Interesting question daripada zul semalam:

Saya ada terbaca dua pendapat mengenai apa yang kita mahukan:

Pendapat 1: Elakkan daripada memberitahu kepada orang lain agar mereka tidak memperlekehkan impian-impian kita. Atau dalam perbincangan di sini, orang akan kata TAK BOLEH. Jadi, untuk elakkan mendengar kata-kata negatif tu, jangan beritahu orang apa impian kita.

Pendapat 2: Beritahu pada orang lain. Tujuannya agar kita bermotivasi atau ada “tekanan” untuk mencapai impian tersebut. Kalau tak tercapai, ‘malu’lah sebab dah cakap macam-macam.

So, pada pandangan Abg Irfan sendiri, cara mana satukah yang paling bagus? Atau melihat pada keadaan juga? 

Pendapat saya: 

“Beritahu pada orang lain. Tujuannya agar kita bermotivasi atau ada “tekanan” untuk mencapai impian tersebut. Kalau tak tercapai, ‘malu’lah sebab dah cakap macam-macam.”

Sebabnya, bukan sekadar memberi tekanan & malu kepada kita sahaja, malah proses berkongsikan idea kita dengan orang lain juga boleh mengembangkan idea tersebut menjadi idea yang lebih baik. Sebagai tambahan, bila dengar yang “tak boleh” kita boleh tahu sebab apa dan sudut pendapat sesetengah orang kata “tak boleh” 

Contoh daripada semalam:

  • Tak boleh… Usahawan Internet tidak mempunyai tempat di media sebab Internet banyak yang dilihat negatif”…. penyelesaiannya, saya jadikan strategi dan approach media dengan kesan-kesan positif perniagaan internet
  • Tak boleh… Suara saya halus/perlahan sangat untuk TV & radio” … penyelesaiannya saya pelajari teknik-teknik komunikasi berkesan supaya memenuhi citarasa media.
  • “Tak boleh… Workshop Jutawan Internet tidak akan berjaya punya sebab terlalu mahal untuk “orang kita”” … penyelesainnya saya timbulkan kesedaran kepada orang ramai bahawa “orang kita” bukannya corot sangat- ramai yang berpendapatan agak baik dan sanggup melabur untuk ilmu. suatu yang membanggakan orang2 kita!

So, bila kita kongsikan idea kita dengan orang lain, kita juga dapat belajar dari orang lain walaupun orang lain bersikap negatif. Kita positifkan balik ;)

Kalau kita simpan idea sendiri… takut2 kita pula yang syok sendiri dengan idea tersebut 

ps: Sebut tentang skill komunikasi, 15hb March 2008 nanti sifu komunikasi saya, Nizal Mohammad akan kendalikan workshop NizalTalk! yang telah lama tertunda. Sekiranya berminat, lawati http://talk.nizal.com Pengacara terkenal Nizal Mhammad lah yang selama ini banyak memberi ilmu komunikasinya kepada saya menjadikan saya dari malu-malu kucing (meow) kepada malu-malu harimau (aum!) :)

Pendapat Anda?

Tip Satu Minit yang berkaitan:
  • Bila orang kata TAK BOLEH!
  • Bila kena kutuk, apa nak buat?
  • 90% of success is “showing up”
  • Risau membawa stress