Fri 11 Jan 2008
Sempena tahun baru Maal Hijrah, saya mulakan dengan pelancaran buku terbaru saya- Nota Jutawan: Nota Motivasi!
Bagi penggemar Tip-Satu-Minit, ini kiranya satu koleksi tip-tip Motivasi saya di pakej kan dalam keadaan yang lebih menarik- dipenuhi gambar-gambar bewarna pada setiap muka surat… dan juga Nota Jutawan adalah hard-cover. Kalau baling pun, tak rosak… juga disertakan quotes dan kata-kata semangat untuk membangunkan motivasi diri anda.

Mulai tahun ni juga, seperti saya pernah sebut sebelum ini, saya mulakan rebranding diri saya dalam buku-buku/cd dan juga bahan ilmiah yang lain dengan “Irfan Khairi” sahaja untuk mengelakkan kekeliruan antara saya dan pakar motivator yang lain di mana “Dr” saya adalah dalam bidang perniagaan, bukan phd seperti pakar motivasi yang lain. Rujuk rebranding saya di sini…
So, no more “Dr” ya lepas ni
Amat sesuai disimpan sebagai koleksi, tinggal dalam kereta, jadi coffee table book, hadiah untuk yang tersayang… kiranya apa sajalah
Seperti anda sedia maklum, cara pembacaannya juga dalam bentuk nota-nota pendek dan bukan dibaca macam buku biasa. Jadi, boleh la di bawa ke mana-mana untuk santapan minda jutawan anda
Memang cool buku ni dengan pendekatan berbeza berbanding buku2 motivasi yang kini berada di pasaran, especially untuk generasi baru… cool habis!
Bila ianya berada di pasaran? Saya diberitahu oleh penerbit, Telaga Biru ianya sudah berada di pasaran. Bila ia akan berada online? Insyaallah minggu hadapan! Berapa harganya… ops, saya pun tak tahu lagi!
Insyaallah tahun ini, lebih banyak produk-produk Irfan Khairi Sdn Bhd akan berada di pasaran!
Tip hari ini: Don’t be afraid to be different! Pendekatan saya sejak tahun lepas adalah berbeza dengan pakar2 lain. Perbezaan menjadikan anda unik. Sering kita takut hendak jadi unik kerana “orang lain tak buat, kita pun tak buat”. Sekiranya itu pemikiran kita, maka, kita akan sentiasa dalam kepompong kesederhanaan. Break out- be different!
Amacam, ok tak cover buku ni?
ps: Malam ini tiada “Jutawan bersama Irfan Khairi” di Radio24 oleh kerana dipindahkan ke hari dan waktu baru yang LEBIH RAMAI PENDENGAR! Nanti saya umumkan…
Pendapat Anda?Tip Satu Minit yang berkaitan:

January 11th, 2008 at 10:35 am
wah..tahniah kerana hasilkan buku nih..pasti ramai yang nak miliki buku :) nanti saya pun nak beli jugalah..teruskna usaha membantu menyedarkan kami
January 11th, 2008 at 10:55 am
Salam Irfan,
Tahniah.. nampaknya inilah buku pertama yang akan saya beli tahun ni
Cover buku tu memang cantik dan pro
January 11th, 2008 at 10:55 am
Tahniah!
January 11th, 2008 at 11:31 am
Komen saya, cover book ni menonjolkan ke’handsome’man penulis. He he …
Juga, memang cool dari segi pakaian yg sesuai untuk menarik generasi muda.
January 11th, 2008 at 11:40 am
senang kamceng ar cam nie..
tk de gap..!!
hehe..
January 11th, 2008 at 12:40 pm
Tahniah!!
Saya suka pendekatan yang gunakan simple, kreatif dan cover buku tu very pro gitu.
January 11th, 2008 at 1:21 pm
Gambar cover memang cantik. Lihat cover aje orang sudah tertarik membeli, belum baca content lagi tu. Tahniah!!!
January 11th, 2008 at 2:25 pm
eh…besok dah boleh ke mph ke beli?
January 11th, 2008 at 3:00 pm
Wow!!
Cantiknya cover buku ni!
Tak sabar nak beli…
Tahniah, irfan!
ps:harap2 ada diskaun utk bekas peserta workshop :p
January 11th, 2008 at 3:18 pm
Tahniah . erk.. tahniah bro
January 11th, 2008 at 3:24 pm
ada versi online (ebook)?
January 11th, 2008 at 3:25 pm
Congrats Doc,
Surely will get one!
January 11th, 2008 at 3:35 pm
Tahniah Irfan. Cantik cover tu.
January 11th, 2008 at 4:47 pm
Hebat !!
Cover buku yang menarik !
Tajuk yang MEMUKAU !
Intipati PASTI HEBAT !!
Tidak ada alasan untuk tidak membeli buku ini..
saya akan dapatkan SEGERA..
January 11th, 2008 at 6:45 pm
terima kasih atas sokongan. beli tau… jangan sokong mulut je
ada ralat sedikit, saya baru dapat tahu bahawa first printing bukan hard cover… soft cover dulu (jadi murah sikit). Lepas2 ni baru hard cover, harga mahal sikit.
saya pun esok baru dapat lihat buku tu sempena sedikit sidang media bersama majalah & radio IKIM.
-irfan khairi
January 11th, 2008 at 7:21 pm
Assalamualaikum Irfan..
Alamak! Ye ke xde jutawan hr ni? tadi sy tunggu. Lps tu baru tgk blog nih. Takpela.. Nanti jgn lupa bg time yg baru ya.
Kat atas Irfan kata pendekatan berbeza berbanding buku2 motivasi yg kini berada dipasaran, sy ingin tahu apa perbezaan dia? Sy betul nak tahu ni. Tq Irfan…:-)
January 11th, 2008 at 7:25 pm
Oh Ya! Sy mesti cakap ni, Congratulations Irfan!!! Di atas satu lagi kejayaan…
Sy tumpang gembira di atas pencapaian Irfan.
Oh ya, besok Irfan ada bawa tak buku ni ke Marriot Hotel? Jika ada sy nak beli.. Harap2nya xlah mahal sgt. Ada diskaun tak ni?..:-)
Tq…
January 11th, 2008 at 9:25 pm
oh 1st printing soft cover ye.. hmm.. sy lebih sukakan hard cover.. maknanya kn tgu dulu ni.. or beli je dua2.. satu bole bg gift kat my sister
hihi
January 11th, 2008 at 10:03 pm
Tahniah Irfan.
January 11th, 2008 at 10:42 pm
Wahh..buku baru!!
Saya mesti beli ni…
tapi sekarang saya tinggal di luar negara.
Macam mana nak dapatkan ye?
Boleh beli melalui internet tak?
January 11th, 2008 at 10:56 pm
Assalamualaikum
Tahniah bro Irfan. Permulaan Maal Hijrah yang hebat. Cover buku pun hebat. Moga satu hari nanti bro dapat anugerah tokoh Maal Hijrah dalam usaha bro memajukan dan mengajak generasi baru menjadi jutawan.
Tahniah!
January 11th, 2008 at 11:41 pm
Wahh.. bestnya!!
Doc nampak stylo la, macam cover album pulak!
Memang tepat pd masanya, saya pun tgh carikan hadiah utk tawan hati gadis idaman saya, bulan depan birthday dia.
So saya nak beli yg soft cover utk saya sendiri, lepas tu beli yg hard cover utk dia. Dgn belikan CD Wang & Anda sekali!
Gerenti dia cair punyalah!
Tahniah Doc!!
p.s: Doc dgn kawan2 semua doakan la saya berjaya ok!
January 12th, 2008 at 8:44 am
Assalamualaikum,
Congrats Irfan. Iallah saya doakan agar Irfan mencapai kemajuan untuk menolong anak bangsa seperti saya.Bukan kata irfan yang handsome tapi cover pun ddah ada umphhhh…
January 12th, 2008 at 12:53 pm
Bagus! Cover cun. Lepas ni nak gi kedai buku.
January 12th, 2008 at 2:30 pm
Wah, tahniah buat Irfan.
Multiplestream Income tanpa usaha yang penat.
Tulis blog hari-hari lama-lama setahun jadi sebuah buku, tahun depan jadi buku siri 2, next buku siri 3,….Duit terus mengalir, pendapatan dan pahala yang pasif(mengajar ilmu).
January 12th, 2008 at 7:19 pm
Assalamualaikum..
salam maal hijrah..
tahniah irfan, sempena tahun baru terus keluar produk baru..
tampak lebih kemas dan menarik cover buku ni..
tahniah atas keluaran produk terbaru…
January 12th, 2008 at 9:00 pm
cover cun…ermm kalo background putih.. nampak timbul sket gambar tu…just my2cent
btw… biler masuk ke pasaran yer ??
January 12th, 2008 at 9:13 pm
Kepada semua rakan online…
Dapat maklumat tentang buku terbaru Irfan Khairi di www.telagabiru.net.my
Harap-harap Irfan Khairi tak marah dengan info ni…
January 12th, 2008 at 9:17 pm
slmt mlm ,
ni baru sampai trgn ni…hehe
terus buka komputer ni…rindu betul dgn komputer…hehe
buku baru ula keluarkan…mcm ternampak di office kelmarin…
oklah , apa2 pun…thanks for buku i wolked the dollar tu…
han
January 13th, 2008 at 2:38 am
Congrats Sifu!!
Awesome move bro. Right time and at the right place. Really amazed with your great business strategy.
January 13th, 2008 at 8:43 am
InsyaAllah, saya akan dapatkan buku ini.
Semoga lebih ramai yg akan jadi jutawan selepas ini atau paling kurang bermindakan jutawan!
Salam kejayaan.
January 13th, 2008 at 9:45 am
Awesome book dude!
January 13th, 2008 at 9:53 am
Tahniah!
Tak sabar nak dapatkan buku tersebut…
semoga bermanfaat untuk saya…saya memang mencari buku motivasi sebegini…
January 13th, 2008 at 11:52 am
Tahniah Irfan atas pelancaran buku motivasi terbaru.
Semoga dpt memberi panduan kpd bakal jutawan.
January 13th, 2008 at 4:15 pm
Kalau dah ada yang hardcover. Saya akan beli. Motivasi tu penting
January 13th, 2008 at 7:04 pm
COVER BUKU MEMANG TERSANGAT OK.. SEBAB ADA GAMBAR PERSONALITI YG HENSEM.. EHEM EHEM..
ISI PUN PASTI SEMPOI..
January 13th, 2008 at 8:59 pm
Dah cari kat MPH semalam dan hari nie..still outof stock
January 14th, 2008 at 3:14 am
rasanya bukan out of stock… stock belum sampai! kami pun baru mula menjual semalam di workshop jutawan internet. mungkin minggu ini, baru sampai kedai
-irfan
January 14th, 2008 at 9:42 am
salam…sy dh nmpk semalam..dan pegang dh nk beli..tp x jd sbb pk bajet lari bulan ni..insyaAllah..janji, bulan depan mesti beli..hehehe…sy nmpk kt kedai buku kt puduraya…
January 14th, 2008 at 11:38 am
Tak sabar nak sambar satu… buku motivasi ini mesti berkaitan dengan perniagaan kan ? At least boleh membangkitkan semangat darah muda saya ni.. hehhe..
January 14th, 2008 at 12:52 pm
Aha sy nak beli yang cover tebal tu, boleh simpan lama sikit.
January 14th, 2008 at 3:58 pm
Salam Irfan..
Tahniah!
Di Sabah kat mna nak beli buku ni?
sy nak beli..
Semoga terus berjaya 2008…
January 17th, 2008 at 5:53 pm
Nice Cover Irfan…
Insya allah saya akan dapatkan buku ini..
Panduan yg sgt berguna
Salam Kejayaan untuk semua
January 18th, 2008 at 8:41 pm
Tahniah…Saya akan dapatkan buku terbaru..Insya-Allah kalo dah ade kat pasaran
January 31st, 2008 at 4:33 pm
Tahniah !buku ni memang cun gile dan power tu.stok pun dah nak habis kat MPH