Bila orang kata TAK BOLEH, anda katakan BOLEH!

Teringat saya 3 tahun lepas ketika buku saya baru keluar di pasaran, dan orang ramai belum lagi mengenali saya, saya memasang cita-cita untuk sering keluar TV/Radio/majalah dan menjalankan seminar serata Malaysia.

Bila saya beritahu orang, ini jawapannya:

  • Tak boleh… Usahawan Internet tidak mempunyai tempat di media sebab Internet banyak yang dilihat negatif
  • Tak boleh… Suara saya halus/perlahan sangat untuk TV & radio (ini orang media yang kata!)
  • Tak boleh… Workshop Jutawan Internet tidak akan berjaya punya sebab terlalu mahal untuk “orang kita”

Dan seribu satu lagi “Tak boleh”. Sekiranya saya makan hati dengan semua “tak boleh” yang dilemparkan, sudah pasti, tidak lah saya berada di mana saya kini.

Dalam psikologi manusia, ia adalah lebih mudah melihat yang negatif (TAK BOLEH) terlebih dahulu daripada positif (BOLEH). Oleh itu, sekiranya anda tunjukkan idea anda kepada orang lain, ianya amat mudah mendapat jawapan “Tak boleh” berbanding dengan “BOLEH!”

Tanggungjawab anda adalah, tak kira apa orang kata, anda tetap perlu fikirkan “BOLEH!”. Bagaimana pula pengalaman anda? 

Pendapat Anda?

Tip Satu Minit yang berkaitan:
  • Bila kena kutuk, apa nak buat?
  • Bakat semulajadi mungkin tak menjadi
  • 90% of success is “showing up”
  • Bila orang kata TAK BOLEH! Part 2