Berfikiran negatif dan berfikiran positif- mana mudah?

konsep1.jpgBulan ini saya dipaparkan sebagai cover story majalah baru bernama “KONSEP”. Majalah ini baru masuk keluaran ke-3. Keluaran pertama, cover story Nurul Izzah & keluaran kedua pula Amy Search. Yang bestnya, saya keluar lepas Amy Search tu. Peee wit! 🙂 Baru rock!

Soalan di cover majalah Konsep: Kenapa IK tak gemar baca Akhbar?

Apa yang saya nak kongsikan adalah, sekiranya minda kita dipenuhi dengan terlalu banyak perkara negatif, kita akan memupuk tabiat berfikiran negatif. Sehingga pemikiran negatif, menjadi dominan… itu yang bahaya.

Contohnya, kalau kita terdengar kawan kita kata:

“Eh, ko tau tak kat muzium ada si polan ni nak duduk dalam sangkar dengan 200 ular berbisa selama satu minggu”

Selalunya apa yang kita fikirkan? Sering kali negatif:

  • Kerja gila si polan tu, kena patuk ular, terus gol… baru dia tau (dah gol, nak tau apa lagi ye tak?)
  • Takde kerja si polan tu, nak cari publisiti murah!
  • Buang masa je, baik buat benda lain yang berfaedah & tak bahaya!

Betul kan? Ini kerana zaman ini, bila kita didedah dengan terlalu banyak perkara negatif, maka, negatif lah dalam pemikiran kita. Ini menjadikan berfikir negatif  itu mudah. Sebabkan berfikir negatif itu mudah, sebab itu banyak point-point yang negatif akan keluar dulu dengan pantas.

Lawannya pula adalah berfikir positif. Kini, untuk berfikir positif anda perlu usaha lebih sikit. Sebab ia menjadi sukar berfikir positif. Mungkin anda fikir:

  • Wah, hebat si polan ni. Sudah tentu polan ni melalui latihan minda dan fizikal yang amat tinggi nilainya!
  • Bagus juga si polan ni, silap-silap dapat masuk dalam Book of World Records! Mari kita beri sokongan!
  • Kalau si polan boleh melakukan sesuatu yang luar biasa, aku pun boleh juga! Ini satu inspirasi!

Setuju tak bahawa berfikir negatif adalah mudah dan berfikir positif adalah susah?

Itu adalah antara sebab saya tak baca akhbar, untuk memastikan saya kurang terbaca berita-berita negatif dengan niat untuk mem-positifkan diri saya 😉

Tapi, majalah saya baca… majalah yang beri informasi-informasi positif… atau kalau akhbar tu keluar cerita mengenai saya, baru saya beli 🙂

So, kalau ke kedai, dapatkan majalah Konsep. Bagus juga majalah ni, size dia kecik, macam Reader’s Digest. Isi kandungan juga amat baik- banyak informasi ilmiah. Lebih kurang konsep Reader’s Digest boleh dikatakan, dan banyak menitik beratkan Islam. Tahniah kepada majalah “Konsep”!

*Note: kalau anda jenis suka baca akhbar, jangan risau- takde salahnya. Boleh teruskan sahaja. Cuma, perlu latih diri supaya tak ter-influence dengan berita negatif yang dibaca dan tidak terbawa-bawa kepada diri sendiri 🙂

The following two tabs change content below.
Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu usahawan online berjaya. Kini, beliau menjalankan perniagaan di Dubai dan berulang alik Kuala Lumpur - Dubai menajalankan penriagaan di dua benua. Untuk daftar program bersama Irfan Khairi, lawati http://www.OpenEducation.com.my

About Irfan Khairi

Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu usahawan online berjaya. Kini, beliau menjalankan perniagaan di Dubai dan berulang alik Kuala Lumpur - Dubai menajalankan penriagaan di dua benua. Untuk daftar program bersama Irfan Khairi, lawati http://www.OpenEducation.com.my

40 thoughts on “Berfikiran negatif dan berfikiran positif- mana mudah?

  1. Memang benar IK!

    Kalu kita terlalu byak membaca akhbar, kita akan dominan kepada benda yang negatif..especially berita2 tergempar-politik..heheh..
    Tapi kita kena pandai pilih topik yang nak dibaca..then baru ok kot.

    WanZaki

  2. betul apa yang diperkatakan, dulu saya tergolong antara orang yang berfikiran negative, apa yang saya lihat disekeliling saya semuanya negative, tetapi sekarang alahamdulilah, dengan banyak membaca article dan buku mengenai dengan minda, emosi, law of attraction dan mengikut jejak orang2 yang berjaya saya telah merasakan perubahannya dan sekarang berfikiran positive adalah salah satu daripada sahabat saya yang baru…subahanallah itulah kehebatan kita manusia…

  3. Betul kata IK tu..

    Entah kenapa..selalunya respon pertama bila kita bercerita sesuatu yang agak pelik, mesti ada orang akan complain..

    atau..bila kita mendengar/membaca sesuatu yg pelik, mesti rasa nak complain

    Kalau komen yang membina, ok jugak..Tapi. kekadang tu, lagi “down” ada la.. 🙁

    Akhirnya…
    kalau kita banyak complain daripada take action, minda kita akan jadi tertutup dan hampir semua benda kita akan fikirkan “negatif”.

    Azam saya, mulai hari ni – jangan complain..
    Think positive!

    p/s: Suratkhabar adalah satu mekanisme kerajaan mendidik masyarakat. Jika mahukan masyarakat yang berfikiran “positif”, suratkhabar pun mesti “positif”. (Antara caranya..rasionalkan setiap cerita negatif menjadi positif)

    Barulah IK nak beli suratkhabar :p

  4. Oo…sy cuma minat berita sukan je kat paper…lain tu secara sepintas lalu baca…

    Bro IK majalah konsep ni keluaran mana?

  5. assalamualaikum,

    saya setuju dengan IK. kalau nak baca paper gak saya selalu suka baca ruangan sukan atau bisnes. atau sisipan kecik yang selalu ada citer pasal usahawan IKS. seronok baca untuk motivasi diri.
    lagi satu tips yang saya nak kongsi kat sini, kalau boleh sebelum tidur jangan tengok berita kat tv yang larut malam (banyak berita time tu , boleh dikatakan setiap channel ada). takut benda yang negatif akan mempengaruhi kita semasa kita tidur. kalau boleh sebelum tidur baca buku-buku motivasi atau perkara yang positif. baru tidur. jangan lupa baca doa tidur.

    wassalam.

  6. Salam IK dan pemberi komen sekalian,

    Betul la erk. Memang mudah sangat akal fikiran kita meberi maklumat negetif.. 🙂

    Bukan kata paper jer IK pada saya dengan menonton berita pun boleh mendatang pemikiran yang negatif.

    Dengan adanya sumber-2 selain newspaper dan berita melalui tv,media internet memberi kita untuk melihat dunia dengan lebih luas. Takde ler fikiran kita ‘jumud’ pada satu2 perkara sahaja.

    p/s: makin bertambah rezeki saudara Ik masuk majalah lak.. 🙂

    pps : Dapat dah juai umah.. RM 1 juta 2.. :)Nice house at Seremban..

  7. Memang benar IK, sebabnya di akhbar atau majalah macam tiada lagi yang memberikan informasi berkenaan perniagaan internet. Rasanya tiada lagi majalah khas untuk perniagaan internet. Saya cadangkan IK dapat terbitkan majalah bulanan tentang perniagaan internet di Malaysia. Maklumlah bukan semua orang ada internet. Kalau yang tiada internet boleh mendapat informasi daripada majalah tersebut.

    Rasa-rasanya mat rempit pun berminat dengan perniagaan internet ni, cuma takder bahan bacaan spt majalah yang dapat menarik perhatian mereka. Sekurang-kurangnya mereka ni takde masa nak pret sana pret sini bersabung nyawa di trek maut kerana dah sibuk depan laptop menguruskan perniagaan ini.

    Berkenaan dengan sambutannya…Lu pikir lah sendiri….Assalamualaikum……….ARB Dagang

  8. Salam semua,

    Dulu saya pun macam tu juga..Baca akhbar dan terpengaruh dengan cerita-cerita negatif..(mungkin sekarang pun masih sama :()

    Baca akhbar ni sebenarnya bagus..Kita dapat update berita-berita terkini, dan saya rasa tak salah baca cerita yang negatif seperti kes rompakan, kes-kes yang negatif..

    Tapi harus ingatla jangan berfikiran negatif dan jangan cepat terpengaruh.. Think positive kerana orang yang berfikiran positif adalah di kalangan orang-orang yang berjaya 🙂

  9. Salam semua…

    Seharian kita terdedah dgn pelbagai perkara negatif. Pentingnya kuasa minda utk menapis setiap berita yg diterima utk melihat dr sudut pandangan Positif. Be Positive…

  10. Salam Semua,

    IK – tahniah sebab sering di interview oleh media. Publisiti tu 🙂

    Nak kongsi kebaikan dari apa yang akak dapat melalui akhbar :-
    1) Improve penguasaan bahasa (e.g. English).
    2) Informasi terkini. Seperti penukaran polisi, undang2 dan sebagainya.
    3) Idea perniagaan. Kadangkala melalui cerita diakhbar, kita dapat tahu apa yang indemand. Juga seminar2 yang sesuai untuk dihadiri.

    Akhbar salah satu medium yang boleh kita gunakan untuk dapatkan infomasi. Sebagai pembaca, kita kena bijak memilih mana yang nak dibaca dan mana yang nak kena ignore.

    Anyway ini pengalaman dari orang yang belum jadi jutawan lah. Kadang-kala terfikir juga, kalau tak baca akhbar mungkin lebih cepat jadi jutawan kot 😉

  11. Salam… Suatu pandangan yang baik.. 🙂 Saya baca akhbar online saja. Apapun yang kita baca kena buat periimbangan dulu bukan buat keputusan samada negatif atau positif, mesti set dalam mind mcm tu…
    Penilaian kita juga mesti berdasarkan Islam… Kan Islam tu syumul (lengkap/sempurna).

  12. betul kata IK tu, kita perlu berfikiran positif.. macam pegangan saya.. jangan menipu orang lain dan jangan membalas penipuan orang lain, jangan mempermainkan orang lain dalam urusan, jangan pula kita membalas permainan orang, jangan menyusahkan orang lain dalam urusan dan jangan pula membalas perbuatan orang menyusahkan begitu kepada kita.. kalau kita melakukan begitu kepada orang lain sebenarnya kita seperti melakukan kepada diri kita sendiri.
    kalau mengamalkan sikap seperti diatas, kita akan hancur,hancur,hancur.. etnik tak kuat(bukan assabiyah,kena paham konsep),bangsa tak kuat, agama tak kuat. tiada kumpulan.

  13. Kadangkala perkara2 negative nielah yang membuatkan diri sendiri rasa tercabar dan rasa nak tunjuk depan org ramai yang kita boleh berjaya.

    Tak gitu…

  14. â€Eh, ko tau tak kat muzium ada si polan ni nak duduk dalam sangkar dengan 200 ular berbisa selama satu minggu”

    Dah tentu solat 5 waktu dia tinggal terus ! Kena patuk ular macam raja ular haritu terus mati katak !

  15. heheh..kurang bace akhbar ke?
    biaselah kat akhbar sekarang ni ..macam2 cerite..banyak negatif dari positif…betul juge tu kurangkan bace akhbar…:)

  16. Semenjak Abg Irfan kata beliau tak baca paper, saya pun dah lama tak beli paper. Kalau baca pun sepintas lalu kalau minum kat mamak or kawan serumah beli 🙂

    Abdul Rashid : dah ada la majalah pasal perniagaan internet, Majalah IM. Diterbitkan oleh Team FlareBiz, free lagi tu! Download kat http://majalahim.com/

  17. saudara IK,

    saya sekarang salah seorang pelanggan majalah konsep,dah tengok pun IK dalam majalah tu..

    Memang secara kasarnya buang masa tengok akhbar..banyak karut marutnya,terlalu sedikit yang ada ilmiah..kalau kita tak baca pun bukannya jadi katak bawah tempurung pun…banyak lagi medium lain boleh kita terokai kan IK?/

    p/s:IK pergi makan malam bersama MIBO di Cititel Hotel 19/7 ni?

  18. Kita sebagai orang Islam bertuah kerana kita dididik untuk membaca ‘akhbar’ yang positif setiap hari. Malah ramai juga dikalangan kita yang menghafalnya. ‘Akhbar’ itu adalah Al-Qur’an.
    Tapi persoalannya adakah kita ketagih membaca Al-Qur’an sepertimana kita ketagih membaca suratkhabar. Di zaman kegemilangan Islam yang lalu, kebanyakan umat Islam ketagih membaca Al-Qur’an. Itulah sebabnya minda mereka hebat dan positif sehingga Islam menjadi ‘super power’ pada waktu itu.

    Sama-sama kita renungkan…..

  19. Saya macam IK juga, jarang baca akhbar, kecuali berita sukan, sikit-sikit saja.

    Sekarang tengah berlangsung Tour
    De France 2008 dan hanya berita itu yang saya ikuti setiap hari..

    Wah! Naik semangat saya tengok IK di muka depan majalah Konsep. Tahun depan, giliran saya pula!

    -Shueqry-

  20. ehm. aku kurang setuju. Ini semua bergantung pada pemikiran kita. Kalau kita anggap positif, tak perlu risau dengan berita-berita yang negatif tu. Abaikan aje. Perlu baca agar kita tak ketinggalan dan tahu banyak benda..

    So, bagi aku. Baca aje. Tapi kalau tak nak baca, itu hak masing-masing la..

  21. selalu gk baca akhbar,supaya peka dengan keadaan sekeliling.cuma saya pilih apa yg perlu dibaca.sbb skrg ni lebih byk yg -ve yg dipaparkan.contoh kes ragut,kes bunuh,kes rogol.sampai rasa x selamat duduk di rumah sendiri.

    ada kawan yg dah 8 tahun menetap di uk,xnk balik malaysia sbb dia kata sini bahaya.mana taknya,hari2 keluar cerita pasal jenayah.

  22. yup… bila saya tak baca paper, ada juga la berita yang saya ketinggalan. tetapi, kebanyakannya tak releven

    berita2 yang releven selalunya akan sampai ke telinga saya juga daripada kenalan2.

    jimat masa dari membaca 😉

  23. Salam semua,

    Menarik juga perbincangan kali ini.
    Tapi saya agak tertarik dengan majalah
    ‘Konsep’ ni.

    Boleh tak IK kongsi tentang kandungan
    majalah konsep ni…
    Apakah fokus utama kandungan majalah ini?

    Terima kasih. 🙂

  24. saya sendiri memang mengelak dari membaca sesetengah akhbar esp yg byk siarkan kisah jenayah..nak baca pun ngeri..mmg kalau buka paper tu terus cari motivasi, keusahawanan dan yang baik2 ajela..

  25. salam ‘alaykum

    saya sependapat denga IK
    kalau tak baca akhbar masih boleh dapat info berguna
    daripada kenalan
    selalunyakalau dapat tau isu yang besar
    cam kenaikan harga minyak
    atau Lubnan kena serang
    baru saya bukak internet
    kalau melibatkan politik
    saya terus ke Utusan kemudian Harakah
    baru balance
    tapi tak baca semua
    ambik tajuk yang berkaitan

  26. saya jarang baca akbar. tp sy suka baca majalah dan altikel yg memberi info dan maklumat terbaru pasal ekonomi semasa. cari sesuatu yg bermotivasi. kita ubah gaya pemikiran anak bangsa kita dgn mengubah gaya fikiran kita dulu..

  27. Salam IK and all,
    Wrote my comments earlier. Tak tahu hilang kat mana. By the way after workshop dr irfan in june, saya memang bersemangat nak start internet bisnes secepat mungkin. Tapi kesibukan kerja ..terbengkalai. Again..baca newsletter tentang’berfikiran negatif’, sedar yang semua tu..sibuk..etc..hanyalah alasan.InsyaAllah..

    ps: Tak sabar tunggu mentor jutawan. After the workshop, dok promote to frens and my investors. Ada yang teruja..again..manusia..ramai yg negatif. Sayang sebab yang rugi mereka…

  28. salam..
    saya memang la nk berfikiran positif,
    walau dah tahu cara bagaimana nk
    mengatasinya, tapi, susah la nk
    mengaplikasikan dalam hidup. mcmne ek?
    ya Allah, bantulah hamba Mu ini..

  29. A’skum….

    Semua Orang Hendaklah Berfikiran Positif Kerana sekiranya Kita Berfikiran Positif kita Akan Berjaya.Dan kalau Kita Berfikiran Negatif Pula sudah Tentu KIta Tidak Berjaya.
    Jadi,kalau boleh hendaklah kita berfikiran Positif.Kerana,kalau kita berfikiran Positif pasti ramai kawan yang kita dapat dan kalau kita berfikiran negatif pasti susah kita hendak mendapat kawan.KATAKAN BELIA BENCI PADA PEMIKIRAN NEGATIF.

  30. saya pun bukan hari2 baca newspaper..tgk kalau ada yg menarik baru beli macm ari tu saya terpandang artikel pasal Homebased business dlm NST, so saya belilah..

  31. Slm perknalan dri saya. X baca paper x pe, blh dptkan info dri manusia yg lain..berita mesti cepat merebak..sebab manusia suka bangat bercerita tentang keburukan dari kebaikan sesorg dan hebohkan…he3…peminat negetif lebih ramai dri positif…Tpi bila minda dah positif setiap masa jgn risau…kepositifan tidak akan lenyap dgn dtgnya kenegetifan…btl ke ayatku ni…he3.
    Sya pasti pasni KONSEP jualan..kan bertambah..di samping IK jadi pemanis IK gak ada syorkan baca…org mesti terpikat ckp2 IK, dan cuba tiru…ni kelebihan org kita PANDAI TIRU…ilmu kalanya dtg tanpa bacaan…ia lebih unik…, tpi jadikan Al-quran teman setia anda dan ni kena baca selalu dan cuba faham makna dan pengertiannya pas tu amalkan jer..tanpa keraguan…ia suatu yg pasti..benar dan mantop…cerita dulu, kini dan akan dtg ada dlm kandungannya (quran) semuanya positif dan pengajaran hatta ia adalah sumber segala ilmu pengetahuan…IK, senyuman anda unik dan positif…lebih maut gitu…tengok wajah suci anda dah dpt aura positif, lum dgr lagi ceramahnye….Tahniah…anda adalah perintis jenarasi positif berpanjangan….jika smpi ajal minda positif dan motivasinya akan terus membasahi bumi Malaysia….Maaaf yg trlebih2..wslm.

Leave a Reply

Your email address will not be published.