Mon 5 Jul 2010
Kita tahu bahawa berfikir positif dalam apa sahaja adalah perkara yang akan membantu pencapaian kejayaan kita. Namun, seringkali fikiran negatif akan hadir dalam minda kita.
Disini ada satu latihan yang pasti akan membantu anda dalam berfikir positif.
Latihannya adalah, untuk 7 hari yang akan datang, paksa diri anda untuk berfikir dan bercakap mengenai perkara yang positif sahaja. Sekiranya perkara negatif terlintas, cepat-cepat ubahkannya menjadi positif. Comment di Tip Satu Minit juga perlu positif
Sekiranya anda berjaya dengan latihan ini selama 7 hari berturut-turut, anda akan dapati perubahan yang positif dalam cara pemikiran anda!
Adakah susah untuk berfikir positif setiap masa?
Terdapat dua jawapan- bagi mereka yang sudah biasa dengan berfikir positif, cabaran 7 hari ini akan kelihatan mudah. Bagi mereka yang sering diganggu fikiran negatif, akan mendapati cabaran 7 hari ini agak susah (ada sahaja fikiran negatif memasuki fikiran kita).
Cara pemikiran manusia sama ada positif atau negatif adalah satu tabiat (habit). Sekiranya anda sering berfikir positif, anda akan mengamalkan tabiat berfikir positif kebanyakan masa. Sekiranya anda sering berfikir negatif, tanpa anda sedar fikiran ini akan menjadi tabiat anda dan amat sukar anda menghindarinya.
Berfikir negatif akan selalu mengakibatkan kesedihan, kemurungan, bad mood, cepat marah dan hilang daya fokus kearah kejayaan.
Teruskan berfikir positif dan sekiranya fikiran negatif memasuki fikiran anda dalam masa 7 hari ini, cepat-cepat ubahkannya menjadi positif. Ini akan melatihkan anda mengamalkan tabiat/habit berfikir positif.
Berita baiknya adalah, berfikir dan berkelakuan positif adalah berjangkit! Anda akan dapat melihat perubahan mereka disekeliling anda. Kalau tak percaya, cuba test try!
Bermula Cabaran Minggu Berfikir Positif! Siapa yang sanggup menyahut cabaran ini?
**********
IKLAN: Sekiranya anda ingin menjalankan apa sahaja perniagaan Internet tetapi tidak mempunyai modal, sertai Seminar *terbaru* saya, Seminar Perniagaan Internet Tanpa Modal pada 18hb Julai ini di Vistana, Kuala Lumpur. Di seminar ini, saya akan kongsikan strategi:
- Bagaimana anda boleh mendapatkan produk secara percuma
- Membina laman web tanpa bayaran
- Melakukan promosi perniagaan yang mendapat beribu pelawat TANPA sebarang MODAL!
Kongsikan artikel ini di Facebook anda!
Pendapat Anda?Tip Satu Minit yang berkaitan:


July 29th, 2006 at 12:36 am
Segala cabaran saya sahut. Positif bermakna ke hadapan dan negatif sebaliknya.
July 29th, 2006 at 1:49 am
Saya sanggup terima cabaran itu.
July 29th, 2006 at 2:29 am
saya !
July 29th, 2006 at 7:37 am
Pemikiranan negatif sentiasa wujud. Sentiasa lah berfikiran positif.
Elakkan diri dari berfikiran negatif.
July 29th, 2006 at 8:41 am
Sudah tentu kita pernah alami situasi ini, Saya pernah mengalami saat keruntuhan semangat dan kenyakinan. Hari yang ingin dilalui terlalu berat rasanya. Bila saya duduk seorang diri termenung saya sendiri berfikir kenapa saya perlu memikirkan pasal kesusahan?
Selain sejadah menjadi teman apabila kesusahan, saya selalu teringat penulisan di dalam buku Rahsia Jutawan Internet terbongkar dan selalu menjadikan ia sebagai rujukan. Kenapa? Sebab buku ini adalah antara titik tolak saya kearah kejayaan dan kesenangan.
“Jika kita selalu pikir susah dan sukar mencari wang, maka susahlah hasilnya.. Tetapi jika kita pikirkan kita boleh senang walaupun kita sedang menghadapi kesusahan, InsyaAllah kita akan dipermudahkan”
Kepada mereka yang kurang keyakinan.. praktikkan untuk berfikiran positif.. betul tak En Irfan Khairi a.k.a ?
July 29th, 2006 at 10:03 am
Helo Saya akan lakukan latihan minggu berfikir positif ini. Thank U.
July 29th, 2006 at 10:30 am
tahniah irfan, saya sekarang ni dah lakukan perkara yang irfan cabar ni, tahniah kerana memberi cabaran kepada bangsa melayu untuk berubah, kita hidup sebenarnya di kuasai oleh apa yang kita fikir, kalau kita fikir tak boleh betul2 jadi tak boleh, kalau kita fikir boleh, betul2 jadi boleh, siapa yang control siapa, pernah tanya diri dan muasabah diri tak?, apa yang kita tanam hari ni itulah esok yang kita tuai, apa yang kita fikir hari ni, itulah yang esok kita hadapi, kawan-kawan semua nak jadi positif kena jaga hati dan bersangka baik terutama sekali dengan cuaca dan masa ( allah ) dan yang penting sentiasa maafkan orang lain. tahniah semoga kawan2 berjaya di dunia dan akhirat, insyaalah. SEMOGA KAWAN2 SEMUA DAN IRFAN DIAMPUNI DAN DIRAHMATI ALLAH JUA,AMIN. JUMPA KITA SEMUA DIPUNCAK KEJAYAAN.SAYA CADANGKAN KAWAN2 BACALAH BUKU ” IKUT HATI ANDA -MENCARI TUJUAN HIDUP DAN KERJAYA ” HASIL TULISAN AN EW MATTHEWS, TERJEMAHAN BAHASA MALAYSIA OLEH ADIBAH AMIN, BACA JAGAN TAK BACA, BELI JANGAN TAK BELI, LEPAS NI BOLEH KONGSI PANDANGAN TENTANG BUKU INI, BOLEH GITU IRFAN.
July 29th, 2006 at 10:37 am
Berfikir positif, bersifat positif dan bertindak positif. Jangan sesekali kita lemah.
Ayuh anda renunglah sejarah Rasulullah. Betapa sukarnya baginda untuk mengembangkan Islam. Dihina, diancam, ditindas, terpaksa berperang dengan musuh dan maca-macam lagi, tetapi baginda positif, baginda kteatif, baginda bersifat positif, baginda tabah untuk mengembangkan siar Islam.
Contohilah Rasulluluh berniaga, belajar dari Abdul Rahman bin Auf berniaga, bermula dari mencari tempat berniaga, barangan yang dijual, doa yang diamalkan, usaha yang dibuat, akad semasa jual beli, zakat, sedekah jariah dari keuntungan yang diperolehi, sumbangan kepada agama dan lain-lain.
Apa tunggu lagi, kita sahut cabaran Irfan untuk berfikiran positif
July 29th, 2006 at 11:16 am
Gerakkan minda sedar ke arah yang positif..Insya-Allah, kita akan sentiasa berfikiran positif..
July 29th, 2006 at 11:50 am
Baiklah saya akan buat mulai hari ini.
July 29th, 2006 at 11:52 am
Saya sudah lama berfikiran positif. Sekarang saya sahut cabaran untuk mem’positif’kan orang disekeliling saya terutama Isteri saya..
July 29th, 2006 at 12:02 pm
saya!!
July 29th, 2006 at 2:05 pm
saya pon nak join jugak memaksa otak berfikiran negatif !
opss! positif… ehehehe
July 29th, 2006 at 3:30 pm
suatu ketika dulu,saya pernah mengalami satu situasi dimana berhadapan dgn kegagalan.hanya allah saja yg tahu betapa hancurnya hati ini tika itu.saya selalu berfikiran negatif.
seseorang telah mengangkat dan membakar semangat saya yg ketika itu sudah tiada menjadi sekuat mungkin.saya cuba dan saya cuba menyahutnya sepositif yg boleh.
hari ini saya bersyukur dan berterima kasih padanya kerana tidak jemu2 memberi semangat kpd saya.sekarang,saya belajar utk menjadi positif seperti yg ckpkan.
sbg pengajaran,kita seharusnya belajar dgn seseorang atau guru yg boleh membawa kita ke arah yg lebih positif bukan sebaliknya.
July 29th, 2006 at 5:57 pm
klw tidak berfikiran positif,mesti saya tak kenal dunia i.t ni……(dulu buta i.t)
July 30th, 2006 at 9:29 am
Saya sahut cabaran berfikiran positif sampai bila-bila…
July 30th, 2006 at 1:06 pm
terima kasih atas tips bg tu. saya selalu berfikiran negatif, hasilnya…apa yg saya rancangkan kadangkala tak berhasil
.mulai sekarang, saya akan terus berfikiran positif!! (berazam nih)
July 30th, 2006 at 9:36 pm
selama-lamanya……
July 30th, 2006 at 10:56 pm
bila rasa down, cepat2 saya pergi blog ni sebab memang akan jadi positif. Sekarang hari -hari saya fikir positif sahaja sebab ada motivator yang tak jemu bagi nasihat. Saya nak ikut macam doktor juga. mesti boleh!
July 31st, 2006 at 9:16 am
Positif! Positif! Positif! Positif! Positif! Positif! Positif! Everyday! 24-7!
Mari usaha membentuk diri positif! Pasti akan terbentuk peribadi yang cemerlang. Selesai nanti, teruskan pula sehingga 40 hari!
Apa yang saya pernah lalui, apabila hendak sesuatu tabiat buruk disingkirkan, hendaklah latih buat selama 40 hari, dan diteruskan. Saya telah laluinya, dan memang berkesan, Alhamdulillah!
Jadikan latihan Irfan selama 7 hari ini sebagai STARTER @ batu loncatan ke arah membentuk diri menjadi bakal jutawan, Insya Allah
July 31st, 2006 at 9:54 am
saya nampak kita ini bila diberi sedikit motivation atau cabaran , kita rasa berkobar-kobar utk melakukannya. Rasa macam tak sabar nak capai objektif tersebut. Bila seseorang memikirkan yang positif , mereka merasa berupaya untuk mencapai sesuatu yang kita fikir dulu banyak halangannya. Saya rasa kira perlu terapkan semangat, titipkan dalam mental dan hati kita, tulis disetiap sudut yang boleh kita lihat, insyaalah kita akan berjaya , walaupun kejayaan itu belum pasti bila akan hadir.
July 31st, 2006 at 2:29 pm
saya! saya! tapi terlambat sikit daa! saya start esok-selasa!
December 7th, 2006 at 3:51 pm
saya pun nakkk tapi dah out of date..
disember dah ni… buat sendiri2 je lah…
uwaaa…xde geng..
March 24th, 2007 at 10:32 am
blh ceritakan serba sedikit tentang Minggu Kerjaya
July 5th, 2007 at 5:08 am
Cara paling berkesan untuk berfikiran positif ialah dengan berhenti merungut!
:)
July 24th, 2007 at 3:35 pm
saya sanggup……7 hari kan?
July 24th, 2007 at 3:38 pm
sayaaaaaaaaaaaaaaaa
August 22nd, 2007 at 3:21 pm
Manusia yang senantiasa berfikir positif adalah manusia yang mendapatkan nur illahi yang dapat diterapkan dalam hidup, karena dengan berfikir positif kita terhindar dari segala kehancuran, fitnah, dan amarah. hindari diri dari segala ranjau2 kehancuran. terutama mata yang selalu tertuju pada yang mudharat.
October 2nd, 2007 at 11:50 am
Saya selalu beranggapan negatif terhadap suami saya yang menjalankan perniagaan kerana selalu mengalami kerugiaan dan ditipu oleh kawan-kawan. Terima kasih saya akn cuba menjadi seorg yg positif selepas ini.
May 14th, 2008 at 11:32 am
Betul,kalau kita sentiasa berfikiran positif kita akan bergerak ke hadapan..berbanding jika fikir negatif.Negatif memang merosakkan pemikiran kita.
May 21st, 2008 at 12:59 pm
“Seperit mana pun kehidupan, anggaplah ia adalah dugaan & cabaran yang mematangkan diri demi mempersiapkan minda 7 fizikal untuk mengorak langkah ke esokan harinya… “
July 14th, 2008 at 9:15 pm
Dat’s rite we have to think positive. Dont think negative..Say NO to NEGATIVE THINGKING.. Say YES to POSITIVE MINDS!!! CHAYO (10 X)
September 11th, 2008 at 5:09 pm
saya pun nak berfikiran positif sentiasa..! tq.
September 14th, 2008 at 12:31 am
saya baru saja bertengkar dengan calon suami saya .. sudah banyak hal yang saya lakukan dengan negative thinking .. tapi kali ini, saya akan berusaha utk menjadi calon pendamping yang berfikiran positive .. terima kasih atas saran nya .. smoga saya berhasil meyakinkan dia dan Tuhan ..
June 10th, 2010 at 10:31 am
alhamdulillah….tindakan telah saya pratikkan kini, memang ada kesannya, terima kasih kepada Tuhan yang mengizinkan diri kita untuk mempositifkan apa jua yang berlaku.
July 6th, 2010 at 10:18 am
Segala tip yg IK beri selalu saya praktikkan. Alhamdulillah..salah satu matlamat saya telah saya capai..Adakalanya fikiran negatif ini hadir juga dlm diri kita..Hanya kita sahaja yg boleh menepisnya agar hilang dari fikiran kita.. FOKUS..FOKUS..FOKUS..
July 6th, 2010 at 10:26 am
Memang banyak kesan dari fikiran positif ni, segala perkara kita akan rasa senang dan selesa kerana tanpa ada apa-apa rasa yang sangsi, kecewa, cemburu, takut, sedih dan sebagainya. Dalam Islam sendiri kita disuruh berbaik sangka dan dilarang berburuk sangka jadi konsep ini samalah dengan pemikiran positif dan negatif
July 6th, 2010 at 11:23 am
saya pun nak join sekali la.
IK, saya berminat sangat la tentang seminar nak buat bisnes internet tanpa modal tu, tapi saya di Sabah…jauh sangat.Mungkin IK boleh buat ebook dengan harga yang berpatutan. Bolehlah saya mula buat BizInt dalam masa terdekat ini.
July 6th, 2010 at 11:28 am
Selain berfikir secara positif, kita kena bertindak mengubah cara hidup ke arah yang lebih positif. Kurangkan menonton tv dan lebihkan membaca buku yang berkaitan dengan kerjaya kita. Saudara IK adalah contoh terbaik.
July 6th, 2010 at 2:10 pm
saya pun sekarang sentisa berfikiran positive
July 6th, 2010 at 2:53 pm
Baiklah IK
Saya akan sahut cabaran IK !
Saya nak berfikiran positif sepanjang masa !
Saya dah tak mampu mengawal fikiran saya kerana saya melihat semua perkara positif belaka!
July 6th, 2010 at 5:38 pm
Salam sejahtera IK
Saya setuju 100%. Saya sahut cabarannya. he2.
T/kasih IK.
July 6th, 2010 at 6:44 pm
semalam baru beli buku berfikir gaya Trump. Apa yang ditekankan beliau adalah kita perlu berfikir positif setiap hari kerana tiada orang yang akan melakukannya untuk kita. Jadi banyakkan membaca dan mendengar nasihat dari individu berjaya yang positif.
July 6th, 2010 at 6:59 pm
Strive in order to win and dare to go beyond frontiers!
lets take this challenge…
July 6th, 2010 at 11:07 pm
Bila rasa negatif suka baca blog ni, sure jadi positif. Ada cabaran pula hari ni…
July 7th, 2010 at 12:38 am
sentiasa berfikir positif..yezzaa..
sentiasa bersangka baik pun positif juga tapi bukan mudah. apa yang penting jangan cepat putus asa.
July 7th, 2010 at 10:03 am
ya… perlu sahut cabaran. kalau seminggu anda boleh berfikir positif, ia aokan menjadi satu tabiat baru anda dan mengubah hidup anda selama-lamanya!
-ik
July 7th, 2010 at 1:36 pm
fikiran & tindakan positif SAYA sepanjang 7 hari ini
——————————————-
Setiap kali menerima tugas - TENANG
Apabila TUGAS jadi BANYAK- SABAR, itu tanda kita adalah anggota yang DIPERCAYAI & PENTING.
Buat kerja dengan TELITI - ENJOY!! dgn amanah itu..
Tq irfan : )
July 7th, 2010 at 1:42 pm
kenapa kebanyakan komen dari tahun 2006 lagi. ada guna mesin perentas masa ke (back to the future). tapi tak pe, yang penting dapat maklumat dan tips bernas dari kawan2.
ramai orang bercakap berkenaan berfikir positif, tapi bagaimana CARA untuk berfikir positif. adakah hanya dengan bersangka baik itu dapat menjadikan kita positif. ada tak contoh atau CARA lain yang boleh dijadikan panduan berfikir positif.
ada satu kes di mana seseorang itu anggap dirinya sentiasa berfikir positif tetapi tidak pada tindakannya.
July 7th, 2010 at 4:34 pm
Memang best bila kita berfikiran positif, kehidupan sentiasa riang dan bahagia…Jom saya pun nak sahut cabaran ini
July 8th, 2010 at 7:16 am
Assalamualakum Tuan Rumah,
Artikel di atas memang kena pada masanya..
Sudah separuh tahun berlalu…tentu perasaan perlu recharge semula..untuk terus bertenaga memburu impian
Salam ceria & inspirasi
“Pray Hard, Work Smart & Creative”
Assalamualaikum
July 8th, 2010 at 7:17 am
Saya seringkali kalah dengan pemikiran negatif..kadangkala persekitaran menghala saya ke arah negatif..mungkin juga matlamat saya sangat tinggi..saya cuba untuk fokus kepada satu matlamat dan berfikir positif..terimah kasih irfan kerana membangunkan minda saya setiap hari melalui tips satu minit..
July 10th, 2010 at 1:41 am
berfikiran positif adalah sesuatu yang susah untuk diperaktikkan, walau apapun satiap yang susah itu ada senangnya.didiklah diri kita supaya berfikiran positif beserta dengan usaha, lambat laun akan berjaya.
July 10th, 2010 at 3:23 am
Selepas membaca buku motivasi Dr. H.M Tuah, Saya mula mempraktikkannya.Kita sebenarnya apa yang kita fikirkan.
July 12th, 2010 at 4:47 pm
Buat Tuan Punya -StrategiBisnes.com.
Terima kasih kerana sudah membeli dam membaca buku BERFIKIR GAYA TRUMP hasil nukilan saya.
Moga ilmu yang terdapat di dalamnya akan berguna buat kita membina kebahagiaan dan kejayaan hidup yang kita impikan.
July 13th, 2010 at 8:44 pm
bila fikiran sentiasa positif, jiwa akan tenang
July 28th, 2010 at 12:32 pm
Berita baiknya adalah, berfikir dan berkelakuan positif adalah berjangkit! Anda akan dapat melihat perubahan mereka disekeliling anda. Kalau tak percaya, cuba test try!
btul..! saya stuju sgt2..
saye tgl kt asrama..alhmdulillah, saye seorg yg bfikirn positif..
dan yg lg hebat, kwn2 saye skarang, kalo nk ckp, msti ckp yg positif2 je..kalo nk TERckp yg negatif pn, msti diorg ckp cmni ‘positif2..astaghfirullah’..
IK, u r totally rite…! people, lets practice it…!! =)
August 13th, 2010 at 1:23 pm
hai…thanks too all reads…
yang sebenar ye semua jenis perniagaan baik n bagus..x kira peniagaan ape MLM ke konvesional ke….yg penting usaha terus kn perjuangan n sentiasa berfikiran positif…ade sesetengah org bila x berjaya tu yg jd sentiasa negatif salah kn upline ckp upline tipu tuduh upline mkn duit dia sedang kn sendiri x nk usaha sentiasa harap kn org lain cr kn duit utk dia gila ke…lps tu bt report polis fitnah mcm2 x pasal2 menyusah kn org lain sekali…mane biznes dia belajar ni bkn pelaburan saham tggu duit dtg…hope pada yg berfikiran negatif nie ubah lh pemikiran klu nk terus sama2 berjaya bkn cr salah orang lain tp tingkat kn usaha n belajar mcm mane nk terus maju…ok bye…
March 31st, 2011 at 4:14 pm
walaupun sudah lama cabaran ini n tak ada post bagi tahun 2011 namun saya akan sahut cabaran ini..4.02 minit petang..31.3.2011 saya start mula bfikiran positif..apa yang negatif datang akan saya tempis..insya allah mudah2an berjaya..amiin..
February 22nd, 2012 at 10:52 am
saya sahut cabaran fikir positif,,, saya selalu negatif…..saya mula hari ni… Semoga hidup saya akan bersinar…dengan izin Allah.