Cerminkan diri sendiri

Bukan untuk check diri anda hensem atau lawa. Saya yakin, kesemua yang membaca iniย semuanya cun-cunย belaka! ๐Ÿ™‚

Di mana anda berada ketika ini? (bukan di bangku!). Pada ketika ini, apakah keadaan anda. Anda perlu ketahui di mana anda berada kini untuk mencapai matlamat masa depan anda.

Pastikan anda ketahui di mana anda berada kini oleh kerana itu adalah titik permulaan perjalanan anda. Lebih jelas anda dapat fahami keadaan anda kini, lebih jelas anda dapat melihat jalan ke arah pencapaian matlamat.

Sebagai contoh, sekiranya anda inginkan bebas kewangan, duduk dan ambil masa untuk melihat keadaan kewangan anda kini secara jujur. Sekiranya matlamat anda adalah untuk memulakan perniagaan, anda perlu ketahui dimanakah tahap ilmu perniagaan anda ketika ini. Sekiranya anda bermatlamat untuk menambahkan keuntungan perniagaan anda, anda perlu lihat kedudukan keuntungan perniagaan anda ketika ini dan dari mana datangnya keuntungan tersebut supaya anda tahu bagaimana caranya untuk melipatgandakan keuntungan anda.

The following two tabs change content below.
Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu usahawan online berjaya. Kini, beliau menjalankan perniagaan di Dubai dan berulang alik Kuala Lumpur - Dubai menajalankan penriagaan di dua benua. Untuk daftar program bersama Irfan Khairi, lawati http://www.OpenEducation.com.my

About Irfan Khairi

Jutawan Internet, Irfan Khairi adalah seorang penulis, personaliti TV/Radio dan juga international speaker. Irfan Khairi telah menubuhkan Irfan Khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beratus ribu usahawan online berjaya. Kini, beliau menjalankan perniagaan di Dubai dan berulang alik Kuala Lumpur - Dubai menajalankan penriagaan di dua benua. Untuk daftar program bersama Irfan Khairi, lawati http://www.OpenEducation.com.my

11 thoughts on “Cerminkan diri sendiri

  1. saya baru shj pulang dari kedai makan..berbincang dengan bisnes partner saya mengenai perniagaan yang akan dijalankan selepas graduasi saya jun06 akan datang..

    walaupun secara amnya saya telah memulakannya sedikit demi sedikit dari perancangan asal..secara kebetulan pula related dgn tips hari ini…

    kesemuanya benar belaka… cermin diri.. lihat tahap pada diri masing2..perbincangan cara atasi masalah yg akan timbul..pengurusan kewangan…pengurusan risiko..yang penting sekali duedate/dateline… adakah matlamat kita telah tercapai selepas tarikh tersebut..

    byk juga saya nak kongsi kat sini tapi..kasi peluang org lain cerita lah dulu..tak syok ler saya sorang je..hehe…

    ANDA SEMUA JUGA MAHU BERJAYA BUKAN…JUST DO IT!!

  2. Way to go Ahmad Riezal! Sudah ada perancangan, sudah ada persediaan, dan yang penting sudah ada permulaan. Pengajian bakal tamat, tidak mengharap kerja makan gaji. Anak muda beginilah yang diperlukan kerajaan. Teruskan usaha, anda pasti akan berjaya…
    InsyaAllah.

  3. Setiap hari saya meluangkan masa untuk membaca tip-tip yang disampaikan oleh

    Peluang begini amat berguna kepada saya…tip-tip begini dapat menyuntik semangat untuk terus menaiki tangga yang betul demi sampai kepuncaknya.

    Tip hari ini menyedarkan saya dari…..lena kesibukan masa..untuk berfikir sejenak…bahawa perlunya kita semua berada di hadapan cermin…. melihat diri…yang mungkin..memberi gambaran…dan menyedarkan kita…supaya dapat memperbetulkannya………..

  4. Saya memang cerminkan diri saya sejak tahun 2003 lagi apabila saya memutuskan utk berhenti kerja. saya seorang lecturer. sayangnya kan…ramai orang mengutuk saya…gaji ok…jawatan ok…master ada..pun berhenti juga? bodohlah…sedangkan ramai orang di luar sana tiada kerja…kiter pulak berhenti ya…(jangan contohi saya ye…)begitulah senario hidup saya…sesudah saya cermin-cerminkan diri saya, saya yakin dengan matlamat: Bahawa saya perlu wujud utk keluarga saya + kerjaya + ilmu. demikianlah bermula saya terus melayari bumi internet. sememangnya internet banyak faedahnya (bagi yg mencari faedah lah). justeru, saya sehingga kini bekerja dari rumah sahaja…menawarkan perkhidmatan utk semua umat manusia yg memerlukan…tapi taklah semewah Irfan…hehe…setakat makan kfc tu bolehlah…

    Bagaimanapun, Irfan banyak membantu melalui buku2 & tips2 berguna utk menjana lagi bisnez kecil saya ini. apa yg penting, kita perlu ada tekad & azam utk maju ke depan terusssss ke depan & tidak menoleh lagi ke belakang. kerana yg mengekor di belakang kita hanyalah bayangan silam, bayangan yg ingin menarik kita ke belakang…

  5. Hi semua. ๐Ÿ™‚

    thanks Sifu, tapi saya smart. yang lain, semua cun, heheh… ๐Ÿ™‚

    tip yang menarik.

    yang pasti, asalkan kita sedar sahaja akan hal ini (cerminan diri), adalah langkah pertama ke arah kebaikan dan kesenpurnaan.

    >>>ahmad riezal. seorang lagi anak muda Malaysia yang kian bersinar. gambate! terima kasih di atas tip-tip yang amat bagus daripada anda. ๐Ÿ™‚

    >>>rosaln yaakub. cermin diri perlu dijadikan rutin harian. ia juga dipanggil post mortem. juga dipanggil muhasabah. ini kerana, supaya kita dapat perbaiki apa-apa yang lemah dan perkuat apa-apa yang kuat (dalam apa hal sekalipun; tidak pada usaha mencari pendapatan semata). ๐Ÿ™‚

    >>>fadzlynn. gambate! emmm… ada saya??? (‘…azam utk maju ke depan…’), heheh… ๐Ÿ˜€

    >>>snowqueen. idea bisnes tu! ๐Ÿ™‚

    PS: kata hikmah hari ini, “plan your work, and make really really sure, to work your plan until achieve the goal you set!” (wah… panjang nya… emmm… frasa yang pendek tu, rasanya tak UMPHHH! la, itu yang panjang tu… heheh…) ๐Ÿ˜€

    “Salam KeBAHAGIAan”

  6. slame ni slalu dgr ttg IK tp tak pernah beli buku IK atau pun surf website nyer..cume setelah ade online biz sendiri (kecik2 jer…), barulah sy merajinkan diri menambah ilmu kat website IK ni…sememangnye utk berjaya, kene ada ilmu, kene ade mentor kene ade keberanian…bak kata afdlin shauki (sori klu silap) tanpa keberanian, mimpi takkan bermakna…

    sy dah cermin diri, ari2 tgk cermin,hehe.. sememangnye sy nak berjaya dlm hidup & mencapai apa yg sy cita2kan…insya-Allah…

  7. saya merupakan seorang kakitangan kerajaan dan hampir empat tahun saya telah berkhidmat. pangkat pun xberapa tgi hanya gred 17 sahaja. saya akn membuat keputusan y akn merubah hampir keseluruhan idup sy, iaitu berhenti bekerja kerajaan dan berniaga barang kemas perak bersama isteri. walaupun tahu ramai y akan menentang, begitu juga y mencaci sy seorg y bodoh, namun saya tahu sya mampu lakukannya. sy menjadi lebih berani apabila saya melihat komen di blog ini. bknnya hal kewangan y menjadi masalah, namun demi ruang bersama sama keluarga dan agama, sy harus berhijrah. ‘sesungguhnya Allah SWT menolong umatNya yang dalam kesusahan’

  8. Terima kasih IK ๐Ÿ˜‰

    Kini saya tahu, kita tidak perlu untuk tergopah-gapah dalam memulakan sesuatu.

  9. Salam,,awesome!!menarik tjuk ni..
    sy nk kongsi cket lah psl diri sy…skrg sept 2013 sy brada di umt..sblm sy mnjdi stdnt university mtlmat sy nk wat bisnes kat u spya sy dpt pkai kete sblm sy grade dlm mse 4tahun..jd sy nyatakn hasrat sy nk wat bisnes kat rmate tnpe tau product..ape y menarik kat cni rmate sy jgak bisnes minded mcm sy..dy cdgkn utk kami wat bisnes shawl y digilai rmai wanita..herm sy tau klmahan sy adlh xpndai nk arrange bisnes sorg2..i need a partner..alhamdlillah skrg kmi msih lg b’usaha utk pasarkn prduk kami kat seme stdnt…
    P/s :sy mohon ik dan anda seme doakn kami x pts ase..thanx sudi bce ๐Ÿ™‚

  10. saya setuju..apabila kita sedar dengan kedudukan kita, sudah pasti ia memudahkan kita melakukan perancangan teliti untuk berjaya dalam bidang kita ceburi..

Leave a Reply

Your email address will not be published.