gsgshoot.jpgBeberapa hari lalu saya menjalani pengambaran sebagai pengacara/motivator untuk program motivasi di TV. Lokasi di Bursa Malaysia, Kuala Lumpur.

Kali ini, production house yang terlibat adalah Wayang Tinggi Productions. Di set, apa yang menguja saya adalah saya dapat pelajari berbagai-bagai benda baru. Daripada kamera, bunyi, lampu, dan segalanya yang teknikal dalam production. Bukan itu sahaja, saya turut pelajari cara mengendali di depan kamera, timing untuk edit serta perkara-perkara yang berkaitan dengan industri production.

Dalam apa sahaja anda lakukan, banyak bertanya untuk mendalami sesuatu bidang yang bukan kepakaran anda. Bertanya adalah short-cut untuk memperolehi ilmu dari pakar! Bukan sahaja bertanya akan menambahkan ilmu anda, malah, ia merapatkan anda dengan mereka di sekeliling anda dan memudahkan komunikasi.

Orang yang anda tanya juga akan rasa dihargai dan akan cuba sedaya upaya untuk membantu anda berjaya dengan membantu anda dari segi berkongsi ilmu/pengalaman.

Industri TV bukan bidang saya. Tetapi daripada banyak bertanya pada tidak kira siapa, berbagai-bagai dapat saya pelajari dalam waktu yang singkat untuk memperbaiki performance pada masa yang akan datang.

Pendapat Anda?

Tip Satu Minit yang berkaitan:
  • Jangan sombong dalam bertanya!
  • Tidak pakar, tak mengapa!
  • Pakar-pakar dalam membuat keputusan
  • Hari pertama: Memilih produk untuk dijual