Saya sering di tanya soalan ini, tetapi,belum berkesempatan untuk menjawabnya:

Bagaimanakah cara terbaik untuk maintain motivasi? Selalunya, pada mula terasa motivasi yang amat tinggi. Tetapi, lama kelamaan, motivasi seakan hilang dan tidak bersemangat untuk melakukan sesuatu…

Jawapannya mudah sahaja. Motivasi akan hilang apabila momentum anda hilang.

Bayangkan satu kereta api sedang bergerak dengan amat laju. Momentumnya amat tinggi sehingga ianya adalah amat sukar untuk berhenti secara tiba-tiba. Anda juga perlu menjadi seperti kereta api yang laju bergerak untuk maintain momentum anda.

Apabila anda terasa tiba-tiba bersemangat dan bermotivasi, katakan untuk memulakan perniagaan Internet, dengan serta-merta lakukan sesuatu dan jangan berhenti. Jangan biarkan sehari…atau dua hari anda tanpa melakukan sesuatu dalam memulakan perniagaan Internet anda. Sekiranya anda berhenti, momentum akan menurun. Apabila momentum menurun, motivasi juga akan turut hilang.

Kadangkala ada masanya tiba-tiba anda terpaksa berhenti atas sebab yang tidak dapat dielakkan untuk beberapa hari (katakan terpaksa pergi outstation), teruskan juga momentum anda dengan sering memikirkan atau menulis nota dan idea tentang apa yang anda ingin lakukan.

Momentum tidak semestinya berbentuk fizikal, tetapi juga mental. Teruskan momentum walaupun dalam kepala. Dan sekiranya ini terjadi, minda separuh sedar anda yang akan meneruskan momentum anda!

Pendapat Anda?

Tip Satu Minit yang berkaitan:
  • Hangat-hangat tahi ayam..
  • Lain orang, lain cara motivasi
  • Apa yang memotivasikan anda?
  • Motivasi diri = Anjakan tiba-tiba!