pernah sekalipun berkesempatan menonton Irfan di kaca TV/radio. Saya terlalu sibuk. Tetapi jika saya tahu awal mungkin saya akan set masa utk switch on TV saya. UTk. pengetahuan, Tip 1 min. ini memang tiap2 hari saya baca. TQ.
January 13th, 2007 at 2:05 pm
Betul tu. Kene ubah pemikiran kita dengan yang betul.
January 13th, 2007 at 3:15 pm
Terima kasih osman for the tip. Saya mengenali osman sudah lebih 13 tahun. susah payah saya sebelum bergelar “jutawan”, osman dapat saksikan- dari menjual kad raya & t-shirt di ITM, sehingga bekerja jadi kuli di luar negeri, sehingga stay back di UK untuk mencari pengalaman sorang-sorang (sehingga jumpa isteri!
) walaupun kawan-kawan lain (termasuk osman) pulang ke tanahair.
jadi, beringat-ingtatlah untuk melabur kepada ilmu. wahyu kepada Rasulullah pun menyeru untuk “membaca dengan nama Allah”. Yang secara langsungnya berkait dengan mencari ilmu.
January 13th, 2007 at 4:05 pm
Diharap ibu bapa sekarang ni dapat mengubah pendirian masing2…tekankan sikap positif dalam pelaburan menimba ilmu yang amat penting dalam pembangunan bukan sahaja anak2 tapi ibu bapa itu sendiri…
January 13th, 2007 at 11:24 pm
Salam sahabat…
Dalam menghadiri sesuatu workshop/seminar, saya selalu cuba manfaatkan/perhatikan 3 benda:
1. Kandungan workshop/seminar. Manfaatkannya dengan mengamalkan sesegera mungkin.
2. Cara menguruskan workshop/seminar. Ilmu pengurusan majlis.
3. Wujudkan hubungan sesama peserta workshop/seminar dan jadikan pelanggan perniagaan dengan mengedarkan kad nama sebanyak mungkin.
InsyaAllah, selepas worshop/seminar, minda berkembang, ilmu pengurusan bertambah dan rangkaian perniagaan pun bercambah.
ps: Macam 3 dalam 1 jugak la Brother Osman ye?
January 14th, 2007 at 9:09 am
dr, tq kerana kongsikan ilmu osman kpd kami.
pesan ayah saya, biarlah kita tiada duit skrg demi utk mencari ilmu, InsyaAllah, kelak kita akan dpt jalan keluar utk mencari kekayaan semula.
January 14th, 2007 at 1:23 pm
kalau salah pendapat tolong perbetulkan…jika dibuat perbandingan kos untuk hantar anak ke universiti adalah lebih kurang RM30K keatas selama 4 tahun..jika kos sebanyak itu kita laburkan untuk bisness (ilmu bisness dalam talian) agak2 dalam masa 5 tahun nanti…boleh jadi jutawan kut anak kita…dan ilmuu tu boleh diperturunkan kepada cucu kita pulak…
syah
pil-fiber.com
January 14th, 2007 at 10:26 pm
Irfan dan En. Osman,
Di awal semester selalu perli pelajar saya yang lokek membelanjakan RM15 hanya untuk satu manual Undang-undang Perniagaan (yang dikemaskini setiap semester). Mereka rela pinjam manual berkenaan daripada super senior mereka yang kulit buku sudah koyak dan hampir setiap helaian ada contengan dan tulisan berkonsep “macam-macam ada” termasuk lukisan kartun dari tuan empunya terdahulu!
Kenapa sejarah berulang setiap kali semester buka? Saya berpendapat ini berpunca dari sikap kurangnya prihatin tentang pembelian buku-buku dan menghadiri seminar untuk menambah ilmu bukan merupakan satu kerugian malah ianya adalah satu pelaburan.
Penerapan nilai ini perlu dipupuk di bangku sekolah dan di rumah juga penting. Ibu bapa berperanan menerapkan nilai cintakan ilmu dengan memperuntukan sebahagian wang bagi tujuan berkenaan.
Kaedah yang saya ambil adalah menerusi blog saya dengan mengetengahkan isu “Buying books is an investment” sebagai salah satu peringatan kepada pelajar di IPTA/IPTS.
January 14th, 2007 at 10:31 pm
Asmk, !
Saya ingin bertanya suatu perkara mengenai ‘Certified Trainer’..
Soalan saya, jika seseorang itu telah menguasai sesuatu ilmu yang sangat diminatinya, mengikuti pelbagai kursus berkaitan serta mempunyai sijil (lulus peperiksaan)..
Adakah syarat2 lain bagi individu itu mengendalikan sesebuah seminar atau kursus kepada public seperti at least , diploma atau degree atau PhD.. atau perlukah memohon lesen dari kerajaan sebelum mengendalikan sesuatu seminar..? Tq
January 15th, 2007 at 7:35 am
Sabda Nabi s.a.w. maksudnya :
“Daripada Ka’ab bin Malik r.a, katanya : Aku mendengar RasululLah s.a.w. bersabda: “Sesiapa yang menuntut ilmu (agama) untuk menyaingi ulama, atau berbahas dengan orang jahil, atau supaya dengan ilmu tersebut wajah orang ramai tertumpu kepadanya, maka Allah masukkan dia ke dalam neraka.” (Riwayat al-Tirmizi, Ibn Majah daripada Ibn `Umar, al-Hakim daripada Jabir bin `Abdillah. Al-Hakim mensahehkannya dan disetujui oleh al-Zahabi. Lihat : Al-Mustadrak 1/272, cetakan Dar al-Ma’rifah, Beirut. Ada perselisihan dalam menentukan kedudukan hadith ini, namun hadith ini mempunyai syahid (pembuktian daripada riwayat lain) yang menjadikannya pada darjah sahih.)
January 15th, 2007 at 9:14 am
Jgn kedekut utk mencari ilmu. Kerana setiap apa yg kita buat perlukan ilmu, barulah boleh berjaya!
Saya sendiri menerapkan kepada anak2 saya utk mencintai ilmu sedari kecil lagi. Dari usia bayi lagi saya dah beli buku utk mereka (bersesuaian dengan umur mereka) bagi menanam minat mereka tehadap buku dan merangsang perkembangan otak mereka.
Utk pengetahuan, warna2 yg terang, dan ilustrasi yg ringkas dan menarik, serta ayat2 yg mudah difahami sangat disukai oleh kanak2/bayi di peringkat awal pembelajaran mereka. Kita sebagai ibubapa pun kenalah tunjukkan contoh. Saya sendiri sentiasa mencapai sesuatu utk dibaca ketika mahu menyusukan anak saya!! Sehinggakan sekarang ini si anak yg berusia (1thn+) sudah pandai mengambilkan majalah utk saya setiap kali dia hendak menyusu…
January 16th, 2007 at 8:52 pm
Thanks…kekayaan akan hilang dalam sekelip mata…tapi ilmu tetap akan kekal..
June 9th, 2008 at 6:56 pm
harta akan habis, ilmu tak habis,harta harus dijaga ,ilmu menjaga kita, fikir2 lah sendiri